70 dalil Pak Lah
hilang kelayakan
memimpin negara
OLEH
AHLI UMNO KEDAH
OLEH
AHLI UMNO KEDAH
Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri
Malaysia, jelas kelihatan bahawa Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita
yang kelima tidak menunjukkan kebolehan atau
prestasi yang baik untuk memajukan negara kita dan
semua bangsa Malaysia. Juga dalam tiga tahun yang
kesudahan ini kita melihat Pak Lah bertukar wajah
daripada imej “Mr Clean” menjadi “Mr Very Dirty”.
Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak
Lah mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli
keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak
rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat
macam itu juga’.
Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam
keadaan sesak, ketegangan perkauman makin
meningkat, dasar luar negara kabur dan Malaysia
dipandang rendah oleh banyak negara.
ms
70 dalil Pak Lah
hilang kelayakan
memimpin negara
“70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin
negara” telah ditulis oleh seorang Ahli Umno dari
negeri Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir
Khalid berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan
menjaga periuk nasi beriani beliau, maklumbalas
daripada akar umbi di Kedah amat berputus asa dan
menyesali kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti
dan Perdana Menteri.
70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada
rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah
tetapi di seluruh negara. 70 Dalil ini akan disiarkan
dalam sepuluh bahagian. Ini adalah Bahagian 1.
Penulis amat berterima kasih kepada laman web
Malaysia Today yang sudi menyiarkan ‘70 Dalil’ ini
untuk fahaman umum.
1Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah
seorang individu yang tidak minat membaca.
Kerana itu pengetahuannya mengenai sebarang isu
sangat terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah
selalu terlena sewaktu mesyuarat dan majlis.
Mengikut blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah
terlena sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al
Quran bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.
ms
2Apabila pengetahuannya terhad maka
asas pertimbangannya tidak konsisten dan
mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara
penting dan kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri
yang selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan
tugas bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara
tetapi juga memaksa para Menteri cari jalan pintas
untuk mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka
wujudlah taktik ‘getting the PM’s signature on his way
out’ iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani
sesuatu dokumen bila beliau sedang berangkat keluar
dari mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani
dokumen tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya
beliau boleh menandatangani dokumen menyokong
syarikat keluarga sendiri mendapat kontrak ‘Oil For
Food’ tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh
mengaku tanpa sebarang segan silu bahawa ‘saya
pernah menandatangani banyak surat sokongan’.
3Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa
pun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihat
orang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan
kenalannya. Di sinilah timbul peranan anak, menantu
dan beberapa orang lain. Masalahnya mereka ini
semua tidak selalunya mementingkan kebaikan negara
Malaysia, orang Melayu atau parti Umno.
ms
4Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah
terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihat
yang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan
sudah bertukar menjadi urusan keluarga.
5Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada
kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentu
Pak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik
Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di
Kementerian Kewangan. Kecuali Penasihat Agama
yang telah mencetuskan idea Islam Hadhari yang
tidak bermakna itu, Pak Lah tidak melantik sebarang
Penasihat Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat
Kewangan atau Penasihat lain yang boleh memberi
nasihat secara rasmi kepada Perdana Menteri untuk
membantu beliau menimbang keputusan penting.
6Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi
‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmi
bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan
semua maklumat dan pendapat untuk memastikan
sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar
Kerajaan atau tidak - sebelum memberi nasihat secara
bertulis kepada Perdana Menteri.
7Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak,
menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan
ms
sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’
seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka
boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya.
Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana
mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana
Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan
sering tidak mengambilkira kepentingan negara.
Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira
kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya.
Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat
keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh
berubah-ubah.
8Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau
sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti
atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah
keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau
tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’
yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official
responsibility’.
9Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan
beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini
sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang
mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan
‘Poor ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat
sebarang keputusan.
ms
10‘Poor ability of judgement’ ini juga
menyebabkan beliau tidak dapat menentukan
haluan atau ‘specific direction’ dalam mentadbir
Kerajaan dan kurang wawasan untuk menentukan
dasar yang terbaik bagi negara.
Jentera Kerajaan hilang kawalan
11Pak Lak sendiri telah membuat kenyataan
bahawa jika ada perkara penting yang perlu
keputusan segera, mana-mana Kementerian boleh terus
mengambil keputusan sendiri tanpa perlu membawa
kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini bermakna
beliau sebagai Perdana Menteri tidak lagi mengawal
atau ada kawalan ke atas kementerian-kementerian.
Keputusan sesuatu kementerian itu boleh mengikut
budi bicara menterinya sahaja tanpa diketahui oleh
Jemaah Menteri ataupun Perdana Menteri.
12Ini bermakna ‘check and balance’ dalam sistem
pentadbiran Kementerian Kerajaan terhakis.
Apabila keputusan itu menimbulkan kontroversi dan
masalah kepada negara, beliau hanya dapat menjawab:
“Saya tidak sedar”, “Saya tidak tahu”, “Saya tidak
pasti” dan lain-lain lagi. Walaupun Perdana Menteri
- beliau tidak ada sistem kawalan ‘Hands on’ ke atas
jentera pentadbiran Kerajaan.
ms 10
13Para Menteri pula rasa amat senang sebab tidak
ada ketetapan arah atau halatuju yang tertentu
untuk mencapai sesuatu matlamat mengikut dasar
yang terpilih. Menteri berasa cukup bebas membuat
keputusan dan mereka menganggap Pak Lah memang
‘terbuka dan telus’ kerana mereka senang dengan
cara ‘non interference’ atau tidak masuk campur
oleh Perdana Menteri itu. Mereka seronok sebab
boleh buat apa saja keputusan tanpa merujuk kepada
Perdana Menteri.
14Jika mereka rujuk kepada Perdana Menteri
pun, Pak Lah tidak akan memberi keputusan
yang jelas. Pak Lah yang tidak suka membaca akan
hanya serahkan kepada budi bicara mereka sendiri.
15Akibatnya sudah ada Menteri yang berani
membuat keputusan sendiri tanpa mendapat
keputusan Jemaah Menteri terlebih dahulu. Keputusan
itu kemudian menimbulkan berbagai kontroversi serta
implikasi kepada negara.
Contohnya:
(i) Ada Kementerian yang mengambil keputusan
sendiri memberi AP yang banyak kepada dua orang
individu hingga menjejaskan pasaran Kereta Nasional.
ms 11
Dua individu ini telah menjadi kaya-raya hasil jualan
AP dan bukan hasil jualan kereta. Salah seorang
individu itu adalah saudara kepada menantu Pak
Lah. Tindakan ini bercanggah dengan dasar Kerajaan
mengenai AP. Apabila pengeluaran AP yang terlalu
banyak menjadi kontroversi, Pak Lah lepas tangan
dan minta Menteri sahaja menjawab.
(ii) ECM Libra menguruskan penjualan saham
kumpulan Hospital Pantai kepada syarikat Singapura.
Penjualan ini menimbulkan kontroversi kerana
penjualan itu seharusnya mendapat kelulusan Kerajaan
dahulu. Bagaimana penjualan ini boleh berlaku hingga
syarikat asing dapat menguasai Hospital Pantai? Ini
bermakna tanpa kawalan, Kementerian berkenaan
telah dengan sewenang-wenangnya meluluskan
penjualan tersebut tanpa merujuk kepada Perdana
Menteri atau menepati dasar Kerajaan. Apabila terjadi
kontroversi lagi barulah Pak Lah hendak siasat.
Dan apakah cara penyelesaianya?
Pak Lah selesaikan isu ini dengan mengarahkan
Khazanah Nasional Berhad menggunakan wang
rakyat sekali lagi untuk membeli balik saham
Hospital Pantai daripada syarikat Singapura itu.
Sekali dengar, tindakan Pak Lah itu memanglah baik
ms 12
tetapi keputusan itu sebenarnya terpaksa dibayar
dengan wang rakyat yang berlebihan. Sehingga hari
ini Pak Lah tidak mahu umumkan berapa banyakkah
wang rakyat yang digunakan untuk membeli balik
saham Hospital Pantai daripada syarikat Singapura.
Anggarannya adalah disekitar RM100 juta.
Rakyat rugi dua kali apabila banyak wang rakyat
terpaksa digunakan untuk menebus kembali
kesilapan awal. Kita terpaksa membayar dengan
harga yang tinggi dari wang rakyat untuk menutup
kesilapan sistem pentadbiran Pak Lah yang begitu
lemah. Kerugian wang rakyat seperti ini boleh dielak
dengan mudah jika terlebih awal lagi diteliti sebelum
kesilapan boleh berlaku.
GLC pun tidak terkawal dan rugi besar
16Setelah mengikut nasihat orang tertentu,
Pak Lah buat keputusan gugurkan wakilwakil
Agensi Kerajaan seperti wakil Kementerian,
wakil EPU dan wakil Perbendaharaan daripada Ahli
Lembaga Pengarah syarikat milik Kerajaan atau
GLC. Tempat mereka telah digantikan dengan orang
dari sektor korporat. Apakah tujuannya?
ms 13
17Akibatnya Lembaga Pengarah GLC bebas
membuat keputusan tanpa input daripada Ahli
Lembaga Pengarah yang mewakili Agensi Kerajaan.
Juga sebarang keputusan GLC itu tidak perlu
dimaklumkan kepada Kerajaan melainkan kepada
Menteri Kewangan 2 sahaja. Pak Lah hilang kawalan
ke atas GLC dan juga Kerajaan tidak tahu-menahu
keputusan yang dibuat oleh GLC. GLC sekarang
sudah jadi taman mainan peribadi Menteri Kewangan
2 sahaja. Menteri Kewangan Pertama pula (iaitu Pak
Lah) tidak mahu ambil tahu.
Buktinya: Setiausaha Parlimen Kementerian
Kewangan telah memaklumkan di Dewan Rakyat
pada 3hb Julai 2006 yang mengesahkan bahawa
pihak GLC beroperasi tanpa kawalan pihak tertinggi
Kerajaan. Jika ada cadangan dari pihak Kerajaan,
Lembaga Pengarah GLC berkuasa menentukan sama
ada untuk menerima atau menolaknya.
18Apakah muslihat menggugurkan wakil Agensi
Kerajaan tersebut? Apakah keputusan ini
boleh membaiki lagi pengurusan GLC ataupun ianya
boleh memudahkan kerja manipulasi pengurusan
GLC? Sebabnya ialah ’nawaitu’ penasihat “tidak
rasmi” yang sangat berpengaruh mempunyai agenda
tersendiri. Kita perlu fikir masak-masak. Wang yang
ms 14
digunakan oleh GLC adalah wang Kerajaan dan wang
rakyat. Tetapi cara mana GLC belanjakan wang itu,
pihak Kerajaan tidak ada kuasa untuk mengawal atau
meneliti terlebih dahulu. Justeru itu, semua risiko
ditanggung oleh Kerajaan dan rakyat. Jika GLC rugi,
penasihat “tidak rasmi” dan pengurus yang bergaji
lumayan akan terlepas dari sebarang tanggungjawab.
Kerajaan dan rakyat pula yang akan tanggung risiko
dan kerugian.
TNB rugi RM200 juta – Kementerian diam saja
Contoh (i) Mengikut laporan Bernama (24/10/06)
apabila TNB mengalami kerugian RM200 juta di
Kalimantan, Indonesia baru-baru ini, Ketua Pegawai
Eksekutifnya Dato Che Khalib Che Noh berkata
bahawa kerugian RM200 juta itu tidak menjadi
masalah kerana pendapatan TNB melebihi RM20
bilion setahun. Kerugian itu sebenarnya akibat
daripada kecuaian TNB menjalin kontrak. Tetapi bagi
TNB kehilangan RM200 juta wang rakyat seolaholah
‘small change’ atau duit pecah yang tidak perlu
dikhuatirkan! Rakyat kerugian wang tetapi pengurusan
TNB terlepas dari sebarang pertanggungjawaban.
Menteri Kewangan 2 dan Menteri Tenaga langsung
tidak membuat teguran atau memberi katadua untuk
meyakinkan rakyat bahawa kecuaian seperti ini tidak
ms 15
akan berulang lagi. Mereka hanya buat tidak tahu.
Contoh (ii) Khazanah Nasional Bhd membuat
keputusan membeli Lippo Bank di Indonesia, membeli
Appolo Hospital di India dan membeli sebuah
Syarikat Talipon Selular di Singapura. Siapakah yang
membuat kajian sebelum membelinya? Pelaburan ini
tidak ada input dari EPU atau dari Perbendaharaan.
Kalau Kerajaan sudah kehabisan wang, apakah
sebabnya Khazanah Nasional melabur begitu banyak
wang rakyat di luar negara? Dan Kerajaan tidak
dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan
itu dibuat. Tanpa wakil Agensi Kerajaan dalam
Lembaga Pengarah GLC, Agensi Kerajaan berkenaan
tidak dapat membuat kajian dan melaporkan kepada
Kerajaan untuk membuat keputusan. Tanpa wakil
agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah, GLC
bebas membuat keputusan. Andainya berlaku
kerugian besar dalam pelaburan itu, apakah Kerajaan
dengan mudah boleh lepas tangan? Siapakah yang
mengawal pengurusan kewangan Khazanah Nasional
Bhd? Berapa jumlah wang yang telah dibawa ke luar
negara untuk tujuan melabur ini? Berapakah jumlah
keuntungan atau kerugian daripada aktiviti pelaburan
di luar negara itu? Tanpa kawalan teliti apapun boleh
berlaku.
ms 16
Warga Singapura pegang berpuluh bilion wang Rakyat
Contoh (iii) Khazanah Nasional Bhd telah melantik
seorang warganegara Singapura sebagai “Director
of Investment” (Pengarah Pelaburan) dalam
Khazanah Nasional. Kenapa pula warga Singapura?
Bagaimanakah kita hendak ‘check and balance’ ke
atas seorang Pengurus yang diberi tanggungjawab
besar menjaga berpuluh bilion Ringgit wang rakyat
jika Pengurus itu bukan warganegara Malaysia pun?
Tidak adakah rakyat Malaysia untuk memegang
jawatan yang sangat penting itu di Khazanah?
Agaknya itulah sebabnya Khazanah Nasional
membuat keputusan jual saham Telekom Malaysia
dan jual saham Proton kepada Temasek Holding
Singapura melalui ECM Libra sebagai orang tengah.
Adakah penjualan saham tersebut telah dimaklumkan
kepada Kerajaan terlebih dahulu? Berapa banyakkah
keuntungan komisen yang telah diraih oleh ‘orang
tengah’ ECM Libra di mana menantu Perdana Menteri
adalah pemegang sahamnya?
19Sebelum tahun 2004, Proton telah untung dan
dapat kumpulkan kelebihan tunai berjumlah
RM 4 bilion. Belanja membina Proton City di Tanjung
Malim sebanyak RM 1.8 bilion boleh dibuat tanpa
ms 17
pinjaman dan bantuan dari Kerajaan. Tetapi tanpa wakil
agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarahnya, Proton
mengambil keputusan tamatkan perkhidmatan CEOnya
yang telah berjaya membawa keuntungan besar kepada
Proton. Sekarang Proton sudah mengalami kerugian
RM50 juta. Kemudian, Proton membuat keputusan
menjual saham kepada Temasek Holdings Singapura.
Keputusan itu dibuat sesudah CEO itu ditamatkan
perkhidmatannya.
20Pak Lah pernah bercakap dalam Perhimpunan
Agong Umno 2005 mengenai cita-citanya
hendak membangunkan ‘Melayu Perkasa’ atau ‘The
Towering Malays’. Tetapi kita lihat sahaja ciri ‘Melayu
Perkasa’ yang jelas ada pada bekas CEO Proton itu
dibunuh dan dimusnahkan oleh Pak Lah sendiri. Dalam
berita terkini sebuah syarikat kereta China, Nanjing
Automotive akan menggunakan sehingga 100,000
enjin kereta jenis 1,800cc, 2,000cc dan 2,200cc dengan
menggunakan enjin hasil usahasama Petronas F1
dan Sauber. Projek enjin Petronas Sauber ini adalah
hasil kerja Jurutera Perkasa Melayu juga - yang telah
dimulakan menerusi penglibatan Proton.
Tetapi sekarang seorang warganegara Singapura pula
dilantik menjadi ‘Director of Investments’ Khazanah
Nasional Bhd. Apa terjadi dengan “Melayu Perkasa”?
ms 18
MV Agusta, Petronas Sauber, Lotus dan Teknoloji
Pembuatan Kereta
21Petronas F1 membeli syarikat Sauber,
Proton membeli Lotus dan MV Agusta untuk
mendapatkan teknologi enjin kereta dan motosikal yang
terbukti. Pelaburan Proton dalam Lotus dan pelaburan
Petronas dalam Sauber telah menguntungkan negara.
Lotus masih boleh bertahan di pasaran dunia dan
juga memberi peluang jurutera Malaysia menerokai
teknoloji kereta Eropah yang terkini. Petronas Sauber
telah menghasilkan enjin kereta baru yang sekarang
akan digunakan oleh syarikat Nanjing Automotive
dari China pula. Tetapi dalam kes ‘lembu punya susu
sapi dapat nama’ Pak Lah seronok bergambar dengan
wakil syarikat kereta China itu yang akan membeli
100,000 enjin daripada Petronas Sauber. Begitu
juga Proton meneroka teknologi MV Agusta untuk
meningkatkan lagi mutu pengeluaran enjin.
Ini adalah pelaburan strategik yang memerlukan
komitmen dan keberanian serta berpandangan jauh.
Perancangan wawasan ini tidak dapat difahami oleh
Pak Lah dan seterusnya oleh pengurusan baru Proton.
Pak Lah tidak tahu apa pun mengenai pelaburan
strategik. Kalau tidak ada peluang untuk mencuri
idea orang lain, beliau sanggup bergambar mencabut
ms 19
sayur kangkung. Maka keputusan dibuat untuk jual
MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.
Apakah ada muslihat di sebalik penjualan MV Agusta
dengan harga yang begitu murah? Apakah ECM Libra
sekali lagi mempunyai peranan dalam penjualan MV
Agusta sebagai orang tengah yang makan komisen
– tanpa ambil peduli harga jualannya?
Sebabnya ialah penjualan MV Agusta tidak dibuat
secara tender untuk mendapat harga yang mencerminkan
nilai sebenar. Tetapi orang tengah tertentu daripada
kalangan ‘penasihat tidak rasmi’meraih keuntungan
kerana menjadi agen komisen untuk menjual saham
MV Agusta. Harta negara dijual untuk menguntungkan
sahabat dan keluarga.
AP di luar kawalan Pak Lah, penjual kereta
bungkus
22Kementerian Perdagangan Antarabangsa
(MITI) masih mengeluarkan AP tanpa kawalan
kepada dua individu tertentu – sehingga pasaran
kereta tempatan terjejas. Kemudian pengimpot kereta
pula boleh ‘Under declaration’ duti Kastam. Pak Lah
pernah berkata perkara tersebut hendak dikaji semula
oleh National Autimotive Policy atau NAP. Tetapi
ms 20
NAP Pak Lah itu memberi implikasi buruk kepada
semua pengedar kereta, semuanya bungkus. Persatuan
Pengedar-pengedar Kereta telah kemukakan satu
memorandum kepada Pak Lah. Beliau berjanji akan
membaca memorandum tetapi sebaliknya beliau
tertidur.
23Kemudian Pak Lah tandatangani Free Trade
Agreement (FTA) dengan Jepun. Pasaran
Kereta Nasional akan terjejas lagi sebab Jepun boleh
eksport kereta ke Malaysia tanpa cukai. Malaysia
pula boleh eksport kangkung ke Jepun tanpa cukai.
Tetapi berapa banyakkah kangkung yang kita boleh
eksport ke Jepun untuk mengimbangkan nilai import
sebiji kereta Toyota?
24Persaingan daripada Jepun dan lambakan
kereta asing mengancam masa depan Proton.
Pak Lah berjanji akan terus melindungi Proton. Itulah
sahaja seruan yang mampu dibuat. Mulai tahun 2006
Proton telah mula rugi RM 50 juta.
Gaya pentadbiran YOYO atau FLIP FLOP
25Dalam membuat keputusan pula Pak Lah
mengamalkan gaya YOYO dan Flip Flop.
ms 21
Contohnya:
(i) Presiden MCA kemukakan memorandum minta
peruntukan membina SRJKC baru di bawah RMK9.
Khairy Jamaludin, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia
terus berkata permohonan itu tidak harus dilayan. Pak
Lah terus bersetuju dengan Naib Ketua Pemuda Umno
itu. Kemudian Presiden MCA menjelaskan tuntutan
itu selaras dengan Dasar Pendidikan Negara di mana
pendidikan Sekolah Rendah China dan Tamil masih
kekal. Dengan penjelasan Presiden MCA itu, Pak Lah
pun berkata ‘OK boleh. No problem. Permohonan
lulus’. Inilah sistem pentadbiran Flip Flop atau
YOYO. Sebenarnya Pak Lah sendiri salah faham apa
ertinya SRJKC itu.
(ii) Apabila Wakil DAP menayangkan klip video
di ruang legar Parlimen mengenai seorang wanita
dalam lokap Polis disuruh buat ketuk ketampi, isu
ini menjadi heboh apabila pihak media melaporkan
kononnya wanita itu adalah warganegara China.
Tanpa usul periksa Pak Lah terus arah seorang
Menteri pergi ke China untuk minta maaf. Pak Lah
juga terus mencadangkan ditubuhkan satu jawatan
kuasa penyiasat untuk memantau salahlaku anggota
Polis. Selepas siasatan dibuat, terbukti bahawa wanita
itu sebenarnya adalah Melayu dan bukan warganegara
ms 22
China. Walau bagaimanapun Menteri berkenaan
sudah pergi ke China atas arahan Pak Lah. Kemudian
suruhanjaya yang ditubuhkan untuk siasat Polis pula
dibantah oleh semua peringkat pegawai PDRM. Inilah
sistem pentadbiran cara YOYO.
(iii) Rang Undang Undang Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan (Bill 2005) dipersetujui oleh Jemaah
Menteri yang dipengerusikan oleh Pak Lah supaya
dibentangkan dalam Parlimen. Banyak pihak
membuat bantahan terutama sekali kaum wanita
termasuk Wakil Rakyat Wanita Penyokong Kerajaan
mengenai diskriminasi ke atas kaum wanita jika Rang
Undang Undang itu diluluskan. Pak Lah memberi
arahan kepada semua wakil BN mesti sokong supaya
diluluskan. Setelah undang-undang itu diluluskan
Parlimen dan ditandatangani Yang DiPertuan Agong,
Pak Lah mengarahkan supaya Undang-undang
Keluarga Islam yang telah diluluskan itu tidak
dilaksanakan dengan alasan hendak dikaji semula.
Kalau tidak mahu dilaksanakan kenapa Pak Lah
lanyak saja, memberi arahan semua wakil BN mesti
sokong Rang Undang-undang itu?
(iv Pak Lah tidak sedar Perdana Menteri tidak ada
kuasa untuk melarang mana-mana undang undang
yang telah diluluskan oleh Parlimen supaya tidak
ms 23
dilaksanakan. Ini adalah kerana kedudukan Parlimen
adalah lebih tinggi dari Jemaah Menteri dan juga
Perdana Menteri. Tetapi Pak Lah tak tahu.
Ya boleh, tak boleh, memang boleh, kita akan buat,
kita tak boleh buat....
(v) Sebelum Pak Lah buat keputusan pada 12 April
2006 membatalkan Projek Jambatan di Tebrau bagi
menggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula
itu, Pak Lah terlebih dahulu membuat kenyataan
pada 10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial
Tun Hussein Onn, di Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur
seperti berikut:
“Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita
hendak jambatan baru sama ada bengkok, lurus atau
herot”.
Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti
berikut:
“Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan
Tambak Johor tidak akan menimbulkan sebarang
masalah walaupun Singapura mendakwa ia boleh
mendatangkan implikasi yang serius. Sebaliknya
pembinaan jambatan separuh itu akan menjadikan
ms 24
perhubungan Malaysia-Singapura lebih baik.”
Demikian kata YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi selepas kempen Buku Hijau Peringkat
Kebangsaan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat,
Selangor ketika mengulas kenyataan yang dibuat
oleh Menteri Luar Singapura George Yeo di Parlimen
Singapura pada 2 Mac 2006.
Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas.
Rakyat juga tidak pernah membantah terhadap projek
Jambatan Johor yang sudahpun mula dilaksanakan
itu. Malah rakyat cukup sedar bahawa pembinaan
Jambatan itu akan membawa faedah yang besar
kepada negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.
Tetapi 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3
Mac 2006 itu, Pak Lah telah buat kenyataan yang
memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006
seperti berikut:
“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak
meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan
Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah
mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia
keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan
pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat
ms 25
keputusan untuk memberhentikan semua rundingan
bersabit jambatan tersebut.”
Putrajaya 12 April 2006
Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu lagi
kenyataan iaitu:
“Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi
menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan
komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak
dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek
yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi
projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan,
ia keputusan politik. Kita tidak boleh mengenepikan
perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat untuk
rakyat.”
Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan
bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan
pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya
22 hari sebelum itu.
Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu
kemudian mengundang berbagai kontroversi terutama
sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan
hingga sekarang ini.
ms 26
Kata Pak Lah, pembatalan jambatan itu adalah untuk
mengelak implikasi dan komplikasi undang-undang
yang boleh timbul. Tetapi sebaliknya pembatalan
jambatan itu kini menimbulkan implikasi kewangan
dan komplikasi yang lain pula.
Pak Lah kata pembatalan projek itu boleh menjimatkan
kos. Ini tidak benar. Kita perlu ambilkira fakta
berikut:
(a) Bayaran ganti rugi kepada Syarikat Gerbang
Perdana.
(b) Tuntutan Kerajaan Negeri Johor ke atas kawasan
tanah yang telah diberi percuma dengan cara pertukaran
atau ‘swap’ dengan kawasan Tambak Johor, tetapi
apabila projek itu dibatalkan Kerajaan Negeri Johor
menuntut balik kawasan tanah atau ganti rugi bagi
projek yang tidak jadi itu.
(c) Oleh kerana jambatan sudah batal, maka perlu pula
membina jejambat baru untuk menghubungi pusat CIQ
yang telah siap dibina dengan Tambak Jahor (jejambat
ini tidak perlu jika projek jambatan tidak dibatalkan).
Ini memakan kos yang lebih tinggi.
Tiga perkara ini akan melibatkan kos yang berlipat
ganda lebih tinggi dari kos membina jambatan yang
terbatal.
ms 27
26Jejambat baru untuk menghubungi Pusat CIQ
dengan Tambak Johor perlu dibina merentasi
kawasan pembangunan yang padat. Oleh yang
demikian, jejambat baru itu melibatkan bayaran ganti
rugi yang sangat tinggi kepada penduduk dan tuan
tanah. Laluan jejambat baru itu pula terpaksa dibina
tinggi dan sangat curam sehingga tidak dapat diguna
oleh kenderaan berat seperti lori. Maka beberapa
perubahan struktur perlu, untuk merendahkan
ketinggian jejambat termasuk pengambilalihan
kawasan pembangunan padat di bawah laluan
jejambat secara paksa melalui proses ‘Land
Acquisition’ dan menempatkan semula mereka yang
menduduki kawasan yang terlibat. Kemudian semua
jenis bangunan di kawasan itu perlu dirobohkan.
Ini melibatkan kos yang lebih tinggi dari kos projek
Jambatan Gerbang Perdana yang dibatalkan itu.
Sultan Johor membongkar putar-belit Pak Lah
27Inilah kerugian yang terjadi ekoran dari
pembatalan Projek Jambatan itu termasuk
komplikasi cara mana hendak membina jejambat
baru bagi menghubungi pusat CIQ dengan Tambak
Johor. Pak Lah berpura-pura tidak sedar akan semua
kerugian ini. Pada hari Sabtu, 4hb November 2006,
sewaktu merasmikan South Johor Economic Corridor
ms 28
(SJEC), DYMM Sultan Johor telah mengejutkan
Pak Lah (orang lain tidak terkejut sedikit pun)
apabila Baginda bertitah bahawa Tambak Johor
harus dirobohkan untuk membuka semula Selat
Tebrau untuk “membiarkan airnya berlalu”. Baginda
bertitah bahawa pembinaan Tambak Johor hampir
seratus tahun dahulu oleh “Mat Salleh” adalah untuk
menguntungkan Pelabuhan Keppel di Singapura dan
merugikan Johor. Demikianlah titah Sultan Johor
sendiri. Tetapi Pak Lah pula berkata semua orang
Johor tidak mahu jambatan baru dibina!
28Implikasi ini tidak termasuk kesan positif
jangka panjang ke atas prospek Pelabuhan
Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas serta prospek
keadaan persekitaran Bandaraya Johor Bharu dan
lain-lain, jika Tambak Johor dapat diroboh dan laluan
Selat Tebrau dibuka semula.
29Flip flop Pak Lah juga telah merugikan
Malaysia sebab isu lain dengan Singapura
yang belum lagi selesai dihentikan dan tidak akan
dirundingkan lagi.
30Sebaik sahaja Pak Lah batalkan projek Jambatan
Gerbang Perdana Johor itu, pihak YTL terus
kemukakan cadangan membina sistem keretapi laju
ms 29
dari Kuala Lumpur ke Singapura yang akan melalui
Tambak Johor. Keretapi laju hingga ke Singapura
akan menguntungkan Lapangan Terbang Singapura
berbanding KLIA di Sepang. Para penumpang dari
Malaysia boleh menggunakan kemudahan keretapi
laju ke Singapura untuk penerbangan ke mana-mana
destinasi disebabkan buat masa ini penerbangan ke
destinasi dunia lebih banyak terdapat di Singapura
berbanding KLIA. Projek keretapi laju cadangan YTL
itu akan mengancam prospek KLIA di Sepang.
EPU: Tiang Seri Jabatan Perdana
Menteri diabaikan
31Sebelum Pak Lah jadi PM, kajian bagi
setiap cadangan projek penswastaan akan
dibuat oleh EPU (Economic Planning Unit atau Unit
Perancang Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai Tiang Seri Jabatan Perdana Menteri, EPU
adalah Agensi Perancangan yang unggul yang
mempunyai ramai pakar berwibawa termasuk dalam
bidang ekonomi, kewangan dan sebagainya yang
telah terbukti kebolehan mereka. Rekod prestasi EPU
dalam merancang dan melaksanakan projek gergasi
dengan sungguh berjaya tiada tandingnya. Projek
lebuhraya, pembinaan sistem LRT, pembangunan
pelabuhan, stesen janakuasa letrik swasta atau IPP, loji
ms 30
pembersihan air, keretapi laju ERL ke KLIA, kawasan
wilayah persekutuan (Federal Territories), kawasan
Bebas Cukai atau Duty Free Zones, perancangan
lapanganterbang, KLIA, MSC, Cyberjaya, Putrajaya,
KHTP semuanya pernah ditangani oleh pakar-pakar
EPU.
Apakah sebabnya EPU di mana terdapat ramai pakar
termasuk pakar ‘Melayu Perkasa’ yang telah terbukti
berjaya dalam merancang pembangunan negara telah
diketepikan oleh Pak Lah?
Setelah Pak Lah jadi PM peranan EPU hampir padam.
Pakar EPU sekarang tidak ada kerja dan EPU tidak
diberi tugas yang bermakna. Habis siapakah pengganti
EPU?
Jawapannya terletak di ‘Tingkat 4 Pejabat Perdana
Menteri’. Inilah ‘the Fourth Floor’ yang sering disebut
oleh Tun Dr Mahathir sebagai sangat berpengaruh di
Pejabat Perdana Menteri. Perancangan dan keputusan
projek sekarang terletak di ‘Tingkat empat.’ Tingkat
empat pula mempunyai pertalian rapat dengan
syarikat perunding tertentu seperti Ethos Consulting
(yang mempunyai hubungan rapat dengan Khairy
Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno), Binafikir
(syarikat kepunyaan Azman Mokhtar yang juga
ms 31
menjadi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd)
mempunyai peranan luar biasa dalam merancang
nasib 25 juta penduduk Malaysia. Kedua-dua syarikat
perunding ini mendapat kontrak lumayan untuk
menyiapkan kajian projek tertentu. Oleh kerana
mereka mempunyai ‘inside information’ maka fahamfaham
sajalah.
Sebagai contoh, seluruh konsep dan dasar National
Automotive Policy atau NAP yang sekarang ini sedang
huru-harakan industri kereta Malaysia, bukan hasil
kajian Kementerian Pengangkutan, Jemaah Kabinet
atau sebarang Kementerian yang lain. Sebaliknya,
keseluruhan National Automotive Policy atau
NAP telah dirangka oleh Ethos Consulting. Tetapi
Ethos pula subkan tugas ini kepada sebuah syarikat
perunding British! (Kisah Ali Baba lagi).
Siapakah Ethos Consulting? Ethos Consulting adalah
perunding yang ditubuhkan oleh seorang pemuda
China yang menjadi kawan karib Khairy Jamaluddin
sewaktu belajar di Britain dulu. Nama ‘Ethos’ pun
sebenarnya diambil sempena ‘Ethos Magazine’
yang menjadi majalah Persatuan Pelajar Malaysia di
UK dan Ireland di mana Khairy Jamaluddin pernah
menjadi Editornya.
Jadi EPU terkubur. Jika Khairy Jamaluddin boleh
ms 32
dianggap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
sebenarnya, Ethos pula adalah timbalannya. Ethos
jauh lebih berpengaruh daripada EPU. Pak Lah pula
boleh ‘slamba saja’.
Satu lagi contoh ialah cadangan keretapi laju YTL
yang diputuskan oleh Pak Lah supaya dikaji oleh
Khazanah Nasional Bhd. Apakah rasionalnya
menyuruh Khazanah Nasional membuat kajian
mengenai keretapi laju? Apakah Khazanah lebih
berkemampuan daripada EPU yang pernah terlibat
dalam perancangan keretapi laju ERL, sistem keretapi
LRT, perancangan sistem LRT Putrajaya dan banyak
lagi. Sudah tentu Khazanah pun akan subkan kajian
ini kepada perunding tertentu. Sudah tentu segala
maklumat penting dan rahsia ‘inside information’
akan dilombong habis oleh perunding tersebut.
32Begitu juga dengan projek Pembangunan
Ekonomi Wilayah, Pak Lah telah umumkan
semua jenis projek Pembangunan Ekonomi Wilayah
Utara, Timur, Johor Selatan SJER, Sabah dan
Sarawak akan dikaji oleh Khazanah dan bukan oleh
EPU. Kenapa perubahan seperti ini? Apa muslihatnya
mengenepikan EPU? Apakah di bawah pentadbiran
Pak Lah peranan EPU sudah tidak ada lagi?
ms 33
‘Rogues Gallery’ (Galeri Bangsat) Pak Lah
33Pentadbiran Pak Lah juga memberi tempat
kepada orang yang mempunyai ‘track record’
yang tidak baik ataupun yang pernah menyalahi
undang undang. Mereka ini menjadi ahli ‘Rogues
Gallery’ Pak Lah. Contohnya ialah perlindungan
yang diberi kepada Datuk Zakaria Deros di Klang,
ADUN daripada Jasin di Melaka, yang terlibat dalam
kes import kayu balak secara ‘tutup sebelah mata’
dan ramai lagi. Begitu juga beberapa Menteri yang
telah terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan,
juga diberi tempat oleh Pak Lah. Lebih mudah bagi
Pak Lah mengawal orang seperti ini kerana mereka
sangat terhutang budi kepadanya. Bank Negara
Malaysia pernah mengalami kerugian dalam urusan
pasaran pertukaran wang asing berjumlah RM 17
bilion. Nor Mohd Yakcop yang bertanggungjawab
atas kerugian tersebut kini telah dilantik menjadi
Menteri Kewangan Kedua oleh Pak Lah. Menteri
ini juga sekarang mempunyai kuasa mutlak ke atas
semua GLC dan semua projek penswastaan. Kerugian
RM200 juta yang dialami oleh TNB di Indonesia,
kerugian Proton, kerugian MAS dan banyak kerugian
lagi adalah sewaktu Nor Mohd Yakcop menjadi
Menteri Kewangan 2. Nor Mohd Yakcop diberi
ms 34
jawatan Menteri Kewangan 2 kerana beliau mudah di
‘control’ seperti juga Norwawi Effendi, Rafidah Aziz
dan beberapa Menteri lain yang mempunyai ‘sejarah
hitam’. Setiausaha Politiknya adalah Datuk Mohd
Norza Zakaria – sahabat karib Khairy Jamaluddin.
Segala minit mesyuarat dan dokumen yang bakal
dibaca oleh Nor Mohd Yakcop dibaca oleh Norza
Zakaria dulu dan dilaporkan kepada Khairy. Pak Lah
tidak perlu risau apa-apa. Kewangan negara berada
dalam tangan ahli keluarganya juga.
Kemasukan pengaruh Penasihat pro Singapura
34The Straits Times Press atau STP, satu ketika
dahulu telah dikuasai oleh Singapura. Dengan
usaha Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia telah
dapat kuasai semula STP dan kemudian ditukar
kepada The New Straits Times Press atau NSTP.
Dengan perubahan kuasa itu NSTP telah berjaya
melantik ramai warga Malaysia terutama sekali orang
Melayu memegang jawatan penting.
Tetapi Pak Lah telah mengubah kedudukan di NSTP.
Pak Lah lantik Kalimullah Hassan yang pernah
bertugas dengan Singapore Straits Times menggantikan
tempat Dato’ Abdullah Ahmad untuk menerajui NSTP.
Sejak itu, ramai rakyat Malaysia yang bertugas dengan
ms 35
NSTP diganti dengan orang lain. Sekarang ini NSTP
masih dikuasai oleh orang pro Singapura – terutama
sekali adalah Kalimullah sendiri. Dan Kalimullah
menjadi penasihat terdekat yang sangat dipercayai
oleh Pak Lah. Selepas Kalimullah dilantik menerajui
NSTP, berita terkini yang berlaku di Kuala Lumpur
sering dibocorkan kepada media Singapura terutama
sekali kepada Straits Times Singapore. Satu contoh
ialah pengumuman perlantikan Dato Najib Tun Razak
sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Akhbar perdana Singapura telah menyiarkan berita itu
sebelum sebarang pengumuman rasmi oleh Jabatan
Perdana Menteri. Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Anehnya, akhbar NSTP sekarang mengalami
kemerosotan yang begitu teruk dalam bilangan
pembacanya berbanding dengan akhbar lain seperti The
Star. Malahan akhbar ‘nyamuk’ seperti The Sun yang
diberi percuma kepada orangpun sudah mula bersaing
hebat dengan NSTP. Kalimullah dan rakan gagal
meningkatkan prestasi akhbar NSTP.
Penasihat terdekat Pak Lah: Gabungan pro Singapura
dan menantu
ms 36
35Setelah menerajui NSTP Kalimullah diberi
peluang menerajui ECM Libra. Kalimullah
dan beberapa rakan Ahli Lembaga Pengarah ECM
Libra bersetuju memberi pinjaman mudah sebanyak
RM 9 juta kepada Khairy Jamaluddin, menantu
Pak Lah untuk membeli saham ECM Libra bagi
membolehkan Khairy dilantik menjadi Ahli Lembaga
Pengarah ECM Libra. Tujuannya supaya ECM Libra
mendapat berbagai kemudahan serta faedah dari
Kerajaan melalui pengaruh Khairy. Dalam masa yang
sama Kalimullah dan Khairy menjadi penasihat yang
sangat berpengaruh kepada Pak Lah.
Kemudahan pinjaman yang diberikan kepada Khairy
itu merupakan satu bentuk rasuah kerana mereka
mendapat banyak faedah jika Khairy dilantik sebagai
Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra.
36Banyak business deal dengan Kerajaan
terutama sekali Khazanah Nasional Bhd
semuanya dibuat melalui ECM Libra. Urusan jual
saham Agensi Kerajaan seperti EPF juga banyak
disalurkan menerusi ECM Libra yang menghasilkan
berjuta ringgit komisen bagi syarikat kepunyaan
Kalimullah dan menantu Pak Lah itu.
ms 37
37Permohonan ECM Libra untuk bergabung
dengan syarikat milik Kerajaan iaitu Avenue
Capital diluluskan dengan begitu mudah oleh Menteri
Kewangan 2 dan Pak Lah. Apa yang berlaku ialah Pak
Lak telah meluluskan permohonan kepada sebuah
syarikat di mana menantunya menjadi pemegang
saham dan Ahli Lembaga Pengarah.
38Untuk mengelirukan rakyat yang
mempersoalkan isu gabungan ECM Libra dan
Avenue Capital itu, Khairy telah membuat kenyataan
bahawa gabungan itu telah dibuat mengikut peraturan.
Itu memang benar, sebabnya mana-mana permohonan
yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan terbukti
telah mengikut peraturan. Tetapi yang berkuasa
meluluskan permohonan itu ialah Menteri Kewangan.
Yang menjadi Lembaga Pengarah syarikat yang
memohon itu pula ialah menantu Menterinya sendiri.
39Dalam wawancara dengan TV3 pada 7 Ogos
2006 jam 8.30 malam, Pak Lah berkata, beliau
tidak pernah beri sebarang kontrak kepada Khairy. Itu
memanglah betul. Beliau memang tidak pernah bagi
kontrak tetapi beliau bagi lain dari kontrak dan apa
yang beliau bagi itu lebih besar dari kontrak. Kalau
dapat kontrak sekejap sahaja, kerjapun siap. Tetapi
kelulusan bergabung dengan Avenue Capital yang
ms 38
diberikan ini boleh beroperasi sampai bila-bila.
40Bila gabungan ECM Libra/Avenue Capital
dipersoalkan oleh orang – tiba-tiba Khairy
umumkan beliau telah jual sahamnya dalam Avenue
Capital hingga rugi RM 200 ribu. Kalau semuanya
dibuat mengikut peraturan, kenapa terpaksa jual
saham dan terpaksa menanggung rugi? Sebenarnya,
beliau perlu jelaskan, saham yang dijual itu saham
miliknya sendiri atau miliknya menerusi ECM Libra?
Khairy memegang saham ECM Libra, kemudian
ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital dan
menguasai saham majoriti. Kalau beliau jual saham
kepunyaan peribadinya dalam Avenue Capital tetapi
pegangan sahamnya menerusi ECM Libra masih
kekal, ini bermakna kepentingannya dalam Avenue
Capital melalui ECM Libra masih kekal. Justeru
itu, pengumuman kononnya penjualan sahamnya
dalam Avenue Capital hanyalah satu helah untuk
mengelirukan orang. Kepentingan beliau dalam
Avenue Capital masih kekal.
Urusan negara jadi ‘family business’
41Dalam wawancara TV3 itu juga Pak Lah kata
Syarikat Scomi tidak pernah dapat apa-apa
kontrak dari Kerajaan. Jelas bahawa Perdana Menteri
ms 39
Malaysia sanggup mengabui mata rakyat untuk
menjaga kepentingan anak dan ahli keluarga sendiri.
Pengakuan Pak Lah ini terbukti palsu dengan begitu
mudah sekali kerana terdapat terlalu banyak fakta
bahawa SCOMI dapat kontrak seperti berikut:
i. Bina 400 buah badan bas untuk Syarikat Prasarana
Negara Bhd milik Kerajaan RM 120 juta.
ii. Kerja-kerja menyelenggara gerabak-gerabak
keretapi milik KTMB selama 5 tahun RM 60 juta.
iii. SCOMI beli 51% saham majoriti Syarikat
MTRANS dari Kerajaan dengan harga murah RM 30
juta saja. Pembelian ini menjadi persiapan awal untuk
membolehkan SCOMI merebut kontrak monorel
RMK9 bernilai RM 9 bilion untuk membekalkan
peralatan monorel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang
dan Johor Bharu. Mana-mana syarikat yang mendapat
konsesi Monorel itu sudah pasti akan terpaksa membeli
gerabak dan peralatan monorel dari SCOMI. Syarikat
konsesi untung atau rugi tidak menjadi masalah.
SCOMI tetap untung besar sebagai pembekal gerabak
monorel.
iv. SCOMI Marine Services telah dapat kontrak dari
TNB untuk membawa 500,000 tan arang batu dari
ms 40
Australia, Indonesia dan Afrika Selatan mulai 1
Oktober 2006.
iv. SCOMI dapat kontrak dari Petronas Carigali
(Turkmenistan) Sdn Bhd bernilai RM 57 juta
setahun.
Dalam perkembangan terkini Pak Lah tukar taktik
sikit. Beliau sedar kesilapannya menafikan anaknya
mendapat kontrak kerajaan. No problem. Sekarang
Pak Lah kata ‘tetapi anak orang lain pun dapat
kontrak’. Maksudnya “kalau anak orang lain boleh
telan duit kerajaan, kenapa anak saya tak boleh?”
Eloklah tu Pak Lah. Esok kalau anak orang lain terjun
ke dalam sungai apakah anak kita pula kena terjun ke
dalam laut?
Tetapi semua kontrak ini perlu kelulusan Kementerian
Kewangan. Pak Lahlah Menteri Kewangan. Macamana
Menteri Kewangan boleh naïf dan kata ‘Saya tidak
tahu’? Kemudian untuk membuktikan lagi ‘ketelusan’
pentadbirannya, Pak Lah membuat kenyataan yang
beliau akan siasat mengenai perkara ini. Tetapi Pelik
bin Ganjil - Pak Lah minta laporan daripada SCOMI
pula. Seperti yang boleh disangka SCOMI segera
menyiapkan laporan yang ‘membuktikan’ bahawa
mereka dapat kontrak itu mengikut prosedur yang
ms 41
betul. Soalannya di manakah hikmahnya menerima
sebagai sah laporan daripada si tertuduh – SCOMI
syarikat kepunyaan anak sendiri – untuk membuktikan
ketidaksalahan sendiri? Kita perlukan penyiasatan
dan laporan bebas dari pihak ketiga dengan cara telus
dan terbuka. Tetapi Pak Lah menjawab kemusykilan
rakyat dengan kemukakan laporan dari syarikat
anaknya sahaja.
Untuk tutup pekung SCOMI
warga asing ditahan ISA
42Satu lagi isu panas yang membabitkan SCOMI:
Atas desakan FBI Amerika, 5 orang Jepun
dari Syarikat Mitutoyo termasuk presidennya telah
ditangkap pada Jun 2006 kerana membekalkan mesin
membuat komponen senjata nuklear kepada SCOMI
yang dieksport semula ke Libya. Perkara ini menjadi
isu besar di Amerika. Seorang rakyat Sri Lanka
bernama BSA Tahir pernah bekerja dengan SCOMI
dan banyak tahu mengenai aktiviti syarikat ini. Untuk
mengelak daripada beliau memecahkan rahsia SCOMI,
Hamba Allah ini dikenakan tahanan ISA – sekarang
sudah masuk pusingan kedua (sudah melebihi dua
tahun) atas alasan pelik beliau boleh mengancam
keselamatan negara. Waran melanjutkan tahanan
BSA Tahir selama dua tahun lagi ditandatangani oleh
ms 42
Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri. Apakah
warga asing yang bernama BSA Tahir ini benar-benar
mengancam keselamatan negara Malaysia atau beliau
sebenarnya mengancam keselamatan SCOMI dan
keselamatan keluarga Abdullah Badawi pula?
Sebagai warga asing beliau seharusnya dibuang negeri
sahaja. Seorang warga asing tidak boleh mengancam
‘keselamatan dalam negeri’ kalau beliau tidak berada
dalam negeri kita lagi. Lagipun kilang SCOMI yang
membuat komponen senjata nuklear itu sudah lama
ditutup. Semua mesin pembuat komponen nuklear
telahpun dilelong. Dan semua komponen yang dieksport
ke Libya telahpun dirampas oleh FBI. Jadi di mana
lagi ancaman BSA Tahir terhadap “keselamatan dalam
negeri” kita sehingga tahanan penjara beliau perlu
dilanjutkan lagi? Tetapi sebenarnya Tahir simpan terlalu
banyak rahsia mengenai penglibatan SCOMI, Syarikat
Mitutoyo dan komponen nuklear yang dieksport ke
Libya. Maka beliau dikenakan tahanan ISA. Tidakkah
menganiaya Hamba Allah ini? Dan tidakkah beliau ini
dizalimi oleh Kerajaan Islam Hadhari Abdullah Ahmad
Badawi? Apakah semua ahli Umno sanggup menyokong
perbuatan zalim dan berdosa ini? Tepuklah dada dan
tanyalah iman. Jangan sampai BSA Tahir dijumpai mati
dalam tahanan pula! Ikut kebiasaan sekarang, tahanan
Polis kerap mati dalam lokap.
ms 43
Pak Lah dan Skandal ‘Oil For Food’
- Minyak Iraq masih melekat
43Nama Pak Lah telah terlibat dengan isu
skandal OIL FOR FOOD Iraq sebanyak 50
juta tong minyak di mana beliau ada kepentingan
dalam dua syarikat dari Malaysia, Tradeyear Sdn
Bhd dan Mastek Sdn Bhd. milik iparnya Noor Asiah
Mahmood. Maklumat terperinci mengenai skandal ini
terdapat dalam laporan rasmi Kerajaan Amerika di
bawah ini:
(1) CHARLES DUELFER:- Comprehensive Report
of the Special Adviser to the Director of Cenral
Intelligence on Iraq’s Weapons of Mass Destruction,
dated 30 September 2004.
(2) Paul A. Volcker:- Independent Inquiry Committee
into The United Nations Oil For Food Programme
(Manipulation of the Oil For Food Programme by the
Iraq regime) dated 27 October 2005.
44Oleh yang demikian di Washington D.C.,
Pak Lah berjumpa dengan Presiden Amerika
George Bush juga untuk mendapat ehsan Bush supaya
menolak usaha beberapa Ahli Kongres Amerika yang
ms 44
mahu memaklumkan kepada rakyat Amerika mengenai
dua isu besar tersebut iaitu isu SCOMI dengan
komponen senjata nuklear dan isu Oil For Food yang
boleh memberi kesan yang serius kepada imej dan
ketelusan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Memang isu ini sekarang telah menjadi senyap di
kalangan ahli Kongres Amerika Syarikat. Walaupun
Amerika Syarikat sering mengkritik undang-undang
ISA kita, mereka langsung tidak bertanya sedikitpun
mengenai BSA Tahir.
45Apakah ‘habuan’ yang Pak Lah terpaksa bayar
kepada Bush untuk membeli persetujuan
Bush? Lihatlah sendiri. Malaysia membenarkan kapal
nuklear Amerika yang terlibat dalam pengeboman
negara Islam di Timur Tengah berlabuh di Pelabuhan
Malaysia. Untuk apa? Apakah tujuannya? Ini
perlu kita fikirkan sebab ia melibatkan maruah dan
kedaulatan negara. Pak Lah juga sangat cenderung
menandatangani Free Trade Agreement atau FTA
dengan Amerika. Rupanya Pak Lah sudi bersetuju
dengan apa jua permintaan dari Bush nanti.
ms 45
Syok betul Mat Badui dapat jumpa Bush
46Pak Lah rasa seolah ianya satu penghormatan
paling istimewa bagi dirinya bila dapat
berjumpa Bush. Lebih-lebih lagi bila Bush puji
beliau sebagai seorang pemimpin yang baik, mudah
berunding, mudah bertolak ansur dan mudah bersetuju
dengan segala kehendaknya. Pak Lah begitu seronok
dan naik syok sendiri berjumpa dan dipuji oleh Bush,
sampai Pak Lah sendiri mengaku bahawa beliau
terlupa bertanya Bush mengenai nasib dua rakyat
Malaysia yang ditahan secara haram oleh Bush di
Penjara Teluk Guantanamo. Kesian betul al kisah dua
orang Mat Guantanamo itu. Perdana Menteri mereka
terlupa bertanyakan khabar mereka!
Bush sebenarnya melihat Pak Lah sebagai pemimpin
‘clown’ atau badut yang kerdil. Apakah buktinya?
Pandangan rendah Bush terhadap Pak Lah jelas
apabila Bush enggan melawat Pak Lah selepas
mesyuarat APEC yang bakal berlangsung di Hanoi,
Vietnam tidak lama lagi. Bush telah bersetuju singgah
di Singapura dan Indonesia selepas bermesyuarat di
Hanoi itu. Walaupun Pak Lah adalah Pengerusi OIC
dan juga Pengerusi NAM (Non Aligned Movement)
beliau tidak dihiraukan sedikitpun oleh Bush.
Singapura hanya pulau kecil. Indonesia pula masih
ms 46
berada dalam keadaan huru-hara tetapi Bush lebih
menghormati mereka daripada Pak Lah. Rupanya
pungguk terpaksa rindukan bulan lagi!
Nasib malang negara kita
47Inilah kepimpinan Pak Lah. Tanpa kualiti
kepimpinan dan tahap pengetahuan dan
wawasan yang amat terhad beliau jadi pemimpin
yang tidak cukup kebijaksanaan atau ‘not enough
wisdom’ untuk memimpin negara Malaysia yang
bermasyarakat dinamik. Pak Lah sebenarnya sangat
sedar akan kelemahannya. Maka beliau terpaksa
buat seperti ‘penjual ubat’ kaki lima untuk menutup
kelemahan dan menonjolkan diri. Maka tercetuslah
berbagai slogan ‘jual ubat’ seperti “Kerja dengan saya,
bukan kerja untuk saya”, “Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang”, “Melayu Perkasa” atau “The Towering
Malays”, “Islam Hadhari” dan lain-lain slogan yang
tidak bermakna.
Kami sokong! Entah apa pun
kami sokong juga!
48Beliau juga berusaha giat mencari penyokong
yang sanggup mematuhi dan taatinya. Beliau
terpaksa mengambil pendekatan ‘membeli ketaatan’
ms 47
atau “To Buy The Loyalty.” Beliau utamakan orang
yang ‘bermasaalah’ untuk diberi kedudukan penting
dalam Parti dan juga Kerajaan. (Sila lihat ‘Rogues
Gallery’ Bah. 4). Dengan cara ini, orang yang dilantik
itu amat patuh dan taat kepadanya. Contohnya adalah
Nazri Aziz yang dilantik menjadi Menteri Tutup
Lampu dan Kipas di bangunan Parlimen – satu jawatan
yang tidak pernah wujud sebelum ini. Rafidah Aziz
pula perlukan balutan plaster yang sangat besar untuk
menutup pekung AP yang sangat besar. Menteri lain
pula seperti Norwawi Effendi perlukan wang sebanyak
RM50 juta untuk membayar ‘alimony’ kepada bekas
isteri.
Jom kita tanam sawi pula!
49Pada masa yang sama beliau memberi katadua
kepada para Menteri dan para pemimpin Umno
supaya patuh kepada arahannya. Akibatnya tiada
Menteri yang berani menegur atau mengkritik sebarang
dasarnya. Contohnya apabila Pak Lah utamakan
Pertanian dan Industri Asas Tani, semua pihak terima
dasar itu bulat-bulat. Suara yang sering kita dengar
ialah “Kami sokong Pak Lah”, “Kami berdiri teguh di
belakang Pak Lah.” Tidak ada siapapun Ahli Parlimen
Umno yang berani berhujah, mengkritik dan memberi
pendapat akan cara yang terbaik untuk memajukan
ms 48
Pertanian negara ini. Contohnya setakat ini langsung
tidak ada peruntukan untuk membina Pusat Latihan
Pertanian di bawah RMK9 untuk melatih para petani
dalam bidang pertanian dan industri yang berkaitan.
Tiada usaha memperkasakan organisasi Pertubuhan
Peladang. Tidak ada cadangan untuk mengenalpasti
jenis komodoti pilihan atau memajukan industri
pertanian. Pak Lah sendiri hilang arah dan tidak
ada fokus untuk mencapai matlamat dasar pertanian
beliau. Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri
tidak ada sebarang hasil daripada dasar Pertanian
Pak Lah. Akhirnya muka depan akhbar pengampu
merakamkan gambar Pak Lah sedang memetik sayur
kangkung. Pak Lah sudah jadi Perdana Menteri
Kangkung. Pi mai pi mai tang tu juga. Petik kangkung.
Apakah gambar berikutnya akan menunjukkan Pak
Lah menanam sawi?
50Oleh kerana Pak Lah seronok menerima
pujian dan ‘feel good’, maka orang di
sekeliling beliau jarang memberi ‘feedback’ yang
berupa teguran atau kritikan terbuka. Tidak ada siapa
yang berani menyampaikan perkara yang tidak enak
didengar beliau. Justeru itu beliau tidak mendapat
gambaran sebenar mengenai situasi semasa. Maka
Pak Lah sentiasa berada dalam keadaan ‘slumber’ atau
‘complacent’. Oleh demikian apabila beliau terdengar
ms 49
kritikan atau teguran dari sesiapa pun, beliau mudah
tersinggung, mudah rasa tercabar dan mudah melatah
hingga menyebabkan beliau cepat menolak teguran
dan sudi menghukum sesiapa sahaja yang berani
menegur dan mengkritiknya.
Tukang kalut dari Kedah
51Sewaktu memberi ucapan untuk sabotaj Tun
Dr Mahathir di mesyuarat bahagian Kubang
Pasu, Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid telah
menyebut dua cerita kalut orang Kedah.
Cerita yang pertama melibatkan tiga orang sahabat
yang bergegas ke stesen keretapi. Oleh kerana keretapi
yang akan ke Kuala Lumpur itu masih menunggu -
mereka telah pergi minum kopi dulu. Kemudian bila
wisel bertiup baru mereka turun ke platfom. Tetapi
keretapi sudah mula bergerak. Mereka pun hambat
keretapi itu sepanjang platfom. Akhir sekali dua
daripada tiga orang sahabat itu dapat juga melompat
naik keretapi - sekali dengan beg. Tetapi sahabat
ketiga yang tertinggal itu pula jatuh tergelak-gelak
atas platfom. Apabila stesen master bertanya kenapa
beliau begitu, dia jawab, ‘Yang nak pi Kuala Lumpur
saya – depa dua tu mai hantak saja!’
ms 50
Cerita kalut kedua pula melibatkan seorang pakcik
tua yang hendak ke Pulau Langkawi. Pakcik itu
membawa beg dan buah tembikai dan menuju ke feri
di Kuala Kedah. Setelah melepasi pengawal tiket
pakcik itu melihat feri sudah tidak rapat lagi dengan
jeti. Macam sahabat yang hambat keretapi tadi, pakcik
itu pun berlari mengejar feri. Beliau juga membuat
keputusan melompat ke atas feri. Akhir sekali pakcik
itu mencapai juga ke atas feri tetapi pakcik itu terjatuh,
buah tembikai pecah, begnya koyak dan juga luka di
kaki. Kemudian budak bot itu datang bertanya ‘Pakcik
kenapa pakcik melompat? Bot ini baru sampai dari
Langkawi. Kita bertolak lambat lagi’.
