Sunday, September 14, 2008
Kebodohan s/u politik
KOTA BHARU 13 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya.
Kenyataan di atas datang dari Setiuasaha Politik Abdullah Hj Ahmad yang menyokong kenyataan dari seorang Menteri yang terkenal dengan penagih arak tegarnya berhubung dengan kenyataan seorang Naib Presiden UMNO tentang isu peralihan kuasa.
Ini wajah tingkat pemikiran orang-orang yang berada di sekeliling Abdullah Hj Ahmad yang bila-bila masa akan membuat kenyataan “saya sudah tidak ada disini.”
Antara yang menunjukkan kebodohan Setiausaha Politik yang pernah mendapat pelajaran agama di Mekah ini ialah membandingkan soal kenyataan Muhyiddin Yassin itu dengan bersembahyang, ''Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufaraqah (berpisah daripada imam),"
Sia-sia dia belajar di Mekah bila Imam sembahyang disamakan dengan Imam yang mentadbirkan Negara. Kalau begitu orang yang bukan Islam akan bertanya, Oh begitukah orang Islam, maknanya jika seorang itu merasakan imam tidak betul keluar sahaja dari saf atau jemaah tanpa membuat teguran dan jika buat teguran kepada Imam itu, esok dan akan datang tak boleh sembahyang lagi dengan beriman si pulan yang sudah ditegur.
Atau orang-orang atau ahli PAS hari ini boleh mendabik dada bahawa perbuatan mereka dulu-dulu yang tidak mahu mengimamkan orang UMNO dalam sembahyang adalah satu tindakan betul kerana mereka berfikiran bahawa Imam UMNO tidak betul. Maka orang-orang Pas buat mufaraqah dan melantik Imam mereka sendiri yang dituduh oleh UMNO sebagai sembahyang dua Imam. Bodoh tak bodohnya Setiausaha Politik ini.
Ini mungkin ajaran baru dalam mazhab Islam Hadhari yang telah dibuktikan satu pembaziran dalam kempen melaksanakan yang menelan belanja wang rakyat berjumlah 60 juta ringgit dan kemudian Islam Hadhari dibuang ke longkang sahaja atau buku-bukunya jadi barang kitar semula.
Kerana puak-puak yang gila kuasa macam Setiausaha Politik dan Menteri Abdullah Hj Ahmad ini tidak dapat berfikir panjang sehingga tidak dapat membezakan antara dua perkara yang jelas perbezaannya.
Muhyiddin Yassin adalah seorang Naib Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO dalam tahun 2004. Dia sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang selalu menang Naib Presiden UMNO kerana diberi sokongan untuk mengimbangi kuasa-kuasa Anwar Ibrahim waktu dia memegang jawatan Naib Presiden atau selepas itu Timbalan Presiden UMNO.
Soal Muhyiddin Yasin menjadi Menteri itu soal lain, dia tidak bercakap atas sifatnya sebagai Menteri dalam Kabinet Barisan Nasional. Dalam hukum agama Islam hanya Muhamaad S.A.W yang boleh bercakap dengan autoriti sebagai Nabi, sehingga cakap menjadi hadis dan perbuatan menjadi Sunnah kerana berdasarkan wahyu Allah
Maka Abdullah Hj Ahmad boleh menjadi Perdana Menteri kerana dia Presiden UMNO dan Muhyiddin Yassin kerana dia ahli Parlimen dan ditunjukkan sebagai Naib Presiden UMNO oleh Perwakilan UMNO dia setaraf Abdullah Hj Ahmad yang berbeza hanya hierarki sahaja, maka mahu tak mahu terpaksalah diberi jawatan Menteri walau pun kementerian itu bertaraf Menteri Alam Sekitar, Muhyiddin Yassin bukan Menteri yang dilantik secara prerogatif oleh Perdana Menteri seperti Zaid Ibrahim dan Amir Sham.
