Tuesday, September 16, 2008
Yang Dipertuan Agung ada kuasa menukar kerajaan ,bukannya Pak Lah..
1.Abdullah Badawi telah menjawab. Dia tidak akan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
“ Jika dia (Anwar) ada nama-nama itu, dia harus menunjukkan nama-nama tersebut kepada seluruh negara. Semua orang ingin tahu,” kata Abdullah Badawi.
Abdullah Badawi hanya akan bertemu dengan Anwar Ibrahim jika ketua Pakatan Rakyat telah mendedahkan nama-nama ahli parlimen Barisan Nasional yang kini menyokong Pakatan Rakyat.
Dicatat oleh Tukar Tiub di 7:41:00 PM
2.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat berkata dalam masa 24 ke 48 jam ini pemimpin Pakatan Rakyat akan pergi ke Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agung.
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung ini bertujuan untuk memohon pekenan Duli Tuanku agar sebuah kerajaan baru di bawah pentabiran Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan.
Tian Chua berkata demikian dalam satu sidang akhbar petang ini.
Dalam satu temu bual dengan ajensi berita AFP , Dr Hatta Ramli telah menerangkan jika sekiranya Perdana Menteri Abdullah Badawi enggan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat maka satu delegasi Pakatan Rakyat akan pergi mengadap Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Agung.
Menurut Dr Hatta ‘ perlantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan adalah tanggung jawab Yang DiPertuan Agung’.
3.Dr Hatta juga berkata Pakatan Rakyat kini memiliki lebih dari 116 ahli parlimen.
Jumlah semua anggota ahli parlimen Malaysia ialah 222.
Perasap : Memang dah agak dah...,mesti Dollah tetap dengan keegoannya dan masih sedang tidur.Kerajaan BN hampir tumbang pun beliau masih cakap perkara kecil. Aku tak paham camner dengan pemikiran begini,Malaysia dapat ditadbir dengan baik.Malaysia memang malang mendapat PM seperti beliau.....
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
916 Mission
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment