Wednesday, December 31, 2008
Misteri: Ebu Gogo spesies manusia aneh
Kumpulan orang kerdil dikatakan wujud di Kepulauan Flores di Indonesia
PADA zaman purba, di Kepulauan Flores, dipercayai wujud sejenis spesiesmanusia aneh yang keadaan fizikalnya berlainan sekali daripada manusianormal yang hidup ketika ini.
Jasad manusia aneh itu kerdilsehinggakan kalangan dewasa dalam kelompok mereka hanyalah setinggikanak-kanak berusia lima tahun.
Mereka memiliki lengan lebihpanjang, alis tebal, dahi yang miring, tidak mempunyai dagu dan rahangbawahnya diisi gigi besar tumpul. Gigi depannya lebih kecil sepertigigi manusia moden, lubang mata spesies manusia ini besar dan bulatmanakala otak mereka pula hanyalah sepertiga daripada otak manusiasekarang.
Walaupun fizikal spesies manusia aneh ini berbezadaripada jasad manusia yang wujud ketika ini iaitu `Homo Sapiens',perilaku mereka mirip manusia moden.
Mereka menggunakan apiuntuk memasak dan memburu sejenis gajah primitif yang hidup di wilayahitu dikenali Stegodon. Keupayaan berfikir dan kebijaksanaan merekaterserlah apabila dengan jasad kecil mereka itu, mereka mampumemikirkan taktik untuk menewaskan Stegodon yang seberat 1,000kilogram.
Kewujudanmereka terus `tersembunyi' di wilayah terasing di Kepulauan Flores,Indonesia itu selama entah beberapa lama sehinggalah pada suatu hari,secara tiba-tiba spesies manusia aneh itu lesap terus di muka bumi ini.
Seorang tua di Flores masih teringat legenda setempat yang diceritakan dari generasi ke generasi sehingga ke zaman moden.
“Di kepulauan kita ini, ada makhluk kerdil beredar selama berabad-abad,suatu ketika dulu. Mereka dinamakan Ebu Gogo, manusia kerdil berbuluyang tingginya hanya satu meter.” demikianlah antara maklumat makhluklegenda yang diceritakan kepadanya dan anak-anak watan Flores secaraturun-temurun.
Lelaki tua itu masih tertanya-tanya, benarkahwujud makhluk Ebu Gogo seperti diceritakan legenda masyarakatnya? Jikaya, mengapa makhluk itu tidak lagi ditemui? Jika sudah pupus, apa yangmenyebabkan mereka pupus?
Tahun 2003, penyelidik UniversitiNew England, New South Wales, Australia, mengerut dahi kehairanantatkala menemui tulang belulang aneh ketika menjalankan kerja arkeologidi gua Liang Bua di Flores. Yakin tulang yang dijumpai bersama fosiltikus raksasa, komodo dan gajah kecil itu adalah rangka manusia tetapianehnya, ia bersaiz kecil.
Kajian lanjut mendapati iabukanlah rangka kanak-kanak sebaliknya rangka spesies manusia aneh yangwujud suatu ketika dulu tetapi sudah pupus ketika ini!
Selepas ribuan tahun kekal sebagai rahsia yang tidak diketahui akhirnyakewujudan spesies manusia aneh itu yang kemudian dikenali dengan namasaintifik sebagai `Homo Floresiensis' mula terbongkar.
Seterusnya fosil rangka spesies manusia aneh itu bersama peralatan batumereka ditemui berterusan dan antara penemuan tulang belulang terbarudipercayai milik sembilan jasad Homo Floresiensis.
Penemuanrangka sembilan Homo Floresiensis itu bagaimanapun berusia 15,000tahun, membuktikan jarak masa antara fosil pertama dan fosil terbaruadalah 3,000 tahun.
Kumpulan spesies manusia kerdil itu wujuddan membiak di Flores selama 3,000 tahun! Mereka dipercayai terus hidupterasing di pulau itu dalam tempoh amat lama.
Penemuanmenimbulkan pelbagai teori mengenai kewujudan Homo Floresiensis. Adamengatakan mereka pada asalnya bersaiz sama seperti manusia biasatetapi ketika tiba di kepulauan Flores, keadaan alam mengubah merekamenjadi kerdil, sama seperti kebanyakan haiwan lain di pulau itu yangturut bersaiz kecil.
Sesetengah lain menyangkal teori berkenaan dengan menyatakan bahawa Homo Floresiensis sememangnya spesies manusia yang kecil.
Satu lagi misteri membingungkan menyelubungi penemuan fosil HomoFloresiensis adalah mengapa mereka pupus? Dan benarkah mereka pupusatau mereka sekadar meninggalkan kepulauan Flores dan berhijrah kewilayah lain?
Terdapat teori menyatakan masyarakat HomoFloresiensis pupus disebabkan lava gunung berapi yang melandakeseluruhan pulau itu tetapi punca sebenar kepupusan atau keghaibanmereka dari dunia ini, tiada siapa yang tahu.
Masih banyakpersoalan tidak terjawab mengenai kewujudan Homo Floresiensis atau EbuGogo; mengapa mereka hanya wujud di Flores saja? Adakah mereka masihwujud ketika ini tetapi bersembunyi daripada manusia lain?
FAKTA: Homo floresiensis
Ramaipihak menggelarkan Homo Floresiensis sebagai Hobbit lantaran fizikalspesies manusia itu yang kerdil menyamai gambaran Hobbit yang kerapmuncul dalam cerita fiksyen antaranya ‘Lord of The Rings’.
Kajianlanjut mendapati rangka yang ditemui pada September 2003 itu milikperempuan, tingginya ketika berdiri tegak kira-kira satu meter danberatnya hanya 25 kilogram. Ia dianggarkan berusia sekitar 30 tahunketika meninggal dunia.
Homo floresiensismenghasilkan peralatan batu seperti pisau batu dan peralatan rumah lainmanakala makanan mereka adalah ikan, katak, ular, kura-kura dan burung.
EbuGogo dikatakan berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa yang terdengarseperti menggumam dan mampu menirukan ucapan manusia seperti burungkakak tua.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Aneh dan Misteri
Budu .....owh Budu............

SAYA AKAN DEDAHKAN SKANDAL TERBARU KAPAL SELAM - Zahar Hashim
Bekas Ketua Umno Bahagian PJS turut akui banyak penipuan dalam Umno
Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam.
Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno.
“Dah keluar Umno ini lagi senanglah. Saya baru sahaja terima salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Saya rasa keputusan pembeliannya sudahpun dibuat atau diperingkat akhir perbincangan. Saya akan dedahkan semua ini tidak lama lagi,” katanya apabila ditanya Adakah lagi skandal berkaitan Najib dan Kementerian Pertahanan yang akan beliau dedahkan.
Menurutnya lagi, beliau akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan meskipun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dan sekadar menjadi pembantu khas kepada Yang DiPertua Pas kawasan Petaling Jaya Selatan.
Pada masa yang sama, Zahar juga berkata antara sebab beliau keluar Umno ialah kerana berlaku penyewengan di peringkat Pemuda Bahagian ketika mencalonkan Muhammad Taib yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri sebagai Timbalan Presiden Umno.
“Kita telah hantar bukti yang cukup untuk menunjukkan pencalonan itu tidak sah disebabkan cawangan yang buat persidangan tahunan secara betul tidak diiktiraf oleh Pemuda bahagian, sebaliknya yang membuat mesyuarat yang tidak mengikut peraturan diiktiraf oleh Pemuda bahagian,”katanya.
Dalam pada itu, keputusan untuk meninggalkan Umno diambil setelah beliau sedar terdapat banyak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.
Menurutnya selama 27 tahun beliau berada dalam Umno dan 20 tahun memegang jawatan Ketua Bahagian, mendedahkan beliau kepada pelbagai keburukan yang berlaku dalam parti itu.
“Tujuan saya masuk ke dalam Pas adalah untuk beri kesedaran kepada ahli-ahli Umno bahawa terdapat banyak tipu helah dari pihak Umno ini,”katanya.
WAWANCARA PENUH BELIAU TERDAPAT DALAM SUARA KEADILAN BILANGAN 162 EDISI 31 DIS - 7 JAN 2009 YANG TELAH BERADA DI PASARAN. LIHAT
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Wednesday, December 24, 2008
Tips elak kene rompak di ATM
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no. Pin anda di mesin ATM secara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan ke dalam mesin tersebut.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang digunakan disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.
Copy&Paste by: Panglima
Monday, November 17, 2008
Hehehe.....padan muka kene tipu...
Flextronics 4 days week for Month Nov and Dec.
2. AMD Penang announced this morning VSS lay off 500 employees.
3. Spansion force to take leave (5 days in this quarter)
4. Jabil planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.
5. Agilent planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave. Jan09 might have another shutdown. No increment 2008 review.
6. Avago no plan shutdown as no more in house production, hiring freeze.
7. ASE shut down every fortnightly on Monday starting from Nov 3.
8. Fairchild planned 'Mass Vacation' for 9 days leave in FY08
9. INTEL - No increment 2008 review, VSS for those under perform and massive cut cost/travel 2009, no shutdown plan yet
10. Motorola, Penang- Still hiring+profit, suspect got government 'look after', Singapore cellphone plant cut 800 job and now waiting for sale.
11. Siltera, kulim - Propose close down this Malaysian 1st Fab company, loss RM4billion in 2008
12. SENSATA Plant shutdown from 22 DEC 2008 to 02 JAN 2009; NO increment in 2009; NO Profit Sharing in 2009!
13. ST-NXP Wireless cuts 500 jobs World-Wide, including subcontractors, from the current total of more than 7500 people.
14. Flextronics cuts 118 jobs in Limerick, Ireland
The job cuts were confirmed during this weekend. Flextronics has announced that the company will cut around 100 jobs at the Limerick plant, said RTE. The reason for the cut backs is due to the global economic downturn. Flextronics employs around 300 staff at the Limerick facility, which provides warehousing and logistics services to a number of companies in the region.
15. Dell lays off 700 in Ireland
The Dell facility in Raheen, Limerick is to lay off 700 temporary workers. Additional to that, Flextronics in Limerick is also rumoured to lay off 100 staff. Mary Coughlan, Irish Minister for Enterprise, Trade and Employment, met with members of Dell's senior management to discuss the future of 3000 employees at the manufacturing facility in Limerick.
16. STMicro to lay off at Phoenix facility
a) Switzerland based chip maker STMicroelectronics is to lay off staff at its Phoenix, Arizona facility
b) Local newsreports state that the chip maker will lay off 100 staff. The facility - which currently employs around 850 staff - will expercience an ongoing lay off process. azcentral cites spokesman Mike Michael Markowitz in
c) Saying that "about 100 of the plant's 850 workers were let go this week and that the process would continue".
d) Last year, the company announced closure plans for 3 American chip facilities and that chip manufacturing would be transferred to low-cost locations. Staff and management hoped for a buyer to keep the plant open.
17. Dell workers asked to take unpaid vacation
a) Media reports state that CEO Michael Dell - of computer giant Dell - has asked employees to consider taking a maximum of 5 days unpaid holidays.
b) As reported earlier, Dell is currently running a restructuring programme to counteract the economic and financial downturn.
c) This includes 8,900 job cuts, voluntary severance packages and a global hiring freeze. "We are asking employees on a voluntary basis to consider taking off (up to) five days ... as unpaid time off as a flexible way to reduce costs for the company," the CEO was cited in a Reuters report in saying.
18. Tele-Fonika Kable to cut 900
a) Polish based cable and wire producer Tele-Fonika Kable plans to lay of 900 employees or 19% of its workforce.
b) The lay offs will affect all production units across the group. The company has seven plants, of which five are located in Poland, said PB. Tele-Fonika Kable also plans to sell parts of its business, however it will not close down any plants. The company wishes to optimize production process and reduce costs.
MENTERI KEWANGAN KITA AKAN SEBUT....KITA TIDAK AKAN MENGALAMI MASALAH EKONOMI WALAUPUN DUNIA MENGHADAPINYA....HAHAHAHA...rakyat kena tipu lagi woiiii
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Isu Freemason di Malaysia
Cerita yang akan diputarkan kali ini adalah cerita lama yang sengaja dibangkitkan bagi mengingati kembali betapa luasnya pengetahuan alim ulama’ di Malaysia tentang konspirasi Yahudi. Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat memang masyur dengan kealimannya lihat saja penampilan dan kehidupannya, penuh kesederhanaan dan ketakwaan. Tapi siapa sangka beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang konspirasi Yahudi khususnya Freemason di Malaysia.
Saya teringat seorang sahabat yang ditugaskan tidur sebilik bersama Tuan Guru di sebuah hotel di Kedah ketika Tuan Guru menghadiri suatu ceramah politik di sana. Sahabat tersebut memberitahu ketika ia bangun pada pukul 5.00 pagi untuk memasak air panas untuk Tuan Guru, apabila di buka lampu kelihatan Tuan Guru sedang melakukan sujud solat tahjud. Sahabat itu terasa malu kerana dia berupaya bangun awal lebih daripada Tuan Guru sedangkan tugasnya adalah untuk mengawal keselamatan Tuan Guru.
Membangkitkan Isu Freemason di Malaysia
Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan killer question daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.
Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu soalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan “Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam.”
Tuan Guru juga mendedahkan sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (lodges) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 . Dan keanggotaanya telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang, ahli-ahlinya terdiri dari individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.
Bimbang sekiranya Tuan Guru akan bertanyakan soalan yang sama kepadanya, Dr. Mahathir bingkas membuat suatu ucapan panjang lebar di perhimpunan Agong UMNO yang ke-33 pada 10 September 1982 selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.
Kecaman berterusan PAS ketika itu terpaksa membuatkan Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dan setiausaha politiknya dengan pertubuhan Freemason. Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan ahli-ahli Freemason telah pun menjadi pekerja-pekerja sukarela UMNO dalam pilihanraya umum sejak 1974 lagi.
Ketidakupayaan PAS era 1980-an Menghalang Pendedahan
PAS tidak berupaya mendedahkan hal ehwal Freemason dalam pentadbiran kerajaan, ini mungkin disebabkan bilangan ahli parlimen yang sedikit dan tiadanya saluran media elektronik untuk mereka. Isu Freemason sepi begitu sahaja.
Hal ehwal keterlibatan Freemason dengan pentadbiran Malaysia hanya berjaya disalurkan melalui ceramah-ceramah di Kelantan dan Kedah. Itupun bukannya ramai yang mendengar, dan yang dengar pun mungkin tidak faham.
Mahathir Mudah Lupa
Dr. Mahathir selalu mengatakan Melayu Mudah Lupa, tetapi dia sendiri mudah terlupa. Apabila isu soalan Nik Aziz tentang Freemason sudah tidak kedengaran lagi di parlimen, maka Dr. Mahathir fikir isu Yahudi itu pembangkang sudah lupa.
Namun malapetaka menimpa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir, apabila pihak pembangkang menyerang semula dengan pendedahan suatu maklumat berkenaan keterlibatan Dr. Mahathir dengan Yahudi Freemason.
(Gambar) Lord Saatchi, CEO Saatchi & Saatchi
Pada tahun 1986 pembangkang mendedahkan bahawa Dr. Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986.
Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada ketika itu, penasihat Ronald Reagen adalah rakan karib Dr. Mahahtir iaitu Dr. Henry Kesingger.
Dalam tahun yang sama juga, Mahathir telah terbang ke US mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissengger di New York. Pertemuan ini disahkan oleh Prisiden ISIS ketika itu iaitu Dato’ Dr. Nordin Sophie.
Kemudian setahun selepas itu pada 6 Mac 1987, Dr. Henry Kissingger telah terbang pula ke Malaysia dan mengadakan perbincangan tertutup di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan yang dikendalikan oleh ISIS ini dinamakan ‘Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur’.
Isu Freemason Kembali Sepi
Isu Freemason tidak lagi kedengaran kini dalam akhbar-akhbar barisan alternatif, namun saya percaya pasukan risikan pembangkan sedang mengumpul maklumat-maklumat yang penting. Ketika berjumpa Nik Amar Nik Aziz (anak Tuan Guru Nik Aziz) dua tahun lalu, saya berusaha mendapatkan maklumat berkaitan pertubuhan Freemason di Malaysia, namun gagal.
Mungkin Nik Amar fikir ia belum masa yang sesuai untuk mendedahkannya walaupun ianya pernah didedahkan pada 1978 dahulu. Seakan-akan mahu saya memahami situasinya itu, saya mengubah topik perbualan berkaitan sekolahnya itu.
Tapi saya yakin beliau akan memperkatakan juga tentang itu, kerana Nik Amar kini adalah wakil ucapan bapanya sekiranya bapanya itu tidak dapat menghadiri sebarang majlis ceramah.
Kesimpulannya
Freemason di Malaysia telah pun bertapak sejak zaman perlantikan Residen Inggeris di Tanah Melayu. Antara tokoh Freemason di Tanah Melayu ialah Sir Andrew Clark (Residen Perak), Sir Stamford Raffles, Sir Francis Light dan banyak lagi. Malah ibu pejabat Freemason bagi Asia Pasifik masih berdiri teguh sekarang di Singapura.
Wallahu’alam…
P/S : Dato’ Azman Hashim (CEO AmBank) dikenalpasti sebagai ahli pertubuhan Yahudi iaitu Trilateral Commission bersama Allahyarham Dato’ Nordin Sopie. Blogger Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan tentang bagaimana Dato’ Azman mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sektor ekonomi Malaysia. Pendedahan ini menyebabkan Raja Petra di bawah perhatian Polis. Blog beliau iaitu malaysia-today.net telah pun disekat. Tindakan ini membenarkan segala dawkaannya. Harap-harap blog ini juga tidak disekat.
http://dajjal.wordpress.com
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Friday, November 14, 2008
Najib kata OK!!!
Di London British Telecom (BT) akan membehentikan 10,000 pekerja.
DHL akan membuang 9,500 pekerja.
DBS akan memberhentikan 900 pekerja.
Syarikat CORUS akan memberhentikan 400 tenaga kerja.
Datuk Bandar Kota NEW YORK akan memberhentikan 3,000 tenaga kerja
VIRGIN MEDIA akan memberhentikan 2,200 pekerja media.
ITV akan memberhentikan 1,000 tenaga pekerja media.
GNK – syarikat perindustrian kapal tebang akan memberhentikan 1,400 pekerja
Selanjutnya........
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Jamaluddin Jarjis Mengamuk kat masjid Keratong 4
KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.
Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya. Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid.
Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato'.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "penuh emosi" diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.
Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.
[Nampaknya kes ini bakal menjatuhkan resputasi JJ yang khabarnya sedang menginta untuk menjatuhkan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang tidak lama lagi. Kami difahamkan JJ sedang membina kekuatannya, kerana beliau tahu bila Najib Razak menjadi Perdana Menteri nanti sudah pastilah namanya akan naik sebagai calon yang paling sesuai ke jawatan MB Pahang itu. Team Adnan harus berhati-jati dengan kelibat dan gerakan "grass root" yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rompin yang paling biadap ini. Jika tidak negeri Pahang akan berada dalam "kegelapan" kerana ditadbir oleh kaki "raba punggung" dan "kaki skandal seks" seperti beliau itu].
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Manusia zaman purba lagi maju......?


Labels:
Manusia dan sains
Manusia zaman purba lagi maju......?



Labels:
Manusia dan sains
Manusia zaman purba lagi maju......?
Anda menyangka zaman purba adalah zaman yang mundur? Jika itu tanggapan anda mengenai zaman silam yang wujud ratusan, ribuan atau jutaan tahun lalu, fikir kembali.
Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.
Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.Selanjutnye......Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Manusia dan sains
Rasuah amalan UMNO .....
PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan gejala politik wang yang berleluasa dalam Umno menjadi semakin parah menjelang pemilihan pusat Mac depan.
Beliau berkata, ia kemungkinan berlaku disebabkan tempoh berkempen bagi pemilihan mengambil masa yang lama.
"Nampaknya begitulah. Saya tak nak kata sangat dengan begitu yakin, mungkin tidak berlaku tapi boleh jadi (gejala politik wang) akan terus berlaku kerana pemilihan akan berakhir pada bulan Mac.
"Pada mereka (ahli-ahli), makin lama makinlah bagus...banyak lagi duit orang dapat. Saya tidak suka tengok keadaan ini," katanya ketika temubual eksklusif dengan mStar Online di pejabatnya di Bukit Damansara di sini, hari ini.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, beliau akan mencadangkan penambahan dalam peruntukan Tata Etika Umno supaya bukan hanya orang yang memberi wang disabitkan kesalahan malah yang meminta juga turut bersalah.
"Kadangkala apa yang berlaku sekarang ini, orang yang mengundi itu yang minta duit.
"Bila ada calon yang nak bertanding, ada yang minta dan berkata 'takkan takda duit-duit kopi sikit'. Ini masalahnya. Duit kopi (yang diminta) bukan 10 sen atau 20 sen, dia nak beratus... "Jadi mungkin kita kena pinda sedikit undang-undang supaya orang yang minta duit pun salah juga. Ini satu perkara yang kita perlu beri pertimbangan yang mungkin sedikit sebanyak akan mengurangkan gejala ini," katanya.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, memandangkan Lembaga Disiplin hanya mempunyai 18 ahli dan jumlah itu tidak mencukupi untuk mengendalikan aduan kes-kes salah laku yang diterima, beliau telah memohon kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menambah bilangan ahli.
Beliau turut menolak pandangan sesetengah pihak bahawa Lembaga Disiplin tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.
"Mereka memikirkan kita ni tak bergerak tapi kalau mereka tengok kita bekerja, mereka akan sedar kesulitan yang kita hadapi. "Kita nak siasat satu-satu kes itu mengambil masa. Kita kena pegi ke bawah. Mereka (pengadu) nak datang sini, mereka tak mampu," katanya.
Beliau berkata, daripada 900 aduan yang diterimanya, kira-kira 40 hingga 45 peratus melibatkan politik wang manakala selebihnya adalah kes-kes salah laku pada mesyuarat-mesyuarat cawangan dan bahagian.
"Kita siasat boleh kata banyak juga. Ada yang kita telah bicara. Mungkin beberapa minggu yang akan datang, kita akan menambah ahli-ahli untuk mendengar kes.
"Selain itu, kira-kira 10 peratus kes telah pun diselesaikan dan kerjasama yang kita jalankan dengan BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada masa ini telah dapat mengurangkan beban tugas kita," katanya.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Ramlan Porigi Dianiaya
Ariff Shah menjangkakan dia boleh menang dalam Pilihanraya Kecil PErmatang Pauh dengan majoriti paling kuran 5,000. Pihak Anwar pulak yakin boleh menang tapi mungkin dengan majoriti yang kurang dari yang diperolehi oleh Wan Azizah.
Kalau ini berlaku, imej Anwar akan tercalar.Anwar mesti menang dengan majoriti yang lebih tinggi dari yang diperolehi oleh Wan Azizah. Dan satu pelan diperlukan untuk memastikan Anwar mendapat majoriti yang lebih tinggi. dan pelan tersebut telah dirancang dengan begitu teliti, seperti cerita-cerita spy yang biasa kita tonton.
Satu pusat operasi telah ditubuhkan disebuah hotel, lebih kurang setengah jam perjalanan dari Permatang Pauh. Tujuannya ialah untuk mengetahui sentimen pengundi, terutamanya orang-orang Melayu yang merupakan majoriti dikawasan tersebut. Apakah isu yang paling dekat dihati mereka? Apakah isu yang bermain dikepala mereka?
Isu yang bermain dikepala mereka pada masa itu ialah..mengapa Anwar tidak mahu bersumpah menjunjung Quran bahawa dia tidak meliwat saiful Bukhari. Saiful telah melakukannya dan bersumpah bahawa Anwar meliwatnya. Mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful?
Ramai pengundi-pengundi Melayu tidak menyedari bahawa istiadat bersumpah itu bukan lah perkara yang diajar didalam Quran. (Dizaman Nabi, mana ada Quran dalam bentuk buku.) Seseorang itu tidak boleh menggnakan quran untuk kepentingan politik. Lagi pun, sekiranya Anwar berbuat begitu ditengah-tengah musim kempen, ia akan disalahtafsirkan sebagai gimik politik untuk meraih undi. Tindakan ini mungkin akan menikam diri sendiri dan Anwar mungkin akan kehilangan undi.
Anwar tidak mahu mengikut jejak langkah Saiful, sebaliknya membuktikan bahawa sumpah yang dibuat oleh Saiful adalah satu pembohongan. Dan untuk melakukan perkara tersebut, mereka memerlukan Imam yang menjadi saksi didalam upacara bersumpah tersebut.
Ramlang Porigi telah berjaya dihubungi di kuala Lumpur. Imam tersebut merasa bersalah dengan apa yang telah berlaku. Dia merupakan sebahagian daripada konspirasi tersebut walaupun dia sendiri tidak mengetahui apa yang dirancang. Dia merasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa itu itu semua satu konspirasi dan beliau telah diperangkap…dan tidak dapat keluar dari situ. Apakah caranya bagi beliau untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar?
Ramlang Porigi merasa gembira apabila beliau dihubungi. Beliau bersedia untuk menceritakan segala-galanya dan memberitahu umum bagaimana beliau telah diperangkap didalam upacara bersumpah tersebut dan kesalahan-kesalahan yang berlaku semasa upacara tersebut. dan dia bersedia menceritakan segala-galanya dikhalayak ramai.
Imam Ramlang telah dijadualkan untuk muncul dikhalayak ramai dua hari sebelum hari mengundi, masa yang paling penting dimana Umno dijangkakan berbuat apa saja untuk menang. Keluarga Ramlang telah dibawa kesatu tempat demi keselamatan mereka, dan Ramlang telah disembunyikan. Dua hari sebelum hari mengundi, Ramlang telah dibawa kePulau Pinang dengan satu konvoi kereta dan beberapa buah motorsikal besaryang bersedia untuk bertindak sekiranya terdapat sekatan jalan atau ada usaha untuk menahan Ramlang.
Konvoi tersebut sampai di Pulau Pinang pada pukul 5.00 Petang tanpa sebarang masalah. Ramlang dijadualkan muncul buat kali pertama pada pukul 7.00 petang dan bercakap didalam sebuah masjid. Dan apabila beliau membuat pendedahan, ramai dari jemaah wanita menitiskan airmata manakala jemaah lelaki pula berebut-rebut berjabat salam dengan beliau.
Keseluruhan Pelan A berjaya dilakukan.
Ramlang dijadualkan muncul dalam satu ceramah selepas itu. anwar sendiri akan berucap dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 30,000 orang pada malam tersebut. (Nik Aziz juga turut serta).
Dua imam, lengkap denga jubah dan serban dibawa keceramah tersebut, lengkap dengan kawalan keselamatan. Sebenarnya, mereka dijadikan umpan untuk menarik perhatian. Semua hadirin berebut-rebut kehadapan untuk melihat imam-imam tersebut. Diantaranya ialah pegawai-pegawai Cawangan Khas. Masing-masing berebut-rebut untuk melihat Ramlang Porigi, sebaliknya tertanya-tanya yang mana satu? Dalam masa yang sama, Ramlang telah diseludup masuk mengikut pintu belakang, dengan hanya memakai pakaian sukan. Tiada siapa yang mengenali…sehinggalah beliau muncul diatas pentas.
Sebaik sahaja selesai, Ramlang dibawa pergi dan disembunyikan. Lewat tengahmalam, khabar-khabar angin mengatakan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya Ramlang akan ditangkap. Phak keselamtan PKR telah membawa ramlang didalam sebuah kereta dan menyeludup beliau keluar dari Pulau Pinang. Walaupun Cawangan Khas terus mencari…namun Ramlang tidak berjaya ditemui kerana telah disembunyikan disebuah negeri jiran. Pihak Cawangan Khas juga gagal menemui keluarga Ramlang yang telah disembunyikan.
Keselamatan dipertingkatkan apabila Ramlang dijadualkan muncul sehari sebelum hari mengundi. Cawanga Khas bersunggguh-sungguh berusaha tetapi tidak dapat menembusi kawalan unit keselamatan PKR. Mereka hanya mampu melihat Ramlang berceramah…lepas satu…satu..menceritakan apa yang berlaku diMasjid Wilayah pada hari tersebut.
Anwar menang di Permatang Pauh dengan majoriti yang jauh lebih besar. Ramlang kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung tugasnya….sekiranya dibenarkan, memandangkan kemenangan Anwar tempoh hari…sebahagian besarnya adalah kerana…Ramlang Porigi.
Kerajaan tidak berani menyingkir Ramlang, tetapi mereka meletakkan beliau didalam peti sejuk. Beberapa ahri lau, apabila mereka merasakan semuanya sudah kembali kepada biasa, dan rakyat sudah lupa tentang kisah ini, mereka menghantar surat tunjuk sebab, dengan rancangan untuk menyingkir Ramlang Porigi dari jawatannya.
Ramlang telah diberikan dua minggu untuk memberi sebab mengapa beliau boleh disingkir dari jawatannya dari kerajaan. beliau telah menyebabkan Umno tewas di Permatang Pauh. Anwar menang dengan majoriti yang lebih tinggi kerana Imam ini telah bercakap benar. Bercakap benar bukan lah apa yang patut dibuat oleh seorang imam yang soleh. Imam yang soleh sepatutnya berkhidmat kepada kerajaan, bukan kepada Tuhan.
Ramlang tidak mahu meletakkan jawatan walaupun didesak berbuat begitu. Kalau mahu..singkirkan saja! Dia akan menerima apa sahaja kerana percaya Tuhan telah menetapkan segalanya untuk dia. Apa yang dilakukan hanyalah bercakap tentang kebenaran. apa yang dilakukan hanyalah memberitahu apa yang sebenarnya terjadi, tidak seperti apa yang dilaporkan oleh TV. Dia lebih takut kepada Tuhan daripada manusia, kerana itulah yang dituntut oleh agama.
Tindakan kerajaan untuk menyingkir Imam Ramlang Porigi akan menyulitkan lagi keadaan buat Umno. Sepatutya Umno perlu bermuhasabah diri..bukan meninmbulkan kemarahan rakyat. Mereka yang bercakap benar di aniaya, perasuah dan penyangak di bela. Ini lah mesej yang akan difahami oleh rakyat.
Artikel ini adalah terjemahan bebas dari artikel asal., “Only the good die young”
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
INILAH KERA JAAN KITA
Salam dari saya,
Setelah lebih dari 1 bulan tidak mengemaskinikan blog dan sekadar memerhatikan senario semasa..tidak banyak perkara yang memberikan faedah kepada rakyat. Hanya kakitangan kerajaan mungkin akan merasai sedikit kelebihan menerusi rombakan budget yang dibentangkan oleh Najib.Perkara yang paling ketara ialah keengganan kerajaan menurunkan harga minyak walaupun harganya pada paras yang rendah ( USD59.15 ) ketika saya sedang menulis.
Begitu juga sikap kerajaan terhadap harga barang2 keperluan yang masih berada pada tahap tinggi.Sekali sekali kelihatan Datuk Sharir Samad memeriksa harga barangan di Hypermarket.Apakah tiada mekanisma penyelidikan kerajaan dilakukan sebelum dinaikkan harga minyak setinggi 0.78sen?.Dimanakah Professor yang selalu melalak di dalam media mengenai hal-hal mengenai kehendak?
Sayang sekali, mereka yang bercakap mengenai harga barangan mempunyai pendapatan melebihi RM5000 sebulan.Jelas kenaikan hargatidak mempengaruhi cara perbelanjaan mereka.
Sokongan rakyat yang merosot terhadap kerajaan dewasa ini banyak dipengaruhi oleh sentimen api kemarahan rakyat terhadap pendirian kerajaan manakala rakyat masih menaruh harapan agar pihak pembangkang dapat menukar kerajaan dalam waktu yang terdekat ini.
Namun begitu, jumlah pihak pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat amat membantu sebagai 'check and balance' kemampuan kerajaan dalam menangani isu-isu semasa. Diharapkan pihak pembangkang agar meneruskan pembelaan untuk rakyat dan kami sebagai rakyat menyokong anda dari belakang.
SEKIAN.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Malaysia tak terkena tempias kegawatan ekonomi
PETALING JAYA: Bursa saham Asis jatuh tengah hari kelmarin berikutan dengan merundumnya busrsa saham di Jalan Tembok ( Wall Street )
Ini adalah tanda-tanda kedatangan bencana yang lebih teruk lagi akan berlaku
Jika semua ini berterusan maka, dan ekonomi global akan terus meleset.
Nikkei jatuh 255 mata atau 6.16%
Dow Jones jatuh 411.3 mata atau 4.73%
Hang Seng jatuh 6.63%
Kopsi Korea jatuh 6.39%
NST Index S’pore jatuh 3.06%
Selanjutnye...
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Wednesday, October 8, 2008
Surat Bapa Altuntuya bela RPK..

Labels:
Timbang senget
Turunkan Harga Minyak..!!!
Kerajaan digesa turunkan segera harga minyak!
intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Wed | Oct 08, 08 | 8:32:19 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Umno-BN agar segera menurunkan harga minyak petrol dan diesel memandangkan harga minyak dunia kini berada di bawah paras USD90.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan rakyat telah lama menderita sejak kenaikan harga minyak sebelum ini.
"Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya RM0.30 yakni lebih besar daripada kadar sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.
Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat menjelaskan bahawa hujah kepada cadangan tersebut adalah disebabkan kegagalan kerajaan memahami penderitaan dan nasib rakyat.
"Pergolakan ekonomi semasa tidak dapat diselesaikan dengan harga minyak pada paras yang sedia ada.
"Bahkan kita akan menghadapi mala petaka ekonomi yang teruk dan kemungkinan ianya boleh dipulihkan dalam tempoh lebih kurang tiga tahun sekiranya tampuk kepimpinan negara bertukar dalam tempoh terdekat,"jelasnya.
Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli pula menekankan bahawa kerajaan perlu mengembalikan semula kadar harga minyak sebelum kenaikan selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Sepatutnya ia mampu dikembalikan kerana penurunan berdikit-dikit sekarang ini tidak memberikan sebarang kesan kepada keadaan semasa," ujarnya.
Tegasnya, kerajaan begitu sukar untuk mengambil tindakan secara efektif yakni cepat dan berkesan dalam menangani masalah tekanan ekonomi ke atas rakyat.
"Kenapa kena ambil masa yang lama sedangkan harga minyak dunia telah berubah?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Senada dengan cadangan tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali menjelaskan perkara tersebut boleh menjadi kenyataan.
"Ini adalah disebabkan harga minyak dunia sekarang ini berada pada paras lebih rendah daripada tahap sebelum kenaikan harga minyak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu," katanya.
Hal tersebut katanya merupakan bukti kepekaan dan keprihatinan kerajaan yang ada sekarang ini gagal menangani masalah malah sanggup terus menekan rakyat dengan kesan berantai yakni kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Kejatuhan Empayar Amerika
Amerika Syarikat sudah lama melakukan fitnah dan penganiayaan terhadap Islam dan telah membunuh ramai umat Islam. Maka kemungkinan besar bermacam malapetakan yang kini menimpa Amerika Syarikat dengan bertubi-tubi seperti becana ribut taufan, kebakaran besar-besaran serta kegawatan ekonomi adalah balasan dari Allah SWT. Dan kegawatan ekonomi yang bermula sejak setahun dua yang lalu kini memuncak dengan berlakunya krisis kewangan yang amat serius.
Telah dikatakan oleh pakar-pakar kalau krisis kewangan ini gagal diatasi dengan cepat, maka ekonomi Amerika Syarikat akan merundum dengan lebih teruk lagi dan akan hilanglah taraf Amerika Syarikat sebagai economic superpower. Seperti yang dikatakan oleh Presiden Iraq, Ahmadeenejad semasa bertemubual dengan Larry King di CNN baru-baru ini, empayar Amerika Syarikat sedang menjurus kearah keruntuhan.
29 September 2008, pelan Presiden Bush yang bernilai USD 700 Billion untuk melakukan bailout bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan gergasi dibentangkan semula di Congress Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat rata-rata masih membantah pelan bailout tersebut kerana ianya digubal secara tergesa-gesa dan wang rakyat yang sebanyak USD 700 Billion itu lebih kepada menyelamatkan golongan kaya. Dengan tidak mendapat restu serta sokongan dari rakyat maka kemungkinan besar pelan bailout tersebut akan tidak begitu berkesan dalam mengatasi krisis financial meltdown yang sedang di hadapi Amerika Syarikat sekarang ini.
Kita telah melihat dalam sejarah keangkuhan dan kezaliman serta keterlaluan sesuatu empayar itu membawa kepada keruntuhan moral dan kegawatan ekonomi dan seterusnya kepada kehancuran sesuatu empayar itu. Begitulah telah tercatit dalam sejarah. Dan empayar Amerika Syarikat kelihatan sedang menuju keruntuhan tersebut. Begitu angkuh sekali Presiden Bush dan lain-lain pembesar Amerika Syarikat berulangkali menyebutkan ‘this great country of ours.” Lupa mereka bahawa mereka hanyalah makhlok yang lemah yang dijadikan oleh Allah SWT.
Sememangnya Amerika Syarikat telah dan sedang mengalami keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi, umpamanya dari mengalakkan seks rambang kepada membenarkan perkahwinan sesama jenis. Dan Amerika Syarikat berusaha pula mengeksport keruntuhan moral mereka itu ke negara-negara Islam terutamanya ke negara-negara Islam yang dijajahnya, iaitu Iraq dan Afghanistan.
Dan Amerika Syarikat bersama-sama negara-negara Barat yang memusuhi Islam telah terus menekan negara-negara Islam agar mengubahsuaikan hukum-hukum Islam atas nama hak kebebasan individu dan hak asasi manusia. Bermacam helah dan tipudaya seperti mewujudkan muhibbah antara agama dan mewujudkan inter-faith dialogue digunakan untuk memujuk umat Islam menggubah ajaran agama Islam. Tujuan jahat mereka adalah untuk mengelincirkan akidah umat Islam.
Memang setiap hari saya mendoa’kan agar Allah SWT melindungi umat Islam diseluruh dunia dari terus dianiayai dan dibunuh oleh Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya dengan menurunkan azab yang dahsyat-dahsyat secara bertubi-tubi ke atas Amerika Syarikat dan lain-lain negara dan bangsa yang memerangi Islam. Alhamdullilah saya dapati ramai umat Islam yang turut mendoa’kan yang serupa.
Doa’ memohon kepada Allah SWT itu senjata kita, dan semakin jelas terbukti doa’ kita umat Islam lebih kuat dari senjata nuklear yang ada di tangan musuh kita. Saya yakin segala macam bencana yang kini bertubi-tubi melanda Amerika Syarikat antara lainnya adalah akibat dari doa’ kaum Muslimin dan Muslimat yang dianiayai itu yang dimakbulkan Allah SWT.
Lihat apa jadi kepada negeri China yang telah ambil kesempatan sebagai tuan rumah sukan olympik untuk menyerang dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam. Menurut kerajaan China tindakan kejam mereka itu bertujuan untuk memastikan sukan olympik di Beijing selamat dari serangan pengganas Islam.
Tidak beberapa minggu setelah tentera China memburu dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam itu, kita dapati gempa bumi yang amat dahsyat menimpa suatu kawasan di negri China. Ratusan ribu rakyat China terkorban. Sekarang China mengalami pula bala susu yang mengandungi bahan melamin yang mengakibatkan ramai bayi di Cina samada terbunuh atau jatuh sakit. Ini balasannya apabila menipu dalam perniagaan. Tidak berapa lama dulu alat permainan kanak-kanak buatan China didapati tidak selamat, dan dengan penipuan terbaru iaitu penipuan dalam pembuatan susu bayi yang mengandungi melamine ini pula, pengeksportan hampir semua produk China pasti akan terjejas.
Yang menentang azan di Malaysia, tengoklah nanti bala yang akan menimpa kamu semua.Kita tunggu dan lihat lain-lain bala yang bakal ditimpakan oleh Allah SWT ke atas Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang memfitnah, mengkhianati dan membunuh umat Islam. Teruslah kita berdoa’ agar Allah SWT akan melindungi kita umat Islam di seluruh dunia dan menimpakan becana malapetaka ke atas musuh-musuh Islam. Seperti yang kita umat Islam sedia maklum, doa’ memohon kepada Allah SWT itu senjata yang amat kuat yang ada pada kita. Maka berdoa’lah dengan penuh keyakinan dan dengan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Yakin, jangan tak yakin.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Singapura dan Zionist
Jarum-jarum Israel dari Singapura
Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.
Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura.
Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.
Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.
Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.
Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.
Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.
Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programm er dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.
Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.
Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
1) Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.
2) Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.
Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.
3) Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.
Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.
Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.
Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.
Sumber: http://dajjal. wordpress. com/category/ yahudi-di- malaysia/
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Singapura dan Zionist
Monday, October 6, 2008
Hikmah suruhan Nabi
"Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam... Sama2lah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Hikmah Sunnah
Tentera Malaysia..Gah di tempat sendiri..

Labels:
Bakal PM
Kisah sebenar anggota polis dgn 58 das tembakan......
Satu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis.
Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu? Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya.
Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu.Selanjutnya...
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Tuesday, September 30, 2008
Pak Lah takkan mengalah..

Labels:
Timbang senget
Saturday, September 27, 2008
Pak Lah atau Najib?
"Di sana-sini riuh se-Malaya yang Pak Lah tak bermaya, Pak Lah lembik, Pak Lah kuat tidur..!!! Kami mahukan pemimpin baru! Kami mahukan Najib menjadi pemimpin kami!!!
"EEEhhhh......???" Aku mula bertanya, "Apa beza Pak Lah dengan Najib???"
Selama ini pun setelah jawatan PM bertukar tangan, cuba berikan mana satu keputusan besar negara dibuat oleh Pak Lah???
Aku rasa tak ada pun...Dia cuma 'sign' sahja...
Minyak naik 70 sen pun bukan keputusan Pak Lah...pasal itu atas nasihat Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. (aka Mamak Penang), sebab tu next day Tan Sri Nor yang kena jawab media...
Minyak turun pun, Dato' Shahrir yang kena buat statement, dan beberapa keputusan lain yang menunjukkan Pak Lah selama ini hanyalah pemimpin 'symbolik' yang sebenarnya jarang buat keputusan sendiri. Sehingga terpaksa menubuh jawatan baru iaitu "PENASIHAT-PENASIHAT" yang bertaraf MENTERI!!! Apa semuanya ini????
Jadi, kalau Najib naik, apakah kita rakyat marhaen mendapat keuntungan???? Apakah Najib akan memikirkan nasib rakyat sebagai agenda utama???
Yang nyata aku pasti tidak....kerana sedang menunggu satu lagi penasihat utama dalam rumah tangganya, iaitu: DATIN ROSMAH!! Itu yang mesti diutamakan dahulu....
Rakyat akan tetap 'nganga' dan akan ada seperti sekarang....dan tak akan berubah....Malah mungkin lagi terukk...Nasib lerrr...
Maka, aku fikir, perubahan mesti secara TOTAL....iaitu:
"TUMBANGKAN BN/Umno kesemuanya!!!" Kerana mereka tidak akan memikirkan nasib rakyat dan nasib anak-anak kita!! Mereka mementingkan nasib sanak saudara mereka dan segelintir pemimpin umno/kroni sahaja!! "
Perasap : Susah pencacai BN nak bagi.....
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Siapakah yang lebih layak...?
Meneliti perkembangan terkini,semakin banyak kelemahan kelemahan pemimpin PR ditonjolkan kepada kita.bermula dengan serang peribadi terhadap DSAI,kini Tian Chua juga tidak terlepas dari serangan pembohongan ekoran berita pertemuan wakil PM dengan PR.Sebelum ini Teresa Koh dijadikan mangsa bagi menunjukkan kelemahan PR yang pula diibaratkan sebagai Pakatan Rapuh.Satu ketika dulu TGHH juga tidak ketinggalan dilebelkan sebagai "gila kuasa",Begitu juga beberapa pemimpin PAS yang dikatakan taksub dengan DSAI dari kelompok Erdogan dan berbagai bagai lagi berita kelemahan kepimpinan PR.Persoalannya apakah semua kelemahan yang cuba di tonjolkan ini merupakan satu bonus bagi mengizinkan BN/UMNO terus berkuasa?
Rakyat dewasa ini bijak menilai.Mana satu intan dan mana satu kaca,mana satu pemimpin yang sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat dan mana satu pemimpin yang bijak mengaturkan kata kata untuk membesarkan tembolok mereka.
Begitu juga rakyat tahu siapa yang bercakap dengan ikhlas untuk menyokong perjuangan dan melakukan "anjakan paradigma" dan siapa yang mengada ngada semata mata habuan yang mereka terima.
Hakikat penurunan harga minyak sebanyak RM0-10 menunjukkan lagi kegagalan kerajaan BN/UMNO untuk membantu rakyat.Rakyat yang semakin tersepit sudah hilang tempat mengadu.Kini harapan rakyat hanyalah kepada PR yang mana janji janji mereka sukar untuk dilepaskan.
Tetapi dalam suasana rakyat menyandarkan harapan kepada PR untuk mengambil alih dengan langkah yang berhemah dan selamat,timbul pula berbagai bagai cerita kerapuhan pakatan dan keperibadian pemimpin mereka yang cuba ditonjolkan sebagai tidak bermaruah.Oleh itu, sekiranya rakyat "membeli" cerita cerita begini maka sahihlah tiada pertukaran kerajaan atau dengan kata kata lain BN/UMNO akan terus bersenang lenang di atas sana mencekik rakyat yang sememangnya sudah kelemasan.
Jadi apa tindakan dan keputusan rakyat?tiada pilihan kecuali memberi laluan dan peluang kepada PR membuktikan kemampuan mereka.Segala kelemahan yang ditonjolkan itu boleh diselesaikan kemudian ia itu sesudah kerajaan diambilalih.Nampaknya itulah keputusan terbaik untuk diambil rakyat dalam situasi semasa kini.Kita kena pilih yang kurang mudharat dan dalam teori ekonomi kebajikan ianya disebut teorem second best,di mana dalam ketiadaan suasana ideal maka kita kena pilih suasana kedua terbaik.Dalam situasi negara sekarang ini,keadaan kedua terbaik nampaknya apa yang dijanjikan oleh PR kerana BN/UMNO yang bermenifestokan "Selamat,Aman,Makmur"ternyata sudah gagal.
Dengan kegagalan BN/UMNO ini,segala keburukan dan kelemahan kepimpinan PR yang cuba ditonjolkan tidak seharusnya menjadi bonus kepada BN/UMNO sebaliknya mereka mesti berundur atau diundurkan untuk rakyat Malaysia. " Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Malaysia Baru
Kisah Negara Pisang...
Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang.
Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair.
Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru.
Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan?
Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti?
OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO?
Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu?
Dalam seminggu ni pasti orang-orang Abdullah akan mencongak dan mengira. Kalau Abdullah akan terus tanding kerusi Presiden UMNO, berapa banyak ongkos yang diperlukan? Ongkos tu dari mana akan diperolehinya? Lembu mana yang akan disembelih untuk keluar ongkos itu? Untuk beli sokongan bahagian-bahagian, macam mana ongkos itu nak dibahagi-bahagikan?
Sekaligus, orang-orang Abdullah juga akan mencongak dan mengira. Sapa yang boleh dibeli dengan pangkat dan jawatan? Sapa yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Sapa yang boleh berikan sokongan kepada Abdullah setelah diugut dan diancam?
Lantas, dalam seminggu ni tentu orang-orang Abdullah sibuk menghimpun ongkos dan sibuk menggali fail. Mereka juga akan sibuk mengenalpasti mana lagi kementerian atau agensi yang boleh melantik jawatan penasihat untuk diberikan kepada pihak yang nak dibeli sokongannya.
Bayangkan betapa kotor jadinya politik bila Abdullah bertindak hanya atas nasihat, desakan dan ugutan pihak-pihak di sekelilingnya. Betapa rumit jadinya politik tanahair bila tindakan Abdullah ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga?
Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan.
Rakyat Malaysia pasti tidak reda dengan status Banana Republic ini. Makanya, lebih cepat Abdullah berundur, lebih eloklah untuk kita semua. Lebih cepat Abdullah berundur, lebih mudahlah kita semua bergabung tenaga dan bergabung minda untuk memperkasakan semula negara tercinta ini!
Perasap : Serah aje jawatan tu pd DSAI..
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Friday, September 26, 2008
Utusan Malaysia tidak telus
Penggunaan Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) terkutuk terhadap wartawan wanita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mencetuskan bantahan dan gerakan anti-ISA terbesar yang pernah berlaku di negara kita.
Selain badan-badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam, parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri juga tidak dapat bersetuju dengan tangkapan sewenang-wenang itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menteri perundangan de facto, Datuk Zaid Ibrahim malah meletakkan jawatannya sebagai pengakuan kegagalan reformasi perundangan yang merupakan tanggungjawabnya.
Sungguhpun Hoon Cheng telah dibebaskan 18 jam selepas ditahan sejak 12 September dan Teresa Kok turut dibebaskan selepas seminggu ditahan, namun alasan-alasan yang diberi berkaitan asas penahanan mereka tidak masuk akal dan mengelirukan.
Hoon Cheng kononnya ditahan agar diberi "perlindungan keselamatan", dan Teresa, menurut beliau sendiri, cuma disiasat berasaskan suatu rencana kolum yang ditulis oleh Zaini Hassan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September lalu bertajuk: “Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…” .
Hoon Cheng yang mula-mula melaporkan kenyataan ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang melemparkan kenyataan perkauman bahawa masyarakat Cina "kaum penumpang" yang mustahil mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera.
Atas tekanan parti-parti komponen Barisan Nasional, Umno terpaksa menggantung hak keahlian Ahmad selama tiga tahun kerana enggan meminta maaf secara terbuka berkaitan kenyataannya.
Yang menakjubkan, Hoon Cheng yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan sebaliknya telah ditahan bawah ISA, kononnya untuk melindungi keselamatannya – suatu dalih yang amat melucukan!
Menurut rencana Zaini, ahli parlimen Seputeh tiba-tiba menjadi “dalang” di sebalik isu-isu azan, tulisan jawi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan babi seperti disenaraikan dalam tajuk rencana kolum terbabit.
Selepas membaca artikel tersebut, Mohamad Asri Shafii, biro badan bertindak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak telah mencapai kesimpulan seperti tajuk suratnya kepada akhbar yang sama (11 September 2008) “Terhakisnya ketuanan Melayu”!
Mohamad Asri selanjutnya merumus: “Adalah menjadi mimpi ngeri bagi orang Melayu sebagai tuan di bumi bertuah ini mendapat menteribesar yang bukan Melayu.
"Hakikatnya telah berlaku, meskipun kita melihat dua buah negeri Perak dan Selangor diperintah oleh ketua negeri berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi hakikatnya daripada artikel ini adalah sebaliknya."
Nampaknya niat Zaini untuk merasiskan imej Teresa, dan melaluinya “memomokkan” kerajaan Pakatan Rakyat dari perspektif ketuanan Melayu telah tercapai, dan nyata sekali Teresa telah menjadi mangsa artikel terbabit!
Biarlah kita meneliti dakwaan-dakwaan artikel Zaini secara lebih objektif. Terlebih dahulu, dibangkitnya tuduhan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bahawa ada usaha pihak tertentu yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan.
Padahal menurut Steven Ee, yang bertanggungjawab menghantar petisyen kepada masjid Bandar Kinrara seperti yang dilaporkan Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 taman perumahan itu tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan.
Mereka hanya meminta agar direndah atau diperlahankan suaranya apabila kaset/CD berkaitan ceramah, kuliah agama serta bacaan al-Quran dipasang sebelum sembahyang subuh di masjid tersebut.
Kini, menteri besar baru Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa masjid boleh terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti bagi menyebarkan syiar Islam kerana pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan atau persatuan penduduk.
Mungkin masih ada dua masalah masih belum terjawab. Yang pertama, adakah petisyen bukan Islam Bandar Kinrara terbabit boleh dianggap sebagai tidak sensitif, malah menghina agama Islam seperti tuduhan terbabit?
Yang kedua, permintaan agar suara pembesar masjid direndahkan atau diperlahankan juga tiada tolak ansurnya, seperti ditegaskan JAIS?
Jika petisyen agar bunyi suara pembesar aktiviti agama direndah atau diperlahankan juga tidak dapat ditoleransi dan ditolak ansur, seperti mesej-mesej yang dibawa dalam Utusan Malaysia, maka semangat toleransi yang diuar-uarkan selama ini hanyalah jalan sehala saja di sisi ketuanan Melayu dan ketuanan Islam!
Teresa yang mendapat salinan petisyen terbabit telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Zaini, dan melalui mulut seorang YB dalam Pakatan Rakyat kononnya dihubunginya melalui telefon, Teresa dikritik sebagai "kurang ajar", dan dikatakan sedang "memaksa" DBKL menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur, supaya dinaikkan papan tanda tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.
Namun, siapakah Teresa Kok yang mampu "memaksa" DBKL menurun dan menaikkan papan jalan mengikut suka hatinya?
Bagi mereka yang berfikiran liberal, di samping tulisan rumi, jika kaum Melayu inginkan tulisan jawi ditambah atau dikekalkan, sama juga dengan permintaan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil ditambahkan di papan jalan, apa salahnya jika kaum Melayu tidak terlalu obsesi dengan ketuanan Melayu?
Sekalipun tidak bersetuju, habislah cerita, buat apa digembar-gemburkan seolah-olah tibalah hari kiamat jika bahasa Cina dan bahasa Tamil ditambah di papan tanda jalan!
Menurut imaginasi Zaini, Teresa tiba-tiba menjadi manusia yang begitu "berpengaruh" sekali, sehingga sanggup "menyuapkan" Khalid mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan JAIS untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain, serta "memegang tali" untuk menyuruh menteri besar itu membuat kenyataan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.
Jika kita percaya kepada kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan bersetuju bahawa agama-agama bukan Islam di Selangor juga berhak menerima bantuan daripada Selangor seperti JAIS, maka sudah barang tentu JAIS tidak dapat memonopoli seratus peratus peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebagai bantuan kepada institusi-institusi semua agama.
Jangan lupa, penganut bukan Islam di negara kita juga wajib membayar cukai.
Sebelum kenyataan Khalid, jika tidak silap penulis, kabinet telah mengambil keputusan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu, masa itu, tiada kontroversi dicetuskan seperti kali ini.
Selain itu, projek pemeliharaan berpusat babi di Sepang juga projek lama Barisan Nasional Selangor, ia juga tidak digembar-gemburkan seperti kali ini.
Pembaca Utusan Malaysia tentu sedar bahawa azan, jawi, JAIS, UiTM, dan babi antara isu-isu yang diperbesar-besar dan diapi-apikan oleh Utusan Malaysia daripada perspektif ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, demi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Jika wujud sebarang ketegangan kaum seperti dakwaan pihak polis, maka antara lain, Utusan Malaysia sudah barang tentu telah memainkan peranannya, dan oleh itu, patut disiasat dan diberi amaran, bukan mereka yang menjadi sasaran agenda perkauman, seperti Hoon Cheng, Teresa dan Raja Petra. Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Keputusan MT ada muslihat.................
Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat."
Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.
Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010.
Zahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh.
"Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu.
"Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut.
Sementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat.
Beliau berkata, ahli Umno tidak boleh duduk diam tetapi harus bekerja kuat untuk parti.
Katanya, penangguhan tersebut tidak memberi kesan kerana jika sesuatu bahagian tidak mencalonkan seseorang pemimpin tertentu, sudah tentu pemimpin itu tidak boleh bertanding.
"Ahli parti tidak bising apa-apa, hanya orang luar (pembangkang) yang sibuk buat bising," katanya.
Suka berdolak-dalik
Mengulas keputusan presiden Umno untuk mengumumkan keputusan penting menjelang mesyuarat bahagian 9 Oktober ini, Zahidi berkata Abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac depan.
"Beliau (Abdullah) tidak berani, suka berdolak-dalik.
"Beliau takut menghadapi kenyataan kerana tak tunai janji," tambahnya.
Beliau juga menjelaskan Umno akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya sistem kuota pencalonan pemimpin atasan parti, termasuk di peringkat bahagian, dihapuskan dan tidak perlu menangguh pemilihan pimpinan tertinggi.
"Ikhlas, untuk hapuskan sistem kuota, tak payah tunda-tunda (mesyuarat agung)," tambahnya.
Penghapusan sistem itu, katanya, boleh mewujudkan persaingan yang adil dan akan menguatkan Umno.
Di Kedah, setiausaha Pemuda Jerlun, Amran Ali bagaimanapun menyifatkan penangguhan mesyuarat agung Umno satu tindakan yang bagus.
"Sekiranya niat untuk menangguh mesyuarat agung semata-mata untuk mengukuhkan parti, itu satu langkah yang bagus.
"Tapi kalau nak lari daripada kenyataan (politik), (tindakan) itu tidak betul," kata Amran ketika dihubungi petang tadi.
Minta ahli bersabar
Katanya lagi, jarak antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh, hampir lima bulan, menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan ahli-ahli Umno.
"Kalau andaian dari sudut positif, maka positif akhirnya. Jika suka kepada negatif, maka negatif akhirnya," kata Amran.
Ekoran itu, pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya ekoran penangguhan mesyuarat dan pemilihan pucuk pimpinan daripada Disember ini kepada tahun depan.
Di Terengganu, naib ketua Besut, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman meminta ahli-ahli Umno khusus di bahagian tersebut bersabar sepanjang penangguhan tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat membuat andaian sama ada Abdullah ingin mempertahankan jawatan presiden Umno atau tidak apabila mengumumkan perkara itu, bulan depan.
Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Ir Jamlus Aziz berkata, keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno boleh mendatangkan kebaikan kepada ahli.
"MT membuat satu tindakan untuk mengutamakan ahli dan parti dan oleh kerana itu ia perlu diterima oleh ahli Umno di semua peringkat.
"Pemuda Umno Negeri Sembilan menerima baik keputusan tersebut kerana ia memberi kelegaan kepada parti,” katanya.
Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus pula berkata, penangguhan tersebut membolehkan perwakilan mempunyai masa yang cukup untuk memilih pemimpin parti.
Manakala pemimpin, pula katanya, boleh melakukan kompromi untuk menarik diri daripada bertanding.
Bagaimanapun, peralihan kuasa ini juga perlu berlaku di peringkat bahagian untuk menguatkan parti di semua peringkat.
Perasap : Cakap org politik ni banyak berhelah..,sesuatu keputusan itu akan di buat sekiranya ada keuntungan baginya...sebab mereka berjuang untuk nafsu..bukan untuk agama...
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Timbang senget
Thursday, September 25, 2008
Mesyuarat Tergempar MT esok.

Labels:
Timbang senget
Subscribe to:
Posts (Atom)