Maka hari ini fikiran ke hadapan Perwakilan UMNO tahun 2004 menyatakan Muhyiddin Yasin sebagai Naib Presiden menjadi kenyataan. Dalam saat Najib Tun Razak yang sepatut bertindak menjadi suara ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan, dia membisu bila sudah mendapat jaminan akan menjadi Putera Mahkota yang bakal menjadi Sultan seperti warisan jawatan Perdana Menteri itu, walhal terdapat peraturan bahawa ada sekatan dia perlu dahulu di sahkan oleh ahli-ahli UMNO sebagai Putera Mahkota kerana mungkin ada orang lain yang lebih layak ke jawatan itu.
Abdullah Hj Ahmad, dia bukan Nabi dia hanya Imam Besar Islam Hadhari satu gagasan rekaan dia, sama seperti dengan apa yang pernah dituduh kepada PAS yang menjual Islam, begitu juga Abdullah Hj Ahmad juga menjual Islam bagi tujuan politiknya tetapi segala pekong penipuan yang dilakukan sudah diterjemahkan oleh rakyat dengan menolak Barisan Nasional dalam PRU ke 12.
Muhyiddin Yassian di pilih dengan sokongan undi yang membolehkan menjadi Naib Presiden tetapi Abdullah Hj Ahmad ke jawatan Presiden UMNO tidak ada ukuran kerana Perlembagaan UMNO menyekat pencalonan dan dia sudah berkuasa menjadi Perdana Menteri sebelum di pilih menjadi Presiden UMNO.
Kerana Abdullah Hj Ahmad bukan pemimpin “friendly” yang mana kawalan keselamatan lebih hebat dari mana-mana Presiden dan Perdana Menteri di dunia ini maka dia kurang mendapat maklumat dari akar umbi, jika ada pun laporan Cawangan Khas Polis, itu pun kemungkinan laporan yang muluk-muluk atau yang menyedapkan hati sahaja. Dan soalan nya adakah dia baca?
Berbalik kepada soal jemaah dengan Imam sembahyang, bagaimana dengan Imam yang kita tahu kena penyakit kencing meleleh dan kemudian pakai “pampers” tetapi nak tunjuk juga boleh jadi Imam? Betullah bahawa jemaah tidak berdosa apa-apa sembahyang tidak batal dan hanya tak dapat pahala sembahyang berjemaah. Apakah hukumannya kepada Imam yang sedemikian?
Kesimpulannya Abdullah Hj Ahmad sudah hilang akal, dia berusaha mempertahankan kuasa bagi tujuan bagi membantu perniagaan anaknya, banyak projek-projek yang sudah dibayar tetapi tidak berjalan lagi. Semua orang tahu di sebalik projek jambatan kedua Pulau Pinang, monorel dan sebagainya yang boleh didedahkan setelah Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti.
Kerana itulah Muhyiddin Yassin kata terlalu lama, bukan sahaja berlaku macam-macam lagi keburukan dalam UMNO yang akan dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad tetapi orang Melayu dan rakyat Malaysia berbagai kaum sudah tidak sabar lagi untuk menunggu akan pendedahan penyelewengan Abdullah Hj Ahmad dalam membantu keluarganya dalam perniagaan dan kemungkinan besar beberapa kes rasuah akan terbongkar.
Sang Kelembai: Orang Melayu jangan lagi fikir bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Cuba Baca jawapan pesanan dari Brig. Gen. (B) Datuk Paduka Husainay Hashim, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia , Zaharin - jangan Campur hal UMNO. Jaga diri awak sendiri. Suk UMNO M,sia, setelah Sang Kelembai hantar pesanan ini, Zaid Ibrahim apa hak dia nak suruh Muhyiddin Yassin letak jawatan atau Dollah Bodohwi singkirkan. Dia pun tak ada kepentingan dengan UMNO. PRU 12 lari ke Australia dan seorang penagih arak tegar yang sama dengan penyimpan janda di rumah sebelum dinikahnya itu sebab Umno ni panas - bangunlah Melayu UMNO singkirkan Dollah yang memperkayakan keluarganya secara demokrasi. Drp Zaharin@Sang Kelembai. Para pembaca blog fikir sendirilah cara menjawab orang kuat di Ibu Pejabat UMNO itu.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment