Wednesday, December 31, 2008

Misteri: Ebu Gogo spesies manusia aneh

Kumpulan orang kerdil dikatakan wujud di Kepulauan Flores di Indonesia PADA zaman purba, di Kepulauan Flores, dipercayai wujud sejenis spesiesmanusia aneh yang keadaan fizikalnya berlainan sekali daripada manusianormal yang hidup ketika ini. Jasad manusia aneh itu kerdilsehinggakan kalangan dewasa dalam kelompok mereka hanyalah setinggikanak-kanak berusia lima tahun. Mereka memiliki lengan lebihpanjang, alis tebal, dahi yang miring, tidak mempunyai dagu dan rahangbawahnya diisi gigi besar tumpul. Gigi depannya lebih kecil sepertigigi manusia moden, lubang mata spesies manusia ini besar dan bulatmanakala otak mereka pula hanyalah sepertiga daripada otak manusiasekarang. Walaupun fizikal spesies manusia aneh ini berbezadaripada jasad manusia yang wujud ketika ini iaitu `Homo Sapiens',perilaku mereka mirip manusia moden. Mereka menggunakan apiuntuk memasak dan memburu sejenis gajah primitif yang hidup di wilayahitu dikenali Stegodon. Keupayaan berfikir dan kebijaksanaan merekaterserlah apabila dengan jasad kecil mereka itu, mereka mampumemikirkan taktik untuk menewaskan Stegodon yang seberat 1,000kilogram. Kewujudanmereka terus `tersembunyi' di wilayah terasing di Kepulauan Flores,Indonesia itu selama entah beberapa lama sehinggalah pada suatu hari,secara tiba-tiba spesies manusia aneh itu lesap terus di muka bumi ini. Seorang tua di Flores masih teringat legenda setempat yang diceritakan dari generasi ke generasi sehingga ke zaman moden. “Di kepulauan kita ini, ada makhluk kerdil beredar selama berabad-abad,suatu ketika dulu. Mereka dinamakan Ebu Gogo, manusia kerdil berbuluyang tingginya hanya satu meter.” demikianlah antara maklumat makhluklegenda yang diceritakan kepadanya dan anak-anak watan Flores secaraturun-temurun. Lelaki tua itu masih tertanya-tanya, benarkahwujud makhluk Ebu Gogo seperti diceritakan legenda masyarakatnya? Jikaya, mengapa makhluk itu tidak lagi ditemui? Jika sudah pupus, apa yangmenyebabkan mereka pupus? Tahun 2003, penyelidik UniversitiNew England, New South Wales, Australia, mengerut dahi kehairanantatkala menemui tulang belulang aneh ketika menjalankan kerja arkeologidi gua Liang Bua di Flores. Yakin tulang yang dijumpai bersama fosiltikus raksasa, komodo dan gajah kecil itu adalah rangka manusia tetapianehnya, ia bersaiz kecil. Kajian lanjut mendapati iabukanlah rangka kanak-kanak sebaliknya rangka spesies manusia aneh yangwujud suatu ketika dulu tetapi sudah pupus ketika ini! Selepas ribuan tahun kekal sebagai rahsia yang tidak diketahui akhirnyakewujudan spesies manusia aneh itu yang kemudian dikenali dengan namasaintifik sebagai `Homo Floresiensis' mula terbongkar. Seterusnya fosil rangka spesies manusia aneh itu bersama peralatan batumereka ditemui berterusan dan antara penemuan tulang belulang terbarudipercayai milik sembilan jasad Homo Floresiensis. Penemuanrangka sembilan Homo Floresiensis itu bagaimanapun berusia 15,000tahun, membuktikan jarak masa antara fosil pertama dan fosil terbaruadalah 3,000 tahun. Kumpulan spesies manusia kerdil itu wujuddan membiak di Flores selama 3,000 tahun! Mereka dipercayai terus hidupterasing di pulau itu dalam tempoh amat lama. Penemuanmenimbulkan pelbagai teori mengenai kewujudan Homo Floresiensis. Adamengatakan mereka pada asalnya bersaiz sama seperti manusia biasatetapi ketika tiba di kepulauan Flores, keadaan alam mengubah merekamenjadi kerdil, sama seperti kebanyakan haiwan lain di pulau itu yangturut bersaiz kecil. Sesetengah lain menyangkal teori berkenaan dengan menyatakan bahawa Homo Floresiensis sememangnya spesies manusia yang kecil. Satu lagi misteri membingungkan menyelubungi penemuan fosil HomoFloresiensis adalah mengapa mereka pupus? Dan benarkah mereka pupusatau mereka sekadar meninggalkan kepulauan Flores dan berhijrah kewilayah lain? Terdapat teori menyatakan masyarakat HomoFloresiensis pupus disebabkan lava gunung berapi yang melandakeseluruhan pulau itu tetapi punca sebenar kepupusan atau keghaibanmereka dari dunia ini, tiada siapa yang tahu. Masih banyakpersoalan tidak terjawab mengenai kewujudan Homo Floresiensis atau EbuGogo; mengapa mereka hanya wujud di Flores saja? Adakah mereka masihwujud ketika ini tetapi bersembunyi daripada manusia lain? FAKTA: Homo floresiensis Ramaipihak menggelarkan Homo Floresiensis sebagai Hobbit lantaran fizikalspesies manusia itu yang kerdil menyamai gambaran Hobbit yang kerapmuncul dalam cerita fiksyen antaranya ‘Lord of The Rings’. Kajianlanjut mendapati rangka yang ditemui pada September 2003 itu milikperempuan, tingginya ketika berdiri tegak kira-kira satu meter danberatnya hanya 25 kilogram. Ia dianggarkan berusia sekitar 30 tahunketika meninggal dunia. Homo floresiensismenghasilkan peralatan batu seperti pisau batu dan peralatan rumah lainmanakala makanan mereka adalah ikan, katak, ular, kura-kura dan burung. EbuGogo dikatakan berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa yang terdengarseperti menggumam dan mampu menirukan ucapan manusia seperti burungkakak tua. Copy&Paste by: Panglima

Budu .....owh Budu............

Peminat budu sekalian….infooooooooo..... Makanlah budu sblm terlambat!!! Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Terengganu dan Kelantan ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dankembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin BKompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asidpantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).Saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yangdihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacterfrundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-manasumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 parapengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksipembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekulyang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan,sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasiadalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,sertamakanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietaryfiber) yang baik. Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. So minumlah budu mcm minum air mineral ........he he he he he...Sunggohh..!!! So, tunggu apa lagi, lepas ni carilah dan amalkan pemakanan sihat dengan Budu, nescaya kesihatan kita akan terjamin...dapatkan di pasaran terutamanya di negeri Pantai Timur... Wallahu a'lam... Copy&Paste by: Panglima

SAYA AKAN DEDAHKAN SKANDAL TERBARU KAPAL SELAM - Zahar Hashim

Bekas Ketua Umno Bahagian PJS turut akui banyak penipuan dalam Umno Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno. “Dah keluar Umno ini lagi senanglah. Saya baru sahaja terima salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Saya rasa keputusan pembeliannya sudahpun dibuat atau diperingkat akhir perbincangan. Saya akan dedahkan semua ini tidak lama lagi,” katanya apabila ditanya Adakah lagi skandal berkaitan Najib dan Kementerian Pertahanan yang akan beliau dedahkan. Menurutnya lagi, beliau akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan meskipun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dan sekadar menjadi pembantu khas kepada Yang DiPertua Pas kawasan Petaling Jaya Selatan. Pada masa yang sama, Zahar juga berkata antara sebab beliau keluar Umno ialah kerana berlaku penyewengan di peringkat Pemuda Bahagian ketika mencalonkan Muhammad Taib yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri sebagai Timbalan Presiden Umno. “Kita telah hantar bukti yang cukup untuk menunjukkan pencalonan itu tidak sah disebabkan cawangan yang buat persidangan tahunan secara betul tidak diiktiraf oleh Pemuda bahagian, sebaliknya yang membuat mesyuarat yang tidak mengikut peraturan diiktiraf oleh Pemuda bahagian,”katanya. Dalam pada itu, keputusan untuk meninggalkan Umno diambil setelah beliau sedar terdapat banyak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan. Menurutnya selama 27 tahun beliau berada dalam Umno dan 20 tahun memegang jawatan Ketua Bahagian, mendedahkan beliau kepada pelbagai keburukan yang berlaku dalam parti itu. “Tujuan saya masuk ke dalam Pas adalah untuk beri kesedaran kepada ahli-ahli Umno bahawa terdapat banyak tipu helah dari pihak Umno ini,”katanya. WAWANCARA PENUH BELIAU TERDAPAT DALAM SUARA KEADILAN BILANGAN 162 EDISI 31 DIS - 7 JAN 2009 YANG TELAH BERADA DI PASARAN. LIHAT Copy&Paste by: Panglima

Wednesday, December 24, 2008

Tips elak kene rompak di ATM

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no. Pin anda di mesin ATM secara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan ke dalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang digunakan disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Copy&Paste by: Panglima