Wednesday, September 17, 2008

Apabila Si Zalim mula terdesak....

Kalau disingkap kesemua sejarah empayar zalim didunia, saat kejatuhan mereka sering disulam dengan peristiwa zalim! Namrud sanggup membuat kawah api yang besar semata-mata mahu membakar Ibrahim, Firaun pula sanggup mengejar dengan gerombolan tentera yang besar demi membunuh Semua pengikut berserta Musa yang tidak bersenjata. Mereka seolah hilang akal bilamana kekuasaan mereka tergugat. UMNO merupakan parti tertua diMalaysia, berusia 62 tahun sejak dari awal kelahirannya pada 11 mei 1946. Mendapat kuasa memerintah melalui "muzakarah" dengan British. 51 tahun merupakan tempoh berkuasanya UMNO dimuka bumi Malaysia tercinta ini. Dalam tempoh itu telah melahirkan banyak jutawan segera Melayu hasil dari menjarah serta memunggah khazanah negara, mereka ini terdiri dari orang yang punya pertalian dengan tokoh pimpinan UMNO. Tokoh pemimpin UMNO juga tidak kurang hebatnya, mereka bergaya dengan kereta besar serta disaluti pelbagai lambang kemewahan disaat rakyat bergelut dengan kepayahan.Rasuah seolah tidak dapat dipisahkan dengan UMNO, menjadi satu kerugian tatkala masuk UMNO tidak kaya. Justeru banyak kepincangan yang dilakukan UMNO terhadap negara, kesemua sistem diperkuda semahunya bagi memuaskan nafsu serakahnya. Setelah diulit dengan kesenangan, UMNO tidak mungkin dapat menerima saat kejatuhannya. Lantas mereka akan guna segala bentuk perencanaan jahat demi mempertahankan kekuasaannya, walaupun terkadang perencanaan itu jelas diluar kewarasan fikiran. Akan dikerah semua jentera yang ada untuk menghancurkan pihak yang menggugat mimpi indah mereka. Bagi aku "tidak akan ada keADILan kiranya tidak melalui tempoh KEZALIMAN!' setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, Jenis pengorbanan itu bergantung pada kekuatan sesuatu kejayaan. Copy&Paste by: Panglima

Zaid Ibrahim menyertai Pakatan Rakyat

Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dibuat esok. 34 MP sudah pun menandatangani surat persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Sementara itu, khabar dari saudara mara yang bekerja dengan Angkatan tentera memberitahu bahawa semua cuti anggota tentera dibekukan dan semua anggota tentera diperintahkan tinggal didalam kem. Perasap : Memang bukan mudah mahu mengatasi kebatilan dan kezaliman BN..Namun jika diperhatikan rentetan senario politik negara kita..hasilnya kemenangan kepada PR.Ketahuilah..,yang batil dan zalim akan binasa..amin.. Copy&Paste by: Panglima

Politik kene hipokrit...

Amboooi!!! Seronok sakan hangpa bila 16 September tak jadi no! Jangan syok sangat, sebab perancangan belum selesai. Ada yang kata Anwar tipu. Dalam suratkhabar hari ni, fuiyo…punya seronok depa tulis pasai Anwar tipu. Hei! Aku pun kena tipu..bukan sekali..tapi banyak kali. Setiap kali aku kena tipu dengan Anwar…aku garu kepala..” terror hang no!” Mula-mula aku kena tipu pasai Anwar nak bertanding di Kulim. Punya la seronok bila aku announce Anwar nak bertanding diKulim. Tup-tup tak jadi…dia bertanding kat Permatang Pauh. Orang kata aku tipu.. orang macam Jebonkuala pun cukup seronok suruh aku tutup blog la..ada yang kata aku mencemarkan nama Mat Saman Kati la… macam-macam. Tapi pasai apa Anwar tak jadi bertanding di Kulim? Tak payah bagi tau kat hangpa…nanti aku cerita hangpa kata aku tipu. Bila tiba hari pencalonan, tengok-tengok Dr. Mansor Osman hantar borang pencalonan..lawan Anwar. Azmin pun kena tipu! Orang punya kutuk Dr. Mansor macam-macam…tapi pasai apa Dr. Mansor hantar borang pencalonan? Tak payah bagi tau….nanti hangpa kata aku tipu. Pada 15 September, Anwar hantar surat kepada Abdullah Badawi, meminta kerjasama beliau supaya bekerjasama dalam peralihan kuasa. Empat perkara penting yang disebut dalam surat itu ialah: 1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan; 2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu; 3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa; 4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya. Apa yang Anwar mahukan ialah peralihan kuasa secara aman. Sebab risikonya terlalu tinggi…kalau Umno main kotor. Anwar tidak mahu memberi peluang kepada Umno untuk mengisytiharkan darurat ataupun menggunakan ISA untuk menggagalkan rancangannya. Hangpa ingat Umno boleh menyerah macam tu saja ka? Orang cuma tau 49 MP dibawa lari keTaiwan. Hangpa pi Istana negara tengok…Agong ada kat sana ka? Berapa ramai yang tau…Agong pun depa hantaq pi Mekah..suruh buat umrah? 16 September sudah berlalu dan peralihan kuasa tidak berlaku… OOOiiii!!! Anwar tipu!. Tapi kalau Anwar tipu, yang Pak Lah kelam kabut pasai apa? Pasai apa tiba-tiba Najib dlantik jadi Menteri Kewangan dan dia jadi Menteri Pertahanan? Nak kontrol askar? Yang tu…hangpa pi cari sendiri pasai apa. Nanti aku cakap….hangpa kata aku tipu. Tapi…hangpa tak pernah kena tipu ka? Kalau nak tulis penipuan yang dibuat oleh Pak Lah dan Umno…tak larat nak tulis.. Tak apa pulak!! Macam cerita nombor ekor yang aku tulis….ada yang cakap macam-macam…tapi kedai nombor yang berselerak, pusat judi yang berlambak…cyber cafe yang dipenuhi dengan budak-budak…. hangpa buat tak tau saja!!! Copy&Paste by: Panglima

Najib ambil alih Menteri Kewangan

BREAKING NEWS! Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today said he would pass on his finance portfolio to his deputy Najib Abdul Razak. Abdullah told a press conference this afternoon that Najib would take over as finance minister with immediate effect. The prime minister, who has held the post of finance minister since 2004, said he had informed the cabinet about the decision. Both leaders also reaffirmed their commitment to the 2010 power transition plan. There has been increasing pressure for Abdullah to quit earlier but it now appeared that Najib is still committed to the agreement for a power transfer in two years' time. Perasap : Apa sudah jadi ni?, kalau sipemboros jaga wang negara....? faham2 lah.., Siapa nak jadi Menteri Pertahanan?, atau Abdullah mahu kurangkan pengaruh najib ke atas tentera agar satu susunan rancangan dapat dijayakan?? Copy&Paste by: Panglima

6 sebab kenapa Dollah kene serah kuasa pada Anwar

Ada banyak sebab kenapa Paklah Badawi harus, mesti dan WAJIB serah kuasanya kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Antara sebabnya2 akan dihuraikan... Sebabnya ialah:- 1) Anwar Ibrahim hampir menjadi Perdana Menteri yang ke-5 jika tidak dianiayai oleh Dr.Mahathir pada waktu dulu dan Paklah Badawi yang diambil oleh Dr.Mahathir ketika itu hanyalah untuk mengambil hati Rakyat Pulau Pinang yang marah dengan keputusan Dr.Mahathir itu. 2) Kedudukan Politik Pulau Pinang sekarang ini unik dan tidak sama dengan negeri2 lain. Contoh jika Paklah Badawi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada waktu ini dan menyerahkan kuasanya kepada contohnya; Najib (Pahang), Muhyidin Yassin (Johor), Ku Li (Kelantan). Ok, apakah jika salah seorang mereka ini yang menjadi Perdana Menteri, adakah Pulau Pinang akan terus dipandang mereka? Adakah peruntukan akan terus diberikan kerana P.Pinang adalah negeri pembangkang dan mustahil peruntukan pembangunan akan disalurkan. Dan rakyat Pulau Pinang akn terus derita... 3) Selepas Paklah letak jawatan, beliau akan jadi seperti Dr.Mahathir yang akan sentiasa dihentam oleh orang yang menggantikannya sepertimana yang dirasai oleh Dr.Mahathir sekarang ini dan di Pulau Pinang, Abdullah akan senasib dengan Anwar Ibrahim kerana mereka orang PULAU PINANG. 4) Anwar adalah orang Pulau Pinang, maka jika beliau menjadi Perdana Menteri, Rakyat Pulau Pinang akan terus menikmati kesan pembangunan di samping pembangunan negeri2 lain kerana Anwar sayangkan semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 5) Anwar Ibrahim lebih dikenali di seluruh dunia dan antara Pemimpin Politik yang cukup berpengaruh dan diiktiraf oleh beberapa negara Islam sebagai seorang Pemimpin. Beliau boleh meningkatkan ekonomi Malaysia kembali seiring dengan negara membangun yang sekarang ini sudah jauh meninggalkan negara kita. 6) Anwar Ibrahim sudah berjanji akan mengurustadbir negara ini dengan lebih cekap, dan akan menjadikan rakyat kembali menikmati taraf hidup yang lebih stabil dengan keadaan ekonomi yang lebih kukuh. Pakatan Rakyat berjanji dan Barisan Nasional juga berjanji, tetapi mengapa kita hanya memberi peluang kepada Barisan Nasional sahaja yang memerintah negara? 7) Bayangkan kita ni sedang minta kerja. Ada 2 kilang yang ada kerja kosong. Kilang yang pertama tawarkan gaji rm1500 sbln, kilang kedua rm1000 sbln. Kilang pertama ada jual minyak petrol dgn harga rm2.00/liter dan kilang kedua jual rm2.55/liter. Kilang pertama nak bagi pendidikan percuma untuk anak-anak pekerja, kilang kedua nak kenakan yuran. Kedua-dua kilang yakin yang pengurusan mereka akan bertambah maju. Adakah kita nak jadi hipokrit untuk berkata kilang kedua lebih bagus dan sanggup hidup susah semata2 yakin dengan masa depan kilang kedua tu? 8) Rakyat Malaysia sudah cukup kenal dengan Ahli-ahli politik daripada Barisan Nasional! Itu saja yang dapat saya huraikan sebab2nya, ada yang setuju? atau ada yang nak tambah lagi? kalau nak bangkang, biarlah kena pada tempatnya...janganlah membabi buta hentam pembangkang... " Copy&Paste by: Panglima

Tuesday, September 16, 2008

Yang Dipertuan Agung ada kuasa menukar kerajaan ,bukannya Pak Lah..

1.Abdullah Badawi telah menjawab. Dia tidak akan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat. “ Jika dia (Anwar) ada nama-nama itu, dia harus menunjukkan nama-nama tersebut kepada seluruh negara. Semua orang ingin tahu,” kata Abdullah Badawi. Abdullah Badawi hanya akan bertemu dengan Anwar Ibrahim jika ketua Pakatan Rakyat telah mendedahkan nama-nama ahli parlimen Barisan Nasional yang kini menyokong Pakatan Rakyat. Dicatat oleh Tukar Tiub di 7:41:00 PM 2.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat berkata dalam masa 24 ke 48 jam ini pemimpin Pakatan Rakyat akan pergi ke Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agung. Mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung ini bertujuan untuk memohon pekenan Duli Tuanku agar sebuah kerajaan baru di bawah pentabiran Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan. Tian Chua berkata demikian dalam satu sidang akhbar petang ini. Dalam satu temu bual dengan ajensi berita AFP , Dr Hatta Ramli telah menerangkan jika sekiranya Perdana Menteri Abdullah Badawi enggan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat maka satu delegasi Pakatan Rakyat akan pergi mengadap Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Agung. Menurut Dr Hatta ‘ perlantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan adalah tanggung jawab Yang DiPertuan Agung’. 3.Dr Hatta juga berkata Pakatan Rakyat kini memiliki lebih dari 116 ahli parlimen. Jumlah semua anggota ahli parlimen Malaysia ialah 222. Perasap : Memang dah agak dah...,mesti Dollah tetap dengan keegoannya dan masih sedang tidur.Kerajaan BN hampir tumbang pun beliau masih cakap perkara kecil. Aku tak paham camner dengan pemikiran begini,Malaysia dapat ditadbir dengan baik.Malaysia memang malang mendapat PM seperti beliau..... Copy&Paste by: Panglima

Teks penuh kenyataan media DSAI

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat. Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini. Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini. Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam. Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu. Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut : 1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan. 2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu. 3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa. 4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya. Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman. Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan. Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.-Sumber- ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Copy&Paste by: Panglima

Yang di tunggu dah tiba..

PETALING JAYA, 16 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu media, pihaknya mempunyai lebih 31 anggota Parlimen yang sedia menyokongnya untuk membentuk kerajaan baru di negara ini. Nama-nama itu akan diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan yang dipohon oleh beliau sebelum ini dengan Perdana Menteri. Demikian dinyatakan Anwar dalam sidang media di pejabatnya dekat sini hari ini. Menurut Anwar, dia telah menghantar satu surat kepada Abdullah Isnin 15 September meminta untuk bertemu di samping menuntut empat perkara dari Perdana Menteri itu. Empat perkara itu adalah:- 1) Jangan halang mana-mana anggota Parlimen untuk bertindakn berdasarkan kehendaknya, hak perlembagaan, dan kebebasan kehakiman. 2) Jangan gunakan akta ISA untuk menghalang mana-mana anggota Parlimen termasuk anggota Parlimen dari Pakatan. 3) Jangan gunakan undang-undang darurat atau menggantung perlembagaan atau membubarkan Parlimen. 4) Jangan adakan sekatan jalan untuk menghalang anggota Parlimen ke Dewan Rakyat atau mana-mana institusi kerajaan. Copy&Paste by: Panglima

Sunday, September 14, 2008

Kebodohan s/u politik

KOTA BHARU 13 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya. Kenyataan di atas datang dari Setiuasaha Politik Abdullah Hj Ahmad yang menyokong kenyataan dari seorang Menteri yang terkenal dengan penagih arak tegarnya berhubung dengan kenyataan seorang Naib Presiden UMNO tentang isu peralihan kuasa. Ini wajah tingkat pemikiran orang-orang yang berada di sekeliling Abdullah Hj Ahmad yang bila-bila masa akan membuat kenyataan “saya sudah tidak ada disini.” Antara yang menunjukkan kebodohan Setiausaha Politik yang pernah mendapat pelajaran agama di Mekah ini ialah membandingkan soal kenyataan Muhyiddin Yassin itu dengan bersembahyang, ''Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufaraqah (berpisah daripada imam)," Sia-sia dia belajar di Mekah bila Imam sembahyang disamakan dengan Imam yang mentadbirkan Negara. Kalau begitu orang yang bukan Islam akan bertanya, Oh begitukah orang Islam, maknanya jika seorang itu merasakan imam tidak betul keluar sahaja dari saf atau jemaah tanpa membuat teguran dan jika buat teguran kepada Imam itu, esok dan akan datang tak boleh sembahyang lagi dengan beriman si pulan yang sudah ditegur. Atau orang-orang atau ahli PAS hari ini boleh mendabik dada bahawa perbuatan mereka dulu-dulu yang tidak mahu mengimamkan orang UMNO dalam sembahyang adalah satu tindakan betul kerana mereka berfikiran bahawa Imam UMNO tidak betul. Maka orang-orang Pas buat mufaraqah dan melantik Imam mereka sendiri yang dituduh oleh UMNO sebagai sembahyang dua Imam. Bodoh tak bodohnya Setiausaha Politik ini. Ini mungkin ajaran baru dalam mazhab Islam Hadhari yang telah dibuktikan satu pembaziran dalam kempen melaksanakan yang menelan belanja wang rakyat berjumlah 60 juta ringgit dan kemudian Islam Hadhari dibuang ke longkang sahaja atau buku-bukunya jadi barang kitar semula. Kerana puak-puak yang gila kuasa macam Setiausaha Politik dan Menteri Abdullah Hj Ahmad ini tidak dapat berfikir panjang sehingga tidak dapat membezakan antara dua perkara yang jelas perbezaannya. Muhyiddin Yassin adalah seorang Naib Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO dalam tahun 2004. Dia sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang selalu menang Naib Presiden UMNO kerana diberi sokongan untuk mengimbangi kuasa-kuasa Anwar Ibrahim waktu dia memegang jawatan Naib Presiden atau selepas itu Timbalan Presiden UMNO. Soal Muhyiddin Yasin menjadi Menteri itu soal lain, dia tidak bercakap atas sifatnya sebagai Menteri dalam Kabinet Barisan Nasional. Dalam hukum agama Islam hanya Muhamaad S.A.W yang boleh bercakap dengan autoriti sebagai Nabi, sehingga cakap menjadi hadis dan perbuatan menjadi Sunnah kerana berdasarkan wahyu Allah Maka Abdullah Hj Ahmad boleh menjadi Perdana Menteri kerana dia Presiden UMNO dan Muhyiddin Yassin kerana dia ahli Parlimen dan ditunjukkan sebagai Naib Presiden UMNO oleh Perwakilan UMNO dia setaraf Abdullah Hj Ahmad yang berbeza hanya hierarki sahaja, maka mahu tak mahu terpaksalah diberi jawatan Menteri walau pun kementerian itu bertaraf Menteri Alam Sekitar, Muhyiddin Yassin bukan Menteri yang dilantik secara prerogatif oleh Perdana Menteri seperti Zaid Ibrahim dan Amir Sham. Maka hari ini fikiran ke hadapan Perwakilan UMNO tahun 2004 menyatakan Muhyiddin Yasin sebagai Naib Presiden menjadi kenyataan. Dalam saat Najib Tun Razak yang sepatut bertindak menjadi suara ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan, dia membisu bila sudah mendapat jaminan akan menjadi Putera Mahkota yang bakal menjadi Sultan seperti warisan jawatan Perdana Menteri itu, walhal terdapat peraturan bahawa ada sekatan dia perlu dahulu di sahkan oleh ahli-ahli UMNO sebagai Putera Mahkota kerana mungkin ada orang lain yang lebih layak ke jawatan itu. Abdullah Hj Ahmad, dia bukan Nabi dia hanya Imam Besar Islam Hadhari satu gagasan rekaan dia, sama seperti dengan apa yang pernah dituduh kepada PAS yang menjual Islam, begitu juga Abdullah Hj Ahmad juga menjual Islam bagi tujuan politiknya tetapi segala pekong penipuan yang dilakukan sudah diterjemahkan oleh rakyat dengan menolak Barisan Nasional dalam PRU ke 12. Muhyiddin Yassian di pilih dengan sokongan undi yang membolehkan menjadi Naib Presiden tetapi Abdullah Hj Ahmad ke jawatan Presiden UMNO tidak ada ukuran kerana Perlembagaan UMNO menyekat pencalonan dan dia sudah berkuasa menjadi Perdana Menteri sebelum di pilih menjadi Presiden UMNO. Kerana Abdullah Hj Ahmad bukan pemimpin “friendly” yang mana kawalan keselamatan lebih hebat dari mana-mana Presiden dan Perdana Menteri di dunia ini maka dia kurang mendapat maklumat dari akar umbi, jika ada pun laporan Cawangan Khas Polis, itu pun kemungkinan laporan yang muluk-muluk atau yang menyedapkan hati sahaja. Dan soalan nya adakah dia baca? Berbalik kepada soal jemaah dengan Imam sembahyang, bagaimana dengan Imam yang kita tahu kena penyakit kencing meleleh dan kemudian pakai “pampers” tetapi nak tunjuk juga boleh jadi Imam? Betullah bahawa jemaah tidak berdosa apa-apa sembahyang tidak batal dan hanya tak dapat pahala sembahyang berjemaah. Apakah hukumannya kepada Imam yang sedemikian? Kesimpulannya Abdullah Hj Ahmad sudah hilang akal, dia berusaha mempertahankan kuasa bagi tujuan bagi membantu perniagaan anaknya, banyak projek-projek yang sudah dibayar tetapi tidak berjalan lagi. Semua orang tahu di sebalik projek jambatan kedua Pulau Pinang, monorel dan sebagainya yang boleh didedahkan setelah Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti. Kerana itulah Muhyiddin Yassin kata terlalu lama, bukan sahaja berlaku macam-macam lagi keburukan dalam UMNO yang akan dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad tetapi orang Melayu dan rakyat Malaysia berbagai kaum sudah tidak sabar lagi untuk menunggu akan pendedahan penyelewengan Abdullah Hj Ahmad dalam membantu keluarganya dalam perniagaan dan kemungkinan besar beberapa kes rasuah akan terbongkar. Sang Kelembai: Orang Melayu jangan lagi fikir bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Cuba Baca jawapan pesanan dari Brig. Gen. (B) Datuk Paduka Husainay Hashim, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia , Zaharin - jangan Campur hal UMNO. Jaga diri awak sendiri. Suk UMNO M,sia, setelah Sang Kelembai hantar pesanan ini, Zaid Ibrahim apa hak dia nak suruh Muhyiddin Yassin letak jawatan atau Dollah Bodohwi singkirkan. Dia pun tak ada kepentingan dengan UMNO. PRU 12 lari ke Australia dan seorang penagih arak tegar yang sama dengan penyimpan janda di rumah sebelum dinikahnya itu sebab Umno ni panas - bangunlah Melayu UMNO singkirkan Dollah yang memperkayakan keluarganya secara demokrasi. Drp Zaharin@Sang Kelembai. Para pembaca blog fikir sendirilah cara menjawab orang kuat di Ibu Pejabat UMNO itu. Copy&Paste by: Panglima

Rakyat Terengganu salah pilih Pesuruhjaya...

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS. 2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”. 3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar. 4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa. 5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main. 6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam. 7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno. 8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno? 9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini. 10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 11 September 2008. Copy&Paste by: Panglima

Saturday, September 13, 2008

Punca aliran sungai di dalam syurga

AsaL 4 Batang SunGai Di SyuRga Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w : “Semasaaku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.stelah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalamsemua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yangbesar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu,ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya darimadu dan ada airnya yg tidak masin. Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalamal-Qur’an : “Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidakmasin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubahrasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya danada sungai dari madu pilihan”. Aku bertanya kepada Jibrail a.s : “Wahai Jibrail a.s, darimanakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?” Jibrail a.s menjawab : ” Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu iamengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak akuketahui.” Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikatdengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, diamunyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabilaaku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok ygbesar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat daripermata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakuthijau dan kunci-kuncinya dari emas. Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya:“Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?” Aku pun bertanya: “Bagaimana dapat aku masuk sedangkanpintunya berkunci? Dimanakah kuncinya” Jawab Malaikat itu: “Kuncinya di dalam tanganmu” Tanyaku : “Dimana?” Jawabnya: “Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanirrahiim”. Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinyadan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkanciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkanairnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar. Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku:“Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini?Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkauperhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itumemancutkan airnya”. Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimahBismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batangtiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.Dari lubang huruf ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu.Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungaiarak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluarair sungai madu. Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga.Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahirrahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini diakhirat kelakCopy&Paste by: Panglima

Kenapa tak tahan Ahmad?????

Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam. Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi. Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu. Lewat malam tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan. Setiausaha Publisiti DAP itu ditahan kira-kira pukul 11.18 malam ketika dalam perjalanan pulang ke kondominiumnya di sini. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya berkata, Teresa, 44, ditahan oleh seramai 10 anggota polis ketika memasuki kondominiumnya selepas menghadiri sambutan mooncake di kawasan pilihan rayanya. Tan, 33, ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi. Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi mengesahkan Tan ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut. Turut mengesahkan penahanan mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Raja Petra, pengendali dan penulis blog yang kontroversi tanah air, ditahan buat kali kedua di bawah ISA dalam tempoh tujuh tahun. Penahanan Raja Petra juga disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah. Kenyataan polis yang dikeluarkan malam ini juga mengesahkan perkara tersebut. Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari. -- Laporan oleh mSTAR Online Copy&Paste by: Panglima

Friday, September 12, 2008

Pak Lah telah terperangkap...

Paklah sudah diperangkap oleh orangnya sendiri, perancangan asal untuk membangkitkan perasaan bersatu orang melayu dalam menghadapi 16September kini beralih kepada krisis perkauman dan krisis Umno bersama Parti Komponen. dalam kenyataan Presiden PPP Dr M Kaveyas kepada pemberita selepas mesyuarat tertinggi BN ia berkata " inilah suasana paling luar biasa yang dihadapi BN sepanjang 15tahun pengalamannya". ya! kini bukan Umno sahaja yang mendesak pengunduran Paklah tetapi parti komponen dalam BN juga.masalah dihadapi Paklah makin bertambah apabila Dr mahathir mengumumkan akan menyertai semula Umno sehinggakan Paklah tidak mampu memberikan respon kepada soalan wartawan berkenaan kemasukan Dr Mahathir. Seperti dirancang,Sebenarnya Ahmad Ismail juga terlibat memerangkap Paklah, buktinya pada hari yang sama dia menyerang kaum Cina seperti orang Yahudi di Amerika, Khir Toyo juga menulis dalam Blognya bahawa jika Paklah tidak meletak jawatan peristiwa 13Mei bakal berulang. kenyataan Ahmad Ismail dan Khir toyo pada hari yang sama tentang soal perkauman seperti dirancang. sehari sebelum Ahmad Ismail membuat sidang medianya menyerang kaum Cina, dalam perjumpaan dengan Paklah Ahmad Ismail telah bersetuju untuk membetulkan kenyataanya dengan nada yang lebik baik. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kenyataan Ahmad Ismail lebih racist dari sebelumnya. ia turut mengejutkan Paklah.dan dalam waktu yang sama Paklah diperlihatkan seperti perancang sebenar membangkitkan Api perkauman. seperti dirancang,kesoknnya Muhyidin Yasin mendedahkan Dr Mahathir akan menyertai semula Umno dan Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk bertanding sebagai ketua pemuda. dan dalam sidang media Ahmad Ismail selepas ia dijatuhkan hukuman oleh Majlis Tertinggi Umno disebelahnya adalah setiausaha agung Umno Tengku Adnan iaitu sebahagian perancang untuk memerangkap Paklah. apa perlu setiua usaha agung Umno duduk bersama dalam sidang media kepada orang yang sudah dijatuhkan hukuman? apa yang Paklah terlepas pandang adalah Khir Toyo & tengku Adnan adalah Proksi Mahathir. Tg Adnan juga kini mencari jalan selamat untuk mengelak kes Video Vk Lingam yang akan memerangkap dirinya. Tg Adnan sendiri mahu Dr Mahathir kembali dan Paklah dijatuhkan.agar Tg adnan dan mahathir terlepas dari kes Video Vk Lingam yang sedang dibicarakan. Ingat siapapun mungkin tidak menyangka Mahathir antara watak utama dalam isu Perkauman yang ditimbulkan akhir akhir ini, taktik Dr Mahathir sama dengan taktiknya dahulu menjatuhkan PM pertama Tengku Abdul rahman, ketika dia dipecat Umno dia membuat pelbagai fitnah keatas Tg Abdul Rahman dan akhirnya menimbulkan semangat perkauman untuk survival politiknya. itulah dahulu Dr Mahathir dikenali sebagai Ultra Melayu, kini dia membuat dengan cara yang sama. namun apa yang Dr Mahathir lupa zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu. tindakan kamu akan cepat dihidu.Dr mahathir , Tg Adnan, Khir Toyo bersama Ahmad Ismail memerangkap Umno pulau Pinang dan Paklah kerana mahu mendesak Paklah meletakkan jawatan dengan kadar segera. apa pun caranya termasuk mengapi apikan semangat perkauaman matlamat mereka adalah satu, mereka mahu Paklah meletakkan jawatan dengan segera. Dr Mahathir telah berjaya memaksa parti Komponen BN mendesak Paklah meletak jawatan.itulah sebabnya Paklah tidak mampu menjawab soalan wartawan semalam kerana dia sudah mengetahui isu perkauman ini dirancang dari kem Dr mahathir untuk memerangkap dirinya. Paklah akan serah kuasa pada Anwar? Kini team Dr Mahathir hampir pasti dapat menggulingkan Paklah, Paklah tidak lagi selamat bersama anak dan menantunya. jika orang Mahathir berjaya menggulingkan Paklah, nasib Paklah dan Khairy akan teruk dibuatnya oleh orang Dr mahathir yang selama ini menyimpan dendam kesumat kepada Paklah terutama menantunya Khairy jamaluddin. Paklah sendiri tahu betapa kejamnya dr mahathir andai dia menyimpan dendam, lihat saja apa yang dilakukan Dr Mahathir ketas Anwar, sudah tentu Paklah dan Khairy memahami apa nasib yang bakal diterima mereka andai Paklah kehilangan kuasa. Satu cara paling selamat adalah dengan berunding dengan Anwar! sudah tentu adegan Khairy menyerahkan Pasport kerumah Anwar melalui pintu dapur akan kembali berulang.kini mungkin Khairy akan menyerahkan surat serah kuasa kepada Anwar, dengan syarat Paklah dan menantunya tidak diganggu selepas Pakatan rakyat berkuasa. dengan cara itu sahaja Paklah dan menantunya akan selamat. tidak ada seorangpun dalam Umno boleh memberikan jaminan Politik, kerana tidak pernah diantara mereka berpegang pada janji, lihat sahajalah Muhyidin Yasin yang pada awalnya bersetuju dengan peralihan kuasa 2010 akhirnya mendesak Paklah berundur. yang lebih dahsyatnya kali ini Muhyidin bersama Dr mahathir & gang menyerang hendap Paklah dibulan puasa. Umno pasti bergolak menjelang pemilihan bahagian Oktober ini. Hanya satu pilihan buat Paklah, Berunding dengan Anwar!! kerana hanya Anwar mampu memberikan jaminan Politik kepada Paklah andainya Anwar menjadi Perdana Menteri. bermula minggu hadapan kita akan saksikan drama politik yang lebih menarik, kawan akan menjadi musuh dan musuh akan menjadi kawan. dan kini Anwar hanya menunggu waktu untuk melakukan "Checkmate" dalam percaturan poliknya. Lawan Tetap Lawan Copy&Paste by: Panglima

RPK ditahan ISA...

Raja Petra ditahan ISA, tepat jam 1.10 petang tadi 10 orang anggota Polis telah mengepung rumah Raja Petra dan menahannya di bawah ISA. sila klik. Nampaknya Bn telah panik, mereka yang memainkan sentimen perkauman dan kini sedang mencari mangsa untuk ditahan. 3 akhbar pula dilaporkan menerima surat tunjuk sebab dari KDN. Tepat jam 2.00 petang pula rombongan 4 orang pimpinan kanan keADILan bertolak ke Taiwan untuk menemui beberapa ahli Parlimen BN di sana. Jam 5.00 petang, cheGuBard akan bertolak ke Sarawak atas urusan parti. Copy&Paste by: Panglima

Pembentukan Kerajaan Baru akan berlaku kerana BN telah gagal...

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat. Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan. Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit. Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini. Api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah. Melihat kepada perkembangan semasa inilah ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami. Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan. Kami yakin terdapat segelintir elit pemerintah BN yang diketuai UMNO bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan. Kami menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk penyokong UMNO untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman. Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua. Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal. Dato’ Salehuddin Hashim Setiausaha Agung PKR YB Loke Siew Fook, Pengarah Pendidikan Politik DAP YB Dato’ Kamarudin Jaffar Setiausaha Agung PAS Perasap : Sememangnya BN telah gagal...PR harus bijak menyusun strategi ke arah pembentukan Kerajaan Baru Copy&Paste by: Panglima

Penubuhan Kerajaan baru mungkin lewat..

Tarikh sebenar penubuhan kerajaan baru mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September, sebagaimana rancangan awal, akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan, kata Pakatan Rakyat hari ini. Bagaimanapun, katanya, kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan agenda reformasi sedang berjalan lancar. Lagi.... Perasap : Biar Lewat asalkan tidak Gagal Copy&Paste by: Panglima

Thursday, September 11, 2008

Cerita MP dari Taiwan..

Berita dari Taipei 11 September 2008 197 views 4 Comments Hello Brader MSK, Lepas hang baca ni, make sure hang delete mail ni. Kalau depa dapat tau aku hantaq kat hang, naya aku. Dah dua hari kami kat sini. Leceh betui. Ingat kata semua naik kapalterbang sama-sama, rupa-rupanya depa asingkan kami bila sampai Singapore. Ramai SB dari YB. Sampai Taipei, semua depa halau masuk hotel.Lagi satu leceh, nak call out pun tak boleh. Passport dengan handphone SB pegang. Semalam baru lega sikit. Kami pi Shangri-La Leisure farm. Bukan besaq sangat, kandang kambing Maniam kat Sauk tu lagi besaq. Tapi kambing dia lain macam…nak kata Jamnapari, tak dak janggut. Nak kata Boer, aku pun tak kenai. Tak patut betui Pak Lah…dia syok kat kambing, dia suruh kami mai belajaq. Yang syok…masa permanian beradas. Hang tau Bung Mokhtar buat apa?.. dia pi inject sperm dalam lubang pungkok kambing tu..kah.kah.kah.. Dia ingat kambing beranak ikut pungkok kot? Lepas tu, kami jumpa Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua. Yang ni lagi satu lawak. Dia tanya…Anwar tak mai sama ka? Pagi tadi, kami pi ke, Kaosiung..naik bullet train. Kami pi melawat pusat bioteknologi. Fuh! bessst! Hang pernah tengok ayam tak dak bulu ka? Memng tak dak! tapi kulit dia tebai, macam itik dah kena salai. Pusat bioteknologi Taiwan ni dah cipta ayam tak dak bulu, sebab setiap tahun, kerajaan taiwan menghadapi masalah nak buang bulu. Tu pasai depa cipta ayam tak dak bulu. Tapi, tadi aku tengok ayam kaki empat. Aku tanya kat depa…pasai apa ayam kaki empat. Depa jawab…KFC cuma mau drumstick. Jadi kena increase drumstick production la.. Esok kami akan ke Pingtung University of Science and Technology. Jadual lusa dan seterusnya kami pun tak tau. Gila sungguh depa. Tadi aku email kat Raja Petra. Kami semua dapat RM50,000 duit poket. Tapi nak belanja kat mana. Masuk jamban pun SB ikut. Pulak tu. Pulak tu, satu-satunya tempat lepak yang ada benda tu…semalam jugak depa tutup. Tapi hang tok sah risau, MSK. balik nanti aku belanja hang kat Big Sister. OK..MSK. Depa dah panggil dah. Buat roll call. Copy&Paste by: Panglima

Tarikh 16Sept. wajar dimartabatkan..

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun sememangnya telah sinonim untuk di raikan sebagai usaha memperingati kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negara di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Editor, Mat Zahari Ali menemubual Pakar Sejarah Universiti Malaya, Prof Khoo Kay Kim untuk meneliti kewajaran tarikh 16 September untuk di nukilkan sebagai hari kebesaran negara.Berita Penuh.. Copy&Paste by: Panglima

Samak perlu letak jawatan..

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej dan seluruh Kabinetnya perlu meletak jawatan, semalam, selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan beliau melanggar Perlembagaan dengan menjadi hos rancangan masakan di televisyen. Bagaimanapun, penyokong beliau berikrar untuk mengembalikan kuasa kepada Samak, yang menunjukkan Thailand masih belum tenang daripada krisis politiknya yang melumpuhkan kerajaan, menjejaskan pasaran kewangan dan menjauhkan pelancong.Lagi... Perasap : Malaysia bila lagi....? Copy&Paste by: Panglima

Reformasi, UMNO bakal tenggelam

Tarikh keramat 2 September lalu disambut oleh gerakan Reformasi dengan tertabalnya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar sekali gus dipersetujui oleh PAS dan DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Penasihat PKR boleh dikatakan antara ahli politik yang paling beruntung di Malaysia.Lagi.... Perasap : DSAI beruntung?, Memang betul dan sepatutnya begitu.Itu semua di atas Keredhaan Allah selepas beliau mengalami segala macam rintangan dan penderitaan serta kezaliman UMNO. Ingat, doa org teraniaya tiada hijjab..Cuba lihat sejarah politik Malaysia, berapa ramai org yang mampu bangun setelah dijatuhkan secara paksaan? Copy&Paste by: Panglima

Ramai remaja suka seks bebas...

KOTA BHARU 10 Sept. - Fenomena hubungan seks bebas bagi membuktikan cinta sehingga melahirkan anak luar nikah kini cukup membimbangkan kerana jumlahnya kian meningkat. Penyelaras Unit Pembangunan Kesihatan Wanita Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zaharah Sulaiman berkata, gejala itu berlaku kerana ada kaitannya dengan kekeliruan golongan remaja tentang cinta daripada pandangan Islam dan kejahilan terhadap aspek reproduksi.Lagi Perasap : Yeah....Islam Had Hari2 memang kena begitu...eleh..iman had hari boleh pegang2 tgn pompuan apasal, budak2 x boleh? Copy&Paste by: Panglima

Kembalikan kuasa Raja Melayu

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.Lagi Perasap : UMNO menerusi Che Det yang telah menghapuskan imuniti kuasa raja-raja Melayu,hasilnya raja2 tiada kuasa menegur kerajaan serta lebih tertumpu kepada acara keagamaan sahaja. Copy&Paste by: Panglima

Wednesday, September 10, 2008

Pendakwa nak bawa kes Anwar ke Mahkamah Tinggi

10 .30 PAGI]KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER (SK)-Mahkamah ditangguhkan kepada 24 September ini bagi memberi masa kepada barisan beguam Anwar Ibrahim untuk menyediakan hujah-hujah bagi membantah permohonan pihak pendakwa bagi memindahkan kes dakwaan liwat terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi.Lagi Perasap : Iskh2..kenapalah depa tak buat camtu kat kes yang lebih berprofil tinggi..hmm, lepas habis pilihanraya kecil P44, hilang citer sumpah,sesumpah,liwat...owh..kebetulan.. Copy&Paste by: Panglima

Panjatkan doa kita kepada Allah S.W.T.

DSAI menegaskan beliau sudah mendapat surat pengakuan ahli yang akan melompat parti. Antara lain DSAI bagi hint siapa ahli parlimen itu dengan mimic perkataan mp tu "Kami tatap dengan janji kami! Kami bangsa yang tatap mengotakan janji". Jadi tarikh mungkin teranjak sikit dari 16 sept but paling lewat 17 oct kerana parlimen bersidang semula.(ini yang tak best nih...ptuih..!) Kedutaan asing sudah mula beratur berjumpa DSAI kerana yakin akan berlaku perubahan kerajaan. Bgaimanapun DSAI mengingatkan bahawa pejuang harus terus berdoa kepadd Allah agar tiada halangan besar lagi. Kerana, sebagai orang Islam, doa2 rakyatlah yang beliau harapkan dapat membantu kemenangan rakyat. Ramai yang terharu semalam dengan doa imam di rumah DSAI dan tersentuh apabila DSAI dengan penuh rendah diri menyatakan doa rakyat, ulama di seluruh dunia terutamanya Tok Guru Haji Saleh yang kini 24 jam bergilir dengan ustaz2 berdoa didepan kaabah makkah tanpa henti memohon bantuan Allah memberi kemenangan kpd kerajaan pakatan rakyat! Perasap :InsyaAllah..yang batil tetap jatuh. Copy&Paste by: Panglima

Tuesday, September 9, 2008

Seorang lagi BN letak jawatan

TAIWAN, 9 Sept: Salah seorang anggota rombongan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Barisan Nasional ke Taiwan, Huan Cheng Guan menghantar notis melalui SMS meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda BN Pulau Pinang jam 12.30 tengahari tadi. Lagi..Copy&Paste by: Panglima

Fakta Ekonomi Negara

Ramai yang melupakan sejarah ekonomi negara kita ini. Fakta pertama – sesudah Perang Duni Ke Dua – Persekutuan Tanah Melayu adalah negara terkaya di Asia sesudah Jepun. Ini fakta sejarah ekonomi. Ramai juga warga yang melupakan fakta bahawa sesudah penjajah British mengundur dan Tanah Melayu berkerajaan sendiri, ekonomi kita telah menggunakan pendekatan ekonomi sosialis. Air, api, hospital, sekolah, lembaga pengajian tinggi, jalan raya, perumahan – semua lembaga-lembaga ini adalah hak milik kerajaan. Hanya perlombongan, perladangan dan banking yang masih dimiliki oleh British. Sehingga ke zaman pentabiran Hussein Onn lembaga ekonomi ini masih lagi kukuh. Hanya apabila Mahathir Muhamad menjadi kepala maka semua lembaga ekonomi hak milik negara ini diagih-agih kan kepada para kroninya. Bentuk ekonomi – sama ada kapitalis atau sosialis – bertanggung jawab melahirkan bentuk-bentuk budaya. Asas budaya manusia lahir dan wujud dari sistem ekonomi yang digunapakai. Budaya bangsa bukan lahir dari awang-awang. Bukan lahir dari mimpi-mimpi. Atau di harap-harapkan. Tamadun budaya bangsa lahir dari sistem ekonomi. Sistem ekonomi ialah pembuatan dimana manusia membuat sesuatu – tidak kira apa – untuk hidup dan merayakan kehidupan. Dalam proses merayakan kehidupan inilah lahir budaya – kepercayaan, kesenian, adat resam, sistem sosial – semuanya dibentuk oleh sistem ekonomi. Ekonomi kapitalis menjurus kepada pemilikan persendirian. Ianya muncul dari sistem feudal, dimana raja dan kaum kerabat istana membolot tanah-tanah pertanian yang luas. Tanah-tanah ini di usahakan oleh kaum tani. Kaum feudal ini telah memungut upah/sewa/upti dari tanah-tanah mereka. Ini mejadikan mereka kaya raya dan berupaya untuk mengaji ‘orang lain’ untuk menjaga harta benda mereka. ‘Orang Lain’ ini akhirnya akan menjadi soldadu, askar dan polis. Tahap budaya dan tamadun ilmu pengetahuan manusia berkembang. Perkembangan ilmu pengetahuan menimbulkan satu kelas baru – Kaum Pemodal. Kaum Pemodal muncul kurang lebih 200 tahun dahulu – di zaman Revolusi Industri. Benda-benda baru muncul – tenaga wap, tenaga bahan bakar arang batu, timah, logam besi – semua ini mengalihkan cara pembuatan dari pertanian ke industri. Ini perubahan bentuk ekonomi yang pasti membentuk satu budaya baru. Ini juga berlaku dalam negara kita. Tanah Malayu pada 100+ tahun dahulu adalah negeri petanian, kemudian dizaman kolonial muncul perlombongan dan perladangan. Asas ekonomi kaum tani Melayu tidak berubah dalam zaman peralihan – kemunculan buruh lombong dan buruh ladang - ini kerana British telah membawa masuk buruh dari India dan Tiongkok. Masyarakat Melayu terus dalam dunia feudal mereka. Tun Razak telah membawa satu perubahan besar dengan rancangan Felda – memberikan tanah kepada kaum tani Melayu yang tidak memiliki tanah. Ini adalah bentuk ekonomi Kapitalis Daulah. Petani miskin dibantu dan di beri hak untuk berladang secara moden dan tersusun. Di zaman Razak selain dari memberi tanah kepada yang tidak bertanah, sistem pembelajaran dan hospital masih percuma, di tanggung oleh daulah. Sistem jana leterik, air, keretapi, talipon, pelabohan, lapangan terbang – adalah harta hak milik negara. Memahami konsep harta hak milik negara ini amat penting. Negara/daulah/state itu ertinya rakyat/orang ramai. Kita sebagai warga adalah daulah. Tanpa kita tidak wujud state. Kita yang membayar cukai mukai dalam negara ini. Cukai ini dijadikan modal untuk daulah bergerak. Ini bererti leterik, talikom, jalan raya – adalah harta milik kita bersama. Harta negara adalah harta perlaboran kita semua. Keuntungan dari lembaga-syarikat ini akan masuk ke kantong daulah. Ertinya masuk ke dalam saku kita semua. Dana keuntungan dari lembaga/syarikat daulah ini akan dipusingkan kembali untuk menjadi belanjawan negara – untuk sekolah percuma, untuk hospital, untuk memperbaiki jalan raya. Ini amat berbeza dengan lembaga/syarikat hak milik negara yang telah di swastakan. Apabila leterik, talikom, air, jalan raya, hospital, perlabohan, lapangan terbang diswastakan pastilah akidah utama lembaga/syarikat ini bukan lagi untuk kebajikan umat. Ianya bukan lagi untuk kebajikan orang ramai. Kaum pemodal tuan empunya syarikat ini hanya menjaga dan memastikan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam poket mereka sahaja. Tidak ada perkongsian ramai. Lihat bezanya - kalau harta kerajaan – untungnya akan pergi kepada kerajaan – ertinya kita, rakyat dapat sama-sama menikmati untung. Inilah perbezaan fundumental di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi sosialis. Kapitalis mementingkan keuntungan maksima untuk si pemegang saham. Sosialis mementing kesejahteraan umum bukan keuntungan pribadi. Idea penswastaan di munculkan di zaman Thatcher/Reagan – 1980’an. Dasar Thatcherite ini bertujuan untuk menumpaskan gerakan kesatuan buruh terutama pelombong arang batu di United Kingdom. Kesatuan pelombong arang batu ini melalui mogok telah berjaya menjatuhkan kerajaan Konservatif Edward Heath pada tahun 1974. Dasar penswastaan ini juga bertujuan untuk melipat gandakan lagi keuntungan Kaum Pemodal Anglo dan syarikat multinasional Anglo yang menyokong Parti Konservatif. Mahathir Muhamad meniru dasar penswastaan untuk memperkayakan kroni-kroninya. Kroni-kroni Mahathir ini juga adalah penyokong setia Mahathir dalam United Malays National Organisation. Mereka menyokong dasar penswataan kerana mereka dibenarkan menjarah dan merampok harta kekayaan negara. Dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru – banyak harta milik rakyat telah di agih-agih kan (baca rompak ) oleh kroni Mahathir. Lembaga Leterik Negara, Talipon Negara, Radio, stesen Tv, perlabuhan, lapangan terbang, Mas, Misc, keretapi, perkapalan, Jabatan Kerja Raya, Hospital, jalan raya dan ratusan syarikat-syarikat negeri (SEDC) telah diagih-agihkan kepada para kroni. Apkah bezanya syarikat-syarikat ini sekarang kalau di bandingkan dengan dahulu ? Tidak ada bezanya. Hanya satu yang amat ketara - kalau dahulu keuntungan akan masuk ke dalam dana negara. Hari ini keuntungan masuk ke dalam poket Kaum Pemodal. Ketika ekonomi kapitalis berkembang maka Kaum Pemodal dan para kroni berkenduri sakan. Berbilion juta ringgit masuk ke dalam saku mereka. Mereka berpesta macam tidak ada subuh. Pink form terbang melyang-layang. Jual beli saham harta negara yang diswastakan menjadi topik dari coffee house hingga ke masjid. Ini berlaku dalam tahun-tahun 90’an. Lihat apa terjadi apabila ada ekonomi kapitalis berhadapan dengan krisis – mereka jatuh muflis. Perhatikan apa Kaum Pemodal dan para kroni lakukan. Mereka pulangkan kembali harta-harta ini kepada negara. Maka terpaksalah GLC mengambil kembali Plus, Star, Putera, Mas, KLCC dan seribu satu macam syarikat yang jatuh muflis. Ketika untung mereka kaut – masa bangkrap dipulangkan kepada rakyat. Kenapa tidak semua harta-harta dan syarikat-syarikat ini dimilik rakyatkan untuk selama-lamanya. Jadikan harta-harta ini hak milik negara. Keuntungannya untuk kita semua. Ini lah dia asas perbezaan ekonomi sosialis dengan ekonomi kapitalis. Copy&Paste by: Panglima

Nak lompat..lompatlah..tiada undang2 sekatan..

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim mengatakan bahawa tiada undang-undang yang menyekat atau melarang mana-mana ahli Parlimen berpindah parti. Zaid berkata bahawa sebelum ini ada usul yang meminta supaya menguatkuasakan undang-undang larang pindah parti tetapi tidak ada siapa yang menyahut. “Dulu saya pernah mencadangkan supaya buat undang-undang ini tetapi tidak ada siapa yang mahu,” katanya ketika sidang media Hari Persidangan Hak Asasi Manusia di salah sebuah hotel pagi ini. Dalam perbentangan Belanjawan sebelum ini Perdana Menteri Abdullah Badawi menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan mana-mana ahli Parlimen BN bertukar parti. Katanya mengenai ura-ura penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat Zaid enggan mengulas lanjut tentang perkara itu dan hanya berkata “Lompatlah.” Perasap : Dia jadi pemimpin sebab ade org yg nak dipimpin/bantu/help/tolong ( bukannya menyusahkan ), kalau dah org tak mahu dia lagi...bagila kat org lain..lagipun, tak ade istimewa apapun dia pada pandangan rakyat... Copy&Paste by: Panglima

Rakyat percaya kepada jalan perubahan...

Sebenarnya, Syed Husin Ali bukan dari kalangan orang yang tidak yakin atau tidak percaya bahawa 16 September, 2008 tetap tiba dan boleh menjadi kenyataan. Sebagai Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat, Syed Husin Ali tahu, bahawa kehendak Rakyat Malaysia mesti dipenuhi, mahukan pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat, menggantikan Barisan Nasional yang semakin tidak pedulikan Rakyat Malaysia, serta memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru, menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang semakin malang, kecundang, dan lintang-pukang. 16 September, 2008, Pakatan Rakyat serius, Anwar Ibrahim tidak berubah, masih terus serius menjayakan perancangan yang telah dimulakannya, dan dia mahu memenuhi harapan Rakyat Malaysia.Lagi Perasap : Dalam sejarah zaman perjuangan Islam,telah banyak peperangan hebat berlaku dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar,perang Kerajaan Islam Andalusia-Moghul, perang merebut BaitulMaqdis dan banyak lagi.Justeru itu,marilah kita menguatkan iltizam dan berdoa agar yg benar dan hak berjaya.Amin. Copy&Paste by: Panglima

Awas ...permainan si bangsat UMNO...

Berita terbaru, Paklah telah memberi lampu Hijau agar Isu perkauman kembali dimainkan menjelang 16 September, bukan sahaja untuk menghalang pertukaran Kerajaan 16 September tetapi selepas Kerajaan Baru andainya dibentuk selepas 16 September. Amaran Paklah awal minggu lepas bahawa " Beliau akan Pastikan perubahan16 September tidak Berlaku" bukan gertakan olok olok, ia satu bentuk Dendam kesumat yang bersedia menggunakan apa sahaja cara agar pertukaran Kerajaan ini tidak berlaku. itu lah sebabnya Ahmad Ismail kini bukan sahaja tidak tunduk selepas perjumpaan dengan Paklah tetapi menjadi lebih racist berbanding sebelumnya.sehinggakan para penyokongnya menjeritkan perkataan "Bunuh Koh Tsu Kon" "tembak Koh Ts Kon" sambil mengoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Lagi Perasap : Kenapa tak ditumpukan pada tebusan di Somalia..?, pada harga barangan yang tinggi,pada keperluan rakyat?. Memang UMNO dah jadi bangsat.... Copy&Paste by: Panglima

Sumbat si Ahmad tu dlm ISA..memang beliau menggugat negara...

Wanita Gerakan hari ini mendesak supaya ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dipecat dari Umno kerana membuat kenyataan berbaur perkauman. Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe juga berkata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti memastikan segera yang Ahmad ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memainkan isu perkauman.Lagi Perasap : PM kena bertindak.kalau tidak memang beliau amat lemah ataupun memang mahu negara huru-hara supaya mageran dijalankan? Copy&Paste by: Panglima

Politik tengah bercelaru...rakyat tengah menderita..namun wakil anda enjoy...

KOTA BHARU, 8 Sept - Kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi - kerajaan baru 16 September mustahil, manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor pula menyebut tiada Ahli Parlimen yang lompat parti. Persoalannya apakah kenyataan itu sekadar menutup resah yang sudah berlubuk di hati. Kalau benar sekali pun telahan Perdana Menteri mengapa pula dalam masa yang sama anggota parlimen BN seperti diheret ke luar negara 7 hingga 19 September ini kononnya mengadakan lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan. Mengikut laporan, seramai 49 ahli parlimen BN akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini. Seramai 41 orang sudah berlepas manakala lapan orang lagi dijangka berbuat demikian esok. Seorang tokoh akademik Dr Abdullah Sudin meluahkan rasa hairan mengapa Kelab Penyokong BN (BN BBC) menggunakan kesempatan sekarang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara. “Adalah lebih baik ahli parlimen BN mengambil peluang untuk mendekati rakyat ketika tiada persidangan parlimen sekarang.Apa lagi? Perasap : Sekarang semua orang politik sudah gila, sangat ketara sekali sampaikan presiden UMNO cakap pun tak jalan.Jelaslah UMNO mahu keadaan huru hara ataupun PakLah tiada taring langsung... Copy&Paste by: Panglima

Monday, September 8, 2008

Panas-panas..32BN sedia masuk PR

PETALING JAYA: Tiga puluh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat? "Ya." Ini jawapan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar sebentar tadi selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Mesyuarat itu berlangsung hampir tiga jam. Dan, ini kali pertama angka tepat jumlah anggota Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat disahkan oleh beliau, khususnya selepas dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 28 Ogos lalu. Berita Penuh Perasap : Tak sabar mahu lihat proses ini.. Copy&Paste by: Panglima

Uwekkk...jijiknya cara BN

Tanpa perkauman, UMNO dah lama bergelar"mendiang" dan ber"jirat". Kali ini "superman berkeris telanjang" yang menyelamatkan UMNO bernama Mat Mael. Mat Mael tokey Bukit Bendera tetap mempertahankan pendapatnya bahawa " Cina adalah Pendatang". Beliau disokong oleh semua 13 tokey UMNO Pulau Pinang termasuk tokey UMNO Kepala Batas. Dalam keadaan tinggal nyawa-nyawa ikan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Mat Mael memberikan talian hayat untuk UMNO untuk terus hidup. Lagi Perasap : BN sanggup buat apa sahaja hatta musnahkan jiwa asalkan dapat hidup..jijik.. Copy&Paste by: Panglima

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan

8 September 2008 Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini. Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.Lihat asal Sekian, terima kasih. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat YB Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS YB Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP Copy&Paste by: Panglima

Homoseks diiktiraf di Malaysia????

Apakah maksudnya menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi. Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya. Selanjutnya Perasap: BN tak habis2 bawa dosa ke dalam masyarakat..memang BN perlu dikuburkan.. Copy&Paste by: Panglima

MRR2 dijamin selamat...?

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kerajaan mengesahkan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang kembali dibuka hari ini selamat digunakan dengan jaminan tahap keselamatan keenam-enam lorongnya akan diperiksa setiap hari. Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, siasatan yang dilakukan Pasukan Petugas Kementerian Kerja Raya bersama jururunding dari Jerman, Leonhardt, Andre and Partner (LAP) mendapati tiada lagi kerosakan pada struktur tiang jejambat itu.Lagi Perasap : Lagi 2-3 minggu MRR2 pasti sesak bangat dong...adakah struktur masih mampu menampung beban kenderaan yang pastinya penuh dengan nyawa..?.Lagi satu Datuk, diri kita pun belum tentu hidup esok hari, macamana nak beri jaminan. Copy&Paste by: Panglima

Takutnya BN pada Rakyat..

Sejumlah 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini. Daripada jumlah tersebut, 41 orang berlepas hari ini manakala lapan orang lagi, akan di sana esok.Baca lagi Perasap: Eloklah tu...patutnya setiap MP yang balik ke Malaysia kene buat Presentation secara langsung dalam tv...nak tau,depa pegi belajar atau main2. Copy&Paste by: Panglima

Kenyataan Mufti diputar-belitkan..

Laporan: Semalam Akhbar Utusan melaporkan Dr. Mohd Asri menganggap perbuatan Raja Petra adalah biadap. Bahkan kenyataan asal Dr Asri menyebut sesiapa yang menghina Islam atau bersekongkol dengan orang menghina Islam –secara sedar dan faham apa yang dilakukannya- adalah terkeluar dari akidah Islam dan wajib bersyahadah semula. Berita Penuh Perasap : Begitulah Tuan Mufti...politik mengatasi prosedur atas sebab2 tertentu.Sebab itulah..kerajaan sekarang ini perlu di tumbangkan..TIADA KEADILAN. Copy&Paste by: Panglima

BN sudah sesat...

Barisan Nasional (BN) di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan ia terus kukuh dan terus memerintah negara, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Sabah berkata tugas utama kepimpinan BN sekarang ialah berusaha mengukuhkan parti dengan mengutamakan titik persamaan dan bukan mencari titik perbezaan di kalangan mereka. Perasap: Mengaku juga BN sudah sesat jauh dari landasan akhirnya. Copy&Paste by: Panglima

DSAI's trojan horse

Anwar Ibrahim wants BN to think the defections before 16 September are going to come from Sabah and Sarawak. This explains the focus and frenzy surrounding MPs from East Malaysia. Their movements are being monitored, text messages have been swirling about en bloc defections and some, like Yong Teck Lee and Bernard Giluk Dompok, have been dropping broad hints about wanting to abandon the BN ship. But the unsuspecting BN leadership is completely unaware of Anwar’s actual game plan. Sabah and Sarawak are the great diversions - Anwar’s red herrings. Sure, he may eventually end up with some defectors from East Malaysia, but the real trigger that he wants to pull will be right under UMNO’s nose. For Anwar, he needs to start with a bang. Something that will cause all other smaller component parties to tremble and quake in their boots leaving them with little choice but to jump en masse. Perasap: Aku pun tak pasti kesahihan citer ini... Copy&Paste by: Panglima

Pantun Ramadhan..

Pantun ini aku petik dari sebuah laman blog dan dirasakan bagus untuk tatapan serta renungan bersama,terutamanya di bulan yang mulia ini. "Bicara kali ini tentang batas aurat, Terutama sekali bagi muslimat, Kerana kelihatan dalam masyarakat, Dibuang Islam dijauhi adat. Yang kelihatan pada remaja, Batas aurat tidak diambilkira, Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga, Tanpa malu, silu dan dosa Tudung nipis terbayang rambut, Atau rambut terjulur kerana singkat, Kain dililit kepala pakai ikat, Jambul tertonjol rasa hebat. T-shirt menjadi kegemaran, Nampak ketiak tiada lengan, Bulu roma jelas kelihatan, Parut dan tahi lalat bertebaran. Baju sendat tertonjol dada, Sepatutnya dilabuh berlaku tiada, Lelaki melihat menempa dosa, Menjadi fasiq mudah sahaja. Seluar ketat menjadi pakaian, Tak beza lelaki dan perempuan, Terutama jeans pudar jadi pilihan, Sarung nangka pun boleh tahan Apa jadi dengan remaja, Islam namanya, iman tiada, Perintah Tuhan buat bersahaja, Larangan Allah buat selamba, Allah murka Syaitan senang, Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’ Ada baju tak cukup benang, dihumban ke neraka cukup malang. Saya hanya boleh menasihat, Kepada remaja dan muslimat, Ikut Islam akan selamat Ikut syaitan akan dilaknat. Copy&Paste by: Panglima

UMNO marah TGNA digelar Ulama?

Orang Umno mempertikaikan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kata mereka siapa yang beri gelaran ulama' kepada beliau. Tuan Guru angkat diri sendiri jadi ulama' dan macam-macam lagi penghinaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Tuan Guru. Saya pun hairan mengapa beriya-iya benar orang Umno ini marahkan Tok Guru digelar ulama'. Mengapa dengki sangat mereka dengan gelaran tersebut sedangkan mereka juga mempunyai ulama' besar seperti Ulama' tersohor Islam Hadhari dan juga pengasas ajaran Islam Hadhari Al Fadzil As-Syeikh Abdullah Ahmad Badawi yang juga terkenal di seluruh pelusuk negara kita. Bukankah Ulama' Abdullah bijak dan tinggu ilmunya sehingga boleh bersalam dengan perempuan, pegang bahu Amoi, boleh pergi majlis tari-menari, konsert dan bermacam-macam lagi. Sudah tentu ilmu dan ijtihadnya tinggi sehingga boleh menghalalkan semua itu. Jadi apa yang hendak dipelikkan jika ramai dari rakyat Malaysia malah seluruh dunia mengiktiraf bahawa Tuan Guru adalah ulama'. Malah di negeri Melaka sendiri, kita ada ulama' yang tidak kurang hebatnya iaitu As-Syeikh Mohd Ali Rustam Al Ketami yang juga terkenal dengan kezuhudannya. Beliau juga sama hebat lebih kurang dengan Al Badawi sehingga Al Ketami boleh mengeluarkan fatwa bersalam dengan wanita bukan muslim tidak salah kerana tidak naik nafsu syahwat. Jadi saya harap orang Umno lepas ini boleh angkat Al Badawi dan Al Ketami menjadi ulama' besar dan selepas ini kemungkinan mereka akan dipanggil untuk menyampaikan ceramah agama di seluruh dunia dan dijemput untuk membincangkan hukum hakam dan menyelesaikan masalah umat Islam seluruh dunia. Nukilan : Syeikh Al Tehelli Perasap: Semua mahu jadi ulama..tapi perangai,nafsu,sifat macam hampeh...Inilah jika dikatakan apabila org jahil dijadikan pemimpin... Copy&Paste by: Panglima

Punca 300,000 cina terkorban..

