Monday, November 17, 2008

Isu Freemason di Malaysia

Cerita yang akan diputarkan kali ini adalah cerita lama yang sengaja dibangkitkan bagi mengingati kembali betapa luasnya pengetahuan alim ulama’ di Malaysia tentang konspirasi Yahudi. Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat memang masyur dengan kealimannya lihat saja penampilan dan kehidupannya, penuh kesederhanaan dan ketakwaan. Tapi siapa sangka beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang konspirasi Yahudi khususnya Freemason di Malaysia. Saya teringat seorang sahabat yang ditugaskan tidur sebilik bersama Tuan Guru di sebuah hotel di Kedah ketika Tuan Guru menghadiri suatu ceramah politik di sana. Sahabat tersebut memberitahu ketika ia bangun pada pukul 5.00 pagi untuk memasak air panas untuk Tuan Guru, apabila di buka lampu kelihatan Tuan Guru sedang melakukan sujud solat tahjud. Sahabat itu terasa malu kerana dia berupaya bangun awal lebih daripada Tuan Guru sedangkan tugasnya adalah untuk mengawal keselamatan Tuan Guru. Membangkitkan Isu Freemason di Malaysia Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan killer question daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn. Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu soalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan “Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam.” Tuan Guru juga mendedahkan sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (lodges) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 . Dan keanggotaanya telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang, ahli-ahlinya terdiri dari individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam. Bimbang sekiranya Tuan Guru akan bertanyakan soalan yang sama kepadanya, Dr. Mahathir bingkas membuat suatu ucapan panjang lebar di perhimpunan Agong UMNO yang ke-33 pada 10 September 1982 selepas menjawat jawatan Perdana Menteri. Kecaman berterusan PAS ketika itu terpaksa membuatkan Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dan setiausaha politiknya dengan pertubuhan Freemason. Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan ahli-ahli Freemason telah pun menjadi pekerja-pekerja sukarela UMNO dalam pilihanraya umum sejak 1974 lagi. Ketidakupayaan PAS era 1980-an Menghalang Pendedahan PAS tidak berupaya mendedahkan hal ehwal Freemason dalam pentadbiran kerajaan, ini mungkin disebabkan bilangan ahli parlimen yang sedikit dan tiadanya saluran media elektronik untuk mereka. Isu Freemason sepi begitu sahaja. Hal ehwal keterlibatan Freemason dengan pentadbiran Malaysia hanya berjaya disalurkan melalui ceramah-ceramah di Kelantan dan Kedah. Itupun bukannya ramai yang mendengar, dan yang dengar pun mungkin tidak faham. Mahathir Mudah Lupa Dr. Mahathir selalu mengatakan Melayu Mudah Lupa, tetapi dia sendiri mudah terlupa. Apabila isu soalan Nik Aziz tentang Freemason sudah tidak kedengaran lagi di parlimen, maka Dr. Mahathir fikir isu Yahudi itu pembangkang sudah lupa. Namun malapetaka menimpa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir, apabila pihak pembangkang menyerang semula dengan pendedahan suatu maklumat berkenaan keterlibatan Dr. Mahathir dengan Yahudi Freemason. (Gambar) Lord Saatchi, CEO Saatchi & Saatchi Pada tahun 1986 pembangkang mendedahkan bahawa Dr. Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada ketika itu, penasihat Ronald Reagen adalah rakan karib Dr. Mahahtir iaitu Dr. Henry Kesingger. Dalam tahun yang sama juga, Mahathir telah terbang ke US mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissengger di New York. Pertemuan ini disahkan oleh Prisiden ISIS ketika itu iaitu Dato’ Dr. Nordin Sophie. Kemudian setahun selepas itu pada 6 Mac 1987, Dr. Henry Kissingger telah terbang pula ke Malaysia dan mengadakan perbincangan tertutup di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan yang dikendalikan oleh ISIS ini dinamakan ‘Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur’. Isu Freemason Kembali Sepi Isu Freemason tidak lagi kedengaran kini dalam akhbar-akhbar barisan alternatif, namun saya percaya pasukan risikan pembangkan sedang mengumpul maklumat-maklumat yang penting. Ketika berjumpa Nik Amar Nik Aziz (anak Tuan Guru Nik Aziz) dua tahun lalu, saya berusaha mendapatkan maklumat berkaitan pertubuhan Freemason di Malaysia, namun gagal. Mungkin Nik Amar fikir ia belum masa yang sesuai untuk mendedahkannya walaupun ianya pernah didedahkan pada 1978 dahulu. Seakan-akan mahu saya memahami situasinya itu, saya mengubah topik perbualan berkaitan sekolahnya itu. Tapi saya yakin beliau akan memperkatakan juga tentang itu, kerana Nik Amar kini adalah wakil ucapan bapanya sekiranya bapanya itu tidak dapat menghadiri sebarang majlis ceramah. Kesimpulannya Freemason di Malaysia telah pun bertapak sejak zaman perlantikan Residen Inggeris di Tanah Melayu. Antara tokoh Freemason di Tanah Melayu ialah Sir Andrew Clark (Residen Perak), Sir Stamford Raffles, Sir Francis Light dan banyak lagi. Malah ibu pejabat Freemason bagi Asia Pasifik masih berdiri teguh sekarang di Singapura. Wallahu’alam… P/S : Dato’ Azman Hashim (CEO AmBank) dikenalpasti sebagai ahli pertubuhan Yahudi iaitu Trilateral Commission bersama Allahyarham Dato’ Nordin Sopie. Blogger Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan tentang bagaimana Dato’ Azman mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sektor ekonomi Malaysia. Pendedahan ini menyebabkan Raja Petra di bawah perhatian Polis. Blog beliau iaitu malaysia-today.net telah pun disekat. Tindakan ini membenarkan segala dawkaannya. Harap-harap blog ini juga tidak disekat. http://dajjal.wordpress.com Copy&Paste by: Panglima

2 comments:

Anonymous said...

mencari pemimpin yg kasihkan rakyat?
BN? KEADILAN? PAS?
YG MANA YA?
:)
sekadar ingin mencerap!

Anonymous said...

Terdapat pelbagai halaman mengatakan Mahathir adalah Freemason, dan begitu juga Najib yang didakwa sebagai ahli kehormat Freemason. Ini adalah kebiasaan sepertimana sultan-sultan juga menjadi ahli Freemason (http://www.calodges.org/no672/famous_masons.htm).

Dakwaan lain ialah Anwar juga adalah Freemason. Ini kerana terdapat pelbagai fakta dirinya sangat berkait rapat dengan amalan Freemason dan hubungan rapat beliau dengan orang-orang kuat persatuan tersebut, cth Paul Dundes Wolfowitz. Fakta lain yang dikaitkan ialah lambang "mata satu" dalam Parti Keadilan. Semua menampakkan perancangan bermula dari dalam penjara untuk menumbuk mata, yang mana kebetulan dengan "mata satu" dalam Freemason.

Oleh itu saya mempunyai satu persoalan yang bermain-main difikiran, iaitu andainya dakwaan betul, kenapakah dua orang yang berada di dalam satu persatuan yang mengamalkan "absolute loyalty" boleh berbeza agenda? Adakah ianya atas dasar strategi, sepertimana George Bush dan John Kerry? Adakah ianya strategi Freemason menjatuhkan PAS?

Terdapat satu strategi dipanggil "Lure the tiger down from the mountain"; i.e. "..the tiger which is indegenous to the mountain is difficult to hunt in her natural terrain. By luring her out of the mountain onto the open field where you each have an equal chance of winning, you remove the adavantage and put her stronghold at risk...".

Kekuatan PAS adalah perjuangan agama, dan kekuatan Anwar juga adalah dari latar belakang perjuangan agama. Ini adalah persamaan yang memungkinkan PAS bersatu dengan Anwar. Oleh itu mungkinkah ini perancangan Freemason untuk menarik PAS turun dari bukit pertahanannya, sepertimana perubahan polisi yang berubah 180 darjah pada hari ini?

Anda fikirkan sendiri kemunasabahannya arena politik hari ini, sebelum harimau terkubur menjadi permaidani...