
Thursday, September 25, 2008
Mesyuarat Tergempar MT esok.

Labels:
Timbang senget
Cepat2lah karam UMNO...pening aku kerenah korang..
Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Shafie Apdal turut menyokong saranan ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Rais Yatim supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dibenar dipertandingkan.
"Saya menyokongnya kerana ia terdapat dalam perlembagaan dan ianya dinyatakan dengan jelas," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.
Shafie yang juga menteri perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan berkata, ia merupakan hak setiap ahli dalam perlembagaan untuk bertanding.
Semalam, Rais yang juga menteri luar berkata di Washington bahawa dua jawatan tertinggi itu harus dibenar dipertandingkan untuk mengukuhkan proses demokrasi dalam parti.
Rais dilaporkan berkata, Umno amat memerlukan proses demokrasi yang mantap dan "saya berada dalam kumpulan di mana (jawatan) presiden dan timbalan presiden sepatutnya dicabar," katanya.
Shafie yang juga ketua Umno Semporna, turut bersetuju ia diserahkan kepada akar umbi untuk menentukan sama ada kedua-dua jawatan tersebut harus dipertandingkan atau tidak.
Katanya, pemilihan dalam parti merupakan satu proses demokrasi yang sudah termaktub dalam perlembagaan Umno dan setiap tiga tahun pasti akan dilakukan.
Beliau juga yakin bahawa ia dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan mendapat sokongan sepenuhnya ahli bagi memperkukuhkan parti.
Shafie menegaskan bahawa suara akar umbi memainkan peranan utama untuk melaksanakan proses demokrasi sedia ada.
"Ini adalah satu langkah baik dan ahli Umno boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan hala tuju parti," katanya.
Perasap : Presiden ckp lain..anak buah ckp lain..camner keje nak menjadi...
Aku pun heran...kenapa Ketua itu masih disokong lagi???????????
Owh...mungkin ade ganjaran di hadapan.....?????
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Produk Tenusu Beracun..
Kita dikejutkan oleh berita produk tenusu dari China yang mengandungi Milamen
( bahan kimia yang diharamkan penggunaanya dalam makanan ). Bahan terlarang ini telah menyebabkan beribu2 orang sakit serta lebih 23 orang mati.
Sila perhatikan produk yang anda gunakan , adakah ianya selamat ataupun tidak.
For your information, the following items have been recalled due to China's milk scandal: 1. M&M 2. Snickers 3. Mento's Yoghurt Bottle 4. Dove Chocolate 5. Oreo Wafer Sticks 6. Dutchlady Sterilised Milk 7. Wall's all natural mango 8. Mini Poppers Ice Cream 9. Magnum Ice Cream 10. Moo Sandwich Ice Cream 11. Mini Cornetto 12. Youcan Ice Cream Stores have been asked by AVA Singapore to remove them.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Racun dari China
Subscribe to:
Posts (Atom)