Thursday, January 14, 2010

Berdiam diri ?

Salam, Buka aje musim persekolahan, ribuan ibubapa merungut mengenai bayaran yuran persekolahan yg membebankan.Anak2 di asrama pula dibenaran balik ke rumah 1 kali seminggu kerana pihak berkenaan kurang peruntukan terutamanye di dalam kos untuk penyediaan makanan. Rakyat pula dikejutkan oleh kenaikan harga bahan asas iaitu gula pada kadar RM0.20/kilo.Khabarnya ada lagi kenaikan harga petrol dsb. Cerita di akhbar pula hanya menyebarkan berita rasuah itu ini,permainan nama Allah, tuduh-menuduh sesama orang dalaman parti, pembunuhan yang tak sudah2 serta macam2 lagi.Kita hanya dijamukan dengan berita negatif setiap hari dan disekeliling kita ramai orang mengeluh dengan tekanan hidup ini. Tidakkah kita perhatikan bahawa kurangnya mengenai perasmian kilang2 baru ?kemasukan pelabur dalam negara?,urusniaga2 ataupun Memorendum of Understanding ( MOU )di tandatangangi diperingkat antarabangsa? Apakah maksud semua ini? Awas...negara kita mungkin berada di ambang kemusnahan/muflis sekiranya kuasa kerajaan masih dipegang oleh mereka yang tamak dan rakus. Kita tentu tidak mahu keturunan kita menyalahkan kita di atas kealpaan kita sekarang - Pang5

No comments: