Aku merasakan pergolakan politik di Malaysia ini hampir mencapai satu titik 'climax'. Berdasar pemerhatian aku selama 2 tahun menyepi..amat banyak perlanggaran tatasusila yang telah berlaku.Para pengamal politik yang meletakkan dasar dan strategi politik mereka telah membuatkan negaraku hancur. Duit..kuasa jelas merupakan matlamat mereka tanpa mengira kawan. Kesan negatif yang amat ketara telah menular kepada anak-anak muda bilamana kerakusan pemimpin ini membuatkan mereka tidak mengendahkan pembangunan kerohanian....hanya kuasa dan kemewahan yang merekan kejar.
Setiap perbuatan pemimpin ini contohnya kebaikan kepada rakyat hanyalah suatu yang hipokrik, mereka mahu rakyat membuat perbandingan diantara mereka dengan pihak lawan.Penggunaan media dengan cara yang terlampau ( tidak beretika )telah merosakkan fikiran muda-mudi yang akhirnya banyak yang berfikiran seperti pemimpin rakus ini.
Rasuah berleluasa dengan ganasnya..hatta di peringkat persidangan Dewan Parlimen ( online ), pemimpin ini tanpa rasa malu telah merasuah tapak-tapak projek kepada pihak lawan asalkan mereka menutup mulut.
Aku terkesima/terkedu/terperanjat dengan fenomena ini yang nyatanya perkara seperti ini telah berlaku terlalu lama...sebab itu tiada rasa malu terhadap perbuatan mereka.
Apakah budaya yang akan anak- anak aku hadapi 10 tahun lagi?.Sekarang ini pun rasanya sudah sangat teruk???
Walaupun begitu aku masih mempunyai pilihan. Sekiranya yang sedia ada budayanya sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi..aku mengharapkan pihak lawannya dapat menukar budaya yang rosak ini. Setidak-tidaknya 'check and balance' ini dapat memberikan sedikit harapan terutamanya buat generasi akan datang.
Wrote by: Panglima
No comments:
Post a Comment