Sunday, September 7, 2008

Zaman kegemilangan Islam

KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Kerajaan Terengganu yakin zaman kegemilangan Islam di negeri ini seperti satu ketika dahulu akan berulang kembali jika semua usaha yang dilakukan sekarang membuahkan hasil.Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, antara program yang dilakukan sekarang termasuklah penubuhan Sekolah Imtiaz yang berkonsepkan hafazan dan akademik, Institut Al-Quran serta program pintar al-Quran. ''Kita tidak mahu sejarah kemasukan awal Islam ke negeri ini hanya menjadi catatan sejarah begitu juga dengan zaman kegemilangannya. ''Kecintaan kepada Islam dan al-Quran sepatutnya terus dibajai dan diteruskan agar ia mekar sepanjang zaman," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Marhaban Ya Ramadan anjuran Yayasan Islam Terengganu di Gong Badak di sini hari ini. Perasap: Di antara syarat2 yang dapat membawa kepada kepada kegemilangan Islam ialah penyatuan diantara umat Islam.Lihatlah sejarah: Fasa 1: Pejuang Mujahiddin dapat mengalahkan Soviet kerana diberikan pertolongan oleh Allah di atas kesatuan mereka. Fasa 2 : Amerika mengalahkan Afghanistan kerana ketamakkan kuasa diantara pemimpin2 mereka. Copy&Paste by: Panglima

No comments: