Kali pertama saya mendengar berita Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Permatang Pauh, tanpa saya sedari bergelinangan air mata mengalir di pipi. Orang yang melihat memang tidak merasa ganjil dengan apa yang berlaku kerana ketika itu saya sedang terlantar di atas katil di Hospital Kulim.
Itulah titisan air mata yang melambangkan kelegaan di hati tua ini. Terus ingatan saya berhijrah jauh kepada seorang sahabat karib yang kini masih mengendalikan Laman M@rhaen. Dialah teman setia saya yang menyiarkan tulisan saya di laman web. Kamilah golongan awal penulis reformasi. Memang tidak ramai yang gigih menulis di laman web ketika itu kerana antaranya yang telah dipujuk untuk berpaling tadah dan menulis untuk lidah Umno. Ada yang mendapat tawaran menerima biasiswa kerajaan untuk belajar di luar negara.
Dengan penulisan ini saya salut hormat kepada Webmaster Laman M@rhaen yang masih gigih dengan tugas sukarelanya, walaupun terpaksa berkorban sebahagian gaji bulanan ke arah perjuangan itu.
Kini semakin ramai penulis di laman web dan blog sendiri. MEREKA menulis dengan pelbagai cara dan gaya.
Majoriti mereka menulis kerana mahu memberi maklumat lanjut kepada para pembaca yang sudah begitu lama ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan maklumat songsang penuh penipuan bahawa hanya BN yang mampu menegakkan kerajaan demokrasi yang stabil dan menjamin kesejahteraan rakyat jelata.
Sesungguhnya kerja menyalurkan maklumat songsang kepada rakyat jelata bermula sejak tahun 1969 lagi. Ini merupakan kesinambungan kerja-kerja propaganda yang dilaksanakan oleh penjajah British semasa mereka mengawal ketuanan Raja-raja Melayu. Saya pernah menulis lebih sembilan tahun dahulu bagaimana British menggunakan kumpulan SB (Cawangan Khas polis) khas untuk mengawasi pergerakan orang Melayu di kampung dan orang Cina di perkampungan baru serta di kawasan peladangan.
Antara talibarut British di zaman dahulu adalah Benggali penjual roti dan mamak rojak di kampung, penjual susu lembu dan guru-guru daripada India yang mengajar di bandar-bandar. Kebanyakan mereka itu adalah bekas tentera BIA ataupun British India Army. Proses asimilasi pun terjalin di mana pendatang itu mengahwini wanita Melayu dan mendapat tanah percuma daripada British sebagai pampasan kerja-kerja talibarut mereka.
Begitulah hebatnya perjalanan hidup kelompok ini ketika itu sehinggakan anak yang lahir tidak sanggup mengaku yang dia adalah anak Melayu. Kerana lebih sedia bergelar Indian Muslim. Itu yang terjadi kepada seorang insan yang kini bergelar TKT Mahathir. Ayah beliau adalah seorang India yang masuk Islam dan mengahwini seorang wanita Melayu. Mahathir membesar di persekitaran Melayu tetapi masih mahu dirinya dikenali sebagai Indian Muslim kelahiran Malaysia.
Tentunya kalau pendirian Mahathir itu diambil kira demikian, dia tidak layak menjadi anggota UMNO, tetapi setakat menjadi ahli KIMA. Jika andaian ini diterima pakai, Datuk Arif Shah yang menjadi calon BN menentang Anwar Ibrahim lagi tidak layak menjadi ahli UMNO kerana dia bukannya ada darah Melayu. Tetapi siapa yang peduli? Bagi pelajar di UiTM mereka dipesongkan dengan maklumat songsang oleh BN bahawa UiTM adalah institusi yang hanya patut dikhususkan untuk orang Melayu.
Demikianlah perjalanan sejarah Malaysia selepas kekalahan teruk Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga beliau melepaskan jawatannya untuk diambil alih oleh Tun Abdul Razak Hussein. Akan tetapi kejatuhan Tunku Abdul Rahman bukanlah berlaku secara bersahaja yang boleh dikatakan pergolakan evolusi. Sesungguhnya ia satu revolusi kecil yang dijalankan oleh hanya segelintir manusia yang membodek Tun Abdul Razak. Tenaga pemikir kelompok ini adalah di bawah pimpinan seorang radikal Melayu yang bernama Dr. Mahathir.
Saya pernah menulis secara imbasan peristiwa ini hasil perbincangan dengan Tan Sri Abdul Samad Ismail, bekas Ketua Pengarang kumpulan NST. Beliau sudah uzur sekarang ini dan tidak lagi dikunjungi oleh sesiapa. Sesiapa yang ada masa eloklah luangkan masa menziarahi beliau dan bersembang dengannya di rumah lama beliau di Seksyen 16 Petaling Jaya. Cara paling mudah menghubungi beliau ialah melalui isterinya, pemilik kedai bunga di Damansara Specialists Hospital.
Pak Samad merupakan seorang pengasas parti PAP (People’s Action Party) Singapura dahulu, bersama dengan Menteri Mentor Lee Kuan Yew. Dia akan menceritakan pembabitan segelintir manusia Melayu yang diketuai Mahathir untuk “menguasai” Tun Abdul Razak. Ketika itu, turut berkhidmat ialah seorang anak Melayu Kelantan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang lulus MCE (bersamaan SPM) dengan Gred Tiga. Pembantu peribadi ini kemudiannya naik menjadi timbalan menteri dan membuka blognya di mana dia mewar-warkan dirinya sebagai bekas penasihat kepada Tun Razak sedangkan ketika dia berkhidmat dengan Tun usianya baru 23 tahun dan pembabitan Mahathir membodek Tun Abdul Razak telah disokong padu oleh satu kumpulan Melayu yang digelar “Tiga Abdul”.
Sejarah telah menentukan Mahathir naik mencengkam kuasa melalui putar belit dan manipulasi orang lain. Ini semakin menyerlah bila dia mahu singkirkan Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam dan Tun Abdul Ghafar Baba.
Mahathir sanggup lakukan apa sahaja untuk menentukan dia tetap terus mencengkam kuasa. Dia tidak peduli apakah tindakannya itu membawa kesan ke atas masa depan negara, khususnya orang Melayu. Dia sanggup berbohong, menipu dan membunuh hanya untuk terus berkuasa. Pernah satu ketika selepas Anwar disumbatnya ke dalam penjara, Mahathir telah merancang pergerakan Al-Maunah semata-mata mahukan Majlis Raja-raja memberi perkenan agar perkataan ISLAM tidak boleh digunakan oleh mana-mana parti politik. Mujur Majlis Raja-raja (MRR) tidak bersetuju.. Beberapa tahun sebelum itu dia disebut-sebut terlibat dengan pembunuhan Hamid Gul di Kelantan dan Ibrahim Libya di Baling (sila baca kisah ini dalam tulisan saya dalam siri RAW).
Kemuncak kegilaan Mahathir menggunakan tipu helah dan kekerasan untuk menyingkirkan musuh politiknya berlaku pada 1987 apabila dia mengnyahkan DSAI daripada persada politik negara dan menghumbankannya ke penjara. Anwar telah dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan sekali gus sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya telah melihat proses menghina, mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai satu proses yang sungguh terancang dilakukan oleh TKT Mahathir dengan kerjasama banyak pihak. Terlalu ramai orang yang terlibat sebenarnya sehinggakan rakyat jelata tidak tahu dan tidak mungkin akan tahu siapakah mereka itu sebenarnya. Ada yang sudah pergi menemui Illahi,
Akan tetapi untuk faedah sejarah eloklah kita catatan nama-nama besar mereka yang telah terlibat dan kalau pun nama tidak muncul di sini tidak bermakna orang ini tidak terlibat:
Mokhtar Abdullah (Bekas Peguam Negara) Abdul Rahim Noor (Bekas Ketua Polis Negara) Dr. Qistina Majid - seorang doktor gigi berstatus janda; Megat Junid – seorang bekas menteri kabinet yang baru sahaja pulang ke Rahmatullah. Semasa hidupnya beliau adalah orang suruhan Mahathir nombor wahid. Beliau juga pernah dikaitkan dengan kisah pembunuhan Mustakizah. Hingga ke hari ini pembunuh kejam wanita itu masih tidak dapat dikesan polis.
Aziz Samsuddin - seorang bekas menteri kabinet yang merupakan kekasih Dr Qistina satu ketika dahulu. Sejurus DSAI disumbat ke dalam penjara, Aziz mengalami kemalangan jalan raya pada hari lebaran Syawal yang mengorbankan isterinya. Rentetan kemalangan itu ada sekeping cek bernilai ribuan ringgit yang tercicir dan dikutip oleh dua orang anak Melayu (Mat Rempit mungkin). Cek yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat air suling itu telah ditunaikan oleh dua orang malaun tersebut. Sehingga hari ini tidak ada kisah perbicaraan mahkamah yang sengaja ditunda beberapa kali.
Musa Hassan – Kini berjawatan Ketua Polis Negara. Beliaulah Ketua Siasatan Kes Sodomi Pertama terhadap DSAI. Siasatan Musa Hassan mendapati kejadian liwat berlaku di sebuah apartment (Tivoli Apartment) ketika apartment itu belum siap dibina lagi. (Terpaksalah mereka mengubahsuai tarikh kejadian beberapa kali sehingga satu tarikh apartment itu sudah siap). Bahan bukti yang paling besar dikemukakan oleh Musa Hassan ialah sebuah tilam besar yang bertompok air mani (tiga belas tompok kononnya) milik Anwar semasa beliau meliwat bekas pemandu isteri beliau yang bernama Azizan Abu Bakar;
Abdul Ghani Patail yang kini menjadi Peguam Negara. Dalam Kes Liwat Pertama dia memainkan peranan Ketua Pasukan Pendakwaraya. Setakat ini si penyamun ini masih kelihatan bersih daripada badi kes liwat 1. Tetapi inilah penyamun yang mengemukakan cadangan hukuman mati ke atas Nallakaruppan, bekas kawan bermain tenis Anwar. Dia kelihatan masih gagah walaupun satu ketika dahulu ada desas-desus dia membunuh seorang peguam wanita yang menjadi kekasihnya yang ditemui mati lemas di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.
Abdul Khalid Jefri. Beliau adalah bekas wartawan sukan Kumpulan Utusan Melayu dan merupakan orang-orang yang mula-mula mencetuskan kemelut menjatuhkan DSAI. Ini bermula dengan buku “50 Dalil Kenapa DSAI tidak boleh menjadi Perdana Menteri”. Buku ini telah diselitkan dalam beg cenderahati untuk setiap perwakilan yang datang ke Persidangan UMNO. Bagaimana mungkin buku ini mudah terselit dalam beg 2,000 perwakilan?
Abdul Khalid Jefri pulang ke Rahmatullah setelah mahkamah menjatuhkan hukum beliau perlu membayar gantirugi malu kepada DSAI..
Abdul Rahim Tamby Cik. Bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Ketua Pemuda UMNO. Orang suka panggil nama dia sebagai Rahim Tamby Tak Kecik. Dia terlibat dengan penerbitan buku “50 Dalil Kenapa DSAI tidak boleh jadi Perdana Menteri”. Walaupun dia menafikannya semasa Persidangan UMNO tetapi kerja politik dia terus terhumban ke jurang aib selepas itu. Lebih-lebih lagi selepas dia dikaitkan dengan meniduri seorang gadis sunti di Melaka sehingga menghasilkan seorang anak. Yang peliknya dia tidak mengaku, sebaliknya tujuh oarng Mat Rempit telah tampil di mahkamah mengaku mereka pernah meniduri Haryati, gadis yang melahirkan anak itu. Kes menjadi pelik kerana polis tidak pula mengambil contoh DNA Rahim untuk diperiksa, dan tidak juga mengambil DNA budak-budak Mat Rempit yang mengaku itu untuk menentukan siapa antara mereka yang menyuntik baka pada Haryati.
Kes Haryati yang hamil di luar nikah telah menjadi isu sensasi di Melaka pada satu masa dahulu apabila nenek Haryati mengemukakan pelbagai dakwaan dan tuntutan. Malangnya tuntutan si nenek tidak didengar oleh UMNO walaupun mendapat sokongan daripada seorang wakil rakyat DAP bernama Lim Guan Eng. Hasilnya Lim Guan Eng telah dituduh memfitnah dan meringkuk dalam penjara dan apabila keluar tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya untuk satu tempoh selama empat tahun. Kini Lim guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ummi Hafilda. Beliau merupakan primadona kes Liwat I. Dia adalah adik kepada YB Azmin Ali seorang Naib Presiden PKR dan kakak kepada Azwan Ali seorang selebriti TV yang perasaan dialah satu-satunya personaliti hiburan tanah air. Ummi gilakan Anwar dan kalau boleh sanggup ditiduri oleh Anwar, tetapi apakan daya walaupun dia mengaku secara bersumpah di mahkamah yang dia masih gadis dara sunti.
Pada waktu yang sama Ummi membenci abangnya Azmin yang tidak mahu membantu dia rapat dengan Anwar kerana tujuan Ummi ialah mendapatkan kontrak lumayan untuk diagihkannya kepada subkontraktor Cina.
Oleh kerana terlalu ‘frust’ dia buat surat terus kepada TKT Mahathir dengan dakwaan bahawa Anwar telah bersekedudukan dengan isteri Azmin sehingga kakak iparnya melahirkan anak. Tetapi, pemeriksaan DNA mengesahkan bahawa si anak memang anak Azmin Ali
Perbuatan terkutuk Ummi Hafilda telah menaikkan amarah ayahnya sehinggakan Pak Ali bertindak tidak mengaku beliau anaknya beberapa bulan sebelum Pak Ali menghembuskan nafas terakhir.
Pengakuan beliau sebagai seorang gadis sunti telah dilondehkan di mahkamah oleh seorang bumiputra Sarawak bernama Baginda yang mengaku telah meniduri Ummi di London selama dua minggu. Khabarnya Ummi sanggup beri pampasan kepada Baginda untuk menceraikan isterinya dan berkahwin dengan Ummi.
..bersambung … Dr. Munawar Anees, Tengku Adna, Sabarudin Chik dll…
- marhaintua - 23.08.2008
No comments:
Post a Comment