Tuesday, September 30, 2008

Pak Lah takkan mengalah..

"Abdullah Ahmad Badawi tidak nampak jalan bersara pilihan sendiri, atau jalan dibersarakan awal dari UMNO, atas kehendak beberapa individu di dalam mahupun di luar UMNO. Dari tindak-tanduknya sejak 18 September, 2008, sehingga lewat beberapa hari ini, dan menjelang 9 Oktober, 2008, apa yang jelas ialah dia lebih memilih untuk kekal sebagai Presiden UMNO. Ramai orang tidak faham, betapa keseronokan menjadi Presiden UMNO bukan kepalang. Tambahan pula, buruk dan baik Presiden UMNO yang lalu, masing-masing dikenang meninggalkan legasi. Abdullah Ahmad Badawi mahu itu juga. Satu legasi, di mana semua orang akan ingat, paling tidak...Pak Lah hebat. Sebab itulah Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal sebagai Presiden UMNO lebih lama dari yang dijangkakannya sendiri. Lebih-lebih lagi: 01. Jika dia bersara pada 9 Mac, 2008, dia akan dikenang sebagai penyebab utama kegagalan Barisan Nasional menyerlah dalam PRU 12. 02. Jika dia bersara 27 Ogos, 2008, selepas P 44 Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, dia akan dikenang sebagai Anak Pulau Pinang yang kecundang di tangan Anwar Ibrahim. 03. Jika dia bersara sebelum 9 Oktober, 2008, dia akan dikenang sebagai pemimpin nilai prihatin 15 sen dan 10 sen, setelah tersilap menaikkan harga petrol dan diesel secara serta-merta dan drastik pada 5 Jun, 2008 yang lalu. Jadi, mestilah ada sesuatu yang paling baik, sehingga persaraan Abdullah Ahmad Badawi di atas pilihannya sendiri, maka dia turun secara terhormat, dan itulah kenangan paling manisnya sebagai Presiden UMNO. Sepertimana impian mana-mana Presiden parti politik, apabila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hendak bersara esok, contohnya, seluruh Rakyat Malaysia datang dengan pelbagai cara dan hala, untuk memujuknya supaya kekal dan mahu dia sambung lagi memimpin walaupun sehingga 100 tahun lagi. Ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi, akan bersara juga, walaupun Wanita UMNO menangis teresak-esak, walaupun Pemuda UMNO menghunus keris cucuk ke udara, dan walaupun Majlis Tertinggi UMNO merayu, mendayu, memujuk, memegang lututnya, ya semua itu molek jika terjadi, namun tidak sama dengan legasi yang telah ditinggalkannya. Hal ini berlainan sekali dengan kedudukannya sekarang, bila Abdullah Ahmad Badawi buka mulut sahaja mengumumkan peralihan kuasa walaupun lama tempohnya, yakni pertengahan 2010, para pemimpin UMNO sudah pun memberikannya standing ovation! Apakah maknanya itu? Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu standing ovation yang sebegitu. Tidak sekali-kali. Dengan yang sedemikian itu, apakah ada cara yang boleh Abdullah Ahmad Badawi manfaatkan supaya dia dapat satu tempoh masa, untuk melakukan sesuatu, sehingga jika ada kemudiannya rating yang di buat ke atas kepemimpinannya, paling tidak pun dia dapat pungutan 99 par 100. Kini rating kepemimpinannya amat teruk, sebagai pemimpin dia buruk, apakah ketika ini tarikh dia bersara, dalam keadaan yang amat memalukan ini? Diburukkan lagi dengan rakan politik yang menjadi pencabar pula jawatan Presiden UMNO. Boleh dikatakan hubungan Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah baik. Tetapi, baru-baru ini, Tengku Razaleigh Hamzah ada berkata, bahawa dia dan Mohd Najib Abdul Razak macam budak-budak, bermain permainan "ini aku punya, ini engkau punya" dalam sebuah negara Republik Pisang. Abdullah Ahmad Badawi ada perasaan, pedih itu! Ramai orang tertawakan Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pelawak yang lucu, dan bukan dihormati sebagai pemimpin yang unggul. Tambah buruk lagi ialah, kritikan Mahathir Mohamad, yang semacam tanpa henti. Sejak awal kepemimpinannya lagi, sehinggalah kini berterusan, dan entah bila akan berakhir. Hampir saban hari, dikritik mantan Presiden UMNO itu, dan kepedihan amat terasa. Kita dapat fahami lebih mendalam lagi, dengan informasi ini, satu artikel yang menyengat di TranungKite OnLine: Projek Mahathir Berjaya !!! Pak Lah “Kambing Hitam”, Siapa “Kuda Hitam”? Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 14:53:04 MYT oleh greenboc Oleh ulitmayang Perincian lanjut di sini: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16782 Tambah buruk ialah kritikan berlanjutan Mahathir Mohamad yang ditambah pula dengan kritikan senada Mukhriz Mahathir. Begitu juga, dalam adab susila, tertib dan teratur, apa yang disuarakan oleh umpamanya Muhyiddin Yassin, Rafidah Aziz, Hishammuddin Hussein, dan dua tiga lagi pemimpin UMNO yang lain, turut memedihkan bagi Abdullah Ahmad Badawi. Sebenarnya, sejak awal lagi, tidak tertasdiq di hatinya, dan tidak terlintas di fikiran Abdullah Ahmad Badawi untuk bersara dari jawatan Presiden UMNO. Apa yang telah disebut sebagai pelan peralihan hanyalah peralihan yang perlahan. Perinciannya kepada peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa sekadar lepasan sebutan sahaja yakni pertengahan 2010. Ini, hanyalah untuk meredakan bahang dalam UMNO sahaja. Sekiranya tiada bahang itu, tiadalah apa yang disebutkan sebagai peralihan kuasa itu, dan tiadalah ada sebarang pengumuman Abdullah Ahmad Badawi bersara jawatan Presiden UMNO. Apatah lagi, awal. Dalam menghadapi asakan dan desakan sekiranya dikatakan ada, dari dalam dan luar UMNO, kini Abdullah Ahmad Badawi sudah menjumpai satu rentak yang baik punya, yang membolehkan dia terus kekal sebagai Presiden UMNO, sehingga tercapai suatu kepuasan, meletakkan satu legasi bagi dirinya. Rentak ini telahpun nyata kelihatan pada 26 September, 2008. Di mana, Presiden UMNO berdua-duaan bisik bincang dengan Timbalan Presiden UMNO. Kemudian dikemukakan pula kepada Majlis Teringgi UMNO. Malahan sememangnya ada cara supaya tiada seorang pun yang menentang. Seterusnya, umumkan dalam sidang media, tanpa Ahli Majlis Tertinggi. Kemduain, bakal ada kemungkinan seorang atau dua orang yang akan bising. Selepas itu, apa yang dihajatkannya telahpun menjadi muktamad. Cantik! Apa yang diperlukan sekarang ialah tempoh masa yang lebih lama. Maka, tidak menghairankan jika dalam sedikit masa lagi, Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan sistem kuota, supaya demokrasi kembali dan lebih ramai boleh bertanding. Kemudian, dia memperkenalkan apa yang boleh difahami sebagai Sistem Tundaan Automatik dalam UMNO. Begini kebarangkalian atau kemungkinannya: Auto 1 Pemilihan UMNO Bahagian yang dijadualkan pada 9 Oktober, 2008, secara automatik ditunda kepada 9 Februari, 2009. Manakala, Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Pemimpin, yang dijadualkan pada 16 Disember, 2008, secara automatik ditunda kepada 9 Mac, 2009. Ini diikuti dengan... Auto 2 Pemilihan UMNO Bahagian yang dijadualkan pada 9 Februari, 2009, secara automatik ditunda kepada 9 Oktober, 2009. Manakala, Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Pemimpin, yang dijadualkan pada 9 Mac 2009, secara automatik ditunda kepada 16 Disember, 2009. Kemudian ditunda lagi... Auto 3 Pemilihan UMNO Bahagian yang dijadualkan pada 9 Oktober, 2009, secara automatik ditunda kepada 9 Februari, 2010. Manakala, Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Pemimpin, yang dijadualkan pada 16 Disember 2009, secara automatik ditunda kepada 9 Mac 2010. Seterusnya ditunda lagi, sehinggalah Abdullah Ahmad Badawi dapat tinggalkan satu legasi yang dikaitkan dengan namanya sebagai Presiden UMNO. Paling tidak, Pak Lah hebat! Ura-ura ini sudah mula dihidu di kalangan bloggers yang mudah mendapat akses informasi dari dalam kem Abdullah Ahmad Badawi. InsyaAllah, jika semuanya berlangsung elok, sama-sama kita saksikan nanti, pengumuman rasmi perihal ini, sebelum 9 Oktober, 2008. Copy&Paste by: Panglima

Saturday, September 27, 2008

Pak Lah atau Najib?

"Di sana-sini riuh se-Malaya yang Pak Lah tak bermaya, Pak Lah lembik, Pak Lah kuat tidur..!!! Kami mahukan pemimpin baru! Kami mahukan Najib menjadi pemimpin kami!!! "EEEhhhh......???" Aku mula bertanya, "Apa beza Pak Lah dengan Najib???" Selama ini pun setelah jawatan PM bertukar tangan, cuba berikan mana satu keputusan besar negara dibuat oleh Pak Lah??? Aku rasa tak ada pun...Dia cuma 'sign' sahja... Minyak naik 70 sen pun bukan keputusan Pak Lah...pasal itu atas nasihat Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. (aka Mamak Penang), sebab tu next day Tan Sri Nor yang kena jawab media... Minyak turun pun, Dato' Shahrir yang kena buat statement, dan beberapa keputusan lain yang menunjukkan Pak Lah selama ini hanyalah pemimpin 'symbolik' yang sebenarnya jarang buat keputusan sendiri. Sehingga terpaksa menubuh jawatan baru iaitu "PENASIHAT-PENASIHAT" yang bertaraf MENTERI!!! Apa semuanya ini???? Jadi, kalau Najib naik, apakah kita rakyat marhaen mendapat keuntungan???? Apakah Najib akan memikirkan nasib rakyat sebagai agenda utama??? Yang nyata aku pasti tidak....kerana sedang menunggu satu lagi penasihat utama dalam rumah tangganya, iaitu: DATIN ROSMAH!! Itu yang mesti diutamakan dahulu.... Rakyat akan tetap 'nganga' dan akan ada seperti sekarang....dan tak akan berubah....Malah mungkin lagi terukk...Nasib lerrr... Maka, aku fikir, perubahan mesti secara TOTAL....iaitu: "TUMBANGKAN BN/Umno kesemuanya!!!" Kerana mereka tidak akan memikirkan nasib rakyat dan nasib anak-anak kita!! Mereka mementingkan nasib sanak saudara mereka dan segelintir pemimpin umno/kroni sahaja!! " Perasap : Susah pencacai BN nak bagi..... Copy&Paste by: Panglima

Siapakah yang lebih layak...?

Meneliti perkembangan terkini,semakin banyak kelemahan kelemahan pemimpin PR ditonjolkan kepada kita.bermula dengan serang peribadi terhadap DSAI,kini Tian Chua juga tidak terlepas dari serangan pembohongan ekoran berita pertemuan wakil PM dengan PR.Sebelum ini Teresa Koh dijadikan mangsa bagi menunjukkan kelemahan PR yang pula diibaratkan sebagai Pakatan Rapuh.Satu ketika dulu TGHH juga tidak ketinggalan dilebelkan sebagai "gila kuasa",Begitu juga beberapa pemimpin PAS yang dikatakan taksub dengan DSAI dari kelompok Erdogan dan berbagai bagai lagi berita kelemahan kepimpinan PR.Persoalannya apakah semua kelemahan yang cuba di tonjolkan ini merupakan satu bonus bagi mengizinkan BN/UMNO terus berkuasa? Rakyat dewasa ini bijak menilai.Mana satu intan dan mana satu kaca,mana satu pemimpin yang sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat dan mana satu pemimpin yang bijak mengaturkan kata kata untuk membesarkan tembolok mereka. Begitu juga rakyat tahu siapa yang bercakap dengan ikhlas untuk menyokong perjuangan dan melakukan "anjakan paradigma" dan siapa yang mengada ngada semata mata habuan yang mereka terima. Hakikat penurunan harga minyak sebanyak RM0-10 menunjukkan lagi kegagalan kerajaan BN/UMNO untuk membantu rakyat.Rakyat yang semakin tersepit sudah hilang tempat mengadu.Kini harapan rakyat hanyalah kepada PR yang mana janji janji mereka sukar untuk dilepaskan. Tetapi dalam suasana rakyat menyandarkan harapan kepada PR untuk mengambil alih dengan langkah yang berhemah dan selamat,timbul pula berbagai bagai cerita kerapuhan pakatan dan keperibadian pemimpin mereka yang cuba ditonjolkan sebagai tidak bermaruah.Oleh itu, sekiranya rakyat "membeli" cerita cerita begini maka sahihlah tiada pertukaran kerajaan atau dengan kata kata lain BN/UMNO akan terus bersenang lenang di atas sana mencekik rakyat yang sememangnya sudah kelemasan. Jadi apa tindakan dan keputusan rakyat?tiada pilihan kecuali memberi laluan dan peluang kepada PR membuktikan kemampuan mereka.Segala kelemahan yang ditonjolkan itu boleh diselesaikan kemudian ia itu sesudah kerajaan diambilalih.Nampaknya itulah keputusan terbaik untuk diambil rakyat dalam situasi semasa kini.Kita kena pilih yang kurang mudharat dan dalam teori ekonomi kebajikan ianya disebut teorem second best,di mana dalam ketiadaan suasana ideal maka kita kena pilih suasana kedua terbaik.Dalam situasi negara sekarang ini,keadaan kedua terbaik nampaknya apa yang dijanjikan oleh PR kerana BN/UMNO yang bermenifestokan "Selamat,Aman,Makmur"ternyata sudah gagal. Dengan kegagalan BN/UMNO ini,segala keburukan dan kelemahan kepimpinan PR yang cuba ditonjolkan tidak seharusnya menjadi bonus kepada BN/UMNO sebaliknya mereka mesti berundur atau diundurkan untuk rakyat Malaysia. " Copy&Paste by: Panglima

Kisah Negara Pisang...

Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang. Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair. Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru. Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan? Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti? OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO? Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu? Dalam seminggu ni pasti orang-orang Abdullah akan mencongak dan mengira. Kalau Abdullah akan terus tanding kerusi Presiden UMNO, berapa banyak ongkos yang diperlukan? Ongkos tu dari mana akan diperolehinya? Lembu mana yang akan disembelih untuk keluar ongkos itu? Untuk beli sokongan bahagian-bahagian, macam mana ongkos itu nak dibahagi-bahagikan? Sekaligus, orang-orang Abdullah juga akan mencongak dan mengira. Sapa yang boleh dibeli dengan pangkat dan jawatan? Sapa yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Sapa yang boleh berikan sokongan kepada Abdullah setelah diugut dan diancam? Lantas, dalam seminggu ni tentu orang-orang Abdullah sibuk menghimpun ongkos dan sibuk menggali fail. Mereka juga akan sibuk mengenalpasti mana lagi kementerian atau agensi yang boleh melantik jawatan penasihat untuk diberikan kepada pihak yang nak dibeli sokongannya. Bayangkan betapa kotor jadinya politik bila Abdullah bertindak hanya atas nasihat, desakan dan ugutan pihak-pihak di sekelilingnya. Betapa rumit jadinya politik tanahair bila tindakan Abdullah ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga? Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan. Rakyat Malaysia pasti tidak reda dengan status Banana Republic ini. Makanya, lebih cepat Abdullah berundur, lebih eloklah untuk kita semua. Lebih cepat Abdullah berundur, lebih mudahlah kita semua bergabung tenaga dan bergabung minda untuk memperkasakan semula negara tercinta ini! Perasap : Serah aje jawatan tu pd DSAI.. Copy&Paste by: Panglima

Friday, September 26, 2008

Utusan Malaysia tidak telus

Penggunaan Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) terkutuk terhadap wartawan wanita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mencetuskan bantahan dan gerakan anti-ISA terbesar yang pernah berlaku di negara kita. Selain badan-badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam, parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri juga tidak dapat bersetuju dengan tangkapan sewenang-wenang itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menteri perundangan de facto, Datuk Zaid Ibrahim malah meletakkan jawatannya sebagai pengakuan kegagalan reformasi perundangan yang merupakan tanggungjawabnya. Sungguhpun Hoon Cheng telah dibebaskan 18 jam selepas ditahan sejak 12 September dan Teresa Kok turut dibebaskan selepas seminggu ditahan, namun alasan-alasan yang diberi berkaitan asas penahanan mereka tidak masuk akal dan mengelirukan. Hoon Cheng kononnya ditahan agar diberi "perlindungan keselamatan", dan Teresa, menurut beliau sendiri, cuma disiasat berasaskan suatu rencana kolum yang ditulis oleh Zaini Hassan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September lalu bertajuk: “Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…” . Hoon Cheng yang mula-mula melaporkan kenyataan ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang melemparkan kenyataan perkauman bahawa masyarakat Cina "kaum penumpang" yang mustahil mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera. Atas tekanan parti-parti komponen Barisan Nasional, Umno terpaksa menggantung hak keahlian Ahmad selama tiga tahun kerana enggan meminta maaf secara terbuka berkaitan kenyataannya. Yang menakjubkan, Hoon Cheng yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan sebaliknya telah ditahan bawah ISA, kononnya untuk melindungi keselamatannya – suatu dalih yang amat melucukan! Menurut rencana Zaini, ahli parlimen Seputeh tiba-tiba menjadi “dalang” di sebalik isu-isu azan, tulisan jawi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan babi seperti disenaraikan dalam tajuk rencana kolum terbabit. Selepas membaca artikel tersebut, Mohamad Asri Shafii, biro badan bertindak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak telah mencapai kesimpulan seperti tajuk suratnya kepada akhbar yang sama (11 September 2008) “Terhakisnya ketuanan Melayu”! Mohamad Asri selanjutnya merumus: “Adalah menjadi mimpi ngeri bagi orang Melayu sebagai tuan di bumi bertuah ini mendapat menteribesar yang bukan Melayu. "Hakikatnya telah berlaku, meskipun kita melihat dua buah negeri Perak dan Selangor diperintah oleh ketua negeri berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi hakikatnya daripada artikel ini adalah sebaliknya." Nampaknya niat Zaini untuk merasiskan imej Teresa, dan melaluinya “memomokkan” kerajaan Pakatan Rakyat dari perspektif ketuanan Melayu telah tercapai, dan nyata sekali Teresa telah menjadi mangsa artikel terbabit! Biarlah kita meneliti dakwaan-dakwaan artikel Zaini secara lebih objektif. Terlebih dahulu, dibangkitnya tuduhan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bahawa ada usaha pihak tertentu yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan. Padahal menurut Steven Ee, yang bertanggungjawab menghantar petisyen kepada masjid Bandar Kinrara seperti yang dilaporkan Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 taman perumahan itu tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan. Mereka hanya meminta agar direndah atau diperlahankan suaranya apabila kaset/CD berkaitan ceramah, kuliah agama serta bacaan al-Quran dipasang sebelum sembahyang subuh di masjid tersebut. Kini, menteri besar baru Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa masjid boleh terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti bagi menyebarkan syiar Islam kerana pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan atau persatuan penduduk. Mungkin masih ada dua masalah masih belum terjawab. Yang pertama, adakah petisyen bukan Islam Bandar Kinrara terbabit boleh dianggap sebagai tidak sensitif, malah menghina agama Islam seperti tuduhan terbabit? Yang kedua, permintaan agar suara pembesar masjid direndahkan atau diperlahankan juga tiada tolak ansurnya, seperti ditegaskan JAIS? Jika petisyen agar bunyi suara pembesar aktiviti agama direndah atau diperlahankan juga tidak dapat ditoleransi dan ditolak ansur, seperti mesej-mesej yang dibawa dalam Utusan Malaysia, maka semangat toleransi yang diuar-uarkan selama ini hanyalah jalan sehala saja di sisi ketuanan Melayu dan ketuanan Islam! Teresa yang mendapat salinan petisyen terbabit telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Zaini, dan melalui mulut seorang YB dalam Pakatan Rakyat kononnya dihubunginya melalui telefon, Teresa dikritik sebagai "kurang ajar", dan dikatakan sedang "memaksa" DBKL menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur, supaya dinaikkan papan tanda tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi. Namun, siapakah Teresa Kok yang mampu "memaksa" DBKL menurun dan menaikkan papan jalan mengikut suka hatinya? Bagi mereka yang berfikiran liberal, di samping tulisan rumi, jika kaum Melayu inginkan tulisan jawi ditambah atau dikekalkan, sama juga dengan permintaan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil ditambahkan di papan jalan, apa salahnya jika kaum Melayu tidak terlalu obsesi dengan ketuanan Melayu? Sekalipun tidak bersetuju, habislah cerita, buat apa digembar-gemburkan seolah-olah tibalah hari kiamat jika bahasa Cina dan bahasa Tamil ditambah di papan tanda jalan! Menurut imaginasi Zaini, Teresa tiba-tiba menjadi manusia yang begitu "berpengaruh" sekali, sehingga sanggup "menyuapkan" Khalid mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan JAIS untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain, serta "memegang tali" untuk menyuruh menteri besar itu membuat kenyataan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu. Jika kita percaya kepada kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan bersetuju bahawa agama-agama bukan Islam di Selangor juga berhak menerima bantuan daripada Selangor seperti JAIS, maka sudah barang tentu JAIS tidak dapat memonopoli seratus peratus peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebagai bantuan kepada institusi-institusi semua agama. Jangan lupa, penganut bukan Islam di negara kita juga wajib membayar cukai. Sebelum kenyataan Khalid, jika tidak silap penulis, kabinet telah mengambil keputusan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu, masa itu, tiada kontroversi dicetuskan seperti kali ini. Selain itu, projek pemeliharaan berpusat babi di Sepang juga projek lama Barisan Nasional Selangor, ia juga tidak digembar-gemburkan seperti kali ini. Pembaca Utusan Malaysia tentu sedar bahawa azan, jawi, JAIS, UiTM, dan babi antara isu-isu yang diperbesar-besar dan diapi-apikan oleh Utusan Malaysia daripada perspektif ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, demi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jika wujud sebarang ketegangan kaum seperti dakwaan pihak polis, maka antara lain, Utusan Malaysia sudah barang tentu telah memainkan peranannya, dan oleh itu, patut disiasat dan diberi amaran, bukan mereka yang menjadi sasaran agenda perkauman, seperti Hoon Cheng, Teresa dan Raja Petra. Copy&Paste by: Panglima

Keputusan MT ada muslihat.................

Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat." Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010. Zahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh. "Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu. "Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut. Sementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat. Beliau berkata, ahli Umno tidak boleh duduk diam tetapi harus bekerja kuat untuk parti. Katanya, penangguhan tersebut tidak memberi kesan kerana jika sesuatu bahagian tidak mencalonkan seseorang pemimpin tertentu, sudah tentu pemimpin itu tidak boleh bertanding. "Ahli parti tidak bising apa-apa, hanya orang luar (pembangkang) yang sibuk buat bising," katanya. Suka berdolak-dalik Mengulas keputusan presiden Umno untuk mengumumkan keputusan penting menjelang mesyuarat bahagian 9 Oktober ini, Zahidi berkata Abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac depan. "Beliau (Abdullah) tidak berani, suka berdolak-dalik. "Beliau takut menghadapi kenyataan kerana tak tunai janji," tambahnya. Beliau juga menjelaskan Umno akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya sistem kuota pencalonan pemimpin atasan parti, termasuk di peringkat bahagian, dihapuskan dan tidak perlu menangguh pemilihan pimpinan tertinggi. "Ikhlas, untuk hapuskan sistem kuota, tak payah tunda-tunda (mesyuarat agung)," tambahnya. Penghapusan sistem itu, katanya, boleh mewujudkan persaingan yang adil dan akan menguatkan Umno. Di Kedah, setiausaha Pemuda Jerlun, Amran Ali bagaimanapun menyifatkan penangguhan mesyuarat agung Umno satu tindakan yang bagus. "Sekiranya niat untuk menangguh mesyuarat agung semata-mata untuk mengukuhkan parti, itu satu langkah yang bagus. "Tapi kalau nak lari daripada kenyataan (politik), (tindakan) itu tidak betul," kata Amran ketika dihubungi petang tadi. Minta ahli bersabar Katanya lagi, jarak antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh, hampir lima bulan, menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan ahli-ahli Umno. "Kalau andaian dari sudut positif, maka positif akhirnya. Jika suka kepada negatif, maka negatif akhirnya," kata Amran. Ekoran itu, pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya ekoran penangguhan mesyuarat dan pemilihan pucuk pimpinan daripada Disember ini kepada tahun depan. Di Terengganu, naib ketua Besut, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman meminta ahli-ahli Umno khusus di bahagian tersebut bersabar sepanjang penangguhan tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak dapat membuat andaian sama ada Abdullah ingin mempertahankan jawatan presiden Umno atau tidak apabila mengumumkan perkara itu, bulan depan. Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Ir Jamlus Aziz berkata, keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno boleh mendatangkan kebaikan kepada ahli. "MT membuat satu tindakan untuk mengutamakan ahli dan parti dan oleh kerana itu ia perlu diterima oleh ahli Umno di semua peringkat. "Pemuda Umno Negeri Sembilan menerima baik keputusan tersebut kerana ia memberi kelegaan kepada parti,” katanya. Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus pula berkata, penangguhan tersebut membolehkan perwakilan mempunyai masa yang cukup untuk memilih pemimpin parti. Manakala pemimpin, pula katanya, boleh melakukan kompromi untuk menarik diri daripada bertanding. Bagaimanapun, peralihan kuasa ini juga perlu berlaku di peringkat bahagian untuk menguatkan parti di semua peringkat. Perasap : Cakap org politik ni banyak berhelah..,sesuatu keputusan itu akan di buat sekiranya ada keuntungan baginya...sebab mereka berjuang untuk nafsu..bukan untuk agama... Copy&Paste by: Panglima

Thursday, September 25, 2008

Mesyuarat Tergempar MT esok.

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan. Ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengesahkan pertemuan tersebut kepada Malaysiakini hari ini. Beliau bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan. Mesyuarat di bangunan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga dijangka membahaskan saranan untuk menyegerakan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya setahun lebih awal. Pada asalnya, Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak merancang pelan peralihan kuasa itu akan berlangsung pada pertengahan 2010. Menurut laporan media, ahli-ahli MT Umno dihubungi pagi ini untuk menghadiri mesyuarat mengejut itu selepas pertemuan dua tokoh tertinggi negara hari ini. Najib juga mengesahkan mesyuarat MT akan diadakan esok tetapi enggan menjawab sebarang soalan mengenai perkembangan politik. Bercakap kepada pemberita di Kementerian Kewangan petang ini, beliau berkata, semua soalan politik akan dijawab esok. Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di PBB, New York, Ahad ini. Copy&Paste by: Panglima

Cepat2lah karam UMNO...pening aku kerenah korang..

Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Shafie Apdal turut menyokong saranan ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Rais Yatim supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dibenar dipertandingkan. "Saya menyokongnya kerana ia terdapat dalam perlembagaan dan ianya dinyatakan dengan jelas," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini. Shafie yang juga menteri perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan berkata, ia merupakan hak setiap ahli dalam perlembagaan untuk bertanding. Semalam, Rais yang juga menteri luar berkata di Washington bahawa dua jawatan tertinggi itu harus dibenar dipertandingkan untuk mengukuhkan proses demokrasi dalam parti. Rais dilaporkan berkata, Umno amat memerlukan proses demokrasi yang mantap dan "saya berada dalam kumpulan di mana (jawatan) presiden dan timbalan presiden sepatutnya dicabar," katanya. Shafie yang juga ketua Umno Semporna, turut bersetuju ia diserahkan kepada akar umbi untuk menentukan sama ada kedua-dua jawatan tersebut harus dipertandingkan atau tidak. Katanya, pemilihan dalam parti merupakan satu proses demokrasi yang sudah termaktub dalam perlembagaan Umno dan setiap tiga tahun pasti akan dilakukan. Beliau juga yakin bahawa ia dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan mendapat sokongan sepenuhnya ahli bagi memperkukuhkan parti. Shafie menegaskan bahawa suara akar umbi memainkan peranan utama untuk melaksanakan proses demokrasi sedia ada. "Ini adalah satu langkah baik dan ahli Umno boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan hala tuju parti," katanya. Perasap : Presiden ckp lain..anak buah ckp lain..camner keje nak menjadi... Aku pun heran...kenapa Ketua itu masih disokong lagi??????????? Owh...mungkin ade ganjaran di hadapan.....????? Copy&Paste by: Panglima

Produk Tenusu Beracun..

Kita dikejutkan oleh berita produk tenusu dari China yang mengandungi Milamen ( bahan kimia yang diharamkan penggunaanya dalam makanan ). Bahan terlarang ini telah menyebabkan beribu2 orang sakit serta lebih 23 orang mati. Sila perhatikan produk yang anda gunakan , adakah ianya selamat ataupun tidak. For your information, the following items have been recalled due to China's milk scandal: 1. M&M 2. Snickers 3. Mento's Yoghurt Bottle 4. Dove Chocolate 5. Oreo Wafer Sticks 6. Dutchlady Sterilised Milk 7. Wall's all natural mango 8. Mini Poppers Ice Cream 9. Magnum Ice Cream 10. Moo Sandwich Ice Cream 11. Mini Cornetto 12. Youcan Ice Cream Stores have been asked by AVA Singapore to remove them. Copy&Paste by: Panglima

Wednesday, September 24, 2008

Politik Wang @ Rasuah dah jadi darah daging UMNO

MUAR 24 Sept. - Lembaga Disiplin Umno perlu diperkukuhkan bagi membolehkannya bertindak tegas menangani gejala politik wang menjelang pemilihan parti di peringkat bahagian bulan depan dan Majlis Tertinggi pada Disember ini, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya beliau telah menyarankan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini setelah dimaklumkan terdapat arah aliran peningkatan amalan politik wang dalam mesyuarat-mesyuarat pemilihan cawangan yang berakhir bulan lepas. “Saya agak bimbang kerana sudah nampak petanda amalan politik wang agak meluas pada mesyuarat-mesyuarat cawangan kali ini berbanding mesyuarat sebelum ini. “Saya bimbang kalau trend sebegini berlarutan atau menular di mesyuarat-mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung parti, ia akan menimbulkan masalah besar kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama pemimpin dan anggota Umno Bahagian Pagoh di sini. Selain menambah bilangan anggota Lembaga disiplin dan jawatankuasa siasatan, beliau mencadangkan agar anggota Umno secara sukarela mengawasi perilaku mereka yang tidak mematuhi peraturan dan perlembagaan parti itu. “Pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat perlu sanggup menjadi mata dan telinga Umno kerana tenaga kerja di Lembaga Disiplin amat terbatas,” katanya. Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak memberikan laporan palsu kepada Lembaga Disiplin. – BERNAMA Copy&Paste by: Panglima

Dana Singapura digunakan untuk melobi Abdullah...?

Blogger Ketua Perusuh telah membuat satu posting dengan tajuk Inilah Masanya. Saya pinjam dan sunting posting tersebut dan memfokuskannya kepada kisah pelobi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menggunakan dana Singapura untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kuasanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Adakah ini benar? – http://politica-net.blogspot.com/ Posting Ketua Perusuh mengenai perkara berkenaan adalah seperti berikut: Ramai dikalangan akar umbi mungkin tidak mengetahui bahawa gerakan untuk memastikan Abdullah menang besar dan kekal di tampuk kuasa telah pun digerakkan seawal bulan Februari 2008. Khabarnya, kini gerakan itu sedang memasuki fasa ketiga di mana imbuhan-imbuhan sedang diagih-agihkan kepada cawangan dan bahagian yang terlibat. Nilai imbuhan yang diberikan kali ini agak besar - menjangkau lebih lima angka bagi setiap penerima. Imbuhan kali ini nampaknya tidak mampu dikesan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana ianya beredar di akaun luar negara. Bagi para pelobi, nilai imbuhan ini adalah kecil berbanding dengan jika Abdullah dapat terus mengekalkan kuasa memerintah. Secara tepat, peralihan kuasa ini mungkin tidak akan terjadi kerana ramai pelobi telah mengeluarkan dana yang besar untuk memastikan Abdullah kekal. Bagi para pelobi Abdullah, bantuan kewangan untuk memastikan imbuhan boleh terus disediakan dan tidak perlu digusarkan kerana ianya telah dan akan disalurkan melalui beberapa entiti yang telah ditugaskan. Dalang di sebalik penyediaan dana ini adalah dari Singapura. Hasil maklumat di pihak akar umbi, peratusan ahli UMNO yang menolak Abdullah Ahmad Badawi kini mencecah 60 peratus. Namun peratusan ini boleh berubah sebelum Persidangan UMNO yang akan datang. Mengikut kajian para pelobi, Abdullah akan berjaya menurunkan peratusan ini kepada sekitar 40 peratus – 45 peratus dengan kemampuan dana yang sedia ada. Namun dengan tambahan dana imbuhan untuk kegunaan lobi, kemungkinan peratusan ini akan kekal di bawah 30 peratus adalah lebih tinggi. Jadi jika Abdullah ingin terus membuktikan bahawa beliau masih realistik dalam memimpin UMNO, beliau perlulah mengambil tindakan proaktif dalam usaha lobi disegenap peringkat. Masanya semakin singkat dan masih perlu menyekat Najib Razak, Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin dari merentap tampuk kekuasaan beliau. Jika Abdullah tidak dapat mengekalkan kuasa, bagaimana pula Singapura ingin mendapat laba? Najib dan Razaleigh bukan proksi Singapura. - Ketua Perusuh, Bekas Felo Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/09/23/inilah-masanya/ Perasap : Bab lobi-melobi ni dah jadi amalan UMNO.Org besar cara besar,org kecil cara kecil.Pokoknya wang digunakan ( rasuah ) untuk membeli undi dan Tun Mahathir telahpun mengesahkan kewujudan amalan ini.Tetapi..., Singapura bagi dana saja2 aje?,tanpa imbalan balik?.Pikir2kanlah....... Copy&Paste by: Panglima

Malam Lailatul-Qadar

Sedar tak sedar kita telah masuk fasa ketiga dalam bulan Ramadhan dan fasa ini amat berharga iaitu 'dijauhkan dari api neraka. Insyaallah. Dan pada fasa ketiga iaitu 10 malam terakhir Ramadhan ini, Allah SWT telah mengurniakan 1 malam yang amat istimewa buat hamba-hambanya iaitu malam Lailatul Qadar. Dengan fasa terakhir Ramadhan ini jugalah, apa yang perlu disemat dalam memori, ialah kenangan manis yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka. Inilah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunanNya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepadaNya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka. Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta. Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadar - atau diterjemahkan sebagai malam takdir. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5) Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) . Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga. Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain; Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w. Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan. Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam. Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar. Hikmah dirahsiakan kehadirannya Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu. Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan. Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam. Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan. Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27." Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu. Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27. Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27. Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan." Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan. Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri. Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair. Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh. Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak. Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud. Ada yang berkata doa permohonannya makbul. Fokus umat pada malam tersebut Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut: Menghayati malam tersebut dengan ibadah Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya. Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr. Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr! Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan. Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa. Fadilat Lailatul Qadr Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)? Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) : "Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318]. Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya : "Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail. Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341). Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi : "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)." Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. Sumber Asal: Ustaz Zainudin Hashim, Harakahdaily.net Sumber Gambar: www.eramuslim.com Copy&Paste by: Panglima

Monday, September 22, 2008

Pakatan Hantar surat kepada Agong

Dipetik dari : Malaysiakini.com Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi. Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan. Mujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan. Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu. Mengikut perlembagaan Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar. Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar. Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan. Para pemimpin BN, termasuk perdana menteri, telah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan. Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil. Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya. Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen. Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen. Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya. Sebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan. Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut. Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut. Copy&Paste by: Panglima

Temubual DSAI bersama Al-Jazeera

Para pengunjung yang dihormati, Saluran Al-Jazeera akan menyiarkan rakaman temubual bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 1.30 pagi 22 September 2008. Sekian untuk makluman semua. Terima kasih. Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim Copy&Paste by: Panglima

Sunday, September 21, 2008

DYMM Yang DiPertuan Agong Boleh Bertindak - Aziz Bari

Oleh: Professor Dr. Abdul Aziz Bari (www.WauBebas.org) Cara Datuk Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk. Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai. Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau. Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit ‘di luar perlembagaan’ (extra-constitutional) untuk menangani keadaan. Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran. Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita. Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu. Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda. Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri. Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977. Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen. Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan. Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang Di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihanraya Mac lalu. Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan. Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, perletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya. Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini. Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil. Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihanraya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihanraya. **Professor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Copy&Paste by: Panglima

Friday, September 19, 2008

Bercakap bohong..sifat2 munafik...

Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) “terhadap Anwar atau sesiapapun”. “Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah,” katanya. (sumber:malaysiakini.com) Saya sememangnya takut dan gelisah apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada”. Ini kerana Pak Lah sering berbahasa sonsang dalam bahasanya. Seperti dalam petikan berita dari malaysiakini.com diatas, Pak Lah perdana menteri saya sekali lagi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada” apabila ditanya wartawan tentang pengunaan ISA terhadap Dato Seri Anwar. Ini kerana saya takut perkataan “tidak dan tiada” itu jika diterjemahkan dalam bahasa sebenar Pak Lah, bermaksud “Ya dan ada“. Ini yang saya bimbang dan risau jika Perdana Menteri saya sekarang ini akan mengenakan ISA terhadap bakal Perdana Menteri saya. Kerisauan dan kebimbangan saya ini rasanya berasas kerana: Pak Lah sewaktu mula menjawat jawatan perdana menteri, beliau berkata tidak akan ada rasuah dalam pertadbirannya nanti. Tetapi rasuah dilihat menjadi-jadi zaman pentadbirannya. Pak Lah berkata tiada konkongan terhadap media dan mahu mengamalkan sikap terbuka. Namun Utusan Malaysia, TV3 dan seangkatan dengannya makin kuat dicucuk hidung mereka. Pak Lah pernah berkata yang parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari 2008 bagi membolehkan PRU-12 dijalankan. Namun parlimen dibubarkan juga pada 13 Februari 2008. Pak Lah berkata, tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sewaktu kempen pilihanraya. Namun harga minyak dinaikkan juga. Pak Lah pernah berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak akan menggunakan isu tuduhan fitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar sebagai modal kempen mereka di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos yang lalu. Namun isu itu yang menjadi modal dan isu utama kempen Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pauh. Hari ini Pak Lah berkata, tidak akan mengenakan ISA kepada Dato Seri Anwar, aaaarrrggggghhhhh tidakkkk apakah maksud “tidak” Pak Lah kali ini??????? Namun jika pembaca bersetuju dengan teori saya ini, mungkin kita juga boleh merasa sedikit gembira dengan perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah ini. Ini kerana sejak akhir-akhir ini Pak Lah juga sering menyebut: Tiada ahli parlimen Barisan Nasional yang akan menyertai Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan berjaya bentuk kerajaan persekutuan. Dalam perbentangan bajet baru-baru ini, Pak Lah dengan sinis mengatakan “saya tidak akan membenarkan ganguan ini” yang merujuk kepada percubaan Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan. Saya harap dan doakan, agar perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah kali ini juga membawa makna sonsang seperti yang diucapkannya sebelum ini. Copy&Paste by: Panglima

Bila wakil rakyat berkata,"Saya pasti tolong sedara-sedara semua", maksudnya ( adik-beradik aku la ),bukannya rakyat..

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Polemik kaum Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!" Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus. Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman. Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai. Hidup mewah Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar. Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat. Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela. Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat. -Capaian- Copy&Paste by: Panglima

Bawak la harta dan kuasa dalam lubang kubur....

Dalam kekalutan iklim politik tanah air dan juga dengan tingkah laku para pembesar2 negara mutakhir ini,amatlah malang rasanya bagi kita sebagai rakyat Malaysia kerana terhimpit didalam kemelut kepimpinan negara yang sudah hampir tidak lagi mempedulikan nasib serta kesinambungan hidup rakyat yang semakin hari semakin terjerat dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan imej Negara Membangun yang paling menonjol dikalangan negara lain di Asia , kini telah menjadi sebuah negara yang menjadi perhatian hampir seluruh dunia bukan kerana imej negara membangunnya, tetapi terkenal dengan kecelaruan POLITIKNYA. Ini disebabkan oleh sikap Pemerintah yang ada sekarang ini, yang terlalu EGO dan BESAR KEPALA seolah-olah hanya merekalah sahaja yang mampu untuk mentadbir negara ini dengan baik tanpa memikirkan Hak serta Kemampuan orang lain. Ini adalah ciri-ciri sebuah negara Diktator, yang akan memastikan mereka akan terus berkuasa walau dengan apa cara sekalipun. Perdana Menteri yang mengepalai kerajaan ketika ini amat tidak peka dengan iklim perubahan yang sedang melanda suasana politik ketika ini,. dengan tumbangnya 5 negeri pada PRU lepas ternyata beliau masih tidak memahami signal yang diberikan oleh Rakyat Marhaen yang kini sudah muak dengan gaya kepimpinannya dan juga parti yang dipimpinnya. Dari pelbagai penjuru telah kita dengar suara yang menghendaki beliau berundur demi kebaikan rakyat namun beliau dengan sikap " KERAS BIJINYA " tetap mempertahankan diri dan kedudukannya. Sungguh malang rakyat Malaysia mempunyai Pemimpin seperti ini,. Kalau kita bandingkan dengan negara Jepun contohnya,.. Pemimpin mereka mempunyai Marwah walaupun bukan beragama Islam. Sedikit sahaja mereka gagal menjalankan tugas dengan baik, maka mereka dengan rela hati meletakkan jawatan sebelum ada desakkan untuk berbuat demikian. Tapi di Malaysia ??????????.... Biarlah orang-orang UMNO sahaja yang menjawab soalan ini........ Bermarwahkah lagi bangsa kita ini ??? jika Pemimpin pun bersikap seperti itu ??....Apa kesannya terhadap rakyat dengan kedegilan sikap Pemimpin sebegini ??/........ Jika sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negara ini, serahkan sahaja pada orang lain. Janganlah memperjudikan nasib rakyat dan bangsa ini diatas sikap sombong dan degilmu. Cukuplah selama 50 tahun memerintah ini, dengan segala wayang yang dipertontonkan kepada rakyat. Janganlah merasa angkuh dan sombong sehingga lupa daratan. Kembalikanlah kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negara ini sebelum keadaan lebih parah lagi. Rakyat kebanyakan telahpun memilih wakil mereka didalam Pakatan Rakyat,... serahkan sahaja kepada PR untuk mentadbir negara ini kerana rakyat ingin melihat suatu pembaharuan dalam urus tadbir yang telus dan tidak dipenuhi dengan budaya Kronisme dan Nepotisme... Sekali lagi penulis menyeru kepada PM,.. inilah masa yang amat baik untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan bukannya kepada Dato' Sri Na..............?. Wassalam. Perasap : Inilah satu contoh mereka yang mabuk kuasa dan lupa pada mati...mereka bijak tetapi tidak bertakwa kepada Allah. Nafsu serakah mencucuk awan...takwa tenggelam dan terus layu sehinggalah Allah berikan hidayah kepada mereka ini.. Cuma kita takut mereka terlambat untuk bertaubat kepada Allah serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia... Copy&Paste by: Panglima

Apakah Plan C DSAI?

Setelah mengumumkan tarikh 16 September 2008 sebagai satu tarikh perubahan ke arah Malaysia baru melalui pengalihan kuasa kerajaan Persekutuan daripada tangan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat tidak berjaya, namun Pasca Tragedi 916 ini masih berterusan dengan pelbagai stratagi yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin dalam jemaah Pakatan Rakyat. Sekiranya diimbas kembali Pasca Tragedi 916 ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan 2 strategi yang pertama iaitu :- 1) PLAN A - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang telah menandatangani satu surat bagi tujuan berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai 3 penahanan ISA yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan juga mengenai situasi politik semasa di Malaysia, namun desakan Anwar ini mentah-mentah ditolak oleh Abdullah dan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman secara umum siapakan gerangan ahli-ahli parlimen yang telah melompat daripada BN kepada Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim juga tidak menerima desakan Abdullah itu kerana ianya bertentangan dalam prinsip perjanjian bersama dengan mereka yang ingin melompat melainkan menunjukkan secara peribadi kepada Abdullah. 2) PLAN B - Pada 17 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang medianya mengemukakan 4 syarat kepada Abdullah iaitu:- i) Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing; ii) Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada; iii) Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan iv) Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain. Dalam PLAN B inilah, Anwar mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi tujuan usu 'undi tidak percaya kepada Abdullah sebagai PM' pada sidang media yang dilakukan pada 18 September 2008, jam 2 petang. Namun, Abdullah tanpa segan silu menolak permohonan tersebut pada hujung petang di hari yang sama dan sememangnya Abdullah perlu takut dengan Sidang Parlimen tergempar ini kerana beliau akan digulingkan sama sekali dan seterusnya kerajaan UMNO/BN akan hilang kuasa secara automatik setelah usul itu menyokong perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri. 3) PLAN C - Mungkin hari ini, 19 September 2008, Datuk Seri Anwar masih mempunyai perancangan dan strategi lanjutan kepada Pasca Tragedi 916 ini..... Sama-samalah kita nantikan dan tunggu, apa yang akan berlaku.... Namun, kerapuhan kedudukan UMNO/BN di dalam kerajaan persekutuan Malaysia semakin rapuh dan condong menyembah bumi!!! Kesimpulannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat terus berstrategi dalam langkah untuk pengambil alihan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Abdullah Ahmad Badawi dengan strategi yang sama menolak segala desakan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan menggunakan kuasa 'veto'nya!!! Namun, langkah Abdullah itu ternyata tampak bijak untuk kedudukan beliau dan UMNO/BN bagi penerusan kekuasaan mereka. Copy&Paste by: Panglima

Siapakah yang berjaya....?

"Pelan peralihan kuasa Perdana Menteri dari pemangkunya sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal. Menurut PM, tempoh peralihan itu fleksibel dan boleh berlaku di antara tempoh sekarang hingga Jun 2010, tidak lebih dari itu, semasa bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya siang tadi (17 Sept). Jika diteliti dengan mendalam, kenyataan terbaru Pak Lah ini menampakkan ‘ketundukan’ beliau kepada tekanan yang ada sekarang, khususnya setelah Tan Sri Muhyidin mendesak agar Pak Lah menyerahkan kuasanya lebih awal. Walaupun peralihan kuasa sebelum ini telah disepakati akan dilakukan pada bulan Jun 2010, kini ia telah menjadi semakin ‘fleksibel’. Manakala bagi jawatan tertinggi UMNO di dalam pemilihan Disember nanti, Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar kerusi tersebut dari Abdullah. Nampaknya percaturan politik sebegini mungkin dapat ‘menyelamatkan’ kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu dari kerusi masing-masing. Iklim panas yang tidak menentu yang berlaku dalam UMNO sekarang sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan, namun jika dua ‘kuasa besar’ tersebut bergabung membentuk satu kesepakatan, maka ‘kuasa-kuasa’ kecil yang lain akan semakin melemah. Mungkin inilah yang diharapkan akan berlaku, dalam keadaan masing-masing cuba menyelamatkan diri masing-masing dari ‘terbakar kepanasan’ dek cuaca yang tidak menentu ini. Mutakhir ini, isu pisang goreng dilihat semakin menjadi-jadi. Dimulai dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang ingin membentuk kerajaan baru beberapa bulan lepas, kemudian menyusul pula isu undi tidak percaya dari SAPP terhadap Pak Lah, Dr Mahathir pula telah meletak jawatan kerana tidak lagi percayakan kepimpinan Pak Lah manakala dalam masa yang sama Tengku Razaleigh juga tidak mahu ketinggalan mengintai peluang menjadi Presiden UMNO. Beberapa hari lepas, Muhyidin Yassin pula beraksi di pentas apabila mencadangkan agar pelan peralihan kuasa tersebut dilakukan lebih cepat dari tempohnya. Kemudian timbul pula isu percanggahan pendapat tentang ISA di antara Zaid Ibrahim dan Syed Hamid Albar yang diakhiri dengan peletakan jawatan Zaid dari kabinet. Terbaru, Pak Lah mengumunkan pertukaran (switching) portfolio Menteri Kewangan 1 dan Menteri Pertahanan di antara beliau dan Timbalannya. Semuanya ini berlaku dalam tempoh yang amat singkat. Tentunya masing-masing pihak sekarang ini amat sibuk memikirkan strategi untuk kepentingan masing-masing! Yang berkuasa masih tamak dan tidak mahu turun dari kerusi yang menjanjikan seribu satu macam kemewahan manakala yang merasa ada peluang pula tidak mahu terlepas untuk berebut takhta dan singgahsana. Sebagai seorang Muslim, satu perkara yang perlu kita pertimbangkan adalah, apakah segala fenomena yang berlaku ini memberi kebaikan kepada umat Islam, atau lebih jauh dari ini, apakah telah selesai masalah kita umat Islam, atau semakin bertambah kesengsaraan kita dengan percakaran yang berlaku di peringkat atasan ini? Apakah kebaikan yang kita perolehi dari semua ini berbanding berapa lama kita sudah ketiadaan Khilafah yang menjaga kita semua? Inilah yang sepatutnya difokuskan oleh umat Islam. Sandiwara sekarang yang sentiasa dimainkan oleh para pelakon layarnya hanyalah drama politik yang tidak akan pernah memberi penyelesaian kepada masalah umat Islam. Mereka tidak lebih daripada watak-watak yang akan membawa kebaikan dan kepentingan kepada diri mereka sendiri dan kepada beberapa kerat yang rapat dengan mereka. Dalam diri mereka, umat Islam dan Islam itu sendiri bukanlah agenda yang perlu diutamakan. Biar apa pun yang berlaku, kepentingan diri adalah sentiasa terkehadapan berbanding yang lainnya. Hal ini adalah lumrah kerana amalan politik hari ini langsung tidak lari dari politik kepentingan tajaan ideologi Barat yang sekular. Politik Islam adalah bermaksud mengurusi urusan rakyat dengan syariah. Umat Islam dan manusia seluruhnya wajib diatur dengan hukum-hakam Islam, bukan selainnya. Pemimpin Islam yang memimpin dan menjalankan urusan politik sentiasa dipimpin oleh taqwallah dan hukum syarak, mereka takut kepada azab akhirat yang amat pedih dan menjadikan kepimpinan sebagai suatu amanah yang amat berat hingga mereka sangat berhati-hati ketika memikulnya. Lihatlah bagaimana kisah para Khalifah Rasyidun yang begitu tawadhuk pemimpin amanah kerana takutkan azab Allah. Juga, Khalifah lainnya seperti Harun Ar-Rasyid yang menangis tertunduk apabila ditegur oleh Imam al-Fudhail menunjukkan betapa pemimpin Islam itu sangat peka dengan tanggungjawabnya di dunia. Mereka semua mengurus urusan rakyat dengan syariat dan menyebarkan agama Allah ke seluruh pelosok alam. Bandingkanlah politik mereka dengan ‘politik kepentingan’ yang berlaku dalam negara kita sekarang. Alangkah jauhnya para politikus kita dari kebenaran. Perlu kita sedari bahawa mainan politik yang berlaku di sekeliling kita adalah tidak lebih dari permainan politik sekular warisan penjajah yang mana masing-masing pihak yang bertelagah cuba memanjangkan tempoh hegemoni sekular mereka ke atas kita, sesuai dengan kehendak Barat. Penjajahan yang Barat lakukan secara ‘halus’ ini sentiasa dilakukan tanpa putus asa agar kita sentiasa terpengaruh dengan racun yang mereka suntik melalui para pelakon yang telah ‘terdidik’ dengan tsaqafah mereka ini. Sebagi Muslim, apa yang penting bagi kita adalah Islam. Segalanya fenomena yang berlaku sekarang wajib diukur dengan Islam, yakni sama ada ia bersesuaian dengan tuntutan Islam atau sebaliknya. Islamlah yang mesti kita jadikan standard berfikir dalam mengukur kebenaran dan kebatilan terhadap senario politik yang tidak menentu yang berlaku saat ini. Dengan berfikir secara Islam sahajalah, maka kita akan dapat menghindarkan diri kita dari terpengaruh dengan racun sekular Barat ini. Isu politik dan isu peralihan kuasa ini tidak akan, dan tidak akan pernah membawa apa-apa erti kepada kita umat Islam, sekiranya yang memimpin kita bukannya pemimpin yang mempunyai pemikiran Islam. Biarpun 1001 kali pemimpin bertukar sekalipun, apalah gunanya jika sang sekular yang tetap berada di atas dan nasib umat Islam tidak pernah terbela dengan hukum-hakam dari Al-Quran dan Sunah. Kita memerlukan sistem (dan pemimpin) Islam yang tulen, bukan mereka yang datangnya dari celupan Barat! Kita memerlukan seorang Khalifah yang memerintah dengan apa yang Allah kehendaki dan melarang dengan apa yang Allah tegahi. Inilah sebenar-benarnya pemimpin di dalam Islam! Pertelagahan sekular yang semakin parah ini sesungguhnya hanya menunjukkan hakikat kerapuhan sistem yang datangnya dari Barat ini. Sememangya itulah sifat semulajadi sekularisme yang lahir dari Ideologi Kapitalis yang memisahkan agama dari kehidupan. Walaupun dari segi agamanya, para pemimpin kita adalah Muslim, namun dek kerana ideologi Kapitalis-sekular yang mendominasi pemikiran mereka, maka pertelagahan dan perebutan yang berlaku ini adalah lumrah bagi penganut ideologi ini kerana masing-masing hidup hanya untuk meraih sebanyak mungkin 'manfaat', bukannya hidup untuk mematuhi perintah dan larangan Allah sebagai persiapan diri menuju ke akhirat. Sesungguhnya Ideologi sekular ini tidak lama lagi akan berakhir dan Khilafah sekarang sebenarnya semakin melangkah setapak demi setapak dengan gagahnya untuk menampilkan dirinya yang telah lama menghilang. Kedatangannya kali ini akan menghapuskan segala Ideologi kufur yang membelenggu umat Islam selama ini dan seterusnya ia akan membawa agama Allah ini untuk dizahirkan di atas segala agama dan ideologi lainnya. Di saat kemunculannya, maka akan berkuburlah sekular yang sedang retak menanti belah ini. Insya Allah. Perasap : Apa yang penting ialah Pemimpin dipilih untuk memberikan khidmat kepada rakyat,menjaga kebajikan rakyat dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Siapakah yang paling layak...??? " Copy&Paste by: Panglima

Gesaan untuk PM mengadakan sidang Parlimen Tergempar pada 23 sept 2008

Hari ini pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul “Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau” dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23hb September 2008. Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif. Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang. Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah. Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas. Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata. Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa. Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat. Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara. Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas. Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008. ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Copy&Paste by: Panglima

Thursday, September 18, 2008

CONFIRM STARBUCK & COFFEE BEAN TAK HALAL.......

CONFIRM STARBUCK & COFFEE BEAN TAK HALAL....... JAKIM Announcement - Starbucks HARAM, ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you Copy&Paste by: Panglima

Call for Emergency session of Parliment by Sept 23

Today Pakatan Rakyat leaders have submitted a letter to the Prime Minister requesting him to call an emergency session of Parliament to deliberate a motion of censure against the leadership of YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi no later than Tuesday 23 September 2008. This is in accordance with Order 11(3) of the Standing Orders of Parliament and warrants an immediate response given the gravity of today’s political impasse. A delay in his response would be interpreted as nothing short of a further sabotage of the democratic process and abuse of Executive Power. The Prime Minister’s haggling on the syntax of our first letter is puerile at best. The intent of our meeting as described in that letter was clearly to discuss the future course of the nation’s leadership – though in deference to his position and in accordance with acceptable norms we remain considerate and polite in our approach. I find the Prime Minister’s comment about me in his press conference yesterday to be reckless and irresponsible in light of the disastrous outcome of last Friday’s ISA raids. He has conflated what is essentially an issue of democracy, freedom and the rule of law with national security. The use of the ISA to harass and detain duly elected political opponents is a grave transgression of the law and its continued use would further erode confidence in the current government and exacerbate political instability. As the incumbent Prime Minister actively holding office and exercising all Executive powers, and as the outgoing Finance Minister, we hold him fully accountable for the current political turmoil and mismanagement of the nation’s economy. His accusation that I have had an adverse impact on the nation’s economy is entirely without basis. I have met with the key fund managers in the region, representing over USD 1 trillion in assets, and on multiple occasions they were unanimously in support of comprehensive reforms in Malaysia including judicial independence, a free media, a more professional police force and anti-corruption agency, investor friendly laws and assurances on the non-interference of politicians in the governance of Bank Negara. These are policies Pakatan Rakyat has promised to implement– and initiatives that the current administration has done virtually nothing to advance since March 8th. ANWAR IBRAHIM Leader of Opposition De-facto leader, Keadilan Copy&Paste by: Panglima

DSAI tuntut diadakan sidang Parlimen Tergempar selewat-lewatnya 23 Sept...

Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, selewat-lewatnya pada 23 September, kerana mendakwa dewan telah hilang kepercayaan kepada perdana menteri dan kerajaan pimpinannya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, surat itu dibuat mengikut Peraturan 11 (3) Parlimen dan menuntut tindakan segera diambil kerana permasalahan politik yang berpanjangan. Katanya, surat tersebut ditandatangani oleh beliau sendiri, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Copy&Paste by: Panglima

Malaysia sudah semakin parah...!!!!

Indeks Komposit Bursa Malaysia hari ini menjunam ke bawah paras garis psikologi 1000 mata dimana pada pukul 10.36 pagi ini, indeks komposit ialah pada kedudukan 973. 35 mata, penurunan sebanyak hampir 30 mata daripada mata penutup petang semalam. Kaunter-kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 458 rugi berbnding cuma 47 untung sementara 100 tidak berubah. Di kebanyakan negara Asia, indeks-indeks merudum teruk, Kospi di Korea turun 34.53 mata atau 2.42% kepada 1,390.73, Nikkei Jepun 225 jatuh 2.81% kepada 11,420.02 dan indeks Straits Times Singapura turun 3.21% kepada 2,341.6. Keseluruhan sentimen pasaran adalah lemah apabila pelabur masih bimbang dengan keadaan politik tempatan yang tidak menentu dan krisis kewangan AS berikutan keruntuhan bank pelaburan gergasi Lehman Brothers dan penurunan gred penarafan ke atas kumpulan insurans utama AS, American International Group. Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertindak menyelamatkan, American International Group Inc (AIG), iaitu tindakan menyelamat kali kedua dalam bulan ini bagi mengelakkan kegagalan syarikat insurans itu telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan serta mengancam ekonomi negara itu yang sudah sedia rapuh. Pelabur asing juga terus melepaskan pegangan mereka dalam saham perladangan dan kewangan dengan kaunter utama dalam sektor ini mengalami kejatuhan menjunam. Ini diperburukkan dengan keadaan ketidakstabilan politik negara di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dimana Parti Maju Sabah (SAPP) telah bertindak keluar daripada Barisan Nasional yang menyebabkan majoriti kerajaan BN di Parlimen telah menurun menjadi 54 apabila dua orang ahli parlimen SAPP akan ditempatkan di kerusi pembangkang. Tuduhan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi terhadap Datuk Seri Anwar kononnya Datuk Seri Anwar merupakan satu ancaman kepada ekonomi dan keslmatan negara telah ditolak mentah oleh rakyat kerana ia jlas merupakan satu eskapisme Datuk Seri Abdullah terhdap kelemahan pemerintahannya dan kini cuba mempersalahkan orang lain. Pertukaran portfolio diantara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib tidak mampu untuk meyakinkan rakyat khusunya para pelabur keana pertamanya, kemusnahan telah pun berlaku (damage has been done) dan kelayakan Najib untuk mentadbir dan mengurus ekonomi negara juga diragui kerana beliau dikenali sebagai pemimpin yang suka melakukan pembaziran. Cadangan ,beliau untuk menganugerahkan RM1juta kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik baru lalu adalah satu bukti beliau tidak tahu menguruskan dana negara dengan baik tatkala ekonomi sedang berada di ambang kejatuhan. Ramai pemerhati politik berpendapat bahaa pertukaran kerajaan nampaknya tidak berupaya untuk dielakkan apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat kerana tidak-yakinan mereka terhadap kepimpinan Abdullah-Najib.Copy&Paste by: Panglima