Sunday, August 31, 2008

Kisah seorang kawan...

Cerita ini aku petik daripada email yang dihantar oleh seorang kawan. Benar atau tidak , itu bukan persoalannya. Apa yang penting moral cerita ini. Semoga mendapat manfaat.
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balikkampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luarnegara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah danadik-adik ka wan -ka wan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa ceritaNaim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kataku pa sal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik mainsama-sama.Bila dah belajar... lupa ka wan ! Raiz senyum sendirian. Terkenangzam an riang kanak-kanaknya bersama Naim.Bas yang terhenyak-henyak dekjalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mestisemua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempungmenye sal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalukena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar diluar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim jugamesti terlopongmelihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhentidi bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampirsepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang dudukmencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raizmenghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anakkemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apakau buattepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yangterkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! BalikMalaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zam an bersedar, manusiapun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalanRaiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekehdan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apa sal kaki kau tu?Lagi satu aku tengok kau ni macam ada ma sal ah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung."Aku memang ada ma sal ah pun. Eh! kau ni terus balikrumah ke?" Naim mengubah topik."Cadangnya gitulah!"" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyakbenda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalumenarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabilamendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangicahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macamterjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebabnak jaga diorang.Terpak sal ah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orangjahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempangdibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datangnak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naimterisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiztergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang ."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempatnak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepijalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pa sal aku tau kau sorang jeboleh dengar ma sal ah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilangpulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!Salah ke? Kau ka wan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli akumakan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, akubetul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raizmenyuarakan rasa ber sal ahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergibelajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengokbalik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apaboleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dansepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayudan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam nipun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balikni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintakampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlahmakan minum aku selama kita berka wan . Raya ni datanglah rumah aku ye!"Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukulberapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dantilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.."Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raizbangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayahdanahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidurkat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkahayahnya."Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiadagelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raizpandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malahberpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim binMalik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang sayajumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggalhari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwahmak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpadia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelangraya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temuisemalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisipusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nakraya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujungkaki. Halalkan makan minum aku selama kita berka wan . Raya ni datang lahrumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naimlalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepadaarwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman disana !moralnya: jgn lupa ka wan dan rajin2lah bertanya kabar ~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.~ ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ

Apa erti Kemerdekaan pada kita?

Semua bangsa gembira serta bersemangat patriotik hari ini.Ya, Hari Sambutan Kemerdekaan yang ke-51 tahun. Anda mahu menyambut hari tersebut di tempat berlakunya perarakan raksasa. Anda mengejutkan anak anda awal2 pagi disebabkan mengejar waktu, anda serta keluarga bersarapan di kedai sahaja. Harga sarapan pagi : teh tarik =RM 1.50, dahulu RM1.00, Roti canai=RM1.20,dahulu RM.80. Minyak kereta perlu diisi:RM=20 bersamaan =7.6Liter,dahulu dapat 10Liter. Tak apalah, merdeka punya pasal...Guna laluan Jalan Duta dari Sg. Buloh kene RM1.90..hmm nasib tol belum naik. Parking kat KL kene RM10.Kat KL, anak2 nak makanan ringan pulak, terbang RM 30, oklah tu..masih bawah RM 100. Anda serta keluarga anda sungguh seronok melihat perarakan serta perbarisan dan macam2 lagi sampai habis . Puhh..penat betul..asyik berdiri sahaja. Kemudian anda serta keluarga bergegas pulang ke rumah, takut jalan jem.Dalam perjalanan pulang ke rumah anak anda yang kecil bertanya pada anda ,"Ayah, kenapa tiada bacaan doa sebagai tanda kita bersyukur ?".Terkedu anda seketika, kenapa ya? Anak yang seorang lagi bertanya,"Kalau kita bersyukur, kita mesti bersuka-ria ke ayah?". Aduh, apa yang mahu anda jawab ketika itu.Mentaliti anak2 kita telah di asuh kepada hiburan semata.Menyambut puasa ada konsert Avril Bogel.Malam sambutan Merdeka ada konsert.Siaran TV tiada diisi dengan semangat merdeka, hanya konsert. Hari Sambutan Merdeka ada perarakan. Negara apakah ini?.Di mana pengisian rohani? Baca catatan penulis (perisikrakyat): Hari ni 31hb. Ogos, 2008... sana-sini orang ramai, rakyat Malaysia, rakyat luar Malaysia & pelancong ke Malaysia bersama-sama menyambut hari kemerdekaan.Macam mana boleh jadi hari kemerdekaan pulak?seingat aku, zaman TDM dulu depa dah tukar hari ke"Merdeka"an kepada hari Ke"Bangsa"an.betol tak?Rasanya KERAjaan Malaysia sendiripun tak yakin dengan ke"Merdeka"an negara kita sampaikan terpaksa main "ciku cak" kejap ke:Merdeka"an kejap ke"Bangsa"an...Seingat akula...hari ke"Merdeka"an ni digunapakai semenjak zaman Tunku Abdul Rahman masa tu "kunun"nya gerombolan inilah yang menuntut me"Merdeka"kan Malaysia dari penjajahan kuasa asing(sejarah yang diputarbelit). Bila sampai zaman TDM pada 1 tahap diisytiharkan hari ke"Merdeka"an ditukar kepada hari ke"Bangsa"an...gula-gula untuk merapatkan hubungan sesama kaum yang sedikit tercalar selepas tragedi 13mei.Agak menjadi jugak taktik TDM tu... berbilang bangsa mula bersatu & ada 1 bangsa dalam 1 parti perkauman "National" mula mengambil kesempatan mencabul kepercayaan rakyat yang mula bersatu sedikit-demi sedikit.Masa tu tak lah terdedah sangat "kesempatan -kesempatan" yang diambik oleh gerombolan parti perkauman "National" sebab... ekonomi masa tu agak kukuh.Adat makhluk yang hidupnya bertuhankan dunia, bila dah lama sangat bergelumang dalam "XTVT2" luar tabie macam tu, mula la nafsu serakah setan dajal menguasai diri...Hasilnya... pemberontakan secara kecil-kecilan dalam jiwa & akhirnya membawa kepada pertembungan. Pertembungan yang aku maksudkan ialah bilamana jiwa-jiwa yang selama ni memberontak dalam diam, diterjah tragedi 2hb. sept, 1998. picu ditarik, muncung berdentum... peledak dicas sekian lama akhirnya meletup dengan sendirinya tanpa perlu promosi. cukup sekadar "tahu".Padang Merdeka tiba-tiba dihurung semut pekerja.semuanya dengan 1 suara. KEADILAN!!!.Dari situ mula longgar ke"Merdeka"an.Merdeka apa kalau masih dijajah?Bukan negara yang dijajah, tapi jiwa yang terjajah...jiwa terjajah sebab terlalu percaya pada KERAjaan yang memerintah. Sebelum tragedi 2, sept. tak ramai yang tahu tentang Memali, tak ramai yang ambil tahu tentang ISA, tak ramai yang tahu apa itu Operasi Lalang, tak ramai yang nak ambil tahu tentang PAS & tak ramai yang kisahkan nasib rakyat Malaysia.Bila terbangkit amarah rakyat, tahun seterusnya 1999 tiba-tiba hari ke"Merdeka"an bertukar kembali kepada hari ke"Bangsa"an...rakyat cuba digula-gulakan kembali dengan isu perkauman.Kununnya semua bangsa & kaum di Malaysia telah berpecah masa tu, kununnya saat itu terlalu genting pada semua kaum di Malaysia, kununnya tragedi 13mei bakal meledak kembali bila-bila masa di Malaysia.Itu pada pandangan KERAjaan memerintah.disebalik pandangan KERAjaan memerintah, depa tak sedar wujudnya 1 kuasa yang amat kuat yang dipelopori oleh pelbagai bangsa yang "kununnya" berpecah-belah kata KERAjaan... pelbagai kaum & bangsa yang dikatakan berpecah ini sebenarnya telah bersatu dibawah 1 payung yang dinamakan "Rakyat"...Apa yang KERAjaan tidak tahu seterusnya ialah "Rakyat" ini sudah bijak & matang dalam mengatur masa depan anak-bangsa Malaysia.semua bangsa...semua bangsa kini sudah mulai faham 1 perkara yang cuba disembunyi oleh KERAjaan selama ini.Apa yang KERAjaan cuba sembunyikan selama ini rupa-rupanya ialah masa depan generasi akan datang adalah ditangan Rakyat sendiri & bukannya ditangan KERAjaan. Selama ini rakyat dimomok kununnya hanya KERAjaan yang diketuai oleh parti perkauman National sahaja yang mampu menyediakan masa depan yang cerah untuk anak bangsa Malaysia.Itu momoknya.Tapi KERAjaan itu tak tau bahawa rakyat lebih tau setelah yang Maha Mengetahui memberi cahaya kepada rakyat untuk mengenal kebenaran.rakyat dah mula semakin jelas & matang dalam berfikir. Politik KERAjaan hari ini dilihat sebagai politik Sarkis... politik rimba... politik kandang babi... politik yang dipelopori oleh binatang-binatang spisis beruk yang hanya tahu berpolitik gaya beruk.Kenapa aku panggil beruk? sebab semua dikerusi tertinggi memang tak ubah macam beruk... apa bezanya seekor beruk yang diberi bunga dengan seekor pemimpin yang diberi amanah?2-2 pun sama kan? bunga hancur ditangan beruk, negara hancur ditangan pemimpin... itulah tradisi beruk.P-044 merubah sedikit landskap politik Malaysia. ramai jugak yang menyambut kemenangan P-044 sebagai hari ke"Merdeka"an. Aku pulak masih tak menyambut apa-apa sampai hari ni.hari ke"Bangsa"an aku tak sambut, hari ke"Merdeka"an pun aku tak sambut.sebab apa?(kalau Ezam dia tanya - Kerrana apa?*nasib aku bukan Ezam)Pada mata aku, kita belum Merdeka lagi.P-044 bukan ke"Merdeka"an.itu cuma satu jalan kearah ke"Merdeka"an...ke"Merdeka"an yang sebenar ialah selepas PRU-13...itu pun kalau Kerajaan yang bakal dibentuk pada 16sept.(Insya-Allah)berjaya men"DOBI"kan semua institusi-institusi yang tercemar teruk dek tangan-tangan pemimpin parti perkauman.Bukan mudah nak cuci sistem yang tercemar... aku bagi tempoh sampai PRU-13. kalau masa tu semua sistem berjaya dibersihkan, maka selepas PRU-13, aku akan sama-sama menyambut tak kira hari ke"Merdeka"an atau hari ke"Bangsa"an...Buat masa ni... korang sambut la dulu puas-puas... aku nak perati je...-dipetik dari perisikrakyat-

Kesabaran kami sudah sampai titik noktah.

Ini adalah sebuah pantun yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan di laman webnya, drmaza.com. Mungkin pandangan peribadi beliau dan ditujukan kepada siapa?Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini? Mesti ade lawan beliau berpantun dan semestinya perlu dibalas ..
Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.
Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.
Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.
Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.
Pandangan peribadi aku:
Orang Melayu mempunyai nilai2 sindiran yang tinggi terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya dan semestinya ditujukan kepada seseorang ataupun kepada pihak yang berkenaan.
Atas didikan agama Islam yang suci dan ketinggian budi bahasa , biasanya orang2 Melayu tidak terus memprotes secara terbuka dulu. Mereka akan membuat sindiran atau teguran secara sinis dengan harapan mereka yang melakukan perkara tersebut akan menyedari kesilapannya.
Namun begitu, sekiranya sindiran tidak berguna lagi, mereka akan bercakap secara berdepan dan terbuka . Sekiranya belum berhasil, mereka akan menyusun satu cara atau strategi untuk mengubah kepincangan yang sedang berlaku dan hasilnya lahirlah pakatan2 atau barisan pejuang yang akan mempertahankan maruah yang telah tercalar oleh sebab tangan2 yang jahat busuk hatinya.
Sedarlah wahai BN, rakyat dari segenap lapisan telah menolak kamu. Demi Agama dan Negara, berundurlah secepat mungkin....jiwa dan hati kami sudah tidak dapat menerima kamu. Cakaplah apa sahaja, buatlah apa sahaja.....pintu hati kami telah tertutup untuk menerima kamu.Telah terlalu banyak kejahatan baik yang zahir atau tidak yang telah kamu ( BN ) lakukan dan kami tidak dapat mempercayai kamu lagi.Ibarat kata pepatah " Berpatah arang,berkerat rotan", kesabaran kami sudah sampai titik noktah. Kami tidak mahu sebarang penjelasan.., hanya berundurlah...