Wednesday, February 24, 2010

TARIF ELEKTRIK NAIK LAGI DAAA....KRONI...KRONI...KRONI....

Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik. Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan. Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu. Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi. “Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu. “Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,”katanya. Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara. “Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,”katanya. * PILIH LA LAGI...HEHEHE..... Copy&Paste by: Panglima

Monday, February 22, 2010

Bakal dapat anak haram.....

KUALA LUMPUR: Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah. Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan. TAK MALU...sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa. Seorang pengunjung berkata, kebanyakan pasangan remaja datang ke situ dengan tujuan untuk memadu kasih. “Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung. “Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada adat, budaya dan pegangan agama,” katanya. Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka. Bagaimanapun, katanya, teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh menjaga tepi kain orang lain. Menurutnya, papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak dipedulikan muda-mudi berkenaan. “Mula-mula berpeluk di taman, lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang,” katanya. Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah. Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta. Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang asyik berpelukan, langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat mereka. Lebih merosakkan pandangan, kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai ‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung. Sementara itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah, ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan muda-mudi terbabit daripada terus berkelakuan sumbang. “Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka. “Bagaimanapun, mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman,” katanya. Menurutnya, DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka. * Bukanke kalau nak tegur orang buat maksiat tu perlu ade tauliah dulu. Nanti JAIS tangkap..lagipun itu tak kene mengena dengan politik..lantaklah....janji bila kita buat konsert..depa datang..pehtu gentel2 lagi....kahwin lagi susah dari main haram..cucuk je...JAWI mana ?,Ade berapa org pencegah maksiatnya..? 2,3,4,5,6,7,8,9..org..?. Baguskan...pisahkan agama dengan kehidupan seperti zaman British. Kalu kene tangkap masa main pun...denda je..alah...itu boleh settle la...orang masjid nak tangkap? Nanti kene saman baru dia tahu..mesti depa tak berani punyer..macam kes dulu2tu..Jadi buat ajela gentel2 sebab pihak berkuasa yang tanggung dosanye..kita dapat sedap aje..huhu...TUNGGULAH BALA DAN BENCANA DARI ALLAH WAHAI ORANG YANG DIBERI KUASA UNTUK MENJALANKAN KERJA2 AGAMA..KAMU TIDAK AMANAH DAN MENGHUKUM MEREKA YANG MAHU AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR ATAS SEBAB2 KUASA DUNIA...INILAH PUNCANYA MASYARAKAT BENCI DAN MELUAT DENGAN KERAJAAN..HAMPEH.... Copy&Paste by: Panglima

Friday, February 19, 2010

Punca Umat Islam Malaysia Rosak....Inilah antara puncanya

Itulah antara kandungan surat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama islam kepada beberapa orang ustaz di negeri Melaka. Amat menyedihkan apabila orang yang menghalang kelas – kelas pengajian agama yang telah sekian lama dijalankan di masjid– masjid di negeri Melaka ini adalah bukannya orang jahat, tetapi orang yang disangkakan baik. Apabila seorang Pengerusi Masjid di sebuah kampung di negeri Melaka ini menghantar seutus surat kepada seorang ustaz untuk menutup kelas pengajiannya, orang – orang tua mengadu kepada Pengerusi Masjid tersebut. Orang – orang tua ini mengharap pembelaan daripada beliau tetapi dijawabnya; “Dah tiada tauliah, tutup aje !” Hampa hati orang kampung. Sejak 2 tahun lebih kuliah ustaz tersebut berjalan, sudah hampir 200 orang mengikuti kuliah tersebut. Anak – anak muda sudah mula rapat. Yang peliknya, satu kelas pengajian tafsir di masjid yang sama hendak ditutup kerana tidak mendapat sambutan, tetapi kenapa pengajian ustaz ini juga hendak ditutup sama sedangkan ramai yang datang? Seiringan dengan itu, Imam 2 di masjid yang sama juga dipecat di atas sebab tidak membaca teks semasa khutbah jumaat. Akibatnya berlakulah senario solat jemaah 2 imam di masjid tersebut. Noja dan bilal masjid kemudiannya meletakkan jawatan. Yang dikhuatiri, kalau ada orang meninggal, siapa hendak mandi / menguruskan jenazah di kampung tersebut? Dengan ketiadaan mereka yang secara rasminya bertanggungjawab ke atas urusan jenazah di kampung itu, dengan siapa masyarakat kampung hendak merujuk dan meminta bantuan? Ustaz tersebut juga dituduh sebagai Kaum Muda, dan malahan dituduh sebagai Wahabi. Sedangkan di dalam surat pemecatan beliau tidak sebutkan tentang hal ini. Kuliah ustaz ini juga dirakamkan oleh pihak Jabatan Agama Islam, & apabila ditanya oleh ustaz ini tentang isi kandungannya, dijawab pula “ tiada apa – apa !” Malahan diberitahu kepada ustaz tersebut, ilmu ustaz itu lebih banyak. Jadi apa masalahnya? Dijawabnya, “ Masalahnya ustaz membaca Qunut Nazilah… !” Walaupun diakui bahawa Qunut itu adalah bersumberkan dari Nabi SAW. Astaghfirullahal azim.... Kesan daripada peristiwa ini, hamba Allah yang menghalang majlis ilmu itu tadi tidak diterima oleh orang kampung. Solat Gerhana yang dipimpinnya hanya dihadiri oleh 4 orang, ramai jemaah yang lain solat di surau. Sampaikan solat jenazah di kampung tersebut pun tidak menerima beliau sebagai imam. Keluarga jenazah enggan menerima beliau untuk mengimamkan solat jenazah tersebut. Pernah orang kampung merayu memintanya supaya tidak menutup dahulu kelas ilmu tersebut untuk memberi masa kepada ustaz terbabit supaya mengambil tauliah, tetapi tidak diendahkan. Malahan yang paling mengecewakan adalah beliau berkata “ Kalau Datuk Ali tanya, saya nak jawab apa ….. “ Masya Allah... Tidak ditakutinya pula kalau Allah tanya nanti dia nak jawab apa? Inilah yang berlaku apabila orang yang hendak menjaga kuasanya di dunia mengkhianati agama Allah. Kalau di Selangor ‘meletup’ kisah Dr. Asri Zainal Abidin ditahan JAIS kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama, di Melaka juga berlaku kisah yang seakan sama. Ustaz yang tidak mempunyai tauliah tidak boleh mengajar, walaupun ilmunya diakui dan diterima masyarakat. Pengerusi Masjidnya takut dengan Ali Rustam, yang amat bimbang dengan kuliah agama dan penyebaran dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Sesungguhnya Umno sangat busuk lagi membusukkan jiwa masyarakat. Kisah benar ini diperdengarkan sendiri kepada den dan jemaah Balai Islam Taman Cempaka baru-baru ini. Moga diambil iktibar. Pondok Parit Ismail, 15 Februari 2010 Copy&Paste by: Panglima

BN Penipu lagi....

AMERIKA TIDAK CAMPUR TANGAN DALAM KES LIWAT ANWAR : JAMALUDDIN - mStar ROMPIN: Amerika Syarikat (AS) tidak pernah campur tangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. Katanya, pentadbiran Presiden Barrack Obama setakat ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan supaya kes yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu digugurkan. "Belum ada apa-apa yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Sepayang di sini, hari ini. Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rompin, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry, Selasa lalu, yang meminta kerajaan Malaysia supaya perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil. KAH KAH KAH... woit.... MALOAN RABA RABA BONTOT INI ADA LAGI.... kah kah kah... kah kah kah... BETUL BETUL MAALAOAN INI SEDAG MERABA-RABA... kah kah kah.. woit... ATAU MI SPIK NO INGLIS....kah kah kah KAH KAH KAH sila baca bawah ini : CHAIRMAN KERRY STATEMENT ON FORMER MALAYSIAN DEPUTY PRIME MINISTER ANWAR IBRAHIM WASHINGTON, D.C. – Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) released the following statement today about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim: “I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim. “It has been over a decade since Anwar's first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar's resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition. I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen - and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.” Tomeika Bowden Deputy Press Secretary Committee on Foreign Relations (Majority) Tel: 202.224.3468 Bengong....bengong....bengong....Kenapa masih ade penyokong ???????????? Copy&Paste by: Panglima