Sunday, August 10, 2008

Kasih Sayang...meruntuhkan sifat keji manusia, Siapa yang dapat menetapkan had atau batasan kasih sayang? Ada org sayang pada harta,keluarga,binatang peliharaan ,namun pada orang lain mereka menambah had kasih sayangnya pada barang-barang sejarah ( lama ) dan ada juga yang menambah had kasih sayangnya pada tumbuh-tumbuhan. Begitulah kasih sayang, tiada batas namun begitu kasih sayang kita terhadap sesuatu tidak akan datang begitu senang, tanpa ada nilai-nilai eksotik yang hanya dapat dihayati serta dinikmati oleh mereka sahaja. Tidak ada nombor dapat diberikan bagi menentukan nilainya. Tetapi, untuk meletakkan rasa kasih sayang kepada sesuatu memerlukan suatu pengorbanan dari segi zahir dan batin, malahan perlu merendahkan diri kita agar sepadan dengan sesuatu yang kita kasih itu. Contohnya, seorang bapa menunjukkan kasih sayangnya dengan merendahkan dirinya atau duduk ataupun mendukung anaknya agar memudahkannya mencium kedua-dua pipi anak tersebut. Secara spontan si bapa akan merendahkan status dirinya kerana kasih sayang. Begitu juga sekiranya kasih sayang tersebut kepada harta, lihatlah bagaimana penjagaannya sebagai pemilik harta itu...dibelai..dibersihkan..dijaga... Kasih sayang yang kita kepada manusia akan menyebabkan manusia kasih terhadap kita.Kasih sayang terhadap dunia akan menyebabkan akhirat lari daripada kita namun kasih sayang kita terhadap akhirat akan menyebabkan dunia mencari kita. Kasih sayang pemerintah terhadap kita akan menyebabkan kita kasih kepada mereka, tetapi apakah itu berlaku ? Dimanakah kasih sayang pemerintah ketika rakyat memerlukan? Bagaimana kita dapat melahirkan rasa kasih sekiranya kita sebagai rakyat diabaikan,diberikan tekanan demi tekanan,diperbodoh-bodohkan? Sampai bila kita dapat bertahan? Ayuh...pejamkan mata seketika,bukalah minda,lihatlah sekeliling, bayangkan anak cucu kita yang hidupnya dikelilingi oleh onak ranjau serta beribu perkara-perkara negatif serta sifat keji yang menjadi makanan harian mereka. Mereka terpaksa melupakan nilai-nilai murni nenek moyang mereka semata-mata mahu hidup.Mereka tiada pilihan...kalau mereka tidak buat..org lain akan buat..demi sesuap nasi,matlamat menghalalkan cara.. Namun jangan kita ingat sudah terlepas...owh..aku sudah mati masa itu...aku peduli apa.. Disaat sebelah kaki kanan di pintu Syurga,ketika kita mahu menghayunkan sebelah kaki kiri..., ketika itulah cucu piut kita datang serta menyalahkan kita dan mendakwa kita sebagai punca kerana menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Nah!!!, ditarik oleh mereka kaki kita agar dapat bersama-sama dengan mereka di dalam Neraka. Aduh!!!, Bertapa ruginya kita dikala itu..... Semasa hayat kita masih ada,kudrat kita masih kuat,ingatan serta idea kita masih bernas...MARILAH LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGEMBALIKAN PERKARA YANG HAK DI BUMI BERTUAH INI DEMI AGAMA,NEGARA DAN BANGSA.