Tuesday, September 16, 2008

Yang Dipertuan Agung ada kuasa menukar kerajaan ,bukannya Pak Lah..

1.Abdullah Badawi telah menjawab. Dia tidak akan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat. “ Jika dia (Anwar) ada nama-nama itu, dia harus menunjukkan nama-nama tersebut kepada seluruh negara. Semua orang ingin tahu,” kata Abdullah Badawi. Abdullah Badawi hanya akan bertemu dengan Anwar Ibrahim jika ketua Pakatan Rakyat telah mendedahkan nama-nama ahli parlimen Barisan Nasional yang kini menyokong Pakatan Rakyat. Dicatat oleh Tukar Tiub di 7:41:00 PM 2.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat berkata dalam masa 24 ke 48 jam ini pemimpin Pakatan Rakyat akan pergi ke Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agung. Mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung ini bertujuan untuk memohon pekenan Duli Tuanku agar sebuah kerajaan baru di bawah pentabiran Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan. Tian Chua berkata demikian dalam satu sidang akhbar petang ini. Dalam satu temu bual dengan ajensi berita AFP , Dr Hatta Ramli telah menerangkan jika sekiranya Perdana Menteri Abdullah Badawi enggan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat maka satu delegasi Pakatan Rakyat akan pergi mengadap Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Agung. Menurut Dr Hatta ‘ perlantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan adalah tanggung jawab Yang DiPertuan Agung’. 3.Dr Hatta juga berkata Pakatan Rakyat kini memiliki lebih dari 116 ahli parlimen. Jumlah semua anggota ahli parlimen Malaysia ialah 222. Perasap : Memang dah agak dah...,mesti Dollah tetap dengan keegoannya dan masih sedang tidur.Kerajaan BN hampir tumbang pun beliau masih cakap perkara kecil. Aku tak paham camner dengan pemikiran begini,Malaysia dapat ditadbir dengan baik.Malaysia memang malang mendapat PM seperti beliau..... Copy&Paste by: Panglima

Teks penuh kenyataan media DSAI

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat. Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini. Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini. Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam. Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu. Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut : 1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan. 2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu. 3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa. 4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya. Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman. Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan. Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.-Sumber- ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Copy&Paste by: Panglima

Yang di tunggu dah tiba..

PETALING JAYA, 16 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu media, pihaknya mempunyai lebih 31 anggota Parlimen yang sedia menyokongnya untuk membentuk kerajaan baru di negara ini. Nama-nama itu akan diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan yang dipohon oleh beliau sebelum ini dengan Perdana Menteri. Demikian dinyatakan Anwar dalam sidang media di pejabatnya dekat sini hari ini. Menurut Anwar, dia telah menghantar satu surat kepada Abdullah Isnin 15 September meminta untuk bertemu di samping menuntut empat perkara dari Perdana Menteri itu. Empat perkara itu adalah:- 1) Jangan halang mana-mana anggota Parlimen untuk bertindakn berdasarkan kehendaknya, hak perlembagaan, dan kebebasan kehakiman. 2) Jangan gunakan akta ISA untuk menghalang mana-mana anggota Parlimen termasuk anggota Parlimen dari Pakatan. 3) Jangan gunakan undang-undang darurat atau menggantung perlembagaan atau membubarkan Parlimen. 4) Jangan adakan sekatan jalan untuk menghalang anggota Parlimen ke Dewan Rakyat atau mana-mana institusi kerajaan. Copy&Paste by: Panglima