Wednesday, October 8, 2008
Turunkan Harga Minyak..!!!
Kerajaan digesa turunkan segera harga minyak!
intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Wed | Oct 08, 08 | 8:32:19 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Umno-BN agar segera menurunkan harga minyak petrol dan diesel memandangkan harga minyak dunia kini berada di bawah paras USD90.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan rakyat telah lama menderita sejak kenaikan harga minyak sebelum ini.
"Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya RM0.30 yakni lebih besar daripada kadar sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.
Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat menjelaskan bahawa hujah kepada cadangan tersebut adalah disebabkan kegagalan kerajaan memahami penderitaan dan nasib rakyat.
"Pergolakan ekonomi semasa tidak dapat diselesaikan dengan harga minyak pada paras yang sedia ada.
"Bahkan kita akan menghadapi mala petaka ekonomi yang teruk dan kemungkinan ianya boleh dipulihkan dalam tempoh lebih kurang tiga tahun sekiranya tampuk kepimpinan negara bertukar dalam tempoh terdekat,"jelasnya.
Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli pula menekankan bahawa kerajaan perlu mengembalikan semula kadar harga minyak sebelum kenaikan selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Sepatutnya ia mampu dikembalikan kerana penurunan berdikit-dikit sekarang ini tidak memberikan sebarang kesan kepada keadaan semasa," ujarnya.
Tegasnya, kerajaan begitu sukar untuk mengambil tindakan secara efektif yakni cepat dan berkesan dalam menangani masalah tekanan ekonomi ke atas rakyat.
"Kenapa kena ambil masa yang lama sedangkan harga minyak dunia telah berubah?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Senada dengan cadangan tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali menjelaskan perkara tersebut boleh menjadi kenyataan.
"Ini adalah disebabkan harga minyak dunia sekarang ini berada pada paras lebih rendah daripada tahap sebelum kenaikan harga minyak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu," katanya.
Hal tersebut katanya merupakan bukti kepekaan dan keprihatinan kerajaan yang ada sekarang ini gagal menangani masalah malah sanggup terus menekan rakyat dengan kesan berantai yakni kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment