Monday, September 1, 2008
Khairy mahu jual Petronas kepada Singapura??
Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau berupaya melakukannya.
Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.
Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.
Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.
Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.
Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.
Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.
Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.
Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.
Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.
Ketua PerusuhBekas Felo KananInstitut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh..
Kalu setakat dapat berita tapi tiada bukti sahih, renti kan lah.. cukuplah meputarbelitkan dan menipu serta membohong atas fakta-fakta auta saudara.. dlm situasi rakyat yang semakin celik ini, fakta "kata org", "dengar khabar", "ada terdengar" semua ni sudah tak boleh pakai...
PETRONAS TU ADALAH GLC... MACAM MANA PULAK SI KJ TU BOLEH NAK JUAL KE ORG SINGAPURA?????!!!!
Akai ada ka???
*silap-silap komen aku ni, takkan disiarkan.. sama mcm komen aku dlm blog tukar tiub.. cakap pasal merdeka konon.. fakta, TARAKKKK!!! membohong org jer..*
Post a Comment