Sunday, August 24, 2008

Kah..kah...kah...ini orang tak perlukan jawatan untuk perintah Malaysia..

Gagal tetapi janji 16 September Anwar perlu berundur - Khairy23-08-2008 03:41:14 AM Oleh G. MANIMARAN PERMATANG PAUH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertaruhkan jawatannya itu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September ini.Sebaliknya, kata Khairy, jika Anwar gagal untuk mengotakan apa yang telah diperkatakan sejak tiga bulan yang lalu, beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat."Saya akan meletakkan jawatan, saya pertaruh jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda."Saya akan meletakkan jawatan pada 16 September.... tapi balasannya, kalau dia (Anwar) tidak bentuk kerajaan, dia perlu letak jawatan," kata beliau ketika berucap di Bilik Gerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pasir dekat sini malam tadi."Saya minta Anwar letak jawatan... Ini perjanjian gentelmen," katanya lagi.Turut berucap pada sesi kempen itu ialah dua bekas orang kuat Anwar iaitu Ezam Mohd Noor dan Datuk S. Nallakaruppan.Dalam pada itu ketika bercakap kepada wartawan selepas kempen itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau mencabar Anwar supaya bersumpah bagi membersihkan namanya seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak malam tadi.Kata beliau, kesediaan Najib bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu malam tadi untuk menafikan beliau kenal dan mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuat untuk mencari kebenaran berikutan diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar."Soalnya sekarang ini kita semua hendak mencari kebenaran dan Datuk Seri Najib diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar. "Oleh itu dia rasa terpanggil untuk membersihkan namanya secara Islam," kata Khairy yang telah berulang kali mencabar Anwar supaya bersumpah. Banyak pihak telah mencabar Anwar supaya turut bersumpah sebagaimana dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu.Khairy berkata, Anwar patut melakukan perkara yang sama menurut cara Islam."Bagi orang Melayu, jika timbul sebarang keraguan mengenai sesuatu perkara, bersumpah di masjid, itu menandakan satu pendekatan yang serius untuk membela diri," katanya.

No comments: