Friday, August 29, 2008

Setuju benar buat solat hajat...

Setuju benar Pemuda PAS buat solat hajat ..kalau atas pentas stadium lagi baik..inilah masanya sempena kedatangan Ramadhan yg berkah serta sambutan kemerdekaan..ajak remaja hayati nikmat yg Allah berikan,bukannya hayati lagu yg mengkhayalkan dengan penyanyi yang tidak bermoral..Ayuh..Pemuda PAS..teruskan usaha anda yang baik...tunjukkan kepada BN bagaimanakah caranya orang2 Islam bersyukur ....tidak perlu artis buka baju.
Solat hajat PAS sebelum konsert Avril Abdul Rahim Sabri Aug 29, 08 11:46am Pemuda PAS akan mengadakan solat depan pintu masuk Stadium Merdeka malam ini bersempena konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne.Lebih 500 anggota Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor dijangka menunaikan solat maghrib dan diikuti solat hajat di kawasan lapang dekat pintu masuk utama stadium.Solat itu akan diketuai oleh timbalan ketua Pemuda, Nasrudin Hassan. Setiausaha dewan itu Ahmad Sabki Yusof dijangka turut serta dalam perhimpunan tersebut, selain ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Sani Hamzan.Bagaimanapun, perhimpunan solat itu "bukan untuk menghalang pengunjung" ke konsert tersebut tetapi untuk "menunjukkan syiar sembahyang dalam Islam", kata ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad kepada Malaysiakini hari ini.Mereka juga dijangka akan mengedarkan risalah yang memuatkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama.Kira-kira 50 anggota Unit Amal dewan itu dikerahkan untuk mengawal keadaan.Pemuda PAS paling lantang membantah konsert ini sejak awal Ogos sehingga Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bercadang menangguhkannya ke suatu tarikh lain. Bagaimanapun kementerian berkenaan mengambil sikap meneruskan semula rancangan asal persembahan itu hujung minggu lalu. Penyanyi popular kelahiran Kanada itu dijadual mengadakan persembahan bertenaganya mulai jam 9 malam dalam siri jelajah antarbangsanya di Asia Tenggara.Nasrudin awal minggu ini menyifatkan penyanyi manis itu memaparkan tarian "mengghairahkan". "Avril adalah penyanyi seksi dan penampilannya, saya anggap, sebaris dengan Mariah Carey," katanya kepada Malaysiakini. Konsert itu dibantah dengan alasan ia tidak sesuai diadakan menjelang sambutan bulan Ramadhan yang akan bermula awal September dan juga sambutan hari ulang tahun kemerdekaan.

No comments: