Showing posts with label Islam di henyak zahir batin. Show all posts
Showing posts with label Islam di henyak zahir batin. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Punca Umat Islam Malaysia Rosak....Inilah antara puncanya

Itulah antara kandungan surat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama islam kepada beberapa orang ustaz di negeri Melaka. Amat menyedihkan apabila orang yang menghalang kelas – kelas pengajian agama yang telah sekian lama dijalankan di masjid– masjid di negeri Melaka ini adalah bukannya orang jahat, tetapi orang yang disangkakan baik. Apabila seorang Pengerusi Masjid di sebuah kampung di negeri Melaka ini menghantar seutus surat kepada seorang ustaz untuk menutup kelas pengajiannya, orang – orang tua mengadu kepada Pengerusi Masjid tersebut. Orang – orang tua ini mengharap pembelaan daripada beliau tetapi dijawabnya; “Dah tiada tauliah, tutup aje !” Hampa hati orang kampung. Sejak 2 tahun lebih kuliah ustaz tersebut berjalan, sudah hampir 200 orang mengikuti kuliah tersebut. Anak – anak muda sudah mula rapat. Yang peliknya, satu kelas pengajian tafsir di masjid yang sama hendak ditutup kerana tidak mendapat sambutan, tetapi kenapa pengajian ustaz ini juga hendak ditutup sama sedangkan ramai yang datang? Seiringan dengan itu, Imam 2 di masjid yang sama juga dipecat di atas sebab tidak membaca teks semasa khutbah jumaat. Akibatnya berlakulah senario solat jemaah 2 imam di masjid tersebut. Noja dan bilal masjid kemudiannya meletakkan jawatan. Yang dikhuatiri, kalau ada orang meninggal, siapa hendak mandi / menguruskan jenazah di kampung tersebut? Dengan ketiadaan mereka yang secara rasminya bertanggungjawab ke atas urusan jenazah di kampung itu, dengan siapa masyarakat kampung hendak merujuk dan meminta bantuan? Ustaz tersebut juga dituduh sebagai Kaum Muda, dan malahan dituduh sebagai Wahabi. Sedangkan di dalam surat pemecatan beliau tidak sebutkan tentang hal ini. Kuliah ustaz ini juga dirakamkan oleh pihak Jabatan Agama Islam, & apabila ditanya oleh ustaz ini tentang isi kandungannya, dijawab pula “ tiada apa – apa !” Malahan diberitahu kepada ustaz tersebut, ilmu ustaz itu lebih banyak. Jadi apa masalahnya? Dijawabnya, “ Masalahnya ustaz membaca Qunut Nazilah… !” Walaupun diakui bahawa Qunut itu adalah bersumberkan dari Nabi SAW. Astaghfirullahal azim.... Kesan daripada peristiwa ini, hamba Allah yang menghalang majlis ilmu itu tadi tidak diterima oleh orang kampung. Solat Gerhana yang dipimpinnya hanya dihadiri oleh 4 orang, ramai jemaah yang lain solat di surau. Sampaikan solat jenazah di kampung tersebut pun tidak menerima beliau sebagai imam. Keluarga jenazah enggan menerima beliau untuk mengimamkan solat jenazah tersebut. Pernah orang kampung merayu memintanya supaya tidak menutup dahulu kelas ilmu tersebut untuk memberi masa kepada ustaz terbabit supaya mengambil tauliah, tetapi tidak diendahkan. Malahan yang paling mengecewakan adalah beliau berkata “ Kalau Datuk Ali tanya, saya nak jawab apa ….. “ Masya Allah... Tidak ditakutinya pula kalau Allah tanya nanti dia nak jawab apa? Inilah yang berlaku apabila orang yang hendak menjaga kuasanya di dunia mengkhianati agama Allah. Kalau di Selangor ‘meletup’ kisah Dr. Asri Zainal Abidin ditahan JAIS kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama, di Melaka juga berlaku kisah yang seakan sama. Ustaz yang tidak mempunyai tauliah tidak boleh mengajar, walaupun ilmunya diakui dan diterima masyarakat. Pengerusi Masjidnya takut dengan Ali Rustam, yang amat bimbang dengan kuliah agama dan penyebaran dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Sesungguhnya Umno sangat busuk lagi membusukkan jiwa masyarakat. Kisah benar ini diperdengarkan sendiri kepada den dan jemaah Balai Islam Taman Cempaka baru-baru ini. Moga diambil iktibar. Pondok Parit Ismail, 15 Februari 2010 Copy&Paste by: Panglima

Wednesday, January 27, 2010

7 org mualaf Islam sasaran bunuh

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin. Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang. Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu. Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam. “Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa. “Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan. Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga. “Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim. Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu. Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit. Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun. Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah. “Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi. “Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap. “Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya. Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam. “Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi. “Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya. Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu. “Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya. ### - MANA! MANA! MANA! PEJUANG ISLAM , MANA JAKIM, MANA PUSAT ZAKAT ,MANA HERO2 BILA ADA ISU KALIMAH ALLAH ! MANA! MANA!SEMUANYA HANYA UNTUK MENDAPATKAN PUJIAN DARI PARTI MASING2. INILAH ORANG YANG WAJIB DIBANTU SAUDARA - SAUDARA.SEKIRANYA BELIAU DAN KELUARGA BERPALING DARI AGAMA ISLAM...SELURUH UMAT ISLAM MENDAPAT DOSANYA...INGAT!!! Copy&Paste by: Panglima

Sunday, September 7, 2008

Histeria: Kadi tegur amalan syirik..

KUANTAN 6 Sept. – Kadi Daerah Kuantan, Sharifuddin Aisa Osman bimbang ada pihak yang mengamalkan perbuatan bertentangan dengan syariat Islam dalam usaha memulihkan kes histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini. Tegasnya, pelbagai pihak telah tampil untuk memberi bantuan memulihkan keadaan di sekolah itu dan ada sesetengahnya dipercayai berbentuk syirik. Perasap: Kalau dah namanya syaitan,memang kerjanya merosakkan keimanan org2 Islam sampai hari Kiamat. Cuma yang peliknya, ada org Islam tidak mempercayai perkara ghaib..sedangkan percaya kepada perkara ghaib itu salah satu rukun Iman. Copy&Paste by: Panglima