Wednesday, August 27, 2008

Luahan Rasa dari Blog pro UMNO..

1) Lagi banyak tomahan....lagi banyak majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat(PR).
2) Kini tomahan, fitnah, andaian, sumpah, sogokan, ucapan....semuanya tidak berkesan lagi. Rakyat sudah mula cerdik dan bijak menilai yang mana satu umpan dan yang mana satu kebenaran.
3) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat bukan sahaja berhadapan dengan Barisan Nasional tetapi beliau berhadapan dengan seluruh jentera Kerajaan.
4) Tetapi itu semua bukan menjadi halangan untuk mencapai kemenangan kerana kebenaran itu terletak di penghujung perjalanan.
5) Pemimpin BN mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tewas di Permatang Pauh kerana di situ merupakan kubu kuat DSAI. Tetapi kenapa PRU 2004, PKR hanya menang dengan majoriti kecil lebih kurang 600 undi sahaja.
6) UMNO khasnya perlu menerima hakikat bahawa selama ini mereka kuat kerana ia mendapat sokongan besar dari kaum-kaum bukan Melayu.
7) Apa yang ada lagi pada BN sekarang?
8) Majoriti kaum Cina tidak lagi bersama MCA dan Gerakan. Begitu juga majoriti kaum India tidak lagi bersama MIC. Manakala majoriti kaum Melayu tidak yakin lagi dengan UMNO.
9) Jika BN itu merupakan sebuah kapal, kini kapal itu tidak tahu lagi arah tujunya. Nak terus belayar tak tahu arahnya. Nak terus berlabuh mungkin akan karam bila-bila masa. Malah yang pasti, penumpang-penumpangnya yang terdiri MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tentunya sedang memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan diri masing-masing.
10) Seluruh rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa sebuah parti yang bergerak atas dasar kaum tidak akan mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia. Kini semua parti politik perlu mengambil kira penyertaan semua kaum jika mereka mahu meneruskan komitmen dalam sistem berparti politik di negara ini.
11) Pada semua orang-orang Melayu yang masih tidak boleh menerima hakikat perubahan iklim politik dinegara ini, saya syorkan kembalilah merujuk kepada kitab 'Al-Quran'. Baca dan fahamilah isi kandunganya. Dalam kitab Al-Quran tidak ada sebut pun nama-nama seperti Melayu, UMNO dan Malaysia.
12) Segala perjanjian, undang-undang, akta malah perlembagaan sekalipun telah dicipta pada masa tertentu untuk keperluan pada masa itu. Jadi bolehkah ia kekal buat selama-lamanya jika keadaan dan hakikat yang sebenarnya telah berubah dari masa ke semasa? Sedangkan segala perintah dan hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran itu...ia kekal dan relaven sepanjang masa dan sepanjang zaman.
13) Masa telah berubah...keadaan telah berubah....zaman telah berubah....adakah kita masih mahu berada di alam 1957 lagi?
14) Jangan kita sentiasa prajudis kepada orang lain kerana nanti orang lain juga akan 'lebih' prajudis terhadap kita.
15) Bukan semua kaum Cina itu menyertai DAP. Bukan semua kaum India itu menyertai MIC. Bukan semua kaum Melayu itu menyertai UMNO. Bukan semua orang Islam itu menyertai PAS. Jadi kenapa kita selalu memandang serong terhadap orang lain?
16) Salahkah jika PKR, PAS dan DAP menjalinkan pakatan untuk memerintah negara ini?
17)Bukankah selama 50 tahun sebelum ini UMNO juga menjalinkan pakatan dengan MCA(Cina), Gerakan(Cina), MIC(India) dan lain-lain parti untuk memerintah negara ini.Buka mata....buka hati....buka minda !

No comments: