Friday, September 19, 2008
Bawak la harta dan kuasa dalam lubang kubur....
Dalam kekalutan iklim politik tanah air dan juga dengan tingkah laku para pembesar2 negara mutakhir ini,amatlah malang rasanya bagi kita sebagai rakyat Malaysia kerana terhimpit didalam kemelut kepimpinan negara yang sudah hampir tidak lagi mempedulikan nasib serta kesinambungan hidup rakyat yang semakin hari semakin terjerat dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan imej Negara Membangun yang paling menonjol dikalangan negara lain di Asia , kini telah menjadi sebuah negara yang menjadi perhatian hampir seluruh dunia bukan kerana imej negara membangunnya, tetapi terkenal dengan kecelaruan POLITIKNYA.
Ini disebabkan oleh sikap Pemerintah yang ada sekarang ini, yang terlalu EGO dan BESAR KEPALA seolah-olah hanya merekalah sahaja yang mampu untuk mentadbir negara ini dengan baik tanpa memikirkan Hak serta Kemampuan orang lain. Ini adalah ciri-ciri sebuah negara Diktator, yang akan memastikan mereka akan terus berkuasa walau dengan apa cara sekalipun.
Perdana Menteri yang mengepalai kerajaan ketika ini amat tidak peka dengan iklim perubahan yang sedang melanda suasana politik ketika ini,. dengan tumbangnya 5 negeri pada PRU lepas ternyata beliau masih tidak memahami signal yang diberikan oleh Rakyat Marhaen yang kini sudah muak dengan gaya kepimpinannya dan juga parti yang dipimpinnya.
Dari pelbagai penjuru telah kita dengar suara yang menghendaki beliau berundur demi kebaikan rakyat namun beliau dengan sikap " KERAS BIJINYA " tetap mempertahankan diri dan kedudukannya.
Sungguh malang rakyat Malaysia mempunyai Pemimpin seperti ini,.
Kalau kita bandingkan dengan negara Jepun contohnya,.. Pemimpin mereka mempunyai Marwah walaupun bukan beragama Islam. Sedikit sahaja mereka gagal menjalankan tugas dengan baik, maka mereka
dengan rela hati meletakkan jawatan sebelum ada desakkan untuk berbuat demikian. Tapi di Malaysia ??????????....
Biarlah orang-orang UMNO sahaja yang menjawab soalan ini........
Bermarwahkah lagi bangsa kita ini ??? jika Pemimpin pun
bersikap seperti itu ??....Apa kesannya terhadap rakyat dengan kedegilan sikap Pemimpin sebegini ??/........
Jika sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negara ini, serahkan sahaja pada orang lain. Janganlah memperjudikan nasib rakyat dan bangsa ini diatas sikap sombong dan degilmu.
Cukuplah selama 50 tahun memerintah ini, dengan segala wayang yang dipertontonkan kepada rakyat. Janganlah merasa angkuh dan sombong sehingga lupa daratan. Kembalikanlah kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negara ini sebelum keadaan lebih parah lagi.
Rakyat kebanyakan telahpun memilih wakil mereka didalam Pakatan Rakyat,... serahkan sahaja kepada PR untuk mentadbir negara ini kerana rakyat ingin melihat suatu pembaharuan dalam urus tadbir yang telus dan tidak dipenuhi dengan budaya Kronisme dan Nepotisme...
Sekali lagi penulis menyeru kepada PM,.. inilah masa yang amat baik untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat dan bukannya kepada Dato' Sri Na..............?.
Wassalam.
Perasap : Inilah satu contoh mereka yang mabuk kuasa dan lupa pada mati...mereka bijak tetapi tidak bertakwa kepada Allah. Nafsu serakah mencucuk awan...takwa tenggelam dan terus layu sehinggalah Allah berikan hidayah kepada mereka ini..
Cuma kita takut mereka terlambat untuk bertaubat kepada Allah serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia...
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Malaysia Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment