Thursday, September 4, 2008

Beginilah kalau dah gila kuasa...wang...sama macam di Malaysia..

BANGKOK, 4 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Thai Samak Sundaravej mengulangi lagi pendiriannya tidak akan meletak jawatan walaupun krisis politik berlaku dan kemungkinan akan membubarkan parlimen untuk menamatkan kebuntuan dengan pemprotes anti-kerajaan.Dalam satu siaran langsung Radio Thailand pagi ini, perdana menteri berusia 72 tahun itu, yang membawa kemenangan bagi Parti Kuasa Rakyat (PPP) pada pilihan raya 23 Dis, berkata beliau mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat, demokrasi dan raja."Saya tidak akan letak jawatan, saya tidak akan tunduk kepada mereka(pemprotes). Saya tidak akan lari kerana ini adalah tanggungjawab saya untuk menjaga orang di dalamnya," bekas Gabenor Bangkok itu berkata ketika beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) terus menduduki Rumah Kerajaan, pusat pentadbiran negara ini sejak 26 Ogos.Setelah banyak spekulasi sejak malam tadi bahawa beliau akan mengumum untuk meletak jawatan pagi ini, Samak berkata beliau minta maaf kerana mengecewakan ramai orang yang menunggunya untuk mengundurkan diri.Tetapi Samak juga mengesahkan bahawa Menteri Luar Tej Bunnag telah meletak jawatan disebabkan tekanan daripada ramai orang, termasuk isteri beliau yang tidak mahu beliau dikaitkan dengan kerajaan sekarang."Saya tidak kecewa dengan beliau kerana saya faham keadaannya. Beliau bekas diplomat dan tidak tahan dengan tekanan politik... tetapi menteri kabinet lain dan saya sendiri adalah ahli politik berpengalaman dan kita boleh menghadapi masalah ini," kata beliau.Selasa lepas, Samak mengisytiharkan keadaan darurat setelah pertembungan berlaku antara PAD dan penyokong anti-kerajaan yang mengakibatkan seorang terkorban dan 40 cedera, memberikan kuasa kepada tentera untuk menjaga keselamatan di ibu negara ini sementara sekatan dibuat terhadap perhimpunan politik.Samak juga mempertahankan keadaan darurat itu dengan mengatakan ia tidak menjejaskan rutin harian 10 juta penduduk Bangkok dan kemungkinan rampasan kuasa tentera.Tetapi Samak, yang juga Menteri Pertahanan, memberi amaran kepada pemimpin PAD bahawa masanya sudah tiba untuk mereka meninggalkan Rumah Kerajaan dan memberitahunya untuk menyerah diri."Askar akan memindahkan mereka menggunakan pendekatan lembut. Bagi mereka yang datang untuk memberi sokongan kepada PAD, saya hendak tanya apa objektif mereka. Konflik ini tidak baik untuk negara kerana seluruh dunia memerhatikan," kata beliau.PAD, yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran pada 2006 yang mengakibatkan perdana menteri Thaksin Shinawatra digulingkan dalam rampasan kuasa, berbuat demikian pada 26 Mei untuk mendesak Samak meletak jawatan kerana mereka mendakwa kerajaannya adalah proksi Thaksin yang kini dalam suaka politik di Britain. Copy&Paste by: Panglima

No comments: