Showing posts with label Pagar makan padi.... Show all posts
Showing posts with label Pagar makan padi.... Show all posts
Wednesday, February 24, 2010
TARIF ELEKTRIK NAIK LAGI DAAA....KRONI...KRONI...KRONI....
Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik.
Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan.
Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu.
Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi.
“Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu.
“Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,”katanya.
Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,”katanya.
* PILIH LA LAGI...HEHEHE.....
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Pagar makan padi...
Thursday, January 14, 2010
Berdiam diri ?
Salam,
Buka aje musim persekolahan, ribuan ibubapa merungut mengenai bayaran yuran persekolahan yg membebankan.Anak2 di asrama pula dibenaran balik ke rumah 1 kali seminggu kerana pihak berkenaan kurang peruntukan terutamanye di dalam kos untuk penyediaan makanan.
Rakyat pula dikejutkan oleh kenaikan harga bahan asas iaitu gula pada kadar RM0.20/kilo.Khabarnya ada lagi kenaikan harga petrol dsb.
Cerita di akhbar pula hanya menyebarkan berita rasuah itu ini,permainan nama Allah, tuduh-menuduh sesama orang dalaman parti, pembunuhan yang tak sudah2 serta macam2 lagi.Kita hanya dijamukan dengan berita negatif setiap hari dan disekeliling kita ramai orang mengeluh dengan tekanan hidup ini.
Tidakkah kita perhatikan bahawa kurangnya mengenai perasmian kilang2 baru ?kemasukan pelabur dalam negara?,urusniaga2 ataupun Memorendum of Understanding ( MOU )di tandatangangi diperingkat antarabangsa?
Apakah maksud semua ini? Awas...negara kita mungkin berada di ambang kemusnahan/muflis sekiranya kuasa kerajaan masih dipegang oleh mereka yang tamak dan rakus.
Kita tentu tidak mahu keturunan kita menyalahkan kita di atas kealpaan kita sekarang - Pang5
Labels:
Pagar makan padi...
Malaysia Bakal Muflis..
Malaysia alami penyusutan Rizab yg Ketara- UBS Switzerland
Dari TV Selangor
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia.
Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.
Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.
Malaysia hanya mencatatkan pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi tahun 2008.
Berbanding negera China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand yang mencatat peningkatan simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau dimaklumkan ada usaha untuk menyembunyikan laporan UBS Investment itu daripada pengetahuan umum.
Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional harus lebih berani mendedahkan keadaan sebenar ekonomi negara.
“Kita suatu masa dahulu berkedudukan tinggi. kita lebih tinggi dari Taiwan dan Indonesia. Tapi kini kita merudum jatuh sehingga sama taraf dengan dengan yang tidak dikenali. Ini membimbangkan.
“Daripada kita terus tidak mengaku tentang pendedahan laporan ini, lebih baik kita berusaha pulihkan keyakinan dengan meyakinkan mereka yang kita laksanakan langkah lain untuk pulihkan keadaan. Aktiviti menafikan- menafikan tidak membawa apa- apa makna malah lebih banyak kecuaian akan terdedah sebaliknya. Agensi- agensi ini akan terus buat kajian untuk memastikan para pelabur melabur ditempat yang betul,” katanya
Pang5 - tapi kata Najib, ekonomi Malaysia bertambah baik...kenapa harga brg naik?,
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Pagar makan padi...
Monday, September 8, 2008
MRR2 dijamin selamat...?
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kerajaan mengesahkan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang kembali dibuka hari ini selamat digunakan dengan jaminan tahap keselamatan keenam-enam lorongnya akan diperiksa setiap hari.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, siasatan yang dilakukan Pasukan Petugas Kementerian Kerja Raya bersama jururunding dari Jerman, Leonhardt, Andre and Partner (LAP) mendapati tiada lagi kerosakan pada struktur tiang jejambat itu.Lagi
Perasap : Lagi 2-3 minggu MRR2 pasti sesak bangat dong...adakah struktur masih mampu menampung beban kenderaan yang pastinya penuh dengan nyawa..?.Lagi satu Datuk, diri kita pun belum tentu hidup esok hari, macamana nak beri jaminan.
Copy&Paste by: Panglima
Labels:
Pagar makan padi...
Subscribe to:
Posts (Atom)
