Thursday, September 18, 2008
AWAS...!!! Negara dalam BAHAYA!!!!!..
Bila Abdullah Badawi kuasai MINDEF, banyak kemungkinan boleh terjadi. Ini kerana segelintir manusia di sekeliling Abdullah adalah malaun besar yang sanggup buat apa saja untuk kaut duit - gadai kedaulatan negara, tak apa; gadai rahsia negara, tak apa; gadai rahsia pertahanan dan ketenteraan negara pun tak apa!
Memang ada rakyat Malaysia yang insaf dan sedar akan kemungkinan bahaya bila MINDEF dikuasai sepenuhnya oleh Abdullah. Tapi mereka hanya menumpu kepada kemungkinan soal kontrek bawah MINDEF yang berbillion ringgit akan dibolot oleh malaun-malaun besar di sekeliling Abdullah.
Kita jangan lupa. Bahayanya adalah membabitkan perkara yang lebih besar, lebih kritikal, lebih strategik dan lebih penting. Bahaya ini membabitkan kemungkinan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara dibocorkan atau dijual kepada pihak musuh, termasuk seekor todak di selatan tanahair.
Mustahil perkara ini tidak berlaku. Kalau Iskandar Malaysia yang dikenalpasti sebagai kawasan yang mengandungi rizab air bawah tanah terbesar di dunia pun boleh di kuasai oleh Singapura di zaman Abdullah, sapa boleh gerenti jangkaan-jangkaan di atas tak boleh berlaku?
Tulisan ini bukan berniat menghasut. Tapi berniat menginsafkan rakyat Malaysia seluruhnya akan bahaya di depan tangga bila MINDEF bertukar tangan dari Najib kepada Abdullah.
Soal kontrek MINDEF soal kacang putih. Sapa nak bolot kontrek ni dia punya pasal. Tapi, soal rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara adalah soal besar dan soal strategik. Terutama sekali bila todak di selatan kita sama mentalitinya dengan Israel dan jadi proksi zionis paling utama di Asia Tenggara.
Memang Abdullah tak mungkin buat semua perkara yang akan menjejaskan pertahanan negara. Beliau seorang patriot. Tapi, malaun-malaun di sekeliling Abdullah macam mana? Kita percaya ke dia orang ni? Kita tak cemburu ke dengan kemungkinan-kemungkinan yang boleh dilakukan oleh kumpulan ini? Hendak-hendaknya bila kita dengar banyak cerita yang Abdullah di kelilingi oleh segelintir malaun yang sudah dikuasai oleh pihak asing!
Satu contoh. Di bawah MINDEF ada bahagian yang dikenali sebagai Military Intelligence atau Perisikan Tentera. Maklumat-maklumat yang dikutip oleh Militrary Intelligence dipercayai lebih autoratatif dari yang lain-lainnya. Apa jadi kalau maklumat-maklumat ini dibocorkan kepada pihak asing, bukan oleh pihak perisikan tentera, tetapi oleh malaun-malaun yang menguasai Abdullah?
Satu lagi contoh. Amerika Syarikat (AS) dalam abad ke-21 ini telah mengisytiharkan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai wilayah tumpuan ketenteraan mereka. AS bercita-cita membuka pangkalan tenteranya di semua lokasi stategik di wilayah ini.
AS mahu kuasai Selat Melaka. AS mahu kuasai Laut Cina Selatan. AS mahu lalulan laut dari Timur Tengah ke Timur Jauh dalam kekuasaan mereka. AS mahu laluan tangki-tangki minyak mereka dari Asia Barat ke Asia Timur dalam cengkaman mereka. Malaysia jadi littoral state atau negara pesisir utama kepada kedua-dua perairan ini.
Bagaimana kalau MINDEF setuju mengizinkan AS buka pengkalannya di pantai Barat Semenanjung untuk kuasai Selat Melaka? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Timur Semenanjung untuk kuasai Laut Cina Selatan? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Sabah untuk kuasai perairan Laut Sulu? Bagaimana?
Kita kena insaf, selama ini AS dah cuba, tapi gagal. Tapi, macam mana kalau waktu Abdullah kuasai MINDEF perkara ini berlaku? Macam mana?
Pihak yang buta hati boleh kata tulisan ini emosional. Tulisan ini didedikasikan kepada keselamatan negara tercinta. Kalau ia disifatkan sebagai emosional, katalah. Sebenarnya, emosi yang tulen dan abadilah yang mencetuskan patriotisme yang tulen lagi abadi.
Kalau tulisan yang didedikasikan kepada hakikat keselamatan tanahair ini dikatakan emosi dan menghasut, apa boleh buat? Tapi, kalau hakikat ini tidak dibicarakan sekarang, terimalah akibatnya kalau negara tercinta ini kelak dijajah secara ketenteraan, walaupun secara tidak langsung, akibat wujudnya malaun-malaun yang mengelilingi pemimpin yang buta hati!
Saya amat yakin bahawa para perwira kita di MINDEF sekali-kali tidak akan mengkompromikan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara kepada sesiapa. Oleh itu, besarlah harapan rakyat Malaysia supaya MINDEF yang dulu akan kekal seperti dulu.
Bagaimanapun, waspadalah dengan kemaraan malaun-malaun yang akan jadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut ini. Kalau mereka nak bolot seluruh projek dan kontrek MINDEF berilah. Tapi, kalau mereka nak kuasai rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara, tumpaskanlah mereka dengan serta merta.
-Ihsan-
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment