Wednesday, January 27, 2010

7 org mualaf Islam sasaran bunuh

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin. Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang. Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu. Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam. “Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa. “Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan. Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga. “Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim. Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu. Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit. Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun. Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah. “Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi. “Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap. “Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya. Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam. “Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi. “Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya. Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu. “Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya. ### - MANA! MANA! MANA! PEJUANG ISLAM , MANA JAKIM, MANA PUSAT ZAKAT ,MANA HERO2 BILA ADA ISU KALIMAH ALLAH ! MANA! MANA!SEMUANYA HANYA UNTUK MENDAPATKAN PUJIAN DARI PARTI MASING2. INILAH ORANG YANG WAJIB DIBANTU SAUDARA - SAUDARA.SEKIRANYA BELIAU DAN KELUARGA BERPALING DARI AGAMA ISLAM...SELURUH UMAT ISLAM MENDAPAT DOSANYA...INGAT!!! Copy&Paste by: Panglima

Friday, January 22, 2010

Apasal u all bodoh sangat...????

Kenapa kita bangang sangat???? 4RAKYAT said... PART 1 dear tb, it must be frustating to have your own people acting to stupidly. no substance. no career. no future. but having lots of spare time to spend on trvilialities. no economics knowledge. melayu umno curi duit, dia orang tak kisah. just spending all their spare time on trivialities. lepak. where got future like that? maybe they hope umno can take care of them when they are old. sendiri tak ada duit, biasanya harap2 anak2 jangan jadi macam sendiri. tapi, ini bukan, mata belum buka, hati belum buka, tanya pasal isu penting seperti pkfz dan sukhoi jet komisyen, mereka tak hentam tuan mereka umno sendiri. dah bertahun2 dah...umno successful in planting rubbish into their brains... only good for unresourceful acts. jaguh kampung. good only for useless syok-sendiri deeds. PART 2 end of the day, they all still pakai kapcai, beli rokok sebatang rm1, jadi jaga, dispatch, hantar barang, polis pc....but their umno ketua2 bahagian istana besar, kereta 5 biji, bini 5, artis muda yang sanggup gadai badan kononnya itu 'jodoh'.... this is the type of malays(ians) that are dragging all of the other malays(ians) down. i believe it. if i ask any of them what are the real issues of corruption, or the declining foreign direct investments, how much oil is left in malaysian shores, for how long will oil money can support malaysia, how much is essential goods in singapore or the state of any business in malaysia...these losers will know nothing. they know how much one batang cigarette costs bcos they always buy by the batang. no money to buy one whole packet. why?? bcos no real kerja. lepas kerja, pergi jadi mat rempit. salahkan cina lagi. salahkan kristian lagi. salahkan mak. salahkan bapak. tapi tak pernah salahkan sendiri. Part 3 tak nak open minda sendiri supaya boleh berfikir secara rasional, pandai ekonomi, pandai tahu siapa rasuah berjuta2 berbilion2...ini semua tak nak. janji dapat lepak dan berangan2 nak rampas seberapa kecil bahagian hak orang lain yang masih tinggal. tak nak berusaha sendiri. tak nak belajar niaga. tak nak sembang pasal cari makan. hanya nak jadi cakap kosong besar macam jaguh kampung supaya disegani oleh rakan2 yang pun macam dia juga. pakai kapcai. beli satu batang rokok. makan nasi lemak bungkus 1.20. dia orang ni tak tanya kenapa ketua2 bahagian umno semua kaya-raya. duit siapa yang dia orang curi? yes, i can bet my life most these ketua bahagian umno are robbers and thieves. but these umno know how to play the game. these umno fcukers keep on memperbodohkan remaja melayu supaya menjadi pak turut. these umno fcukers poison these young malays minds to that they hate chrisitians, non-malays etc... dap is a favourite bogeymen that umno uses all the time. and the sad thing is that remaja melayu kebanyakan termakan. and as long as these young malays(sians) kena tipu dan masih tak nak bangun, maka terjaminlah hak umno terus membelot rakyat. PART 4 every now and then, umno create a non-issue like this 'allah' thingy, and these stupid malays(sians) termakan. umno says, hak islam tercabar. hak melayu tercabar. what the??? who wants to cabar you orang. cari makan pun tak cukup masa lor... kalau u orang tak nak cari makan, orang lain nak. kalau tak nak contribute, step aside. dont kacau2... like i said, sekarang pasal isu 'allah', umno senyum sendiri. pasal apa?? pasal pkfz tak banyak orang tanya lagi. istana toyol. disneyland trip by toyol N family. martrade direct nego. hospital shah alam. ini semua kes terang2 rasuah, siapa yang bongkar?? pakatan rakyat. tapi all these losers in your comment page here...what do they do? buat macam pekak. buat macam buta. tak dengar. tak nampak. nik aziz ada kek rm650, ketua bahagian umno buat laporan macc. toyol pakai rm1,500,000 pergi melancong pakai duit rakyat, mereka ni semua diam. ini muslim kah? islam macam itu kah? buta kah? pekak kah? PART 5 kalau camtu, i gerenti u orang akan terus dijajah minda dan badan oleh syaitan-umno ni...dulu kini dan selamanya. umno boleh rompak rm10 drp u, kasi balik lu orang rm1 dan u orang ni happy juga. pasal apa? pasal u orang tak tahu yang patutnya u dapat rm10. u orang ingat itu duit umno yang kasi u. aiyo...so stupid lah u all. it's your money. umno blindfolds u, rapes u, then open up the blindfolds and tell u it was the chinese/indians/chrisitians that rape u. and u all mengamok, percaya kpd parti syaitan-umno ni. dont say i talk nonsense. umno has been in power since day one. they control everything since 1957. dah 53 tahun ni...apa yang mat rempit dapat? apa yang dispatch boy dapat? toyol rm1,500,000 pakai duit u orang pergi melancong ke disneyland, u orang semua tak hentam pasal apa??? pasal u orang buta dan pekak. lagipun, sekarang ada isu 'allah', jadi u orang ada topik lah. boleh berlagak sebagai muslim yang serba taat kpd allah, nak mempertahankan allah etc... talk talk talk talk.... no money... but talk talk talk only. 4RAKYAT PART 6 u think allah needs u stupid losers to fight for him kah?? u take care of yourselves first lah. nak orang respect, mesti kerja. mesti pandai. mesti buka minda. mesti boleh berbincang. jangan asyik2 mengamok. jangan asyik berangan2. jangan asyik lepak. perangia kau orang macam ni lah yang diidamkan oleh para ketua2 bahagian umno supaya easily they can control u. pasal u orang stupid. kasi rm10, boleh jual diri. pasal boleh beli 10 batang rokok. jadi, umno adalah segala-galanya bagi kamu semua. good...nevermind. u continue to be like this. it is not my life... but i am angry because u losers are dragging me down with you. pasal u orang bodoh. pasal u orang tak belajar. pasal u orang bazir masa buat perkara yang tak berfaedah. pasal u orang suka lepak. hanya minta sedekah dari kerajaan. dulu, kini dan selamanya?? PART 7 u orang betul2 nak tolong melayu ke...? betul ke ni...? macam mana nak tolong?? rampas hak orang lain untuk tolong. dah 30 lebih tahun dah. kalau betul2 berkesan takpe... sistem dasar eknomi baru is ok... the system, tak berdosa. tapi yang berdosa, the management. bila management cuir duit, mana ada lagi duit kasi u orang?? terus jadi jaguh kampung yang masih beli rokok sebatang rm1 pasal rm9 tak ada. inilah jaguh kampung. singapore, korea selatan dah terlalu jauh untuk dikejar. all because of stupif like u all. in a few years time, we will be behind even vietnam dan cambodia. i takpe. i boleh berdikari. mana2 boleh cari makan. lu mahu macamana main itu permainan, i boleh main. tapi most of u here?? what can u do?? jadi jaga? jadi dispatch? u sendiri takpe...tapi u nak anak u besar jadi macam u? kesian budak2 tu... go on...i let u all continue talking here and syok sendiri... u are all very religious pasal boleh hafal al quran...berbuih-buih hadis this and hadis that. but u fellas are stupid muslims. u spoil islam's name. yes, u are all losers. 10 years ago macam ni. 5 years ago pun macam ni. dulu kini dan selamanya. PART 8 END umno...oh umno... u umno fellas are betul2 terror man.... so many supporters. i wish to remind u all umno fcukers, these people u are spoiling are your own race. u are signing their death warrant. but what to do?? these losers here are interested only in showing off, tapi poket kosong. tak ada pengalaman, nak jadi taikor. tak ada duit, salahkan orang lain. tak ada kereta besar, salahkan orang lain. tak tanya2 sendiri, kenapa boleh jadi macam ni. dan tak tanya pun, samada sendiri betul2 sayang anak sendiri tak. maybe these losers are reisgned to 'takdir'. these losers will treat any extra money is called 'rezeki'. rezeki my foot!! u work, work smart, u get money. simple. must be smart. think for yourselves lah. jangan harap2 politician. mereka ni politician. kuasa atau/dan duit. that's all they want. and guess what?? you punya anak pun akan jadi macam u. i promise u. it will be 'dulu, kini dan selamanya'. Copy&Paste by: Panglima

Friday, January 15, 2010

Dewasa ini ramai ibubapa yang pening dengan kerenah anak mereka yang cukup susah dalam melakukan perkara2 ibadah seperti solat,mengaji Al- Quran dsb.Namun begitu, perkara2 yang berunsur hiburan dan yang melalaikan dari mengingati Allah S.W.T amat mudah diikuti dan dipelajari malahan kadangkala anak itu melebihi batasan. Puas sudah ibubapa itu bermujahadah ( berfikir )mengenai sikap anak2 mereka walhal mereka tidak mengambil rasuah,dan setiap rezeki yang datang dipastikan halal haramnya. Tahukah saudara/saudari bahawa makanan yg haram akan menggelapkan hati. Ibaratkan setiap kali makanan haram masuk ketubuh, satu lapisan hitam membaluti hati kita. Cara untuk mambuang balutan itu sehelai demi sehelai ialah dengan berzikir kepada Allah S.W.T. Banyak makanan ringan yang dijual di kedai2 mempunyai bahan haram ( unsur dari babi ) yangmana kita serta anak2 secara tidak langsung mengambil bahan itu setiap hari. Setiap makanan ringan yang mengandungi bahan E dikhuatiri menpunyai unsur babi didalamnya.Sila lihat lampiran ini dan bandingkan dengan 'contains' pada label makanan ringan anda. Salam.... MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT 1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482 2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483 3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491 4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492 5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493 6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494 7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495 8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542 9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570 10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572 11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631 12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635 13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904 14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920 15 E 270 30 E 433 45 E 481

Thursday, January 14, 2010

Berdiam diri ?

Salam, Buka aje musim persekolahan, ribuan ibubapa merungut mengenai bayaran yuran persekolahan yg membebankan.Anak2 di asrama pula dibenaran balik ke rumah 1 kali seminggu kerana pihak berkenaan kurang peruntukan terutamanye di dalam kos untuk penyediaan makanan. Rakyat pula dikejutkan oleh kenaikan harga bahan asas iaitu gula pada kadar RM0.20/kilo.Khabarnya ada lagi kenaikan harga petrol dsb. Cerita di akhbar pula hanya menyebarkan berita rasuah itu ini,permainan nama Allah, tuduh-menuduh sesama orang dalaman parti, pembunuhan yang tak sudah2 serta macam2 lagi.Kita hanya dijamukan dengan berita negatif setiap hari dan disekeliling kita ramai orang mengeluh dengan tekanan hidup ini. Tidakkah kita perhatikan bahawa kurangnya mengenai perasmian kilang2 baru ?kemasukan pelabur dalam negara?,urusniaga2 ataupun Memorendum of Understanding ( MOU )di tandatangangi diperingkat antarabangsa? Apakah maksud semua ini? Awas...negara kita mungkin berada di ambang kemusnahan/muflis sekiranya kuasa kerajaan masih dipegang oleh mereka yang tamak dan rakus. Kita tentu tidak mahu keturunan kita menyalahkan kita di atas kealpaan kita sekarang - Pang5

Malaysia Bakal Muflis..

Malaysia alami penyusutan Rizab yg Ketara- UBS Switzerland Dari TV Selangor Oleh Zeanaaima Mohd Yusof Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia. Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik. Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa. Malaysia hanya mencatatkan pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi tahun 2008. Berbanding negera China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand yang mencatat peningkatan simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau dimaklumkan ada usaha untuk menyembunyikan laporan UBS Investment itu daripada pengetahuan umum. Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional harus lebih berani mendedahkan keadaan sebenar ekonomi negara. “Kita suatu masa dahulu berkedudukan tinggi. kita lebih tinggi dari Taiwan dan Indonesia. Tapi kini kita merudum jatuh sehingga sama taraf dengan dengan yang tidak dikenali. Ini membimbangkan. “Daripada kita terus tidak mengaku tentang pendedahan laporan ini, lebih baik kita berusaha pulihkan keyakinan dengan meyakinkan mereka yang kita laksanakan langkah lain untuk pulihkan keadaan. Aktiviti menafikan- menafikan tidak membawa apa- apa makna malah lebih banyak kecuaian akan terdedah sebaliknya. Agensi- agensi ini akan terus buat kajian untuk memastikan para pelabur melabur ditempat yang betul,” katanya Pang5 - tapi kata Najib, ekonomi Malaysia bertambah baik...kenapa harga brg naik?, Copy&Paste by: Panglima