satu lagi halangan dilepasi DSAIDilulus terbit pada Saturday, August 16 @ 17:37:07 MYT oleh greenboc Oleh notan"Assalamu 'alaikum,,..Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..Pengesahan penerimaan pencalonan DSAI di PRK PP pagi ini melegakan penyokong PR.DSAI yang diiringi lebih kurang 50 ribu penyokong berbanding lebih kurang 5 ribu penyokong calon BN menjelaskan kekaburan berikutan percubaan menyekat beliau dari bertanding.Maka sahlah sekarang DSAI melepasi satu lagi halangan menuju destinasinya, Putra Jaya.
Kini harapan penyokong PR dipikul oleh DSAI dan harapan DSAI dipikul bersama penyokong PR.Mesej semakin jelas kedengaran dan semakin diterima rakyat bahawa perjuangan ini bukan untuk DSAI tetapi kerana DSAI.Perjuangan ini ialah perjuangan PR,bukannya perjuangan peribadi DSAI.Di ambang PRK PP ini juga,rakyat disajikan dengan sumpah mubahalah si penuduh dan dimainkan saban hari oleh media perdana.Lagu lama dan taktik lama masih dialunkan oleh BN tetapi kali ini rakyat tak mudah lupa seperti orang UMNO mudah lupa.DSAI secara resmi dinamakan sebagai calon PR di PRK PP.Satu lagi ketakutan diatasi sekaligus membuka jalan yang lebih luas di hadapan.Seiring dengan PRK PP ini ialah kenyataan Tok Guru presiden PAS yang menegaskan sokongan tidak berbelah bagi kepada DSAI.Satu suntikan dan satu penjelasan kepada kesamaran yang cuba dimainkan oleh BN menerusi media perdana.BN kalah lagi,itulah mesej jelas dari kenyataan Tok Guru ini,terlebih lagi diucapan dasarnya Tok Guru juga menjelaskan perkara yang cuba diputarbelit selama 2/3 mnggu ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang sakit.Tok Guru juga tegas menyatakan keyakinannya bahawa DSAI tidak bersalah dan mubahalah sipenuduh bermotif politik,sekaligus mengesahkan kenyataan yang sama oleh DSAI yang dibuat sebelum ini.Rakyat sudah tahu dan faham kenapa mubahalah itu tidak perlu dan tidak menjejaskan sedikitpun sokongan kepada DSAI malah diyakini bakal menambah sokongan.Nampaknya BN semakin terdesak.semua percubaan menyekat DSAI gagal tetapi BN masih ada SPR untuk terus mencuba menyekat DSAI.Dari itu kepada penyokong PR teruskan usaha sambil teruskan berdoa agar PR diberi pertolongan ALLAH.Kepada petugas PRK PP dari PR,selamat bertugas kepada kalian dan sambutlah salam perjuangan dari ana yang jauh ini." petikan dari tranugkite online.
No comments:
Post a Comment