Thursday, September 18, 2008
DSAI tuntut diadakan sidang Parlimen Tergempar selewat-lewatnya 23 Sept...
Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, selewat-lewatnya pada 23 September, kerana mendakwa dewan telah hilang kepercayaan kepada perdana menteri dan kerajaan pimpinannya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, surat itu dibuat mengikut Peraturan 11 (3) Parlimen dan menuntut tindakan segera diambil kerana permasalahan politik yang berpanjangan.
Katanya, surat tersebut ditandatangani oleh beliau sendiri, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
916 Mission
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment