Wednesday, August 27, 2008

Keluhan TKT Mahathir..

1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.
2. Anwar menang.
3. Barisan Nasional kalah.
4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu. 5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.
6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.
7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.
8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.
11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.
12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.
13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.
14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.
15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.
16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.
17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.
18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

Luahan Rasa dari Blog pro UMNO..

1) Lagi banyak tomahan....lagi banyak majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat(PR).
2) Kini tomahan, fitnah, andaian, sumpah, sogokan, ucapan....semuanya tidak berkesan lagi. Rakyat sudah mula cerdik dan bijak menilai yang mana satu umpan dan yang mana satu kebenaran.
3) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat bukan sahaja berhadapan dengan Barisan Nasional tetapi beliau berhadapan dengan seluruh jentera Kerajaan.
4) Tetapi itu semua bukan menjadi halangan untuk mencapai kemenangan kerana kebenaran itu terletak di penghujung perjalanan.
5) Pemimpin BN mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tewas di Permatang Pauh kerana di situ merupakan kubu kuat DSAI. Tetapi kenapa PRU 2004, PKR hanya menang dengan majoriti kecil lebih kurang 600 undi sahaja.
6) UMNO khasnya perlu menerima hakikat bahawa selama ini mereka kuat kerana ia mendapat sokongan besar dari kaum-kaum bukan Melayu.
7) Apa yang ada lagi pada BN sekarang?
8) Majoriti kaum Cina tidak lagi bersama MCA dan Gerakan. Begitu juga majoriti kaum India tidak lagi bersama MIC. Manakala majoriti kaum Melayu tidak yakin lagi dengan UMNO.
9) Jika BN itu merupakan sebuah kapal, kini kapal itu tidak tahu lagi arah tujunya. Nak terus belayar tak tahu arahnya. Nak terus berlabuh mungkin akan karam bila-bila masa. Malah yang pasti, penumpang-penumpangnya yang terdiri MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tentunya sedang memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan diri masing-masing.
10) Seluruh rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa sebuah parti yang bergerak atas dasar kaum tidak akan mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia. Kini semua parti politik perlu mengambil kira penyertaan semua kaum jika mereka mahu meneruskan komitmen dalam sistem berparti politik di negara ini.
11) Pada semua orang-orang Melayu yang masih tidak boleh menerima hakikat perubahan iklim politik dinegara ini, saya syorkan kembalilah merujuk kepada kitab 'Al-Quran'. Baca dan fahamilah isi kandunganya. Dalam kitab Al-Quran tidak ada sebut pun nama-nama seperti Melayu, UMNO dan Malaysia.
12) Segala perjanjian, undang-undang, akta malah perlembagaan sekalipun telah dicipta pada masa tertentu untuk keperluan pada masa itu. Jadi bolehkah ia kekal buat selama-lamanya jika keadaan dan hakikat yang sebenarnya telah berubah dari masa ke semasa? Sedangkan segala perintah dan hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran itu...ia kekal dan relaven sepanjang masa dan sepanjang zaman.
13) Masa telah berubah...keadaan telah berubah....zaman telah berubah....adakah kita masih mahu berada di alam 1957 lagi?
14) Jangan kita sentiasa prajudis kepada orang lain kerana nanti orang lain juga akan 'lebih' prajudis terhadap kita.
15) Bukan semua kaum Cina itu menyertai DAP. Bukan semua kaum India itu menyertai MIC. Bukan semua kaum Melayu itu menyertai UMNO. Bukan semua orang Islam itu menyertai PAS. Jadi kenapa kita selalu memandang serong terhadap orang lain?
16) Salahkah jika PKR, PAS dan DAP menjalinkan pakatan untuk memerintah negara ini?
17)Bukankah selama 50 tahun sebelum ini UMNO juga menjalinkan pakatan dengan MCA(Cina), Gerakan(Cina), MIC(India) dan lain-lain parti untuk memerintah negara ini.Buka mata....buka hati....buka minda !

DSAI angkat sumpah MP Khamis 28 Ogos 2008

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pagi ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.Mantan menteri kewangan itu, dipercayai akan terus dilantik sebagai Ketua Pembangkang esok, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009.Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Renungan Kita-Petikan analisis dari satu laman blog

Kemenangan besar Anwar bukan disebabkan kononnya politik perkauman amalan UMNO sebagaimana yang dilaungkan oleh Tian Chua dalam salah satu dari ucapan-ucapan kemenangan di Permatang Pauh. Penafian dan ulasan yang sama juga yang telah diperkatakan oleh Professor Shamsul Akmal dari ATMA, UKM di dalam satu rancangan di saluran Astro Awani malam tadi.Kenyataan Tian Chua itu hanya mendedahkan kecetekan pemahaman politik seorang aktivis NGO yang terlalu mempercayai teori dan asyik dengan idealisma masing-masing.Dari segi realiti amalan politik tempatan, kekalahan teruk UMNO di Permatang Pauh masih sama seperti yang berlau pada PRU12 baru-baru. Telunjuk jari masih menunjuk kepada Khairy dan Pak Lah.Kekalahan di Permatang Pauh tidak boleh dipersalahkan kepada orang lain kerana sebagai Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Permatang Pauh adalah Bahagian bersebelahan dengan Kepala Batas, tanggungjawabnya masih jatuh kepada kepada Pak Lah.Serangan PeribadiSebagaimana yang telah saya sebut semalam dan amaran yang telah saya beri beberapa hari sebelum pemilihan, UMNO tidak seharusnya melakukan serangan peribadi terhadap Anwar di kampung halamannya.Amalan politik Melayu tidak meletakan prinsip dan ideologi sebagai paling utama dalam membuat sebarang pilihan politik. Tetapi ia lebih kepada hubungan peribadi seperti pertalian keluarga, persahabatan, jiran tetangga, dll.Serangan peribadi dan tuduhan bertubi-tubi terhadap Anwar di "kampung halamannya" tidak akan meninggalkan kesan yang dikehendaki tetapi hanya menimbulkan kebencian. Pertalian Permatang Pauh juga yang menyelamatkan Anwar dari tekanan apabila Imam yang menjadi saksi kepada majlis sumpah Saiful tampil memberi sokongan moral.
Ini ditambah dengan hakikat bahawa Permatang Pauh merupakan lubuk untuk keluarga Anwar dan PKR meletakkan tapak politiknya.Gerak kempen UMNO berjalan lancar pada mulanya hingga kehadhiran Khairy pada hari Jumaat lepas. Dengan angkuhnya Khairy menyatakan akan menanam kerjaya politik Anwar dan memulakan tekanan terhadap Anwar untuk melakukan Mubahalah.Dari situ, satu demi satu pertudahan telah dilakukan oleh sekutu terkini Khairy ia-itu Nallakaruppan dan Ezam.BN Tidak Mahu BerubahPandangan Syed Imran, blog Kuda Ranggi dibawah ini begitu releven:
Seperti biasa, BN tidak mempelajari daripada kesilapan dengan menjadikan pembangunan sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Muslihat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diterima oleh rakyat. Walau seluruh Kabinet turun ke Permatang Pauh dengan menaburkan 1001 macam bantuan dan membuat beratus-ratus janji, rakyat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh. Ini adalah taktik lapuk.BN sebenarnya tidak peka dan tidak mengikuti arus perdana berbanding dengan PKR. Kempen yang dijalankan oleh BN tidak berkesan kerana isu yang dibangkitkan lebih mirip kepada serangan peribadi, sogokan pembangunan dan janji-janji manis berbanding dengan isu pokok yang dibawa oleh PKR iaitu kehidupan seharian rakyat.Kehadiran sebegitu ramai orang UMNO yang berkampung sama ada di Permatang Pauh atau di Bukit Mertajam tidak memberi sebarang kesan kerana kebanykan mereka hanya melepak dan membuang masa. Ketua-ketua bahagian UMNO termasuk yang diterbangkan dari Sabah juga tidak membantu sama sekali. Kehadiran mereka hanya membazirkan wang sahaja.Oleh kerana terlalu terdesak untuk menang, BN sanggup menggunakan taktik kurang sihat sedangkan kempen yang dijalankan oleh PKR jauh lebih teratur dan berkesan. Isu liwat dan sumpah laknat sebenarnya telah melaknatkan BN sendiri. Kehadiran tokoh-tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat Melayu seperti Dr Haron Din, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dauk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya dengan mudah mematahkan serangan BN itu.
Kesimpulan AwalKesimpulan awal oleh Dato Abdul Kadir Jasin diterbitkan semula di bawah: 1. Serangan peribadi ke atas Anwar tidak berkesan walaupun BN menggunakan hujah seperti tuduhan liwat dan sumpah laknat si penuduh, Saiful Bukhari Azlan;2. Gula-gula pilihan raya seperti penurunan harga minyak, janji-janji pembangunan dan buah tangan tidak membantu mengubah pendirian majoriti pengundi yang tidak sukakan BN;3. Kehadiran begitu ramai pembesar Umno dan BN dengan jentera rasmi dan peribadi mereka ditolak oleh majoriti pengundi;4. Peranan media massa arus perdana yang terus memberi gambaran yang songsang mengenai keadaan sebenar menyebabkan pemilih jelak dan menolak mesej BN dan pemerintah yang mereka bawa;5. Kekalahan lebih teruk ini akan memburukkan lagi kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN;6. Kewibawaan dan integriti pakatan setia Abdullah-Mohd Najib semakin dicurigai apatah lagi apabila Mohd Najib sendiri menggunakan pilihan raya kecil itu untuk bersumpah dengan nama Allah menafikan keterlibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Mohd Najib bersumpah yang dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu;7. Seruan supaya Abdullah segera meletakkan jawatan mungkin memuncak semula dan mungkin berlaku percubaan baru mencalonkan seseorang untuk mencabar beliau dan Mohd Najib pada pemilihan Umno Disember ini;8. Kemenangan ini memberi mandat yang lebih kuat kepada Anwar untuk memujuk Ahli Dewan Rakyat BN untuk berpaling tadah menjelang Hari Malaysia pada 16 September ini seperti yang diuar-uarkannya;9. Kedudukan Anwar sebagai MP dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bergantung dan tertakluk kepada keputusan perbicaraan kes liwatnya;10. BN tidak lagi boleh menggunakan kuasa kewangan dan pentadbiran untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Pada masa lampau, BN umumnya menang pilihan raya kecil malah berjaya merampas kerusi pembangkang; dan11. Umno akan lebih parah dan mungkin ditolak terus oleh orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika kepemimpinannya terus mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi. Ramai ahli parti dan penyokong BN tidak keluar mengundi.Implikasi PolitikWalaupun saranan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru Pakatan Rakyat pada September 16hb tidak berkemungkinan akan berlaku, kehadhiran Anwar Ibrahim di Parlimen akan menguatkan kedudukan pembangkang di Parlimen dengan kebolehan Anwar berpidato dan berdebat.Kehadhiran Anwar dan keupayaannya menarik perhatian media tempatan dan dunia akan menambahkan tekanan terhadap kerajaan. Kerajaan tidak berupaya melakukan censurship terhadapnya. Lama kelamaan Anwar dengan agenda populist akan dapat mengembangkan lagi pengaruhnya kepada orang ramai dan pengundi-pengundi.Jika UMNO dan BN tidak melakukan perubahan kepada pucuk kepimpinan yang ada kepada satu pasukan yang lebih bersih, berupaya dan bertenaga, kepercayaan rakyat akan terus longgar dan pengaruhnya akan terus terhakis.Beberapa pilihanraya kecil di Sanglang, kemungkinan di Kulim dan tahun hadapan pilihanraya negeri Sarawak dan dihadapi. Sekiranya prestasi BN tidak diperbaiki, pilihanraya umum ke 13 bakal menutup riwayat pentadbiran BN.Lakukan perubahan itu. Tukarkan kepimpinan UMNO! - Kerabu bersuara-