Thursday, September 11, 2008

Cerita MP dari Taiwan..

Berita dari Taipei 11 September 2008 197 views 4 Comments Hello Brader MSK, Lepas hang baca ni, make sure hang delete mail ni. Kalau depa dapat tau aku hantaq kat hang, naya aku. Dah dua hari kami kat sini. Leceh betui. Ingat kata semua naik kapalterbang sama-sama, rupa-rupanya depa asingkan kami bila sampai Singapore. Ramai SB dari YB. Sampai Taipei, semua depa halau masuk hotel.Lagi satu leceh, nak call out pun tak boleh. Passport dengan handphone SB pegang. Semalam baru lega sikit. Kami pi Shangri-La Leisure farm. Bukan besaq sangat, kandang kambing Maniam kat Sauk tu lagi besaq. Tapi kambing dia lain macam…nak kata Jamnapari, tak dak janggut. Nak kata Boer, aku pun tak kenai. Tak patut betui Pak Lah…dia syok kat kambing, dia suruh kami mai belajaq. Yang syok…masa permanian beradas. Hang tau Bung Mokhtar buat apa?.. dia pi inject sperm dalam lubang pungkok kambing tu..kah.kah.kah.. Dia ingat kambing beranak ikut pungkok kot? Lepas tu, kami jumpa Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua. Yang ni lagi satu lawak. Dia tanya…Anwar tak mai sama ka? Pagi tadi, kami pi ke, Kaosiung..naik bullet train. Kami pi melawat pusat bioteknologi. Fuh! bessst! Hang pernah tengok ayam tak dak bulu ka? Memng tak dak! tapi kulit dia tebai, macam itik dah kena salai. Pusat bioteknologi Taiwan ni dah cipta ayam tak dak bulu, sebab setiap tahun, kerajaan taiwan menghadapi masalah nak buang bulu. Tu pasai depa cipta ayam tak dak bulu. Tapi, tadi aku tengok ayam kaki empat. Aku tanya kat depa…pasai apa ayam kaki empat. Depa jawab…KFC cuma mau drumstick. Jadi kena increase drumstick production la.. Esok kami akan ke Pingtung University of Science and Technology. Jadual lusa dan seterusnya kami pun tak tau. Gila sungguh depa. Tadi aku email kat Raja Petra. Kami semua dapat RM50,000 duit poket. Tapi nak belanja kat mana. Masuk jamban pun SB ikut. Pulak tu. Pulak tu, satu-satunya tempat lepak yang ada benda tu…semalam jugak depa tutup. Tapi hang tok sah risau, MSK. balik nanti aku belanja hang kat Big Sister. OK..MSK. Depa dah panggil dah. Buat roll call. Copy&Paste by: Panglima

Tarikh 16Sept. wajar dimartabatkan..

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun sememangnya telah sinonim untuk di raikan sebagai usaha memperingati kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negara di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Editor, Mat Zahari Ali menemubual Pakar Sejarah Universiti Malaya, Prof Khoo Kay Kim untuk meneliti kewajaran tarikh 16 September untuk di nukilkan sebagai hari kebesaran negara.Berita Penuh.. Copy&Paste by: Panglima

Samak perlu letak jawatan..

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej dan seluruh Kabinetnya perlu meletak jawatan, semalam, selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan beliau melanggar Perlembagaan dengan menjadi hos rancangan masakan di televisyen. Bagaimanapun, penyokong beliau berikrar untuk mengembalikan kuasa kepada Samak, yang menunjukkan Thailand masih belum tenang daripada krisis politiknya yang melumpuhkan kerajaan, menjejaskan pasaran kewangan dan menjauhkan pelancong.Lagi... Perasap : Malaysia bila lagi....? Copy&Paste by: Panglima

Reformasi, UMNO bakal tenggelam

Tarikh keramat 2 September lalu disambut oleh gerakan Reformasi dengan tertabalnya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar sekali gus dipersetujui oleh PAS dan DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Penasihat PKR boleh dikatakan antara ahli politik yang paling beruntung di Malaysia.Lagi.... Perasap : DSAI beruntung?, Memang betul dan sepatutnya begitu.Itu semua di atas Keredhaan Allah selepas beliau mengalami segala macam rintangan dan penderitaan serta kezaliman UMNO. Ingat, doa org teraniaya tiada hijjab..Cuba lihat sejarah politik Malaysia, berapa ramai org yang mampu bangun setelah dijatuhkan secara paksaan? Copy&Paste by: Panglima

Ramai remaja suka seks bebas...

KOTA BHARU 10 Sept. - Fenomena hubungan seks bebas bagi membuktikan cinta sehingga melahirkan anak luar nikah kini cukup membimbangkan kerana jumlahnya kian meningkat. Penyelaras Unit Pembangunan Kesihatan Wanita Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zaharah Sulaiman berkata, gejala itu berlaku kerana ada kaitannya dengan kekeliruan golongan remaja tentang cinta daripada pandangan Islam dan kejahilan terhadap aspek reproduksi.Lagi Perasap : Yeah....Islam Had Hari2 memang kena begitu...eleh..iman had hari boleh pegang2 tgn pompuan apasal, budak2 x boleh? Copy&Paste by: Panglima

Kembalikan kuasa Raja Melayu

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.Lagi Perasap : UMNO menerusi Che Det yang telah menghapuskan imuniti kuasa raja-raja Melayu,hasilnya raja2 tiada kuasa menegur kerajaan serta lebih tertumpu kepada acara keagamaan sahaja. Copy&Paste by: Panglima

Wednesday, September 10, 2008

Pendakwa nak bawa kes Anwar ke Mahkamah Tinggi

10 .30 PAGI]KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER (SK)-Mahkamah ditangguhkan kepada 24 September ini bagi memberi masa kepada barisan beguam Anwar Ibrahim untuk menyediakan hujah-hujah bagi membantah permohonan pihak pendakwa bagi memindahkan kes dakwaan liwat terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi.Lagi Perasap : Iskh2..kenapalah depa tak buat camtu kat kes yang lebih berprofil tinggi..hmm, lepas habis pilihanraya kecil P44, hilang citer sumpah,sesumpah,liwat...owh..kebetulan.. Copy&Paste by: Panglima

Panjatkan doa kita kepada Allah S.W.T.

DSAI menegaskan beliau sudah mendapat surat pengakuan ahli yang akan melompat parti. Antara lain DSAI bagi hint siapa ahli parlimen itu dengan mimic perkataan mp tu "Kami tatap dengan janji kami! Kami bangsa yang tatap mengotakan janji". Jadi tarikh mungkin teranjak sikit dari 16 sept but paling lewat 17 oct kerana parlimen bersidang semula.(ini yang tak best nih...ptuih..!) Kedutaan asing sudah mula beratur berjumpa DSAI kerana yakin akan berlaku perubahan kerajaan. Bgaimanapun DSAI mengingatkan bahawa pejuang harus terus berdoa kepadd Allah agar tiada halangan besar lagi. Kerana, sebagai orang Islam, doa2 rakyatlah yang beliau harapkan dapat membantu kemenangan rakyat. Ramai yang terharu semalam dengan doa imam di rumah DSAI dan tersentuh apabila DSAI dengan penuh rendah diri menyatakan doa rakyat, ulama di seluruh dunia terutamanya Tok Guru Haji Saleh yang kini 24 jam bergilir dengan ustaz2 berdoa didepan kaabah makkah tanpa henti memohon bantuan Allah memberi kemenangan kpd kerajaan pakatan rakyat! Perasap :InsyaAllah..yang batil tetap jatuh. Copy&Paste by: Panglima

Tuesday, September 9, 2008

Seorang lagi BN letak jawatan

TAIWAN, 9 Sept: Salah seorang anggota rombongan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Barisan Nasional ke Taiwan, Huan Cheng Guan menghantar notis melalui SMS meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda BN Pulau Pinang jam 12.30 tengahari tadi. Lagi..Copy&Paste by: Panglima

Fakta Ekonomi Negara

Ramai yang melupakan sejarah ekonomi negara kita ini. Fakta pertama – sesudah Perang Duni Ke Dua – Persekutuan Tanah Melayu adalah negara terkaya di Asia sesudah Jepun. Ini fakta sejarah ekonomi. Ramai juga warga yang melupakan fakta bahawa sesudah penjajah British mengundur dan Tanah Melayu berkerajaan sendiri, ekonomi kita telah menggunakan pendekatan ekonomi sosialis. Air, api, hospital, sekolah, lembaga pengajian tinggi, jalan raya, perumahan – semua lembaga-lembaga ini adalah hak milik kerajaan. Hanya perlombongan, perladangan dan banking yang masih dimiliki oleh British. Sehingga ke zaman pentabiran Hussein Onn lembaga ekonomi ini masih lagi kukuh. Hanya apabila Mahathir Muhamad menjadi kepala maka semua lembaga ekonomi hak milik negara ini diagih-agih kan kepada para kroninya. Bentuk ekonomi – sama ada kapitalis atau sosialis – bertanggung jawab melahirkan bentuk-bentuk budaya. Asas budaya manusia lahir dan wujud dari sistem ekonomi yang digunapakai. Budaya bangsa bukan lahir dari awang-awang. Bukan lahir dari mimpi-mimpi. Atau di harap-harapkan. Tamadun budaya bangsa lahir dari sistem ekonomi. Sistem ekonomi ialah pembuatan dimana manusia membuat sesuatu – tidak kira apa – untuk hidup dan merayakan kehidupan. Dalam proses merayakan kehidupan inilah lahir budaya – kepercayaan, kesenian, adat resam, sistem sosial – semuanya dibentuk oleh sistem ekonomi. Ekonomi kapitalis menjurus kepada pemilikan persendirian. Ianya muncul dari sistem feudal, dimana raja dan kaum kerabat istana membolot tanah-tanah pertanian yang luas. Tanah-tanah ini di usahakan oleh kaum tani. Kaum feudal ini telah memungut upah/sewa/upti dari tanah-tanah mereka. Ini mejadikan mereka kaya raya dan berupaya untuk mengaji ‘orang lain’ untuk menjaga harta benda mereka. ‘Orang Lain’ ini akhirnya akan menjadi soldadu, askar dan polis. Tahap budaya dan tamadun ilmu pengetahuan manusia berkembang. Perkembangan ilmu pengetahuan menimbulkan satu kelas baru – Kaum Pemodal. Kaum Pemodal muncul kurang lebih 200 tahun dahulu – di zaman Revolusi Industri. Benda-benda baru muncul – tenaga wap, tenaga bahan bakar arang batu, timah, logam besi – semua ini mengalihkan cara pembuatan dari pertanian ke industri. Ini perubahan bentuk ekonomi yang pasti membentuk satu budaya baru. Ini juga berlaku dalam negara kita. Tanah Malayu pada 100+ tahun dahulu adalah negeri petanian, kemudian dizaman kolonial muncul perlombongan dan perladangan. Asas ekonomi kaum tani Melayu tidak berubah dalam zaman peralihan – kemunculan buruh lombong dan buruh ladang - ini kerana British telah membawa masuk buruh dari India dan Tiongkok. Masyarakat Melayu terus dalam dunia feudal mereka. Tun Razak telah membawa satu perubahan besar dengan rancangan Felda – memberikan tanah kepada kaum tani Melayu yang tidak memiliki tanah. Ini adalah bentuk ekonomi Kapitalis Daulah. Petani miskin dibantu dan di beri hak untuk berladang secara moden dan tersusun. Di zaman Razak selain dari memberi tanah kepada yang tidak bertanah, sistem pembelajaran dan hospital masih percuma, di tanggung oleh daulah. Sistem jana leterik, air, keretapi, talipon, pelabohan, lapangan terbang – adalah harta hak milik negara. Memahami konsep harta hak milik negara ini amat penting. Negara/daulah/state itu ertinya rakyat/orang ramai. Kita sebagai warga adalah daulah. Tanpa kita tidak wujud state. Kita yang membayar cukai mukai dalam negara ini. Cukai ini dijadikan modal untuk daulah bergerak. Ini bererti leterik, talikom, jalan raya – adalah harta milik kita bersama. Harta negara adalah harta perlaboran kita semua. Keuntungan dari lembaga-syarikat ini akan masuk ke kantong daulah. Ertinya masuk ke dalam saku kita semua. Dana keuntungan dari lembaga/syarikat daulah ini akan dipusingkan kembali untuk menjadi belanjawan negara – untuk sekolah percuma, untuk hospital, untuk memperbaiki jalan raya. Ini amat berbeza dengan lembaga/syarikat hak milik negara yang telah di swastakan. Apabila leterik, talikom, air, jalan raya, hospital, perlabohan, lapangan terbang diswastakan pastilah akidah utama lembaga/syarikat ini bukan lagi untuk kebajikan umat. Ianya bukan lagi untuk kebajikan orang ramai. Kaum pemodal tuan empunya syarikat ini hanya menjaga dan memastikan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam poket mereka sahaja. Tidak ada perkongsian ramai. Lihat bezanya - kalau harta kerajaan – untungnya akan pergi kepada kerajaan – ertinya kita, rakyat dapat sama-sama menikmati untung. Inilah perbezaan fundumental di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi sosialis. Kapitalis mementingkan keuntungan maksima untuk si pemegang saham. Sosialis mementing kesejahteraan umum bukan keuntungan pribadi. Idea penswastaan di munculkan di zaman Thatcher/Reagan – 1980’an. Dasar Thatcherite ini bertujuan untuk menumpaskan gerakan kesatuan buruh terutama pelombong arang batu di United Kingdom. Kesatuan pelombong arang batu ini melalui mogok telah berjaya menjatuhkan kerajaan Konservatif Edward Heath pada tahun 1974. Dasar penswastaan ini juga bertujuan untuk melipat gandakan lagi keuntungan Kaum Pemodal Anglo dan syarikat multinasional Anglo yang menyokong Parti Konservatif. Mahathir Muhamad meniru dasar penswastaan untuk memperkayakan kroni-kroninya. Kroni-kroni Mahathir ini juga adalah penyokong setia Mahathir dalam United Malays National Organisation. Mereka menyokong dasar penswataan kerana mereka dibenarkan menjarah dan merampok harta kekayaan negara. Dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru – banyak harta milik rakyat telah di agih-agih kan (baca rompak ) oleh kroni Mahathir. Lembaga Leterik Negara, Talipon Negara, Radio, stesen Tv, perlabuhan, lapangan terbang, Mas, Misc, keretapi, perkapalan, Jabatan Kerja Raya, Hospital, jalan raya dan ratusan syarikat-syarikat negeri (SEDC) telah diagih-agihkan kepada para kroni. Apkah bezanya syarikat-syarikat ini sekarang kalau di bandingkan dengan dahulu ? Tidak ada bezanya. Hanya satu yang amat ketara - kalau dahulu keuntungan akan masuk ke dalam dana negara. Hari ini keuntungan masuk ke dalam poket Kaum Pemodal. Ketika ekonomi kapitalis berkembang maka Kaum Pemodal dan para kroni berkenduri sakan. Berbilion juta ringgit masuk ke dalam saku mereka. Mereka berpesta macam tidak ada subuh. Pink form terbang melyang-layang. Jual beli saham harta negara yang diswastakan menjadi topik dari coffee house hingga ke masjid. Ini berlaku dalam tahun-tahun 90’an. Lihat apa terjadi apabila ada ekonomi kapitalis berhadapan dengan krisis – mereka jatuh muflis. Perhatikan apa Kaum Pemodal dan para kroni lakukan. Mereka pulangkan kembali harta-harta ini kepada negara. Maka terpaksalah GLC mengambil kembali Plus, Star, Putera, Mas, KLCC dan seribu satu macam syarikat yang jatuh muflis. Ketika untung mereka kaut – masa bangkrap dipulangkan kepada rakyat. Kenapa tidak semua harta-harta dan syarikat-syarikat ini dimilik rakyatkan untuk selama-lamanya. Jadikan harta-harta ini hak milik negara. Keuntungannya untuk kita semua. Ini lah dia asas perbezaan ekonomi sosialis dengan ekonomi kapitalis. Copy&Paste by: Panglima

Nak lompat..lompatlah..tiada undang2 sekatan..

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim mengatakan bahawa tiada undang-undang yang menyekat atau melarang mana-mana ahli Parlimen berpindah parti. Zaid berkata bahawa sebelum ini ada usul yang meminta supaya menguatkuasakan undang-undang larang pindah parti tetapi tidak ada siapa yang menyahut. “Dulu saya pernah mencadangkan supaya buat undang-undang ini tetapi tidak ada siapa yang mahu,” katanya ketika sidang media Hari Persidangan Hak Asasi Manusia di salah sebuah hotel pagi ini. Dalam perbentangan Belanjawan sebelum ini Perdana Menteri Abdullah Badawi menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan mana-mana ahli Parlimen BN bertukar parti. Katanya mengenai ura-ura penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat Zaid enggan mengulas lanjut tentang perkara itu dan hanya berkata “Lompatlah.” Perasap : Dia jadi pemimpin sebab ade org yg nak dipimpin/bantu/help/tolong ( bukannya menyusahkan ), kalau dah org tak mahu dia lagi...bagila kat org lain..lagipun, tak ade istimewa apapun dia pada pandangan rakyat... Copy&Paste by: Panglima

Rakyat percaya kepada jalan perubahan...

Sebenarnya, Syed Husin Ali bukan dari kalangan orang yang tidak yakin atau tidak percaya bahawa 16 September, 2008 tetap tiba dan boleh menjadi kenyataan. Sebagai Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat, Syed Husin Ali tahu, bahawa kehendak Rakyat Malaysia mesti dipenuhi, mahukan pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat, menggantikan Barisan Nasional yang semakin tidak pedulikan Rakyat Malaysia, serta memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru, menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang semakin malang, kecundang, dan lintang-pukang. 16 September, 2008, Pakatan Rakyat serius, Anwar Ibrahim tidak berubah, masih terus serius menjayakan perancangan yang telah dimulakannya, dan dia mahu memenuhi harapan Rakyat Malaysia.Lagi Perasap : Dalam sejarah zaman perjuangan Islam,telah banyak peperangan hebat berlaku dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar,perang Kerajaan Islam Andalusia-Moghul, perang merebut BaitulMaqdis dan banyak lagi.Justeru itu,marilah kita menguatkan iltizam dan berdoa agar yg benar dan hak berjaya.Amin. Copy&Paste by: Panglima

Awas ...permainan si bangsat UMNO...

Berita terbaru, Paklah telah memberi lampu Hijau agar Isu perkauman kembali dimainkan menjelang 16 September, bukan sahaja untuk menghalang pertukaran Kerajaan 16 September tetapi selepas Kerajaan Baru andainya dibentuk selepas 16 September. Amaran Paklah awal minggu lepas bahawa " Beliau akan Pastikan perubahan16 September tidak Berlaku" bukan gertakan olok olok, ia satu bentuk Dendam kesumat yang bersedia menggunakan apa sahaja cara agar pertukaran Kerajaan ini tidak berlaku. itu lah sebabnya Ahmad Ismail kini bukan sahaja tidak tunduk selepas perjumpaan dengan Paklah tetapi menjadi lebih racist berbanding sebelumnya.sehinggakan para penyokongnya menjeritkan perkataan "Bunuh Koh Tsu Kon" "tembak Koh Ts Kon" sambil mengoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Lagi Perasap : Kenapa tak ditumpukan pada tebusan di Somalia..?, pada harga barangan yang tinggi,pada keperluan rakyat?. Memang UMNO dah jadi bangsat.... Copy&Paste by: Panglima

Sumbat si Ahmad tu dlm ISA..memang beliau menggugat negara...

Wanita Gerakan hari ini mendesak supaya ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dipecat dari Umno kerana membuat kenyataan berbaur perkauman. Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe juga berkata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti memastikan segera yang Ahmad ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memainkan isu perkauman.Lagi Perasap : PM kena bertindak.kalau tidak memang beliau amat lemah ataupun memang mahu negara huru-hara supaya mageran dijalankan? Copy&Paste by: Panglima

Politik tengah bercelaru...rakyat tengah menderita..namun wakil anda enjoy...

KOTA BHARU, 8 Sept - Kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi - kerajaan baru 16 September mustahil, manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor pula menyebut tiada Ahli Parlimen yang lompat parti. Persoalannya apakah kenyataan itu sekadar menutup resah yang sudah berlubuk di hati. Kalau benar sekali pun telahan Perdana Menteri mengapa pula dalam masa yang sama anggota parlimen BN seperti diheret ke luar negara 7 hingga 19 September ini kononnya mengadakan lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan. Mengikut laporan, seramai 49 ahli parlimen BN akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini. Seramai 41 orang sudah berlepas manakala lapan orang lagi dijangka berbuat demikian esok. Seorang tokoh akademik Dr Abdullah Sudin meluahkan rasa hairan mengapa Kelab Penyokong BN (BN BBC) menggunakan kesempatan sekarang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara. “Adalah lebih baik ahli parlimen BN mengambil peluang untuk mendekati rakyat ketika tiada persidangan parlimen sekarang.Apa lagi? Perasap : Sekarang semua orang politik sudah gila, sangat ketara sekali sampaikan presiden UMNO cakap pun tak jalan.Jelaslah UMNO mahu keadaan huru hara ataupun PakLah tiada taring langsung... Copy&Paste by: Panglima

Monday, September 8, 2008

Panas-panas..32BN sedia masuk PR

PETALING JAYA: Tiga puluh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat? "Ya." Ini jawapan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar sebentar tadi selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Mesyuarat itu berlangsung hampir tiga jam. Dan, ini kali pertama angka tepat jumlah anggota Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat disahkan oleh beliau, khususnya selepas dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 28 Ogos lalu. Berita Penuh Perasap : Tak sabar mahu lihat proses ini.. Copy&Paste by: Panglima

Uwekkk...jijiknya cara BN

Tanpa perkauman, UMNO dah lama bergelar"mendiang" dan ber"jirat". Kali ini "superman berkeris telanjang" yang menyelamatkan UMNO bernama Mat Mael. Mat Mael tokey Bukit Bendera tetap mempertahankan pendapatnya bahawa " Cina adalah Pendatang". Beliau disokong oleh semua 13 tokey UMNO Pulau Pinang termasuk tokey UMNO Kepala Batas. Dalam keadaan tinggal nyawa-nyawa ikan selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Mat Mael memberikan talian hayat untuk UMNO untuk terus hidup. Lagi Perasap : BN sanggup buat apa sahaja hatta musnahkan jiwa asalkan dapat hidup..jijik.. Copy&Paste by: Panglima

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan

8 September 2008 Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini. Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.Lihat asal Sekian, terima kasih. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat YB Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS YB Lim Kit Siang Ketua Ahli Parlimen DAP Copy&Paste by: Panglima

Homoseks diiktiraf di Malaysia????

Apakah maksudnya menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi. Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya. Selanjutnya Perasap: BN tak habis2 bawa dosa ke dalam masyarakat..memang BN perlu dikuburkan.. Copy&Paste by: Panglima

MRR2 dijamin selamat...?

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kerajaan mengesahkan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang kembali dibuka hari ini selamat digunakan dengan jaminan tahap keselamatan keenam-enam lorongnya akan diperiksa setiap hari. Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, siasatan yang dilakukan Pasukan Petugas Kementerian Kerja Raya bersama jururunding dari Jerman, Leonhardt, Andre and Partner (LAP) mendapati tiada lagi kerosakan pada struktur tiang jejambat itu.Lagi Perasap : Lagi 2-3 minggu MRR2 pasti sesak bangat dong...adakah struktur masih mampu menampung beban kenderaan yang pastinya penuh dengan nyawa..?.Lagi satu Datuk, diri kita pun belum tentu hidup esok hari, macamana nak beri jaminan. Copy&Paste by: Panglima