Tuesday, September 9, 2008
Politik tengah bercelaru...rakyat tengah menderita..namun wakil anda enjoy...
KOTA BHARU, 8 Sept - Kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi - kerajaan baru 16 September mustahil, manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor pula menyebut tiada Ahli Parlimen yang lompat parti.
Persoalannya apakah kenyataan itu sekadar menutup resah yang sudah berlubuk di hati.
Kalau benar sekali pun telahan Perdana Menteri mengapa pula dalam masa yang sama anggota parlimen BN seperti diheret ke luar negara 7 hingga 19 September ini kononnya mengadakan lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan.
Mengikut laporan, seramai 49 ahli parlimen BN akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini. Seramai 41 orang sudah berlepas manakala lapan orang lagi dijangka berbuat demikian esok.
Seorang tokoh akademik Dr Abdullah Sudin meluahkan rasa hairan mengapa Kelab Penyokong BN (BN BBC) menggunakan kesempatan sekarang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara.
“Adalah lebih baik ahli parlimen BN mengambil peluang untuk mendekati rakyat ketika tiada persidangan parlimen sekarang.Apa lagi?
Perasap : Sekarang semua orang politik sudah gila, sangat ketara sekali sampaikan presiden UMNO cakap pun tak jalan.Jelaslah UMNO mahu keadaan huru hara ataupun PakLah tiada taring langsung...
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment