Thursday, September 4, 2008

Lapuran BPR ke-2 buat Pak Lah & Najib

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Veteran Umno Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan kedua kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwanya melakukan rasuah politik dalam pemilihan parti.Beliau turut menyerahkan sebuah album mengandungi gambar, video dan dokumen bagi menyokong aduannya itu."Apa dalam album ini saya tidak boleh beri tahu dengan terperinci. Saya cuma minta perkara ini disiasat cepat," katanya kepada pemberita.Anggota Umno dari Muar, Datuk Kadar Ninam Shah, yang mengiringi Mazlan, berkata pula jika BPR masih tidak mengambil tindakan sepatutnya dalam tempoh tertentu, tindakan susulan akan dibuat."Kalau laporan kali kedua ini juga tidak diambil berat, kami akan buat lagi laporan atau menggunakan alternatif lain seperti mahkamah," katanya.Beliau mendakwa Lembaga Disiplin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan termasuk menyiasat dakwaan seperti ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas dan disediakan penginapan di hotel dan diberi buah tangan berupa sejadah, kain pelikat dan duit belanja melalui sumber kewangan kerajaan.Pada 5 Ogos lepas, Mazlan juga ditemani Kadar, membuat laporan kepada BPR berhubung dakwaan tersebut.Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung Umno kononnya pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik.--BERNAMA Copy&Paste by: Panglima

No comments: