Sunday, August 31, 2008

Kesabaran kami sudah sampai titik noktah.

Ini adalah sebuah pantun yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan di laman webnya, drmaza.com. Mungkin pandangan peribadi beliau dan ditujukan kepada siapa?Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini? Mesti ade lawan beliau berpantun dan semestinya perlu dibalas ..
Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.
Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.
Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.
Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.
Pandangan peribadi aku:
Orang Melayu mempunyai nilai2 sindiran yang tinggi terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya dan semestinya ditujukan kepada seseorang ataupun kepada pihak yang berkenaan.
Atas didikan agama Islam yang suci dan ketinggian budi bahasa , biasanya orang2 Melayu tidak terus memprotes secara terbuka dulu. Mereka akan membuat sindiran atau teguran secara sinis dengan harapan mereka yang melakukan perkara tersebut akan menyedari kesilapannya.
Namun begitu, sekiranya sindiran tidak berguna lagi, mereka akan bercakap secara berdepan dan terbuka . Sekiranya belum berhasil, mereka akan menyusun satu cara atau strategi untuk mengubah kepincangan yang sedang berlaku dan hasilnya lahirlah pakatan2 atau barisan pejuang yang akan mempertahankan maruah yang telah tercalar oleh sebab tangan2 yang jahat busuk hatinya.
Sedarlah wahai BN, rakyat dari segenap lapisan telah menolak kamu. Demi Agama dan Negara, berundurlah secepat mungkin....jiwa dan hati kami sudah tidak dapat menerima kamu. Cakaplah apa sahaja, buatlah apa sahaja.....pintu hati kami telah tertutup untuk menerima kamu.Telah terlalu banyak kejahatan baik yang zahir atau tidak yang telah kamu ( BN ) lakukan dan kami tidak dapat mempercayai kamu lagi.Ibarat kata pepatah " Berpatah arang,berkerat rotan", kesabaran kami sudah sampai titik noktah. Kami tidak mahu sebarang penjelasan.., hanya berundurlah...

No comments: