Friday, August 22, 2008

Turun 0.15sen aje? Kenapa tak turunkan RM2?

Kerana Anwar, minyak turun. Pakatan terus komited turun 70senJumaat, 22 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh KUALA LUMPUR, 22 OGOS (SK)- PAKATAN Rakyat terus komited dengan janji untuk menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan kelak, kata Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin. Mengulas mengenai penurunan minyak hanya 15 sen kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, jumlah 15sen itu tidak langsung memberi kesan kepada pengguna petrol kerana telah menanggung kerugian besar akibat kenaikan lalu. “Kami percaya kerana hujah yang dikemukan Anwar sebelum ini telah mendesak agar minyak diturunkan jesturu mereka terpaksa akur dan terdesak untuk turunkan harga minyak sebelum hari pengundian,” katanya. Shamsul turut berkata, penurunan minyak ini sama seperti sumpah yang dilakukan Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum penamaan calon yang mendakwa dirinya diliwat. “Bagi kami, ini adalah gimik politik Barisan Nasional untuk menghadapi pengundi Permatang Pauh. Sekiranya hanya 15 sen, ini tidak memadai langsung,” katanya.

Kalau dah jenis makan tahi...itulah UMNO

Umno pujuk kakitangan Putrajaya jadi pengundi hantu Jumaat, 22 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh KUALA LUMPUR: PERANCANGAN jahat Umno untuk membawa undi hantu ke Permatang Puah terdedah apabila kakitangan kerajaan di Putrajaya disogok RM1,000 seorang untuk mengundi pada 26 Ogos.Sumber yang merupakan seorang kakitangan yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya memberitahu Suara Keadilan, komplot undi hantu ini di percayai di dalangi oleh Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Adnan Mansor atau dahulunya di kenali sebagai Adinan a/l Manzoor sebelum beliau menukar nama dalam tahun 70an.Menurut kakitangan tersebut tawaran itu di buat terutamanya kepada kakitangan berjawatan rendah seperti pemandu, kerani, pembantu tadbir dan sebagainya.“Mereka ditawarkan RM1,000 seorang dan diminta memandu kereta sendiri ke Permatang Pauh,” kata sumber.Ini bagi mengelakkan pengundi-pengundi hantu dari Putrajaya tersebut di sekat oleh penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh sekiranya mereka menaiki bas.Walaupun tidak diketahui berapa ramai kakitangan kerajaan Putrajaya di tawarkan namun kebanyakan mereka menolak kerana tidak mahu bersepakat dengan Umno untuk melakukan jenayah.Sumber juga diberitahu selain daripada imbuhan semua perbelanjaan kakitangan tersebut ke Permatang Pauh juga di tanggung beres oleh Umno.

Rakyat Malaysia..Jangan Lupa Sejarah....Pemimpin Sekarang Hancurkan Negara...

Kes Pulau Batu Putih telah diputuskan semalam. (KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS)Satu lagi kenyataan(yang amat pedih), kita telah kecundang dan Pulau Batu Putih yang strategik telah menjadi milik Singapura selama-lamanya. Kita hanya mendapat sebahagian kecil batu-batu dan terumbu karang sahaja.Jangkaan selepas ini, Singapura akan lebih berani dan mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur.Dalam keadaan Singapura sentiasa bersedia dengan pelbagai agenda 'Singapore Win', kita pula mudah lalai dan leka. Kesemua ini adalah kesinambungan daripada sikap sambil lewa pemimpin kita (dulu dan kini, atau mungkin selama-lamanya sekiranya pemimpin ini yang sentiasa dipilih) yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat ke atas generasi di bawah pimpinan nya yang telah sudi memberi mandat walaupun agak ragu-ragu.Apabila 1 sempadan kita telah dikorbankan, mungkin sempadan lain (Pulai Pisang, WPI, etc) akan turut di tuntut. Perkara ini bukan mustahil.Dalam konteks membangunkan WPI pula, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama.Hikayat Munshi Abdullah mencatitkan, format seakan Jawatankuasa Bersama ini pernah ditubuhkan oleh Raffles. Rakyat Melayu diurus oleh Temenggong Husin, rakyat bukan Melayu diurus oleh Orang Putih.Pelbagai konsekuen politik akan muncul kemudian. Pada waktu itu, kita sudah terlambat. Sama seperti isu penguasaan Singapura ke atas bekalan air yang membelit kita sekarang.Mengapa tidak Pak Lah belajar dari Tun M yang telah melaksanakan program strategik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)?Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah ancaman kepada Singapura. Ia bertujuan mengecilkan peranan Singapura dan negara kita mengambilalih sebahagian peranan dan kekuatan yang selama ini menjadi monopoli SIngapura selama beberapa abad.Ia berjaya. Tanpa kerjasama Singapura.PTP telah menerima kapal pertama pada 10 Oktober 1999 untuk operasi percubaan selama tiga bulan, ia telah memecah rekod menjadi pelabuhan yang paling pantas berkembang. Ia menguruskan 1 juta TEUs (Twenty-Foot Equivalent Units) kontena selama 571 hari operasi.Dari hanya 20,696 TEUs pada akhir 1999, telah berkembang kepada 2.05 juta TEUs pada 2001, 2.66 juta tahun 2002, 3.87 juta TEUs pada 2003 untuk mengatasi kedudukan Pelabuhan Kelang. Port Tanjung Pelepas dengan itu menjadi pelabuhan terbesar negara kita.Pada tahun 2004, ia meningkat 15.2 % lagi, menjadikannya pelabuhan yang ke 16 tersibuk di dunia. Pada 2006, ia menguruskan 4.7 juta TEUs.Ia meletakkan dirinya sebagai pilihan kepada Pelabuhan Singapura.Maersk Sealand, operator kapal kontena terbesar dunia, memindahkan semua operasi perkapalannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada tahun 2000. Singapura menyaksikan kejatuhan 10% perniagaan pelabuhannya kerana tindakan itu.Pada 2002, Evergreen Marine Corporation, pada waktu itu, syarikat perkapalan kedua besar dunia pula, memindahkan operasinya dari Singapura.Sekilas fakta ini, membuktikan bahawa, pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku.Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan Singapura untuk WPI?Apakah kita tidak mempunyai keupayaan merancang sendiri, seperti telah kita buktikan dalam kes Tanjung Pelepas?Apa lagi jika bentuknya hanya untuk menjual tanah kepada Singapura?

39 sebab kenapa BN perlu dikuburkan....

20 May 2008 39 SEBAB KENAPA CHE DET KELUAR UMNO Hari ni kecoh satu malaysia, bekas pemimpin BN dan juga pemimpun negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO, Kenapa? Kenapa? Why? Berdasarkan laman web beliau, ada 39 sebab mengapa beliau berbuat demikian.
1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.
2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.
3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.
4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.
5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.
6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.
7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.
8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi “Yes-Men” yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.
9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.
10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.
11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau “giant killers” yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.
12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.
13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.
14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.
15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.
16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?
17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.
18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.
19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.
20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.
21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.
22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.
23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan “mega projeck” yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak “pet” projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain
24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.
25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.
26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.
27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata.
28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?
29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.
30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.
31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.
32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.
33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.
34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.
35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.
36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.
37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.
38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.
39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggungjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.Dipetik dari: www.chedet.comGambar dipetik dari: AFP Yahoo.Com

Dollah yg TIDO...

Bendera-Terbalik dan Tertonggeng “Outgoing Prime Minister” Abdullah Hj Ahmad Nampak marah sangat dengan penulis blog yang mencadangkan Bendera Malaysia yang sewajarnya bernama Sang Saka Persekutuan yang di asaskan dari bendera Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang menunjukkan 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat telah bersetuju dengan pemerintahan dan pentadbiran secara satu Kerajaan Pusat dan satu Kerajaan Negeri yang mengamalkan konsep sistem demokrasi berasaskan satu pilihan raya yang bebas bagi menjadikan semua rakyat satu kuasa yang berdaulat. Sekian lama UMNO dan Barisan Nasional menggunakan tarikh 31hb Ogos, sebagai Hari Kemerdekaan sebaliknya Hari Kemerdekaan sudah lama tidak ditiadakan sebaliknya dipanggil Hari Nasional. Kenapa dipanggil dan diwartakan 31hb Ogos setiap tahun sebagai Hari Nasional selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969? Sebabnya Kerajaan masa itu yang diterajui oleh Tun Razak Hussein meminta supaya setiap rakyat dari berbagai keturunan bangsa, baik Melayu, Cina, India, Punjabi dan etnik dari Sabah dan Serawak menyedari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kemerdekaan Sabah dan Serawak melalui Malaysia, mereka mempunyai saham dalam perjuangkan Kemerdekaan tersebut dan ini adalah satu tarikh Kebangkitan Nasional yang pertama dalam Negara ini. Tetapi hari ini, UMNO masih lagi berusaha untuk melenyapkan fakta-fakta sejarah yang menunjukkan pemimpin Cina dan India, dan begitu juga pemimpin Bajau, Kadazan, Iban, Melanau, di Sabah dan Serawak sama-sama berjuang bagi Kemerdekaan sama ada Malaya, Sabah dan Serawak sebaliknya hanya menonjolkan UMNO sahaja yang berjuang untuk Kemerdekaan. Berbalik kepada cadangan penulis blog yang mencadangkan supaya Bendera Malaysia dipasangkan dalam keadaan terbaliknya atau bahasa betulnya ia itu menonggeng yang di atas menjadi ke bawah, yang memberi erti warna biru yang mengandung bulan dan bintang yang sepatutnya sebelah kiri dan di atas akan bertukar ke bawah dan ke sebelah kanan. Cadangan itu hanya sebagai protes penulis dan meminta sokongan di kalangan orang yang hendak menyokong. Penulis itu mempunyai alasan dia sendiri seperti yang dinyatakan dalam blognya. Soalnya sekarang, bukan sahaja penulis itu tetapi juga kepada mereka-mereka yang ikut sama hendak melakukan pemasangan bendera menonggeng itu, boleh kah di anggap tidak patriot atau bersemangat kasih sayang pada Negara ini atau menghina diri dan rakyat?. Adakah dia seorang yang kurang ajar dan adakah perlu polis hendak mengambil tindakan yang sewajarnya saperti arahan “Out Going” Perdana Menteri itu? Bendera atau dari sudut ketenteraan dipanggil panji-panji, adalah satu yang perlu dihormati dan di jaga. Ini adalah perlambangan buat negara. Itu sebab banyak negara penjajah khasnya dari barat tugas utamanya apabila mendarat di mana-mana negeri yang bukan wilayahnya akan memasang benderanya seperti yang berlaku di Pulau Pinang bila Francis Light mula bertapak di sana dan pendaratan tentera Amerika di Okinawa dalam Perang Dunia Kedua. Bagaimana pun bendera dan panji-panji akan menjadi dihormati dan kuat bukan sahaja ia jaga dan dihormati tetapi pemegang bendera itu atau seorang yang diberi tanggung jawab menjaganya mestilah sanggup mati kerananya. Dalam sejarah peperangan Islam sendiri banyak kisah terdapat bagaimana panji-panji Islam yang berwarna Hitam itu disambut oleh seorang pejuang Islam yang lain jika pemegangnya mati atau cedera dan seterusnya begitulah. Maka di sini di soal, siapakah pemegang bendera atau panji Malaysia itu yang bernama Jalur Gemilang? Sudah pasti orang itu bernama Abdullah Hj Ahmad yang selalu mengatakan “Saya Perdana Menteri” yang bakal menjadi “Outgoing” Perdana Menteri yang mengatakan selepas bulan Jun 2010 “saya sudah tidak ada di sini” Sebagai pemegang panji Jalur Gemilang itu adakah Abdullah Hj Ahmad seperti yang dia kata “Apa yang mereka marah sangat dengan bendera Malaysia”? Mereka minta bendera kita digantung terbalik dan ini adalah perbuatan yang menghina diri kita sebagai rakyat Malaysia. Adakah Abdullah Hj Ahmad tidak menghina diri dia sebagai rakyat Malaysia. Adakah perbuatannya tunduk dengan kehendak Singapura bagi membatalkan Jambatan Bengkok di Selat Tebrau dan menjadikan Wilayah Iskandar Malaysia sebahagian projek penjajah bentuk baru dan kemudian diakui oleh seorang Menterinya sebagai tidak menguntungkan Melayu melayakkan beliau menjadi seorang pahlawan Malaysia? Begitu juga dalam zamannya membenarkan syarikat milik Negara atau government link company dikuasai oleh pelabur asing khasnya Singapura, bagaimana dengan Telekom Malaysia, satu entiti bukan sahaja komunikasi sebaliknya keselamatan negara, bukankah Indonesia dan Thailand sudah belajar akan kesilapan itu bila zaman Soeharto dan Thaksin membenarkan Singapura menguasai syarikat komunikasinya sehingga menyebabkan rakyat bangkit menentangnya.Maka tidak sewajarnya seorang saperti Abdullah Hj Ahmad yang berjawatan Perdana Menteri menjawab persoalan isu itu seperti iklan jinomoto hanya mengikut sesedap rasa, malah sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri dia juga mesti mengetahui bahawa Pemuda UMNO dan menantunya pernah membakar bendera Amerika di KLCC kerana kononya membantah tindakan Amerika di Lebanon menindas orang Islam. Apakah perasaan Amerika? Tetapi peristiwa itu macam siri Drama Minggu Ini yang pernah ditayangkan di RTM tahun 80an itu, Amerika tidak mengambil kisah. Jika Abdullah Hj Ahmad cerdik sedikit, sepatutnya dia berkata bahawa perbuatan itu amat tidak sesuai dilakukan dalam saat kita hendak menyambut Hari Kemerdekaan dan saya merayu jangan lakukan, Tak payahlah nak kata “kurang ajar” atau suruh polis siasat. Kes pembakaran bendera di Kuala Terengganu dekat nak masuk satu tahun, sehingga kini tidak tahu apa kesudahan, sudah dibicarakan kes itu atau si pembakar bendera sudah merengkok dalam penjara. Sebenarnya tidak ada rakyat yang hendak menghina negerinya dan juga tidak ada orang yang siuman hendak meremehkan panji negaranya tetapi kita sendiri ia itu merujuk kepada kerajaan pimpinan Abdullah Hj Ahmad, adakah sudah melakukan yang terbaik dalam menjaga panji-panji itu yang bernama Jalur Gemilang itu? Sang Kelembai: Semasa Sang Kelembai di Jakarta pada 12hb hingga 20hb Ogos 2008, ditanya oleh seorang ahli politik Indonesia, bagaimana korupsi di Malaysia Pak Zaharin? Sang Kelembai menjawab, penyakit korupsi berjemaah di Malaysia sudah mula berjangkit seperti penyakit SARS, yang berbeza koruptor Indonesia melakukan korupsi di waktu siang itu sebab KPK-Komisi Pembenteras Korupsi dapat mencari koruptor dengan mudah termasuk jajaran Menteri dalam kabinet SBY tetapi di Malaysia banyak korupsi berjemaah berlaku di waktu malam, itu sebab BPR-Badan Pencegah Rasuah susah hendak menangkap koruptor kerana hari sudah malam dan sudah gelap dan ditambah pula BPR pun tidak bekerja - Sang Kelembai-

Arif - calon yg layak bagi BN...????

Calon BN jawab isu pengajian PhD Kuek Ser Kuang Keng & Wong Teck Chi Aug 22, 08 1:53pm Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu.Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya.Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti. Beliau diminta mengulas persoalan yang dibangkitkan di Internet, bagaimana beliau boleh meneruskan pengajian di peringkat PhD sedangkan beliau hanya berkelulusan diploma.Sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan profail pendidikan Arif Shah bahawa beliau lulusan diploma dalam kejuruteraan awam dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di 'Edison Universiti of Technology' (luar kampus).Laporan tersebut telah mencetuskan debat di kalangan bloger yang tidak dapat mengesahkan kelulusan akademiknya itu kerana mereka tidak mengesan nama universitinya melalui Internet.Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebarang Jaya, menjelaskan bahawa nama universiti tersebut ialah 'Edison Universiti of Technology', sebuah universiti yang didaftarkandi British Virgin Islands, yang menawarkan program pengajian jarak jauh.Selepas membuat semakan di Internet dan dengan seorang pakar tempatan, Malaysiakini mendapati universiti tersebut telah dituduh mengeluarkan diploma palsu.

Skandal Khairy ....????

Anda nilaikan sendiri..kenalkah anda kepada lelaki itu....???

Khir Toyo musnahkan dokumen penting kerajaan negeri Selangor selepas kalah PRU12

Archive for March 11th, 2008 Selangor State Officials Destroyed DocumentMarch 11, 2008 Former Selangor Menteri Besar Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo have returned to State Government Office to pack but also destroyed some official documents. Newly appointed Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim arrived at Level 19 the building at 2.35pm for a close-door meeting with the former State Secretary and Tresurer. Around 3.15pm, there were 5 to 6 officers at Level 12 started to destroy some documents. Level 12 was believed to be the Admin & Management division. Party members of PKR and DAP immediately rushed over to stop the activity, and insisted that these documents are state property therefore must be retained regardless of the contents. Source: News from Sin Chew Daily 2008-03-10

Bila BN ganas...adakah ianya jadi isu..????

Penyokong BN ganas belasah wartawan Oleh Berita Harian Khamis, 28 Februari 2008 KANGAR: Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, Rashidi Karim, wartawan sambilan di sini cedera di lengan kanan, kepala dan tangan serta pecah bibir manakala wartawan Adha Ghazali ditumbuk di muka ketika cuba meleraikan kejadian itu. Rashidi berkata, ketika kejadian beliau dan tiga yang lain termasuk Ketua Biro Utusan Malaysia, Johari Shawal dan jurugambar sambilan Berita Harian, Shahidi Shahidan, berada di luar rumah kedai yang dijadikan bilik gerakan untuk membuat liputan. "Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba menarik baju saya ke belakang dan terus ditumbuk dan ditendang oleh beberapa yang lain,” katanya. Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas calon BN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Mat Nasir Hussain, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Beliau berkata, polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes berkenaan. Sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Rasuah amalan UMNO .....

CABUL AKTA PILIHANRAYA-PENCALONAN ARIFF SHAH BATAL? August 22, 2008 at 11:20 am Permatang Pauh - Posted by Din 3 Comments, Add Yours \BERITA TERKINI-( YAYASAN AMAN ) Pada jam 10 pagi sebentar tadi telah di adakan sidang akhbar berikutan maklumat terkini mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tian Chua sebentar tadi telah mengumukan akan menghantar memorendum dan bantahan kepada SPR petang ini bersama Mafrel ( NGO ) berikutan kenyataan calon Barisan Nasional Arif Shah sendiri sewaktu sdang akhbar yang mendedahkan beliau ada memberi wang sebanyak RM 50 kepada individu bukan petugas yang merupakan penduduk sekitar untuk mendapatkan maklumat mengenai lawan. Tian Chua menegaskan bahawa tindakan yang di lakukan Ariff Shah salah dan melanggar peraturan pilihan Raya. Petang ini pimpinan PR akan menyerahkan memorendum pada SPR beserta dengan bukti serta rakaman dari media-media yang turut sama sewaktu sidang media terseut diadakan semalam. Jika semuanya berjalan dengan lancar dan SPR ternyata tidak melakukan penyelewengan maka calon Barisan Nasional akan di tahan dari bertanding di Parlimen Permatang Pauh untuk pilihan raya kecil 26 Ogos ini. 3 Responses to “CABUL AKTA PILIHANRAYA-PENCALONAN ARIFF SHAH BATAL?” Arif Shah ni awal2 lagi dah buat kerja kotor, memang tak layak jadi pemimpin. Baik duduk rumah aje beribadat nanti kalau dah jadi pemimpin lagi teruk perangai dia tak dapat nak dibendung lagi. Apa lah sampaikan nak maklumat pihak lawan pun sanggup beri org kampung rasuah. Macamana nak benteras rasuah sedangkan dia yang mulakan dulu. Lu Pikirlah Sendiri.kiah on August 22nd, 2008 at 11:42 am Betul tu kiah, nak ikut jejak kekanda dialah tuu!!!Buruk betul perangai orang orang BN/UMNO. Wahai kawan kawan ku di permatang pauh harap harap jgn tersalah pangkah ye!.Linnn on August 22nd, 2008 at 11:47 am tapi berdasarkan situasi/keadaan sekarang, aku yakin SPR akan buat dono aje perkara ni…malah SPR sendiri akan keluarkan pernyataan pernyataan yang berbaur berat sebelah dan tak de tindakan pon akan diambil mat arip shah ni….semua yang nak jadik atau tindakan yang diorang nak buat asalkan berkait dengan BN je, semua boleh jangka…apistempur on August 22nd, 2008 at 11:53 am

Demi Mengembalikan Kedaulatan Negara..

Isu Liwat: Suruhanjaya Siasatan Di Raja Perlu Ditubuhkan Segera !!Dilulus terbit pada Friday, August 22 @ 09:05:00 MYT oleh SongkokPutih Oleh: cucumatkilau Susulan daripada kes "liwat Saiful" yang semakin mengarut mutakhir ini. Penuh bercelaru dengan berbagai adengan yang sungguh tidak masuk akal. Ditambah lagi dengan akuan sumpah yang ternyata "palsu dan dusta", maka kini apa yang perlu rakyat lakukan ialah merayu Yang Di Pertuan Agong mendesak kerajaan menubuhkah Suruhanjaya Siasatan Di Raja dengan segera. Ini kerana melihat senario yang berlaku sekarang, segalanya memungkinkan untuk Anwar ditahan biapun beliau menang besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini. Jika ini tidak berlaku kita khuatir semua ini akan berlaku dalam masa terdekat.Jelas sekali dapat dilihat pengaruh dan kekuatan Anwar di Permatang pauh sukar untuk digugat oleh pihak kerajaan. Mereka memungggah jutaan ringgit untuk ditaburkan kepada rakyat. Namun, mereka juga tahu yang perangkap mereka itu bakal "memakan diri sendiri". Ini telah terbukti di Kelantan, bairpun jutaan ringgit dihantar serta disuap kepada warga Kelantan di kota untuk balik mengundi BN, namun sebaliknya berlaku. Sudah tradisi rakyat Kelantan, beri duit sapu tapi undi tetap untuk bulan. Mungkin juga fenomena yang sama akan melanda Permatang Pauh, BN beri duit mereka ambil tetapi bab memangkah sudah pasti tetap untuk Anwar. Inilah yang amat digusarkan oleh puak-puak UMNO dan BN sekarang. Sambutan terhadap ceramah mereka kini terlalu hambar, tetapi sebaliknya ceramah Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dihadiri oleh ribuan rakyat. Sokonga jelas dapat dilihat dimerata ceruk kampung. Malahan ada sesetengah tempat ada satu markas BN tetapu tiga markas PKR. Inilah yang mencemarkan kem mereka sekarang. Mereka juga gusar, jika Anwar menang. Kenyataan Naib Presiden PKR, Jeffrey Kitingan semalam bahawa lebih 13 orang Ahli Parlimen BN bersedia untuk melompat serta Pakatan Rakyat sudah pun kedengaran. Jika "kuota" 30 orang Ahli Parlimen BN melompat serta Pakatan Rakyat, maka segala yang dirancang pasti akan menjadi kenyataan. Langkah Anwar ke Putrajaya semakin hampir kini. Fobia dengan keadaan inilah menyebabkan mereka pasti menangkap dan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar. Suara jelas kelihatan disana sini perkara ini bakal berlaku sedikit masa lagi. Kemungkinan besar sebelum 16 September iaitu tarikh keramat untuk pembentukan kerajaan baru seperti yang dinyatakan Anwar selama ini. Seorang demi seorang pemimpin UMNO BN kini tidak boleh tidur lena. Mahathir aal-awal lagi sudah menyatakan akan lari keluar negara jika Anwar jadi Perdana Menteri. Bagaimana pula dengan Pak Lah dan menteri-menterinya?. Begitu juga Ezam serta lain-lain "petualang rakyat" yang terlalu bodoh, kerana sanggup menumpang kapal UMNO yang hampir karam itu?. Lantaran itulah sekarang, untuk memastikan Anwar gagal dalam usahanya menakluki kerajaan dan menjadi orang nombor satu sesuatu perlu dilakukan. Mereka terpaksa membuat kes dan mereka segala bukti. Walau bagaimanapun segala bukti-bukti tersebut nampaknya semakin ampuh dan kebobrokan semakin nyata kini. Orang kanan Pak Lah terutamanya Najib, Khairy, Muhyiddin serta ramai lagi kini sudah mula "mahu terkencing" dibuatnya. Mereka tahu yang Anwar bakal memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti. Kemudia Anwar akan masuk ke parlimen, dimana dalam masa terdekat itu juga Pak Lah akan membentangkan "Bajet 2009". Ini bermakna mereka akan berhadapan dengan mantan TPM itu kembali di parlimen. Inilah yang amat menggusarkan mereka sebenarnya. Oleh itu sudah pasti usaha untuk menahan dan mensabitkan Anwar dengan kes "liwat Saiful" ini sahajalah jalan terakhir buat puak-puak UMNO ini. Jika Anwar disabitkan dengan kesalahan itu, maka selamatlah mereka. Namun jika Anwar gagal disabitkan, nahas akan menimpa. Mahu tidak mahu, rekaan bukti terpaksa dibuat. Semuanya juga amat mengecewakan kini pabila rahsia akhirnya terbongkar, terutamanya dalam soal "sumpah laknat" yang dibuat oleh Saiful. Ternyata skrip dan adengan tersebut tidak diterima rakyat, bahkan mereka tahu siapa Saiful dan Imam UMNO yang diupah oleh puak-puak durjana ini. Kini, UMNO dan BN semakin ditolak di Permatang Pauh. Hasrat untuk menjatuhkan Anwar menerusi pilihanraya kecil ini tampak "pincang". Strategi lain perlu digunakan sekarang !! Jika tidak, harapan mereka pasti hancur berkecai. Mahu disabitkan Anwar dengan jenayah Saiful, agak sukar kerana laporan dan kenyataan berbelit-belit si Saiful yang ternyata tidak mengikut "skrip" yang telah dirancang secara tergesa-gesa itu. Akhirnya, lain yang disuruh lain pula yang dibuat. Maklumlah, belajar kat Uniten pun kena tendang. Belajar tak habis, tapi Najib Razak bermurah hati nak bagi biasiswa. Maka itulah budak Saiful ini bukannya belajar tapi menghafal skrip. Agaknya beliau teringin menjadi macam "Mawi AF" yang auranya segar hingga ke hari ini. Akhirnya terpaksalah Saiful menandatangi "kontrak jutaan ringgit" dengan puak-puak durjana ini untuk satu babak lakonan ngeri "kononnya beliau diliwat". Mahu atau tidak, budak "bangang" macam Saiful ini pasti sanggup melakukan apa sahaja. Maka itulah tawaran diterima, skrip-skrip disediakan oleh beberapa orang pengarah terkenal seperti "KJ the Sons In Law" dan "Ezam The Giant Killer". Sebab itu kita tidak hairan, perjalanan ceritanya hampir sama dengan "Filem Liwat 2008" dulu. Apa tidaknya, sutradara yang sama terlibat. Dulu Ezam mempertahankan Anwar dan sudah pasti dia tahu kelemahan mantan TPM itu. Inilah yang digunakan untuk tujuan tersebut. Namun, Saiful didapati gagal membawa watak dengan baik. Lafaz "sumpah laknat" pun, raut wajah dan air muka tidak langsung "sedih dan sayu". Asyik ceria sepanjang masa, termasuklah ketika mengatakan "Anwar memasukkan zakar ke dalam duburnya". Bodoh, punya Saiful. Nak belakon tapi tak reti !!. Mungkin kalau dia buat-buat muka sedih dan pilu macam mangsa rogol, ada juga orang boleh simpati dan percaya. Justeru itu, jika kes liwat ini gagal dibuktikan secara akuan sumpah itu maka apakah lagi yang boleh mereka lakukan selain mengarahkan Hamid Albar meminda akta DNA. Laporan akhbar hari ini yang merujuk kepada kenyataan PM Usah politik Akta DNA Telah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Parlimen ternyata satu kenyataan yang "simbolik". Ini kerana, biarpun akta itu baru digubal dan ingin dibentangkan di parlimen untuk perbahasan, Pak Lah seolah-olah yakin yang akta itu akal diluluskan segera. Biarpun beliau berkata ia secara kebetulan dengan kes Awar sekarang dan tidak harus dipolitikkan, namun Pak Lah tidak harus mengganggap rakyat "bodoh" dan "bangang" macam puak-puak UMNO Karat. Sememangnya akta itu dipinda untuk sabitkan Anwar. Caranya begitu mudah sekali, mereka sudah mengatakan yang kerajaan sudah bercadang sejak tahun 2001 lagi untuk meminda akta tersebut. Punyalah lama sampai 7 tahun, barulah nak dipinda. Mengapa tidak dibawa sahaja ke tahun 2020 nanti?. Ini kerana DNA lah Pak Lah dikatakan "tidak relevan" kerana mengeluarkan kenyataan DNA Anwar sudah tidak boleh digunakan lagi kerana diambil pada tahun 1998. Walhal, budak darjah satu pun tahu DNA boleh digunakan sampai bila-bila atau sepanjang zaman. Disini jelas terbukti "tahun 2001" bermaksud, jika akta itu dipinda sekarang maka mereka boleh mengeluarkan "bukti bertulis" yang sememangnya telah disediakan pada tahun 2001. Dengan ini, Anwar boleh ditangkap sekali lagi oeh pihak polis bagi tujuan mendapatkan sampel DNA untuk siasatan kes liwat Saiful ini. Biarpun Anwar menang dalam pilihraya kecil Permatang Pauh ini, mereka tetap akan menjalankan "skrip terakhir" ini bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Bila sudah dapat DNA, maka kita tidak perlu cakap banyak lagi kerana memang semua sudah tau apakah skrip seterusnya?. Sudah pasti DNA itu akan digunakan untuk dijadikan bukti Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media bahawa laporan kes liwat Saiful sudah lengkap dan mereka mendapati DNA Anwar sama dengan kesan DNA penjenayah yang meliwat Saiful itu. Biarpun kita tahun mereka yang meletakkan bahan yang diambil pada tubuh Anwar seperti darah, air liur, rambut dan sebagainya sebagai bukti. Inilah skrip yang sudah semestinya "terjadi" mengikut firasat Cucu, menerusi ilham dari nenek moyang cucu dulu. Maka, awas! jika ini berlaku Anwar sekali lagi akan ditahan dan dihantar ke penjara Sg.Buloh. Bermulalah kembali episod perbicaraa demi perbicaraan seperti dulu. Natijahnya ialah untuk menggagalkan rancangan "16 September" ini. Jika ini berlaku, rakyat akan sekali lagi menangung derita dan merana. Oleh itu langkah terbaik sekarang ialah kita merayu Sultan Mizan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja dengan segera. Ingatlah dengan adanya badan bebas inilah baru rakyat ketahui Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara sendiri yang membelasah Anwar tanpa belas kasihan. Maka itu, dengan badan bebas ini sahajalah yang bakal menyaksikan kebenaran tertegak di bumi tercinta ini. Sila klik http://www.cucumatkilau.blogdrive.com/ untuk banyak lagi berita panas dan sensasi. [Pastikan kemenangan bakal tercipta di Permatang Pauh demi menyelamatkan nyawa seorang insan yang terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Salam perjuangan buat semua sahabat di seluruh dunia. Doa dan sokongan anda diperlukan untuk memastikan kejayaan tercipta jua akhirnya]

