Thursday, September 18, 2008
Malaysia akan dijajah ....?
Seluruh Negara telah mengetahui bahawa Pak Lah telah bertukar portfolio menteri Kewangan I kepada Menteri Pertahanan dengan Datuk Sri Najib Tun Razak. Perlbagai andaian dan tanggapan telah dikeluarkan oleh banyak pihak.
Antaranya ialah sebagai salah satu langkah proses peralihan kuasa. Namun andaian ramai pihak yang paling jelas ialah pertukaran ini dibuat sebagai salah satu alternatif terakhir oleh Pak Lah bagi memperolehi kuasa dalam bidang ketenteraan bagi menghadapi serangan politik oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim. Sekiranya berlaku kemungkinan peralihan kerajaan, Pak Lah dan orang-orang dikelilingnya melihat kuasa tentera harus digerakkan bagi menghadapi DSAI dan gelombang kebangkitan rakyat.
Namun, jika kita menilai, mengkaji dan menyiasat, tahukah kita pihak manakah yang akan memperolehi keuntungan sekiranya Pak Lah menjadi menteri Pertahanan. Percayalah, walau dari sudut mana pun kita menilai, mengkaji dan menyiasat, kita akan dapati di hujungnya bahawa pihak yang paling beruntung ialah Singapura.
Kita harus akur dan sedar bahawa dalam tempoh 4-5 tahun yang lalu, Singapura melalui konglemerat milik kerajaannya dan syarikat-syarikat sekutunya telah menggunakan sepenuhnya kuasa dan pengaruhnya untuk memperolehi keuntungan dalam transaksi kewangan bukan sahaja di Malaysia malah di Thailand. Lihatlah di kala hayat Thaksin menjadi PM Thailand, Singapura jelas telah memperolehi keuntungan dengan pemilikan beberapa saham utama konglemerat di Thailand serta berjaya membida beberapa projek mega dan hartanah strategik di Thailand. Tidak hairanlah, Ketua Tentera di Thailand merasakan pemerintahan Thaksin sebagai satu ancaman kepada negara.
Tanpa kita sedari juga Singapura telah memperolehi pelbagai keuntungan kewangan di Malaysia sejak Pak Lah memegang portfolio menteri Kewangan I Malaysia. Temasek Holding dan pelbagai syarikat sekutunya bukan sahaja telah berjaya membeli pelbagai saham dalam konglemerat utama di Malaysia malah juga telah berjaya melupuskan beberapa syarikat yang tidak menguntungkan kepada konglemerat di Malaysia dengan kelulusan `SEGERA' pelbagai pihak di Malaysia seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Kewangan.
Bukan sedikit syarikat Singapura yang meperolehi keuntungan hasil transaksi hartanah bernilai jutaan ringgit di Iskandar Malaysia. Terbaru ialah berita mengenai usaha Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menguasai saham PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII)dari Fullerton Financial Holdings Pte Ltd bakal menjadi liabiliti yang besar ekoran tidak diluluskan oleh Badan Pengawas Pasar Modal dan Lembaga Keuangan (Bapepam) Indonesia. Bohonglah jika kita mengandaikan bahawa Maybank tidak akan rugi sedangkan umum sudah mengetahui jika pengambilalihan BII gagal, deposit awal Maybank berjumlah kira-kira RM480 juta mungkin akan lupus. Soalnya, adakah nilai seunit saham BII telah dibeli dengan harga yang munasabah dan berpatutan. Dan kalau betulpun, Maybank ada banyak duit bagi transaksi aktiviti pelaburan antarabangsanya, kenapa perlu membeli BII yang diketahui oleh ramai pakar ekonomi sebagai sebuah bank yang bermasalah?
Dalam belanjawan 2006, Pak Lah telah memperkenalkan konsep pengurangan cukai melalui pemindahan rugi antara syarikat-syarikat yang berada dibawah satu kumpulan yang bermakna kerugian mana-mana anak syarikat boleh diserap oleh syarikat induk dan sebaliknya. Kesan yang nyata dari kelonggaran ini ialah, pelbagai syarikat konglemerat Malaysia yang dikuasai oleh pelbagai agensi pelaburan dan syarikat Singapura telah mengambil bahagian dengan aktif dan memperolehi keuntungan berlipat-ganda dari segi penjimatan cukai pendapatan. Disebalik kemurahan hati oleh kerajaan menerusi kementerian kewangan ini, syarikat dan rakyat Malaysia masih terkial-kial membayar cukai pendapatan yang tinggi.
Masih tidak percaya yang pihak di Singapura memperolehi banyak keuntungan sejak Pak Lah menjadi Menteri Kewangan I? Baiklah. Sekarang tanyalah kepada mana-mana kawan atau saudara-mara yang bekerja di mana-mana syarikat konglemerat di Malaysia lebih-lebih lagi yang sahamnya dikuasai oleh Khazanah Holding. Siapakah pihak yang menjadi agen pelaburan kepada syarikat berkenaan? Percayalah dari sudut manapun kita menyiasat, jawapan akhir yang akan kita perolehi ialah sebuah syarikat pelaburan yang berpengkalan di Singapura. Semakan saya sendiri mendapati hampir 80% daripada syarikat perunding amanah saham dan insurans di Malaysia menggunakan khidmat agen pelaburan Singapura. Kesian sungguh Malaysia, hingga kini tidak memiliki ramai pakar dalam bidang pelaburan.
Cukuplah kita ketahui bahawa Temasek Holding melalui syarikat sekutunya telah menguasai industri telekomunikasi di Thailand dan Indonesia. Adakah kita ingin biarkan syarikat telekomunikasi di Malaysia juga mengalami nasib yang sama? Mungkin telah ramai mengetahui bahawa sebuah syarikat perunding dari Singapura telah memperolehi projek berjuta ringgit dari sebuah agensi di kementeria Dalam Negeri. Kini dengan Pak Lah menjadi Menteri Pertahanan, projek apa pulak yang agaknya akan diperolehi oleh syarikat dari Singapura?- Lihat-
Copy&Paste by: Panglima
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment