Friday, August 22, 2008
Turun 0.15sen aje? Kenapa tak turunkan RM2?
Kerana Anwar, minyak turun. Pakatan terus komited turun 70senJumaat, 22 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh
KUALA LUMPUR, 22 OGOS (SK)- PAKATAN Rakyat terus komited dengan janji untuk menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan kelak, kata Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mengulas mengenai penurunan minyak hanya 15 sen kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, jumlah 15sen itu tidak langsung memberi kesan kepada pengguna petrol kerana telah menanggung kerugian besar akibat kenaikan lalu.
“Kami percaya kerana hujah yang dikemukan Anwar sebelum ini telah mendesak agar minyak diturunkan jesturu mereka terpaksa akur dan terdesak untuk turunkan harga minyak sebelum hari pengundian,” katanya.
Shamsul turut berkata, penurunan minyak ini sama seperti sumpah yang dilakukan Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum penamaan calon yang mendakwa dirinya diliwat.
“Bagi kami, ini adalah gimik politik Barisan Nasional untuk menghadapi pengundi Permatang Pauh. Sekiranya hanya 15 sen, ini tidak memadai langsung,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment