Sunday, September 14, 2008

Kebodohan s/u politik

KOTA BHARU 13 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya. Kenyataan di atas datang dari Setiuasaha Politik Abdullah Hj Ahmad yang menyokong kenyataan dari seorang Menteri yang terkenal dengan penagih arak tegarnya berhubung dengan kenyataan seorang Naib Presiden UMNO tentang isu peralihan kuasa. Ini wajah tingkat pemikiran orang-orang yang berada di sekeliling Abdullah Hj Ahmad yang bila-bila masa akan membuat kenyataan “saya sudah tidak ada disini.” Antara yang menunjukkan kebodohan Setiausaha Politik yang pernah mendapat pelajaran agama di Mekah ini ialah membandingkan soal kenyataan Muhyiddin Yassin itu dengan bersembahyang, ''Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufaraqah (berpisah daripada imam)," Sia-sia dia belajar di Mekah bila Imam sembahyang disamakan dengan Imam yang mentadbirkan Negara. Kalau begitu orang yang bukan Islam akan bertanya, Oh begitukah orang Islam, maknanya jika seorang itu merasakan imam tidak betul keluar sahaja dari saf atau jemaah tanpa membuat teguran dan jika buat teguran kepada Imam itu, esok dan akan datang tak boleh sembahyang lagi dengan beriman si pulan yang sudah ditegur. Atau orang-orang atau ahli PAS hari ini boleh mendabik dada bahawa perbuatan mereka dulu-dulu yang tidak mahu mengimamkan orang UMNO dalam sembahyang adalah satu tindakan betul kerana mereka berfikiran bahawa Imam UMNO tidak betul. Maka orang-orang Pas buat mufaraqah dan melantik Imam mereka sendiri yang dituduh oleh UMNO sebagai sembahyang dua Imam. Bodoh tak bodohnya Setiausaha Politik ini. Ini mungkin ajaran baru dalam mazhab Islam Hadhari yang telah dibuktikan satu pembaziran dalam kempen melaksanakan yang menelan belanja wang rakyat berjumlah 60 juta ringgit dan kemudian Islam Hadhari dibuang ke longkang sahaja atau buku-bukunya jadi barang kitar semula. Kerana puak-puak yang gila kuasa macam Setiausaha Politik dan Menteri Abdullah Hj Ahmad ini tidak dapat berfikir panjang sehingga tidak dapat membezakan antara dua perkara yang jelas perbezaannya. Muhyiddin Yassin adalah seorang Naib Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO dalam tahun 2004. Dia sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang selalu menang Naib Presiden UMNO kerana diberi sokongan untuk mengimbangi kuasa-kuasa Anwar Ibrahim waktu dia memegang jawatan Naib Presiden atau selepas itu Timbalan Presiden UMNO. Soal Muhyiddin Yasin menjadi Menteri itu soal lain, dia tidak bercakap atas sifatnya sebagai Menteri dalam Kabinet Barisan Nasional. Dalam hukum agama Islam hanya Muhamaad S.A.W yang boleh bercakap dengan autoriti sebagai Nabi, sehingga cakap menjadi hadis dan perbuatan menjadi Sunnah kerana berdasarkan wahyu Allah Maka Abdullah Hj Ahmad boleh menjadi Perdana Menteri kerana dia Presiden UMNO dan Muhyiddin Yassin kerana dia ahli Parlimen dan ditunjukkan sebagai Naib Presiden UMNO oleh Perwakilan UMNO dia setaraf Abdullah Hj Ahmad yang berbeza hanya hierarki sahaja, maka mahu tak mahu terpaksalah diberi jawatan Menteri walau pun kementerian itu bertaraf Menteri Alam Sekitar, Muhyiddin Yassin bukan Menteri yang dilantik secara prerogatif oleh Perdana Menteri seperti Zaid Ibrahim dan Amir Sham. Maka hari ini fikiran ke hadapan Perwakilan UMNO tahun 2004 menyatakan Muhyiddin Yasin sebagai Naib Presiden menjadi kenyataan. Dalam saat Najib Tun Razak yang sepatut bertindak menjadi suara ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan, dia membisu bila sudah mendapat jaminan akan menjadi Putera Mahkota yang bakal menjadi Sultan seperti warisan jawatan Perdana Menteri itu, walhal terdapat peraturan bahawa ada sekatan dia perlu dahulu di sahkan oleh ahli-ahli UMNO sebagai Putera Mahkota kerana mungkin ada orang lain yang lebih layak ke jawatan itu. Abdullah Hj Ahmad, dia bukan Nabi dia hanya Imam Besar Islam Hadhari satu gagasan rekaan dia, sama seperti dengan apa yang pernah dituduh kepada PAS yang menjual Islam, begitu juga Abdullah Hj Ahmad juga menjual Islam bagi tujuan politiknya tetapi segala pekong penipuan yang dilakukan sudah diterjemahkan oleh rakyat dengan menolak Barisan Nasional dalam PRU ke 12. Muhyiddin Yassian di pilih dengan sokongan undi yang membolehkan menjadi Naib Presiden tetapi Abdullah Hj Ahmad ke jawatan Presiden UMNO tidak ada ukuran kerana Perlembagaan UMNO menyekat pencalonan dan dia sudah berkuasa menjadi Perdana Menteri sebelum di pilih menjadi Presiden UMNO. Kerana Abdullah Hj Ahmad bukan pemimpin “friendly” yang mana kawalan keselamatan lebih hebat dari mana-mana Presiden dan Perdana Menteri di dunia ini maka dia kurang mendapat maklumat dari akar umbi, jika ada pun laporan Cawangan Khas Polis, itu pun kemungkinan laporan yang muluk-muluk atau yang menyedapkan hati sahaja. Dan soalan nya adakah dia baca? Berbalik kepada soal jemaah dengan Imam sembahyang, bagaimana dengan Imam yang kita tahu kena penyakit kencing meleleh dan kemudian pakai “pampers” tetapi nak tunjuk juga boleh jadi Imam? Betullah bahawa jemaah tidak berdosa apa-apa sembahyang tidak batal dan hanya tak dapat pahala sembahyang berjemaah. Apakah hukumannya kepada Imam yang sedemikian? Kesimpulannya Abdullah Hj Ahmad sudah hilang akal, dia berusaha mempertahankan kuasa bagi tujuan bagi membantu perniagaan anaknya, banyak projek-projek yang sudah dibayar tetapi tidak berjalan lagi. Semua orang tahu di sebalik projek jambatan kedua Pulau Pinang, monorel dan sebagainya yang boleh didedahkan setelah Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti. Kerana itulah Muhyiddin Yassin kata terlalu lama, bukan sahaja berlaku macam-macam lagi keburukan dalam UMNO yang akan dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad tetapi orang Melayu dan rakyat Malaysia berbagai kaum sudah tidak sabar lagi untuk menunggu akan pendedahan penyelewengan Abdullah Hj Ahmad dalam membantu keluarganya dalam perniagaan dan kemungkinan besar beberapa kes rasuah akan terbongkar. Sang Kelembai: Orang Melayu jangan lagi fikir bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Cuba Baca jawapan pesanan dari Brig. Gen. (B) Datuk Paduka Husainay Hashim, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia , Zaharin - jangan Campur hal UMNO. Jaga diri awak sendiri. Suk UMNO M,sia, setelah Sang Kelembai hantar pesanan ini, Zaid Ibrahim apa hak dia nak suruh Muhyiddin Yassin letak jawatan atau Dollah Bodohwi singkirkan. Dia pun tak ada kepentingan dengan UMNO. PRU 12 lari ke Australia dan seorang penagih arak tegar yang sama dengan penyimpan janda di rumah sebelum dinikahnya itu sebab Umno ni panas - bangunlah Melayu UMNO singkirkan Dollah yang memperkayakan keluarganya secara demokrasi. Drp Zaharin@Sang Kelembai. Para pembaca blog fikir sendirilah cara menjawab orang kuat di Ibu Pejabat UMNO itu. Copy&Paste by: Panglima

Rakyat Terengganu salah pilih Pesuruhjaya...

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS. 2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”. 3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar. 4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa. 5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main. 6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam. 7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno. 8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno? 9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini. 10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 11 September 2008. Copy&Paste by: Panglima