Cerita ini semua mungkin lucu tetapi cuma setakat
situ saja. Tujuan cerita kalut Mahdzir itu adalah
untuk menakutkan ahli Umno Kubang Pasu bahawa
mengundi Tun Dr Mahathir boleh jadi perkara kalut.
Tetapi yang menjadi kalut ialah bahawa seorang
Menteri Besar perlu kepada cerita yang tidak masuk
akal untuk sabotaj seorang negarawan dan pemimpin
terulung yang hanya berniat untuk menyelamatkan
bangsa dan negaranya. Dr Mahathir tidak pernah
kalut. Apabila pemimpin lebih pentingkan duit dan
kedudukan sendiri dan tidak tahu memimpin negara
sudah tentu anak buahnya akan melompat-lompat
mengejar keretapi dan feri. Inilah yang berlaku dalam
ms 51
barisan pimpinan Umno sekarang.
Yang menjadi lebih kalut ialah duit RM200 yang
dimasukkan ke dalam sampul untuk membeli undi
orang kampong. Maruah perwakilan Kubang Pasu
dan perjuangan parti Umno diletakkan harga RM200
sahaja. Inilah kekalutan yang sebenarnya. Dan
Mahdzir Khalid telah sudi menjadi ‘tukang kalut’ dari
Kedah.
Cerita kalut Mahdzir Khalid dan Johari Baharom
diarah menghadiri mesyuarat MT Umno.
Dan yang terkini ialah pendedahan komplot ‘Dolahgate’
oleh laman ‘Malaysia Today’ (sila lihat THE
CORRIDORS OF POWER Dolahgate dan Operation
Deep Throat) di mana Ketua Bahagian Umno Kubang
Pasu, Johari Baharom, dan Menteri Besar Kedah,
Mahdzir Khalid, telah diarah menghadiri mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno di mana mereka berdua telah
diberi arahan haram untuk sabotaj pencalonan Tun
Dr Mahathir di pilihan bahagian Umno Kubang
Pasu. Kehadiran Johari Baharom dan Mahdzir Khalid
di mesyuarat itu melanggar peraturan parti sebab
mereka berdua bukan Ahli Majlis Tertinggi. Lagi
pun memang salah dari segi syarat dan perlembagaan
Umno bagi sesiapa pun ahli Umno berkomplot untuk
ms 52
menjatuhkan seorang lagi ahli parti. Perbuatan ini
juga salah dari segi undang-undang. Tetapi kita hidup
dalam zaman Islam Hadhari.
Dalam zaman Islam Hadhari - lebih kalut sesuatu
perkara maka lebih ramai pemimpin Islam Hadhari
yang akan menyokongnya atau akan buat tidak tahu
saja. Selain daripada keluarga Perdana Menteri yang
songlap duit rakyat secara terbuka, selain daripada
Mahdzir Khalid dan Johari Baharom berkomplot
lawan Dr Mahathir, ADUN pula menipu Kastam dan
minta supaya ‘tutup sebelah mata’. Itu adalah ok di
sisi Islam Hadhari.
Kemudian bila ADUN bina mahligai RM5 juta tanpa
kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, itu pun ok
juga. Kemudian bila Senator dan anaknya jalankan
perniagaan ‘AP klon’ itu pun ok juga. Tidak ada
apa yang akan berlaku kepada mereka. Inilah antara
banyak kekalutan zaman Islam Hadhari. Tiada had
setiap hari.
Berterusanlah kekalutan pentadbiran Pak Lah. Sila
baca sendiri:
The Star - A fruit exporter has lodged a report with
the Anti-Corruption Agency alleging that a deputy
ms 53
minister was involved in money laundering of up to
RM10mil. Mohamad Tahir Fazal Mohamad lodged the
report on Aug 23 along with supporting documents.
Among them, were certified copies of receipts of
payment to the deputy minister from 2000 up to the
present day, and the general ledger of a company of
which the deputy minister is chairman. “I have gone
to see the ACA four times since filing the report but
nothing has been done,” he said at a press conference
yesterday at the Parti Keadilan Rakyat office.
Timbalan Menteri pula terlibat dalam rasuah sehingga
RM10 Juta. Sudah empat kali Encik Tahir ini pergi
buat laporan dengan BPR tetapi tidak ada tindakan
yang diambil.
Inilah kekalutan zaman Islam Hadhari.
Berita panas terkini (7/11/06) pula melibatkan Abdul
Razak Baginda – penasihat nombor satu kepada
pemimpin nombor dua Datuk Seri Najib Tun Razak.
Razak Baginda bersama tiga anggota Polis telah
ditahan untuk disoal siasat mengenai pembunuhan
kejam seorang wanita Mongolia yang pernah
dikenalinya. Wanita itu disyaki mati ditembak oleh
dua orang pegawai Polis daripada Unit Tindakan
ms 54
Khas di mana seorang daripadanya adalah dalam
pasukan pengawal peribadi Perdana Menteri Pak Lah.
Setelah pembunuhan wanita Mongolia tadi, pengawal
peribadi itu terus mengiringi PM dalam lawatannya
ke Pakistan baru ini. Ibupejabat Polis terpaksa
mengarahnya pulang segera dan menahannya apabila
tiba di sini. Jadi macam-macam kekalutan sedang
berlaku dalam negara kita.
Saya tak suka dengar awak
cakap, awak diam saja!
52Apabila Pak Lah ditegur oleh Tun Dr Mahathir,
beliau merasa cukup tercabar dan segera
bertindak menghukum Tun Dr Mahathir sebagai
‘pengacau’ dan ‘mengganggu’ pentadbirannya.
Tukang-tukang kalut pun dikerah untuk membuat
cerita kalut melawan Dr Mahathir. Tetapi oleh kerana
bukan semua orang yang terencat akal macam Mahdzir
Khalid, Pak Lah tiada pilihan melainkan bertindak
lebih agresif menyekat Tun Dr Mahathir berjumpa
atau bercakap kepada ahli Umno. Pak Lah melarang
ahli Umno terutama sekali para pemimpin Umno dari
semua peringkat berjumpa Tun Dr Mahathir.
Pada 2006 Pak Lah telah halang Tun Dr Mahathir
daripada berucap di 14 majlis termasuk yang berikut:
ms 55
i. Program ‘Jasamu Dikenang’ dengan Pemuda Umno
Selangor. Program dibatalkan.
ii. Upacara Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian
Padang Besar. Jemputan dibatalkan.
iii. ‘Wacana Patriotik’ bersama Institut Pemikiran Dr
Mahathir di Universiti Utara Malaysia pada 6/9/06.
Program dibatalkan.
iv. Ceramah kepada pegawai PTD dibatalkan.
v. Undangan Khas, Kursus Perkembangan Minda,
Lagoon Resort, Pulau Langkawi. Jemputan
dibatalkan.
vi. Program Forum Sejarah Bersama Pemimpin oleh
Biro Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Pemuda
Umno Malaysia. Jemputan dibatalkan.
vii. Perjumpaan bersama ahli Mubarak di Kota Bharu.
Program dibatalkan.
viii. Program Perkida di Johor 1hb Nov. 06. Jemputan
dibatalkan.
ix. Program bersama anak miskin di Baling, Kedah.
Program dibatalkan.
Apakah maksudnya pembatalan semua program dan
jemputan tersebut? Maksudnya ialah Abdullah bin Ahmad
- Perdana Menteri kita yang kelima (‘Badawi’ itu bukan
nama beliau dalam kad pengenalanpun – hanya nama
glamour datuk beliau, macam Daud Iraqi atau Sulaiman
Palestini) terbukti membohong apabila dia berkata, “...
ms 56
Saya tidak beri arahan apa-apa.” (Berita Harian).
Begitu juga Pak Lah telah berbohong sewaktu di
Pakistan bila beliau berkata langsung tidak ada
halangan terhadap Dr Mahathir berucap di manapun
atau berjumpa dengan siapapun.
Mengikut Tun Dr Mahathir, Anuar Musa telah menerima
panggilan telefon terus daripada Pak Lah yang berada di
Perth, Australia pada masa itu, memberi arahan kepada
Anuar Musa supaya memastikan program Mubarak
bersama Tun Dr Mahathir di Kota Bharu dibatalkan.
Inilah kekalutan yang disokong oleh manusia
seperti Mahdzir Khalid. Kekalutan di mana seorang
Perdana Menteri sanggup berbohong bahawa dia
tidak membuat sesuatu apabila semua orang tahu dia
memang memberi arahan menghalang Dr Mahathir
daripada berjumpa atau bercakap dengan ahli Umno.
Dr Mahathir - pemimpin tulen
yang tidak berputus asa
53Sejarah Melayu di masa akan datang akan
melimpahkan terima kasih kepada Tun Dr
Mahathir sebagai seorang pemimpin tulen yang
banyak pengalaman dan berpandangan jauh, yang
tidak terasa kecil hati bila beliau dituduh sebagai
ms 57
‘pengacau’ dan disekat dari bercakap dan menegur
apa jua perkara yang beliau rasa akan merugikan atau
membantutkan kemajuan orang Melayu dan negara
kita. Kalau Pak Lah tidak beri dia peluang berjumpa
dengan ahli Umno, Dr Mahathir sudi merendahkan
diri mengambil giliran sebagai perwakilan biasa
untuk bercakap kepada parti Umno. Bila Johari
Baharom dan Mahdzir Khalid halang Dr Mahathir
daripada menjadi perwakilan dengan menggunakan
duit RM200 dan cerita kalut - Dr Mahathir masih
tidak putus asa. Dia tulis surat terbuka kepada semua
ahli Umno. Cuba kita kaji sejarah Dr Mahathir. Sejak
bilakah beliau berputus asa terhadap apa pun? Itulah
Dr Mahathir Mohamed – pemimpin kita semua. Dr
Mahathir bukan orang yang kalut.
Singapura dapat lagi “Tanah
Melayu” secara precuma
54Sebenarnya usaha giat yang sedang dilakukan
untuk memperkecil dan mengenepikan
segala pencapaian Tun Dr Mahathir selama 22 tahun
memimpin negara bertujuan sebagai satu helah atau
mengalihkan perhatian umum. Sambil kita semua
disibukkan dengan perbalahan dengan Dr Mahathir,
makhluk lain sedang merompak dan mencuri harta
negara kita. Sekarang sesiapa pun rakyat asing akan
ms 58
dibenarkan masuk ke kawasan tertentu di Johor dari
Singapura tanpa perlu kepada paspot. Ini bermaksud
orang Singapura boleh masuk ke kawasan Johor
tanpa had. Mereka boleh membeli rumah dan tinggal
di Johor. Tetapi mereka bukan bayar cukai di Johor.
Mereka kerja, berniaga dan membayar cukai di
Singapura kerana mereka warganegara Singapura.
Ini bermaksud bahawa dalam sekelip mata sahaja
Singapura telah dapat lebih banyak lagi Tanah
Melayu tanpa perlu sebarang perjuangan. Sultan
Johor mengeluh bahawa selama lapan puluh tahun
Tambak Johor merugikan Johor dan menguntungkan
Singapura. Sekarang orang Singapura boleh terus
masuk ke kawasan khas di negeri kepunyaan Sultan
Johor – tanpa perlu sebarang sembah kepada Tuanku.
Siapakah pengasas idea yang sungguh banggang ini?
Jawapannya ialah Khazanah Nasional Berhad dan
‘penasihat tidak rasmi’ yang berada di sekeliling Pak
Lah.
Memang pun banyak peluang pekerjaan akan wujud di
daerah jajahan Singapura yang bakal wujud di negeri
Johor ini tetapi pekerjaan jenis apa? Buruh Indon akan
dikerah membina kondo, kedai dan pejabat. Orang
Bangla pula akan bekerja menjadi pembantu kedai
dan pencuci tandas. Orang Nepal pula akan menjadi
pengawal keselamatan. Anak Melayu mungkin dapat
ms 59
bekerja di restoran McDonald dan KFC atau menjadi
GRO dan pelayan di kelab.
Satu pembohongan bahawa
kerajaan tiada duit
55Apabila paling ramai kontraktor Bumiputera
gulung tikar sebab kekeringan projek, Pak
Lah membuat alasan banyak wang telah dihabiskan
oleh Tun Dr Mahathir kerana membina banyak projek
mega. Kemudian diikuti pula dengan kritikan Pak Lah
bahawa Tun Dr Mahathir membangunkan Putrajaya
‘just for popularity’ atau untuk mencari populariti.
Maksudnya projek besar hanyalah pembaziran wang.
Tetapi tiba-tiba Dato Najib mengumumkan bahawa
tiga projek gergasi yang melibatkan RM40 bilion
akan dilaksanakan dalam negara kita. Tetapi Pelik
bin Ganjil siapapun tak tahu apakah projek berbilionbilion
itu. Tanam kangkung ke, buat besi ke, buat
lapangan terbang ke? Siapapun tidak tahu. Najib pun
tidak tahu.
Kemudian Norwawi Effendi (Menteri Second Hand
Tiara), pula mengumumkan bahawa kerajaan akan
belanjakan RM100 bilion untuk majukan lagi 20
projek gergasi! Maksudnya setiap projek itu puratanya
ms 60
bernilai RM5 bilion! Tetapi apakah 20 projek gergasi
itu? Siapapun tidak tahu.
Dulu projek mega Lebuhraya Utara Selatan pun tak
sampai RM5.0 bilion. Apakah 20 projek Norwawi
Effendy yang akan menelan duit rakyat RM100 bilion
itu? Kalaulah semua duit Kerajaan sudah habis,
macam mana pula Kerajaan tiba-tiba boleh jumpa duit
beratus bilion ini? Kemudian projek SJER atau South
Johor Economic Region pula memerlukan pelaburan
RM50 bilion dalam tempoh lima tahun saja.
Cuba bayangkan. Peruntukan untuk RMK9 selama
lima tahun hanya sebanyak RM220 bilion. Tetapi
antara empat projek gergasi Najib, 20 projek gergasi
Norwawi dan satu projek gergasi SJER sahaja sudah
telan lebih RM190.0 bilion. Dulu kata tidak suka projek
gergasi. Sekarang Pak Lah pula buat projek gergasi
misteri sampai beratus bilion Ringgit. Siapapun tidak
tahu apakah projek-projek gergasi yang akan menelan
duit rakyat sebanyak RM20.0 bilion setiap satunya.
“Masih kah kau ingat, suatu masa dulu....”
56Ingat lagi lagu yang berbunyi “Masih kah kau
ingat, suatu masa dulu..” ucapan Pak Lah di
Dewan Rakyat pada September 2005 ketika beliau
ms 61
membentang Bajet 2006, Pak Lah telah mengumumkan
penubuhan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera
dengan modal ‘duit kacang putih’ sebanyak RM 2
bilion sahaja? Memandangkan paling sedikit hartanah
komersil yang dipunyai kaum bumiputera di kawasan
strategik Kuala Lumpur dan kawasan perbandaran
lain maka Yayasan ini dicadangkan untuk membeli
dan memegang hartanah komersil yang boleh disewa
ataupun dijual kepada usahawan bumiputera. Pak Lah
juga berkata ‘Maklumat terperinci mengenai Yayasan
Amanah Hartanah Bumiputera ini akan diumumkan
oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat’.
I say man, tempoh terdekat sekarang sudah jadi dua
tahun. Sampai hari ini maklumat tidak terperinci pun
tiada, tidak ada seorang pun Wakil Rakyat Umno yang
telah membawa usul untuk membincangkan perkara
ini di Parlimen. Tetapi yang selalu kita dengar ialah
laungan YB bahawa ”Kami sokong Pak Lah, kami
berdiri teguh di belakang Pak Lah” dan sebagainya.
“Masihkah kau ingat, masihkah kau ingat ….”
Sebaliknya Pak Lah dan geng hendak padamkan
daripada ingatan kita segala pencapaian Tun Dr
Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Pak Lah tidak mahu kita ingat apapun mengenai Dr
Mahathir. Tidak ada siapa pun, kecuali orang yang
terencat akal seperti Mahdzir Khalid yang boleh
sengaja lupakan pencapaian Tun Dr Mahathir.
ms 62
“....Aku terbayang kenangan
datang, waktu kecil dulu....”
57Keseluruhan peristiwa dan perkara seperti
ini mendorong paling ramai rakyat Malaysia
dan bukan saja Tun Dr Mahathir, mempertikaikan
kewibawaan dan kemampuan Pak Lah menjadi
pemimpin negara. Jelas Pak Lah lebih sesuai menjadi
pemimpin surau atau pengarah jabatan agama
sahaja. Tidak perlu terlalu risaukan perjanjian atau
persetujuan. Lebih kurang pun bolehlah. “Saya lebih,
awak kurang” pun lagi eloklah.
Pak Lah minta berjumpa dengan
Dr Mahathir pusingan kedua. Pasukan ‘Boo’
pun sudah ready!
58Bisikan burung hud hud yang terkini
mengatakan bahawa Mubarak telah didesak
geng Pak Lah untuk mengaturkan perjumpaan kedua
di antara Dr Mahathir dan Pak Lah. Dr Mahathir telah
bersetuju dan perjumpaan itu mungkin akan diadakan
sebelum Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula
pada 13 hb November ini. Pak Lah minta berjumpa
dengan Dr Mahathir sebab beliau runsing ‘feedback’
daripada Umno yang kurang meyakinkannya. Pak Lah
ms 63
takut dia akan di ‘boo’ sewaktu perhimpunan Umno
nanti. Perjumpaan dengan Dr Mahathir pada saat
terakhir sebelum Perhimpunan Agung boleh jadi seperti
‘membeli insuran’ iaitu jika berlaku kemalangan atau
kebakaran, syarikat insuran akan bayar gantirugi. Jika
Pak Lah berjaya bergambar bersalam tangan dengan Dr
Mahathir sambil tersenyum macam kambing, mungkin
penyokong Dr Mahathir tidak akan ‘boo’ sewaktu
Perhimpunan Agung.
Bagi Dr Mahathir pula perjumpaan kedua, ketiga atau
keempat tidak akan menjadi masalah. Beliau tetap
dengan pendiriannya. Maruah negara jangan digadai
kepada orang lain. Jangan tukar pejabat Perdana Menteri
jadi ‘family business’. Mungkin kali ini Dr Mahathir
akan lebih berterus-terang dan minta Pak Lah bersara
saja. Resign and go away.
Tetapi geng-geng Pak Lah pun sudah bersedia juga.
Jika perlu, seorang Dato yang pernah terlibat dalam
kes menumbuk orang telah diberi tanggungjawab
menyediakan pasukan ‘boo’ untuk ‘boo’ Dr Mahathir
sekiranya beliau memilih untuk menghadiri Perhimpunan
Agung ini. Menantu Pak Lah - Khairy Jamaluddin dan
macainya Datuk Azeez Mat Rempit telah ditugaskan
menyediakan Mat Rempit di luar dewan Perhimpunan
Agung itu untuk ‘boo’ Dr Mahathir juga. Maksudnya jika
ms 64
Dr Mahathir memilih untuk menghadiri Perhimpunan
Agung ini, mungkin beliau akan di’boo’ daripada luar
sehingga ke dalam dewan. Tujuannya adalah untuk
memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad – negarawan
dan pemimpin Agung kita selama 22 tahun – yang telah
begitu banyak berjasa kepada kita semua. Begitulah
tahap kurang ajar manusia.
59Gas pemedih mata askar tidak beruniform
tidak dapat menghalang Dr Mahathir daripada
berucap di Kota Bharu. Apakah ‘boo’ Mat Rempit
penghisap dadah dan kaki rogol bergilir (gang rapist)
boleh menakutkan Dr Mahathir pula? Cuba bayangkan.
Tun Dr Mahathir sanggup ketepikan segala protokol
kerana ingin sangat hendak turun ke bawah menjadi
Ahli Perwakilan Bahagian supaya beliau dapat bercakap
dalam Perhimpunan Agung Umno. Beliau lebih takuti
masa depan bangsa dan negara daripada gas pemedih
mata atau ‘boo’ mat rempit dan kaki rogol.
60 Pak Lah rasa tercabar dan tergugat dengan
kritikan Tun Dr Mahathir sebab dia tahu apa
yang Dr Mahathir cakap itu adalah benar belaka.
Masalahnya Pak Lah tidak mampu membetulkan
pentadbirannya sebab beliau tidak tahu macam mana
cara untuk melakukannya. Tambahan lagi Pak Lah
di kelilingi penyangak dan penyamun yang telah
ms 65
memukau fikiran beliau sehingga melepasi point of
no return.
Apakah yang akan terjadi kepada negara kita
61Memang kelemahan Dr Mahathir yang amat
ketara ialah memilih ‘ahli silat tongkat pendek’
dan badut menjadi timbalannya. Tetapi Dr Mahathir
adalah seorang manusia yang sangat mengikut
prosedur. Lihatlah bagaimana beliau merendahkan diri
menawarkan diri menjadi calon perwakilan Kubang
Pasu. Semuanya menghormati prosedur. Apabila
manusia tidak bijak Mahdzir Khalid masuk dewan,
Tun Dr Mahathir yang berusia 81 tahun serta isteri
Tun Dr Siti Hasmah berdiri memberi salam hormat
kepada Menteri Besar. Melayu boleh tinggalkan
budaya, semoga budaya tidak tinggalkan Melayu.
Begitu juga sebenarnya bukan Dr Mahathir yang
hendak memilih Pak Lah tetapi itulah kehendak parti
Umno. Dato Najib dianggap masih muda. Begitu juga
dulu Dr Mahathir terpaksa melantik Anwar Ibrahim
menjadi Menteri Kewangan sebab Anwar mendapat
undi tertinggi Naib Presiden parti. Ikut Tan Sri Sanusi
Junid, Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan dan
terpaksa akur kehendak parti. Dr Mahathir laksanakan
tugas ‘by the book’. Kepada pasukan psy-war yang
ms 66
membantu beliau dulu - nasihat Dr Mahathir adalah
‘Don’t break any laws’. Itulah Dr Mahathir. Semuanya
‘by the book’.
Dato Najib boleh tunggang kuda polo
62Tetapi apakah yang bakal terjadi kepada
negara kita? Pertama sekali Datuk Seri
Najib Tun Razak boleh membuat persiapan balik ke
Pahang dan tunggang kuda polo saja. Kerjayanya
sudah terkubur. Jika Pak Lah masih berkuasa selama
dua tahun lagipun, Khairy Jamaluddin akan dilantik
menjadi Naib Presiden Umno – dan bukan Ketua
Pemuda. Hishamudin Hussein – boleh kekal sebagai
Ketua Pemuda. (Jangan pandai pandai mahu jadi
Naib Presiden? Apa macam hari ini? Keris panjang
ke pendek?) Apabila Khairy menjadi Naib Presiden
beliau sudah dekat dengan kerusi Timbalan Perdana
Menteri. Tidak mungkin Najib akan diberi peluang
menjadi Perdana Menteri.
Kepada Datuk Seri Najib, walaupun kepala ‘think
tank’ Dato sekarang sudah masuk ‘fish tank’ kerana
beliau menggunakan kepala kecil lebih daripada
kepala besarnya, Dato tidak perlu kepada ‘think tank’
untuk nampak senario ini. Sedikit common sense pun
sudah cukup – sudah tentu Datuk boleh faham. Tidak
mungkin Datuk akan jadi PM jika Pak Lah pegang
ms 67
takhta lagi dua tahun pun. Tidak mungkin. Jika Datuk
mahu selamatkan masa depan Datuk, kena buka
langkah sekarang juga.
Syaitan suka Anwar jadi YAB
(Yang Amat Berbahaya)
63Pihak syaitan Amerika, Britain, Singapura,
Australia dan syaitan lain masih mengidamkan
Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Bab itu belum habis lagi. Mereka sangat seronok
melihat perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan
Pak Lah berpanjangan. Perbalahan ini memberi
mereka peluang untuk menonjolkan Anwar Ibrahim
sebagai calon ‘alternative’ menjadi Perdana Menteri.
Ini adalah satu bahaya besar sebab Anwar berpotensi
menjadi Y.A.B atau Yang Amat Berbahaya. Saluran
untuk membawa Anwar masuk balik ke dalam Umno
telahpun disediakan – iaitu menerusi Khairy Jamaluddin
– menantu kesayangan Pak Lah. Sebelum ini Anwar
telah minta bantuan Khairy untuk memujuk ahli Umno
menerimanya balik. Kebanyakan ahli MT Umno serta
Pemuda dan Wanita Umno tidak setuju membenarkan
Anwar kembali masuk Umno.
Oleh itu Anwar telah cuba cara lain. Anwar telah
mencuba sebanyak tiga kali untuk berjumpa dengan
ms 68
Dr Mahathir. Dalam kiraan Anwar jika dia boleh
berjumpa dengan Dr Mahathir, minta maaf kepadanya
dan mendapat restu Tun Dr Mahathir, maka Umno pun
akan sudi menerimanya kembali. Anwar telah minta
Vincent Tan telefon Dr Mahathir dan pesan untuk
bertemu dengan Dr Mahathir. Apabila percubaan
tersebut gagal, Anwar telah minta Joseph Chong (Sabah
Shipyard) pula berjumpa dengan Dr Mahathir dengan
pesanan yang sama. Pun gagal. Percubaan ketiga juga
gagal. Dr Mahathir berpendapat bahawa Anwar boleh
mengancam keselamatan negara kita. Anwar sangat
disayangi Amerika, CIA, Pentagon dan sebagainya.
Jika Khairy jadi Naib Presiden?
64Memang bab ini belum tamat lagi. Jika Khairy
jadi Naib Presiden, apakah Anwar akan
dibenarkan masuk balik ke dalam Umno? Jika Anwar
masuk kembali ke Umno, sudah tentu dia boleh
gantikan Pak Lah sebagai presiden parti dan Perdana
Menteri. Khairy akan dipilih jadi timbalannya. Najib
boleh balik ke Pekan dan tunggang kuda polo.
Kalau kita sudah nampak gelagat Anwar Ibrahim
setelah tiga tahun saja jadi Timbalan Perdana
Menteri dan juga gelagat Khairy Jamaluddin setelah
tiga tahun saja Pak Lah jadi Perdana Menteri, cuba
ms 69
bayangkan apakah yang akan berlaku kepada negara
kita jika kedua-dua ’romeo’ ini menjadi Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Apakah
setan akan kencing berlari dalam usaha memadamkan
api neraka?
Bukan Pak Lah seorang saja
benci Dr Mahathir
65Jadi bukan Pak Lah seorang saja yang hendak
menyekat Tun Dr Mahathir daripada bercakap,
menegur dan mengkritik pentadbirannya. Ada ramai
syaitan lain di sekelilingnya yang tidak mahu Dr
Mahathir merosakkan komplot jahat mereka.
Sekarang Dr Mahathir telah jatuh sakit (9/11/06) dan
dimasukkan ke Institut Jantung Negara. Kita berdoa
semoga Ayahanda akan pulih dengan cepat dan
mengambil rehat. Semoga Allah akan memudahkan
segala urusan bagi Dr Mahathir.
Tetapi bukan jambatan bengkok, jambatan lurus,
Proton atau isu jual pasir saja yang termasuk dalam
fikiran Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir boleh nampak
bahaya yang lebih besar yang mengancam masa depan
negara kita dan kedudukan orang Melayu jika Khairy,
Kalimullah, Pak Lah atau Anwar Ibrahim memegang
kuasa. Contohnya Kalimullah yang menjadi penasihat
ms 70
paling akrab kepada Pak Lah pernah ditolak oleh
Special Branch (SB) sebagai tidak sesuai menjadi
setiausaha Tun Ghafar Baba atas alasan ‘security
risk’ atau mengancam keselamatan negara. SB
berpendapat bahawa Kalimullah terlalu akrab dengan
pihak perisikan Singapura. Maka Kalimullah terpaksa
diberhentikan kerja beberapa minggu saja selepas
menjadi setiausaha akhbar Tun Ghafar. Habis pasal
apa Pak Lah lantik dia menjadi penasihat terdekat,
bagi dia jawatan mengurus New Straits Times, bagi
dia lesen ECM Libra dan macam-macam lagi? Kenapa
Pak Lah begitu bodoh?
Dr Mahathir lebih faham bahaya ini daripada sesiapa
pun. Bukan air, pasir, udara atau jambatan bengkok
saja yang merunsingkan fikiran beliau. Apakah Umno
akan menggadai tanah airnya sendiri kepada orang
lain? Fikirlah baik-baik.
Jika tiada Dr Mahathir untuk perjuangkan nasib kita,
negara kita akan habis dijual oleh penyangak dan
penyamun. Sudah pasti kita akan dijajah sekali lagi.
Mengikut cadangan bodoh Khazanah Nasional Berhad,
wilayah Singapura akan ditambahkan sebanyak 4000
hektar lagi secara percuma – di dalam negeri Johor.
Orang Singapura boleh masuk tanpa menunjukkan
paspot ataupun kad pengenalan. Banyak cantiklah
tu!
ms 71
Sejarah tetap berulang - history repeats itself
66Memang benar bahawa sejarah itu berulang.
History repeats itself. Sejak awal zaman
manusia, orang yang kurang inteligen pun akan
cuba manipulasi orang yang bodoh. Sebelum 1969
pimpinan kita telah leka dalam menjalankan tugas.
Akibatnya pada pilihan raya 1969 kerajaan Pakatan
pada masa itu hampir kalah dalam pilihan raya.
Negara kita dilanda angkara dan kekecohan. Pada
pilihan raya akan datang sudah tentu Kerajaan BN
akan mengalami keruntuhan besar dalam jumlah
pengundian. Ini pasti akan berlaku. Negeri Kelantan
akan tetap berada dalam genggaman PAS. Terengganu
akan hilang sekali lagi ke tangan PAS. Negeri Kedah
dan mungkin satu atau dua negeri yang lain juga akan
hilang ke tangan Pembangkang. Kemungkinan besar
bahawa BN akan kehilangan majoriti dua pertiga.
Mengikut ramalan seorang bekas YB Umno, mungkin
ada calon Umno yang akan hilang wang deposit pun.
Beliau gelak secara senyap dan hanya tunggu hari
pengundian.
Kita boleh nampak dengan begitu jelas (terlalu jelas)
bahawa orang yang bodoh sedang dimanipulasi oleh
orang yang kurang inteligen. Ini adalah bencana yang
hanya menunggu masa untuk menimpa negara kita.
ms 72
Saudara saudari Umno seperjuangan – sudikah kita
semua duduk diam sahaja dan biarkan perkara ini
berlaku? Sudikah kita – hanya kerana sedikit kontrak
atau kedudukan –melihat masa depan negara kita dan
masa depan waris kita digadai kerana kita takutkan
puak yang tamak, yang bodoh dan yang jahat? Fikirlah
baik-baik.
Umno sedang di ‘cadre’ kan
67GLC atau Government Linked Companies
adalah istilah yang dipinjam dari Singapura.
Khazanah Nasional Berhad telah melantik syarikat
hospital swasta Parkway Holdings dari Singapura
untuk menyiapkan kajian ‘health tourism’ bagi
negeri Johor. Ini satu perbuatan amat kurang bijak
memandangkan Parkway adalah pesaing (‘competitor’)
kepada sebarang usaha memajukan ‘health tourism’ di
Johor. Cuba kita fikir. Bolehkah kita percaya Keppel
Harbour Singapura membuat kajian bisnes untuk
majukan Pelabuhan Tanjong Pelepas? Habis macam
mana pula kita melantik pesaing kita menyediakan
‘business plan’ kita? Dr Mahathir telah berulang kali
mengatakan bahawa Singapura tidak pernah sekalipun
ambil peduli kebaikan atau kebajikan negara kita.
Akhbar perdana New Straits Times masih dikongkong
ms 73
oleh penasihat Pak Lah seperti Kalimullah yang
sangat pro Singapura itu. Kalimullah bukannya ahli
Umno, bukan wakil rakyat dan tidak pernah peduli
nasib orang Melayu. SB tidak benarkan Kalimullah
menjadi setiausaha akhbar Tun Ghafar sebab SB
percaya Kalimullah adalah agen Singapura. Habis
kenapa Pak Lah memilihnya menjadi penasihat
terdekat? Jelas bahawa kehadiran Kalimullah dan
beberapa agen Singapura yang lain sudah mula masuk
Umno dan negara kita. Kanser sudah merebak.
Umno tidak terkecuali
68Parti Umno memang tidak terkecuali. Parti
Umno sekarang sedang ditukar mengikut
sistem ‘cadre’ yang diamalkan oleh parti komunis
PAP atau People’s Action Party Singapura. Mengikut
sistem ‘cadre’ ini pemimpin dan konco terdekatnya
memegang kuasa mutlak. Mereka amat berpengaruh.
Sesiapapun tidak boleh menyoal kuasa pemimpin.
Pemimpin dan konco-konco pula akan memilih
penyokong kuat mereka menduduki Majlis Tertinggi
(Central Working Committee). Kemudian MT pula
akan meletakkan balik pemimpin di atas takhta. Tidak
lama lagi akan tamatlah tradisi demokrasi dalam parti
Umno.
ms 74
Hanya mereka yang taat kepada Pak Lah dan
menantunya Khairy Jamaluddin akan dibenarkan
bertanding dan menang. Orang yang menentang
mereka akan dipecat atau dihalang. Seperti dinasti
PAP di Singapura maka akan tertubuhlah dinasti
Khairy Jamaluddin di Malaysia.
Jelas Pak Lah tidak kompeten
69Pak Lah adalah seorang Perdana Menteri
yang tidak kompeten untuk terus memimpin
negara. Kemampuannya yang sangat meragukan
ini menjejaskan kemajuan ekonomi negara dan
matalamat kita untuk mencapai wawasan 2020 juga
sangat meragukan. Tetapi jauh sebelum itu musuh
negara kita sudah menyelinap masuk ke dalam urusan
Kerajaan dan negara secara senyap dan berani.
Mereka sekarang sudah berupaya menentukan hala
tuju negara kita.
Keputusan terletak dalam
tangan ahli Umno
70Masa depan negara kita terletak dalam tangan
ahli Umno yang bakal bersidang. Tetapi
kebebasan untuk bersidang secara terbuka dan bebas
ini tidak terjamin. Mungkin ini akan menjadi kali
ms 75
terakhir ahli Umno dapat menyuarakan hasrat mereka
secara telus dan terbuka. Selepas ini jika Pak Lah
masih berkuasa, Umno akan berubah buat selamanya.
Hanya ‘cadre’ yang taat kepada Khairy dan Pak Lah
boleh bersuara. Yang lain boleh telan air liur saja.
ms 76
OLEH
AHLI UMNO KEDAH
Copy&Paste by: Panglima