Kalau zaman Hang Tuah..budak ni lama dah kene penggal kepala...

Ezam gesa pengundi tolak Anwar
Muda Mohd Noor Aug 21, 08 8:36pm Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor berkata, adalah amat bahaya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menjadi perdana menteri.Ezam yang kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini berkata, penasihat PKR itu, yang menjadi calon PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, sedang memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi."Anwar telah memusnahkan asas bangsa yang dibina oleh negarawan-negarawan, semata-mata untuk agendanya menjadi perdana menteri."Oleh kerana itu, saya mengajak pengundi di Permatang Pauh menolaknya," katanya ketika berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah di Semilang Bandar di Seberang Jaya di Permatang Pauh hari ini.Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu, beliau setiap hari berkempen membantu Arif Shah.Katanya, adalah menjadi kewajibannya menerangkan kepada pengundi mengenai politik Anwar."Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi agenda peribadinya dan kerana itu orang tidak boleh percaya kepada kenyatan-kenyataannya."PKR ditubuhkan dengan Melayu menjadi asasnya tetapi apabila Anwar bebas, prinsip itu sudah hilang kerana Anwar mahu undi kaum Cina dan India," katanya.Ezam berkata, Anwar juga pernah meminta beliau mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menarik sokongan pemngundi kaum bukan Melayu.Katanya, untuk itu beliau terpaksa `menyerang' Anwar bagai memastikan penasihat PKR itu tidak menang di kerusi Permatang Pauh.

Pesanan dari Tuan Guru Nik Aziz

Dengarlah Pesan Ulama... Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUHKepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.Tuan/Puan,Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.Saudara/Saudari Sekalian,Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.Wassalam.DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PAS