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Sebanyak 300,000 orang Cina yang terkorban di negara ini sebelum kemerdekaan 1957 sebenarnya mempertahankan British yang menjajah Tanah Melayu, menurut ahli-ahli sejarah. Menurut kajian sejarah, 300,000 orang Cina terkorban semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu kerana Jepun dan China berperang sejak tahun 1937 dan pertelingkahan antara dua bangsa itu merebak ke Tanah Melayu. Perasap : Pelajarilah sejarah kalau mahu mengetahui perkara yang sebenarnya..,awasi juga dari mana sumbernya. Copy&Paste by: Panglima

Sukarnya pertahankan istiqamah..

Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad). Inilah perkara yang ringkas disebut, berat untuk dilaksanakan dalam hidup. Jadi, istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun. Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu tertentu dia gugur dan layu. Ada yang lantang mempertahankan kebenaran bukan kerana kebenaran itu dituntut, tetapi kerana merasakan ‘pasaran’ tajuk tersebut laris untuk dilelong, maka dia pun sakan berkempen. Sehingga sekali pandang seakan dia pejuang kebenaran. Malangnya, apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dalam menyindir atau menentang kebenaran. Insan yang beristiqamah tidak sedemikian rupa. Dia akan mempertahankan kebenaran di kala orang ramai suka dan tidak suka. Di kala kebenaran diterima ramai, atau ditolak orang. Tanpa mengira, samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung, atau rugi. Samada dia disukai kerananya, atau dibenci. Kebenaran adalah kebenaran. Dia tidak akan menukarkan kebenaran dengan kebatilan hanya disebabkan kepentingan habuan yang diharapkan, atau pangkat yang diidamkan. Ramai insan yang telah mengorbankan kebenaran kerana sayangkan hartanya. Ada yang menolak kebenaran hanya kerana pangkat yang dipegangnya. Bukan kerana mereka tidak tahu yang benar itu benar. Justeru itu Allah mengingatkan Bani Israil yang merupakan kaum yang mengetahui kebenaran yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. Mereka sepatutnya menjadi orang yang awal beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana mereka memahami kebenaran. Malangnya mereka menolak, atas kepentingan. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaknya kamu merasa gerun. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (engkar) dengannya; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli perkara-perkara yang murah; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah, ayat 40-42). Maka tidak hairanlah, betapa ramai golongan agama dalam dunia ini yang kerana diberi pangkat ‘mufti’ atau ‘kadi’ atau ‘pengarah itu dan ini’ lalu mereka mendiamkan tanpa menegur kesalahan yang nyata di depan mata sedangkan mereka mampu. Bukan mereka tidak tahu, namun mereka bimbang jawatan mereka dikacau orang. Padahal, dengan jawatan yang diberikan, banyak perkara yang dapat ditegur dan dibetulkan. Namun mereka mendiamkan diri bagaikan ada butiran permata dan berlian yang tersimpan. Sebenarnya, bukan permata atau berlian yang tesimpan di lisan, tetapi jawatan yang tersimpan dalam perasaan. Bak kata lirik: “Hendak mati di hujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan”. Mungkin jika lirik itu digubal semula maka jadinya: “Hendak mati di atas kerusi, hendaklah berkubur dalam jawatan”. Apa tidaknya, sesetengah jawatan itu ada kereta khas, pejabat yang besar dan gaji yang besar. Sepatutnya fungsinya pun besar. Namun, ramai yang berpangkat hanya hebat kerana pangkatnya, tidaklah pula rakyat tahu apakah fungsinya yang telah dimainkan sesuai dengan gaji yang besar yang kaut dengan selesa itu. Jika dibuang pangkatnya, lalu dinilai ucapan, pemikiran, tulisan, bahkan ilmunya, kelihatan tidak lebih, bahkan mungkin kurang daripada sebahagian orang awam yang lain. Sukarnya untuk kita meminta mereka seperti itu mempertahankan kebenaran sehingga mengorbankan ‘kemeriahan harta’ yang sedang mereka perolehi. Bukan sahaja mereka, ramai yang lain di kalangan manusia yang hanya kerana beberapa kerat harta, atau wang, atau idaman yang dijanjikan, kebenaran diketepikan. Jika mereka tidak tentang pun, mereka diam, sehingga kebenaran itu mati. Beristiqamah dalam mempertahankan kebenaran bererti seseorang bersedia untuk menanggung risiko sekalipun pahit dan getir. Sanggup dipukul gelombang anti-kebenaran sekalipun menyebabkannya terdampar jauh tersisih ke dataran yang sangat asing. Istiqamah mungkin menyebabkan hilangnya pangkat dan harta. Namun, kebenaran tidak boleh dijual beli. Itulah jalan para nabi a.s. sepanjang zaman. Para pengikut nabi juga, wajib menyelusuri jalan ini. Di sini kita lihat, besarnya peranan istiqamah dan tidak hairanlah mengapa Allah menjanjikan balasan yang besar kepada mereka yang beristiqamah. Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33). Kebenaran itu tidak pernah mengenali pangkat, puak, parti, gelaran dan warna kulit. Kebenaran tidak mempunyai identiti daerah, atau negeri atau bangsa atau keluarga. Kebenaran itu tetap kebenaran berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya. Istiqamah mempertahankan kebenaran bererti terus menegakkan kebenaran tanpa mengira pangkat, atau gelaran atau kedudukan atau puak. Ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang bersifat hizbiyyah (kepuakan). Samada ekstrimis parti ataupun kumpulan atau mazhab, atau organisasi tertentu akan gagal beristiqamah apabila tiba giliran kesalahan itu berada di puak mereka. Ramai tokoh-tokoh yang bersifat hizbiyyah ini akan lantang menghentam dan mengkritik kemungkaran yang lakukan oleh musuh-musuh mereka. Malang sekali, apabila perkara yang sama dilakukan oleh ‘orang mereka’ atau ‘pemimpin mereka’ atau ‘parti mereka’ mereka akan mendiamkan diri. Kita boleh lihat gelagat parti-parti politik dalam negara kita ini pun. Ada perkara yang dihukum haram atau sesat pada masa lepas, didiamkan sahaja pada hari ini apabila mereka terjerumus sama. Ada pula perkara yang dianggap salah dan tidak bermoral lalu ditentang habis-habisan, tiba-tiba hari ini mereka atau parti mereka pula melakukannya atau mengiktirafnya. Maka kita tidak hairan jika golongan yang seperti ini bermakian antara satu sama lain pada hari ini. Mungkin besok lusa, atau setahun dua lagi mereka berpelukan dengan mesra sekali. Padahal kedua-dua pihak belum pun mengubah prinsip atau masih atas ‘mazhab lama’, tetapi segala dosa dan nista dapat dilupakan kerana ‘kita sudah geng’ dalam politik. Jika ada yang mengumpulkan keratan akhbar beberapa tahun dahulu, lalu dibandingkan dengan pendirian politik pada hari ini, akan melihat betapa berbeza perkataan dan penilitian. Bukan sahaja dalam soal remeh temeh, bahkan soal-soal prinsip mereka pun, sudah ramai yang berubah. Jika perubahan itu ke arah positif, kita alu-alukan. Tetapi jika ia bagaikan musang, bak kata Saidina ‘Umar, itu amat mendukacitakan. Namun, janganlah pula kita hairan, jika setahun dua lagi orang-orang politik yang berkasih sayang pada hari ini, tiba-tiba akan akan berperang kembali antara satu sama lain. Segala kesalahan semasa ‘persahabahatan’ dahulu akan diungkit kembali, dan segala yang didiamkan akan dibising semula. Hal ini berbeza dengan mereka yang istiqamah. Dalam menegakkan kebenaran tidak pernah mengira samada kawan atau lawan. Parti sendiri atau parti musuh. Seagama, atau berlainan agama. Ini prinsip yang luhur dan telus. Atas prinsip ini jugalah orang-orang bukan Islam dapat hidup dengan aman di bawah pentadbiran Islam. Perbezaan agama tidak pernah menghalang untuk para pemerintah Umat Islam yang adil seperti al-Khulafa’ al-Rasyidin menegakkan kebenaran. Sekalipun dalam membela mereka terpaksa menghukum orang Islam yang bersalah. Malang dalam dunia aliran buta fakta, celik lambang puak dan kumpulan, berpendirian bagi mereka diukur dengan kesetiaan kepada parti atau kumpulan, atau mazhab sekalipun ternyata dalam perkara yang silap atau salah. Terus setia tanpa bantahan sekalipun atas kesalahan dianggap sebagai istiqamah atau teguh pendirian. Sementara sesiapa yang menyokong atau mengkritik pandangan-pandangan pemimpin atau tokoh berdasarkan fakta dan alasan yang dikemukakan dianggap tidak berpendirian. Paksi kebenaran bagi mereka adalah tokoh, kumpulan, puak, parti bukan fakta dan alasan. Inilah asabiyyah yang sebenar. Nabi s.a.w pernah bersabda: “..Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim, al-Nasai dan Ibn Majah). Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadis-hadis Sunan Ibn Majah: “Bendera kebutaan adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil”. ( Al-Sindi, Syarh Ibn Majah, 4/326 Beirut Dar al-Ma’rifah). Bimbang takut dikatakan tidak berpendirian, maka ramai insan dalam negara ini yang mengambil sikap sangat berpihak. Mereka kehairanan jika ada sesiapa yang bercakap atas kebenaran tanpa melihat kepada warna kumpulan atau parti, sebaliknya atas kebenaran dan fakta. Mereka tertanya: “kenapa awak sekejap menyokong kami, sekejap tidak? Ini tidak berpendirian namanya”. Mereka lupa, paksi pendirian itu sepatutnya diukur dengan alasan yang dipegang oleh seseorang. Bukan kumpulan yang disokong. Jika seseorang asyik menyokong kumpulannya sahaja tanpa bertanya samada benar ataupun salah, maka itu namanya ‘pak turut’ atau ‘taklid buta’. Golongan inilah yang sepatutnya dihukum tidak berpendirian. Malanglah, jika ukuran telah terbalik, maka bak sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat..” (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi). Demikian, insan perlu istiqamah dalam pendiriannya, merentasi sempadan parti atau sebarang organisasi. Hidup untuk kebenaran, atas kebenaran. Ia satu prinsip yang lebih utama yang mampu mneyelamatkan manusia dari jatuh ke lembah penyelewengan hidup. Prinsip yang goyah dipukul badai, dan tidak lapuh dek panas mentari. Dalam hadis Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa selain engkau”. Jawab Nabi s.a.w: “Katakan: aku beriman dengan Allah, kemudian kamu beristiqamahlah”. Copy&Paste by: Panglima

Sukarnya pertahankan istiqamah..

Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad). Inilah perkara yang ringkas disebut, berat untuk dilaksanakan dalam hidup. Jadi, istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun. Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu tertentu dia gugur dan layu. Ada yang lantang mempertahankan kebenaran bukan kerana kebenaran itu dituntut, tetapi kerana merasakan ‘pasaran’ tajuk tersebut laris untuk dilelong, maka dia pun sakan berkempen. Sehingga sekali pandang seakan dia pejuang kebenaran. Malangnya, apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dalam menyindir atau menentang kebenaran. Insan yang beristiqamah tidak sedemikian rupa. Dia akan mempertahankan kebenaran di kala orang ramai suka dan tidak suka. Di kala kebenaran diterima ramai, atau ditolak orang. Tanpa mengira, samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung, atau rugi. Samada dia disukai kerananya, atau dibenci. Kebenaran adalah kebenaran. Dia tidak akan menukarkan kebenaran dengan kebatilan hanya disebabkan kepentingan habuan yang diharapkan, atau pangkat yang diidamkan. Ramai insan yang telah mengorbankan kebenaran kerana sayangkan hartanya. Ada yang menolak kebenaran hanya kerana pangkat yang dipegangnya. Bukan kerana mereka tidak tahu yang benar itu benar. Justeru itu Allah mengingatkan Bani Israil yang merupakan kaum yang mengetahui kebenaran yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. Mereka sepatutnya menjadi orang yang awal beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana mereka memahami kebenaran. Malangnya mereka menolak, atas kepentingan. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaknya kamu merasa gerun. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (engkar) dengannya; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli perkara-perkara yang murah; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah, ayat 40-42). Maka tidak hairanlah, betapa ramai golongan agama dalam dunia ini yang kerana diberi pangkat ‘mufti’ atau ‘kadi’ atau ‘pengarah itu dan ini’ lalu mereka mendiamkan tanpa menegur kesalahan yang nyata di depan mata sedangkan mereka mampu. Bukan mereka tidak tahu, namun mereka bimbang jawatan mereka dikacau orang. Padahal, dengan jawatan yang diberikan, banyak perkara yang dapat ditegur dan dibetulkan. Namun mereka mendiamkan diri bagaikan ada butiran permata dan berlian yang tersimpan. Sebenarnya, bukan permata atau berlian yang tesimpan di lisan, tetapi jawatan yang tersimpan dalam perasaan. Bak kata lirik: “Hendak mati di hujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan”. Mungkin jika lirik itu digubal semula maka jadinya: “Hendak mati di atas kerusi, hendaklah berkubur dalam jawatan”. Apa tidaknya, sesetengah jawatan itu ada kereta khas, pejabat yang besar dan gaji yang besar. Sepatutnya fungsinya pun besar. Namun, ramai yang berpangkat hanya hebat kerana pangkatnya, tidaklah pula rakyat tahu apakah fungsinya yang telah dimainkan sesuai dengan gaji yang besar yang kaut dengan selesa itu. Jika dibuang pangkatnya, lalu dinilai ucapan, pemikiran, tulisan, bahkan ilmunya, kelihatan tidak lebih, bahkan mungkin kurang daripada sebahagian orang awam yang lain. Sukarnya untuk kita meminta mereka seperti itu mempertahankan kebenaran sehingga mengorbankan ‘kemeriahan harta’ yang sedang mereka perolehi. Bukan sahaja mereka, ramai yang lain di kalangan manusia yang hanya kerana beberapa kerat harta, atau wang, atau idaman yang dijanjikan, kebenaran diketepikan. Jika mereka tidak tentang pun, mereka diam, sehingga kebenaran itu mati. Beristiqamah dalam mempertahankan kebenaran bererti seseorang bersedia untuk menanggung risiko sekalipun pahit dan getir. Sanggup dipukul gelombang anti-kebenaran sekalipun menyebabkannya terdampar jauh tersisih ke dataran yang sangat asing. Istiqamah mungkin menyebabkan hilangnya pangkat dan harta. Namun, kebenaran tidak boleh dijual beli. Itulah jalan para nabi a.s. sepanjang zaman. Para pengikut nabi juga, wajib menyelusuri jalan ini. Di sini kita lihat, besarnya peranan istiqamah dan tidak hairanlah mengapa Allah menjanjikan balasan yang besar kepada mereka yang beristiqamah. Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33). Kebenaran itu tidak pernah mengenali pangkat, puak, parti, gelaran dan warna kulit. Kebenaran tidak mempunyai identiti daerah, atau negeri atau bangsa atau keluarga. Kebenaran itu tetap kebenaran berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya. Istiqamah mempertahankan kebenaran bererti terus menegakkan kebenaran tanpa mengira pangkat, atau gelaran atau kedudukan atau puak. Ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang bersifat hizbiyyah (kepuakan). Samada ekstrimis parti ataupun kumpulan atau mazhab, atau organisasi tertentu akan gagal beristiqamah apabila tiba giliran kesalahan itu berada di puak mereka. Ramai tokoh-tokoh yang bersifat hizbiyyah ini akan lantang menghentam dan mengkritik kemungkaran yang lakukan oleh musuh-musuh mereka. Malang sekali, apabila perkara yang sama dilakukan oleh ‘orang mereka’ atau ‘pemimpin mereka’ atau ‘parti mereka’ mereka akan mendiamkan diri. Kita boleh lihat gelagat parti-parti politik dalam negara kita ini pun. Ada perkara yang dihukum haram atau sesat pada masa lepas, didiamkan sahaja pada hari ini apabila mereka terjerumus sama. Ada pula perkara yang dianggap salah dan tidak bermoral lalu ditentang habis-habisan, tiba-tiba hari ini mereka atau parti mereka pula melakukannya atau mengiktirafnya. Maka kita tidak hairan jika golongan yang seperti ini bermakian antara satu sama lain pada hari ini. Mungkin besok lusa, atau setahun dua lagi mereka berpelukan dengan mesra sekali. Padahal kedua-dua pihak belum pun mengubah prinsip atau masih atas ‘mazhab lama’, tetapi segala dosa dan nista dapat dilupakan kerana ‘kita sudah geng’ dalam politik. Jika ada yang mengumpulkan keratan akhbar beberapa tahun dahulu, lalu dibandingkan dengan pendirian politik pada hari ini, akan melihat betapa berbeza perkataan dan penilitian. Bukan sahaja dalam soal remeh temeh, bahkan soal-soal prinsip mereka pun, sudah ramai yang berubah. Jika perubahan itu ke arah positif, kita alu-alukan. Tetapi jika ia bagaikan musang, bak kata Saidina ‘Umar, itu amat mendukacitakan. Namun, janganlah pula kita hairan, jika setahun dua lagi orang-orang politik yang berkasih sayang pada hari ini, tiba-tiba akan akan berperang kembali antara satu sama lain. Segala kesalahan semasa ‘persahabahatan’ dahulu akan diungkit kembali, dan segala yang didiamkan akan dibising semula. Hal ini berbeza dengan mereka yang istiqamah. Dalam menegakkan kebenaran tidak pernah mengira samada kawan atau lawan. Parti sendiri atau parti musuh. Seagama, atau berlainan agama. Ini prinsip yang luhur dan telus. Atas prinsip ini jugalah orang-orang bukan Islam dapat hidup dengan aman di bawah pentadbiran Islam. Perbezaan agama tidak pernah menghalang untuk para pemerintah Umat Islam yang adil seperti al-Khulafa’ al-Rasyidin menegakkan kebenaran. Sekalipun dalam membela mereka terpaksa menghukum orang Islam yang bersalah. Malang dalam dunia aliran buta fakta, celik lambang puak dan kumpulan, berpendirian bagi mereka diukur dengan kesetiaan kepada parti atau kumpulan, atau mazhab sekalipun ternyata dalam perkara yang silap atau salah. Terus setia tanpa bantahan sekalipun atas kesalahan dianggap sebagai istiqamah atau teguh pendirian. Sementara sesiapa yang menyokong atau mengkritik pandangan-pandangan pemimpin atau tokoh berdasarkan fakta dan alasan yang dikemukakan dianggap tidak berpendirian. Paksi kebenaran bagi mereka adalah tokoh, kumpulan, puak, parti bukan fakta dan alasan. Inilah asabiyyah yang sebenar. Nabi s.a.w pernah bersabda: “..Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim, al-Nasai dan Ibn Majah). Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadis-hadis Sunan Ibn Majah: “Bendera kebutaan adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil”. ( Al-Sindi, Syarh Ibn Majah, 4/326 Beirut Dar al-Ma’rifah). Bimbang takut dikatakan tidak berpendirian, maka ramai insan dalam negara ini yang mengambil sikap sangat berpihak. Mereka kehairanan jika ada sesiapa yang bercakap atas kebenaran tanpa melihat kepada warna kumpulan atau parti, sebaliknya atas kebenaran dan fakta. Mereka tertanya: “kenapa awak sekejap menyokong kami, sekejap tidak? Ini tidak berpendirian namanya”. Mereka lupa, paksi pendirian itu sepatutnya diukur dengan alasan yang dipegang oleh seseorang. Bukan kumpulan yang disokong. Jika seseorang asyik menyokong kumpulannya sahaja tanpa bertanya samada benar ataupun salah, maka itu namanya ‘pak turut’ atau ‘taklid buta’. Golongan inilah yang sepatutnya dihukum tidak berpendirian. Malanglah, jika ukuran telah terbalik, maka bak sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat..” (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi). Demikian, insan perlu istiqamah dalam pendiriannya, merentasi sempadan parti atau sebarang organisasi. Hidup untuk kebenaran, atas kebenaran. Ia satu prinsip yang lebih utama yang mampu mneyelamatkan manusia dari jatuh ke lembah penyelewengan hidup. Prinsip yang goyah dipukul badai, dan tidak lapuh dek panas mentari. Dalam hadis Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa selain engkau”. Jawab Nabi s.a.w: “Katakan: aku beriman dengan Allah, kemudian kamu beristiqamahlah”. Copy&Paste by: Panglima

Gerakan may quit BN?

KUALA LUMPUR: Gerakan will leave Barisan Nasional if it cannot play a "meaningful role" within the coalition, said acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. The party is now reviewing its role in Barisan, he said, just a day after he had declared Gerakan had no intention of quitting the coalition. Perasap : Semua org mahu untung...kalau tidak..bye2 la... Copy&Paste by: Panglima