Friday, September 19, 2008
Apakah Plan C DSAI?
Setelah mengumumkan tarikh 16 September 2008 sebagai satu tarikh perubahan ke arah Malaysia baru melalui pengalihan kuasa kerajaan Persekutuan daripada tangan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat tidak berjaya, namun Pasca Tragedi 916 ini masih berterusan dengan pelbagai stratagi yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin dalam jemaah Pakatan Rakyat.
Sekiranya diimbas kembali Pasca Tragedi 916 ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan 2 strategi yang pertama iaitu :-
1) PLAN A - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang telah menandatangani satu surat bagi tujuan berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai 3 penahanan ISA yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan juga mengenai situasi politik semasa di Malaysia, namun desakan Anwar ini mentah-mentah ditolak oleh Abdullah dan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman secara umum siapakan gerangan ahli-ahli parlimen yang telah melompat daripada BN kepada Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim juga tidak menerima desakan Abdullah itu kerana ianya bertentangan dalam prinsip perjanjian bersama dengan mereka yang ingin melompat melainkan menunjukkan secara peribadi kepada Abdullah.
2) PLAN B - Pada 17 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sidang medianya mengemukakan 4 syarat kepada Abdullah iaitu:-
i) Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;
ii) Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;
iii) Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan
iv) Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.
Dalam PLAN B inilah, Anwar mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi tujuan usu 'undi tidak percaya kepada Abdullah sebagai PM' pada sidang media yang dilakukan pada 18 September 2008, jam 2 petang. Namun, Abdullah tanpa segan silu menolak permohonan tersebut pada hujung petang di hari yang sama dan sememangnya Abdullah perlu takut dengan Sidang Parlimen tergempar ini kerana beliau akan digulingkan sama sekali dan seterusnya kerajaan UMNO/BN akan hilang kuasa secara automatik setelah usul itu menyokong perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri.
3) PLAN C - Mungkin hari ini, 19 September 2008, Datuk Seri Anwar masih mempunyai perancangan dan strategi lanjutan kepada Pasca Tragedi 916 ini..... Sama-samalah kita nantikan dan tunggu, apa yang akan berlaku.... Namun, kerapuhan kedudukan UMNO/BN di dalam kerajaan persekutuan Malaysia semakin rapuh dan condong menyembah bumi!!!
Kesimpulannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat terus berstrategi dalam langkah untuk pengambil alihan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Abdullah Ahmad Badawi dengan strategi yang sama menolak segala desakan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan menggunakan kuasa 'veto'nya!!! Namun, langkah Abdullah itu ternyata tampak bijak untuk kedudukan beliau dan UMNO/BN bagi penerusan kekuasaan mereka.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Malaysia Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment