Wednesday, September 17, 2008
Politik kene hipokrit...
Amboooi!!! Seronok sakan hangpa bila 16 September tak jadi no! Jangan syok sangat, sebab perancangan belum selesai.
Ada yang kata Anwar tipu. Dalam suratkhabar hari ni, fuiyo…punya seronok depa tulis pasai Anwar tipu. Hei! Aku pun kena tipu..bukan sekali..tapi banyak kali. Setiap kali aku kena tipu dengan Anwar…aku garu kepala..” terror hang no!”
Mula-mula aku kena tipu pasai Anwar nak bertanding di Kulim. Punya la seronok bila aku announce Anwar nak bertanding diKulim. Tup-tup tak jadi…dia bertanding kat Permatang Pauh.
Orang kata aku tipu.. orang macam Jebonkuala pun cukup seronok suruh aku tutup blog la..ada yang kata aku mencemarkan nama Mat Saman Kati la… macam-macam. Tapi pasai apa Anwar tak jadi bertanding di Kulim? Tak payah bagi tau kat hangpa…nanti aku cerita hangpa kata aku tipu.
Bila tiba hari pencalonan, tengok-tengok Dr. Mansor Osman hantar borang pencalonan..lawan Anwar. Azmin pun kena tipu! Orang punya kutuk Dr. Mansor macam-macam…tapi pasai apa Dr. Mansor hantar borang pencalonan? Tak payah bagi tau….nanti hangpa kata aku tipu.
Pada 15 September, Anwar hantar surat kepada Abdullah Badawi, meminta kerjasama beliau supaya bekerjasama dalam peralihan kuasa. Empat perkara penting yang disebut dalam surat itu ialah:
1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.
Apa yang Anwar mahukan ialah peralihan kuasa secara aman. Sebab risikonya terlalu tinggi…kalau Umno main kotor. Anwar tidak mahu memberi peluang kepada Umno untuk mengisytiharkan darurat ataupun menggunakan ISA untuk menggagalkan rancangannya.
Hangpa ingat Umno boleh menyerah macam tu saja ka? Orang cuma tau 49 MP dibawa lari keTaiwan. Hangpa pi Istana negara tengok…Agong ada kat sana ka? Berapa ramai yang tau…Agong pun depa hantaq pi Mekah..suruh buat umrah?
16 September sudah berlalu dan peralihan kuasa tidak berlaku… OOOiiii!!! Anwar tipu!.
Tapi kalau Anwar tipu, yang Pak Lah kelam kabut pasai apa? Pasai apa tiba-tiba Najib dlantik jadi Menteri Kewangan dan dia jadi Menteri Pertahanan? Nak kontrol askar? Yang tu…hangpa pi cari sendiri pasai apa. Nanti aku cakap….hangpa kata aku tipu.
Tapi…hangpa tak pernah kena tipu ka? Kalau nak tulis penipuan yang dibuat oleh Pak Lah dan Umno…tak larat nak tulis.. Tak apa pulak!!
Macam cerita nombor ekor yang aku tulis….ada yang cakap macam-macam…tapi kedai nombor yang berselerak, pusat judi yang berlambak…cyber cafe yang dipenuhi dengan budak-budak…. hangpa buat tak tau saja!!!
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
916 Mission
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment