Monday, August 11, 2008

Kasih Sayang Allah S.W.T

Allah Maha Besar.
Sudah banyak ingatan yang Allah berikan kepada manusia...ingatlah Daku...sembahlah Daku...kerana Kasih SayangKu yang tiada batasan..
Kalimah Allah pada telur ayam.
Arak dijual berleluasa-KUALA LUMPUR Kempen taknak merokok sangat berleluasa namun malangnya kempan taknak arak tiada ....Apa yang tak kena?. Sedangkan meminum arak atau bersubahat dengan penjualan,pengedaran arak tetap mendapat dosa?,salah satu daripada 7 dosa besar. Lihat berita ini yang dipetik dari KOSMO. Kerajaan wajar mengkaji semula pengeluaran lesen menjual arak di kedai-kedai serbaneka kerana kemudahan yang ditawarkan kepada sesetengah pelanggan dewasa itu sudah disalahgunakan oleh golongan pelajar dan remaja. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ketika ini remaja bebas membeli minuman itu walaupun mereka berpakaian seragam sekolah. "Jualan minuman keras perlukan syarat yang ketat dan ia tidak seharusnya dijual secara terbuka,'' katanya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas laporan muka depan Kosmo! kelmarin yang membongkar kegiatan penjualan minuman keras kepada pelajar sekolah di kedai serbaneka. Menurut Ma'amor, pemberian lesen bagi jualan minuman keras di kedai serbaneka sekarang hanya kepada minuman keras yang mengandungi kandungan tujuh peratus alkohol. "Selepas ini, kerajaan perlu menyekat sama sekali pemberian lesen kepada kedai serbaneka walaupun minuman keras itu hanya mengandungi tujuh peratus alkohol,'' jelasnya.