Masih ku ingat sewaktu kecil, ibubapaku selalu mengingatkan daku ,
" Anakku, orang Melayu penuh dengan tatasusila dan kesopanan yang cukup tinggi, tetapi kesopanan tanpa tapak agama adalah sesuatu yg merugikan kerana setiap perbuatan kamu tidak akan dihitung oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Justeru itu, pelajarilah asas agama serta mengerjakan solat kerana ianya dapat menjadi benteng kepada kamu dalam mengharungi hidup ini. Ingatlah, syaitan zahir dan ghaib tidak sekali-kali akan melupakan kamu. Dewasa kelak, jadilah org yang dapat memberi manfaat kepada org lain dan bukannya menjadi bebanan. Tegakkanlah kebenaran, dengan ilmu agama serta ilmu dunia yang dipelajari, buatlah pilihan samada menjadi pejuang hak atau pejuang batil. Hidup ini tidak lama, akhirat yg kekal abadi. setiap orang adalah Khalifah Allah di dunia ini, maka kamu bertanggungjawab menegakkan Hak Allah"
No comments:
Post a Comment