Saturday, August 16, 2008

Pertembungan 3 penjuru sudah bermula...

Tepat Jam 11.45 pagi tadi Pengurus Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, Roslan Yahya telah mengumumkan tiga calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini. Calon KeADILan/Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim Calon Umno/BN - Datuk Arif Shah Omar Shah Calon AKIM - Hanafi Mamat Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri. Suasana di Institut Perguruan Tuanku Bainun meriah seawal jam 7.00 pagi, dengan dianggarkan lebih 50000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan padang berbanding BN yang dianggarkan sekitar 5000 sahaja. Kawasan berhampiran dilaporkan sesak hampir 3.5 kilometer dengan kehadiran memberangsangkan penyokong Pakatan Rakyat. Laungan reformasi dan bacaan selawat terus dilaungkan penyokong Pakatan Rakyat sepanjang menunggu pengumuman rasmi daripada SPR. Gelombang rakyat kini secara rasminya telah bermula!

No comments: