Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang.
Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair.
Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru.
Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan?
Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti?
OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO?
Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu?
Dalam seminggu ni pasti orang-orang Abdullah akan mencongak dan mengira. Kalau Abdullah akan terus tanding kerusi Presiden UMNO, berapa banyak ongkos yang diperlukan? Ongkos tu dari mana akan diperolehinya? Lembu mana yang akan disembelih untuk keluar ongkos itu? Untuk beli sokongan bahagian-bahagian, macam mana ongkos itu nak dibahagi-bahagikan?
Sekaligus, orang-orang Abdullah juga akan mencongak dan mengira. Sapa yang boleh dibeli dengan pangkat dan jawatan? Sapa yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Sapa yang boleh berikan sokongan kepada Abdullah setelah diugut dan diancam?
Lantas, dalam seminggu ni tentu orang-orang Abdullah sibuk menghimpun ongkos dan sibuk menggali fail. Mereka juga akan sibuk mengenalpasti mana lagi kementerian atau agensi yang boleh melantik jawatan penasihat untuk diberikan kepada pihak yang nak dibeli sokongannya.
Bayangkan betapa kotor jadinya politik bila Abdullah bertindak hanya atas nasihat, desakan dan ugutan pihak-pihak di sekelilingnya. Betapa rumit jadinya politik tanahair bila tindakan Abdullah ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga?
Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan.
Rakyat Malaysia pasti tidak reda dengan status Banana Republic ini. Makanya, lebih cepat Abdullah berundur, lebih eloklah untuk kita semua. Lebih cepat Abdullah berundur, lebih mudahlah kita semua bergabung tenaga dan bergabung minda untuk memperkasakan semula negara tercinta ini!
Perasap : Serah aje jawatan tu pd DSAI..
Copy&Paste by: Panglima