Wednesday, October 8, 2008

Surat Bapa Altuntuya bela RPK..

Diatas adalah surat yang dikirim oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Dr. Shariibuu Setev kepada Raja Petra Kamarudin (RPK) yang kini terpenjara selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting dan sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diatas tuduhan dibawah Akta Hasutan. Surat tersebut dikirimkan olehnya kepada penulis blog Susan Loone yang ditulis dengan tulisan tangannya sendiri. Terjemahan dalam Bahasa Inggeris surat tersebut berbunyi begini: I understand, Mr. Raja Petra has good personal character and has a good reputation and runs humanitarian activity. I understand that the below issues were directly connected with murder case of my daughter: - Who did arrange visa issue for my daughter while she visited in French? - Who was attending in the trip to French and what did they do? If it could make clear those issues, they would understand every thing. Why is there so much force and influence in the case? Because there was a serious issue. Thus they destroyed my daughter. Unfortunately, they pressed down Mr.Raja Petra’s statement. I think this issue needs to get attention from international human right organizations. He (RPK) shouldn’t be a victim of politic for justice. It would be justice if they release Mr.Raja Petra. As we are, all Mongolian worry for him and his justice, we lack of information on truth and situation. Signed: Mongolian citizen:Shaariibuu Setev 06.Oct.2008 Dalam surat tersebut, Dr. Shaariibuu turut mempersoalkan tentang siapakah yang menguruskan visa Altantuya untuk ke Perancis. Selain daripada itu beliau merasakan bahawa RPK menjadi mangsa ISA kerana membongkar pengelibatan pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Diharap teman-teman penulis blog yang bersimpati kepada RPK dapat turut menyiarkan surat ini diblog masing-masing. Mansuhkan ISA!!! Copy&Paste by: Panglima

Turunkan Harga Minyak..!!!

Kerajaan digesa turunkan segera harga minyak! intan Abdullah | intan@harakah.net.my Wed | Oct 08, 08 | 8:32:19 am MYT KUALA LUMPUR, 8 Okt (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Umno-BN agar segera menurunkan harga minyak petrol dan diesel memandangkan harga minyak dunia kini berada di bawah paras USD90. Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan rakyat telah lama menderita sejak kenaikan harga minyak sebelum ini. "Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya RM0.30 yakni lebih besar daripada kadar sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily. Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat menjelaskan bahawa hujah kepada cadangan tersebut adalah disebabkan kegagalan kerajaan memahami penderitaan dan nasib rakyat. "Pergolakan ekonomi semasa tidak dapat diselesaikan dengan harga minyak pada paras yang sedia ada. "Bahkan kita akan menghadapi mala petaka ekonomi yang teruk dan kemungkinan ianya boleh dipulihkan dalam tempoh lebih kurang tiga tahun sekiranya tampuk kepimpinan negara bertukar dalam tempoh terdekat,"jelasnya. Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli pula menekankan bahawa kerajaan perlu mengembalikan semula kadar harga minyak sebelum kenaikan selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. "Sepatutnya ia mampu dikembalikan kerana penurunan berdikit-dikit sekarang ini tidak memberikan sebarang kesan kepada keadaan semasa," ujarnya. Tegasnya, kerajaan begitu sukar untuk mengambil tindakan secara efektif yakni cepat dan berkesan dalam menangani masalah tekanan ekonomi ke atas rakyat. "Kenapa kena ambil masa yang lama sedangkan harga minyak dunia telah berubah?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Senada dengan cadangan tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali menjelaskan perkara tersebut boleh menjadi kenyataan. "Ini adalah disebabkan harga minyak dunia sekarang ini berada pada paras lebih rendah daripada tahap sebelum kenaikan harga minyak selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu," katanya. Hal tersebut katanya merupakan bukti kepekaan dan keprihatinan kerajaan yang ada sekarang ini gagal menangani masalah malah sanggup terus menekan rakyat dengan kesan berantai yakni kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi. Copy&Paste by: Panglima

Kejatuhan Empayar Amerika

Amerika Syarikat sudah lama melakukan fitnah dan penganiayaan terhadap Islam dan telah membunuh ramai umat Islam. Maka kemungkinan besar bermacam malapetakan yang kini menimpa Amerika Syarikat dengan bertubi-tubi seperti becana ribut taufan, kebakaran besar-besaran serta kegawatan ekonomi adalah balasan dari Allah SWT. Dan kegawatan ekonomi yang bermula sejak setahun dua yang lalu kini memuncak dengan berlakunya krisis kewangan yang amat serius. Telah dikatakan oleh pakar-pakar kalau krisis kewangan ini gagal diatasi dengan cepat, maka ekonomi Amerika Syarikat akan merundum dengan lebih teruk lagi dan akan hilanglah taraf Amerika Syarikat sebagai economic superpower. Seperti yang dikatakan oleh Presiden Iraq, Ahmadeenejad semasa bertemubual dengan Larry King di CNN baru-baru ini, empayar Amerika Syarikat sedang menjurus kearah keruntuhan. 29 September 2008, pelan Presiden Bush yang bernilai USD 700 Billion untuk melakukan bailout bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan gergasi dibentangkan semula di Congress Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat rata-rata masih membantah pelan bailout tersebut kerana ianya digubal secara tergesa-gesa dan wang rakyat yang sebanyak USD 700 Billion itu lebih kepada menyelamatkan golongan kaya. Dengan tidak mendapat restu serta sokongan dari rakyat maka kemungkinan besar pelan bailout tersebut akan tidak begitu berkesan dalam mengatasi krisis financial meltdown yang sedang di hadapi Amerika Syarikat sekarang ini. Kita telah melihat dalam sejarah keangkuhan dan kezaliman serta keterlaluan sesuatu empayar itu membawa kepada keruntuhan moral dan kegawatan ekonomi dan seterusnya kepada kehancuran sesuatu empayar itu. Begitulah telah tercatit dalam sejarah. Dan empayar Amerika Syarikat kelihatan sedang menuju keruntuhan tersebut. Begitu angkuh sekali Presiden Bush dan lain-lain pembesar Amerika Syarikat berulangkali menyebutkan ‘this great country of ours.” Lupa mereka bahawa mereka hanyalah makhlok yang lemah yang dijadikan oleh Allah SWT. Sememangnya Amerika Syarikat telah dan sedang mengalami keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi, umpamanya dari mengalakkan seks rambang kepada membenarkan perkahwinan sesama jenis. Dan Amerika Syarikat berusaha pula mengeksport keruntuhan moral mereka itu ke negara-negara Islam terutamanya ke negara-negara Islam yang dijajahnya, iaitu Iraq dan Afghanistan. Dan Amerika Syarikat bersama-sama negara-negara Barat yang memusuhi Islam telah terus menekan negara-negara Islam agar mengubahsuaikan hukum-hukum Islam atas nama hak kebebasan individu dan hak asasi manusia. Bermacam helah dan tipudaya seperti mewujudkan muhibbah antara agama dan mewujudkan inter-faith dialogue digunakan untuk memujuk umat Islam menggubah ajaran agama Islam. Tujuan jahat mereka adalah untuk mengelincirkan akidah umat Islam. Memang setiap hari saya mendoa’kan agar Allah SWT melindungi umat Islam diseluruh dunia dari terus dianiayai dan dibunuh oleh Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya dengan menurunkan azab yang dahsyat-dahsyat secara bertubi-tubi ke atas Amerika Syarikat dan lain-lain negara dan bangsa yang memerangi Islam. Alhamdullilah saya dapati ramai umat Islam yang turut mendoa’kan yang serupa. Doa’ memohon kepada Allah SWT itu senjata kita, dan semakin jelas terbukti doa’ kita umat Islam lebih kuat dari senjata nuklear yang ada di tangan musuh kita. Saya yakin segala macam bencana yang kini bertubi-tubi melanda Amerika Syarikat antara lainnya adalah akibat dari doa’ kaum Muslimin dan Muslimat yang dianiayai itu yang dimakbulkan Allah SWT. Lihat apa jadi kepada negeri China yang telah ambil kesempatan sebagai tuan rumah sukan olympik untuk menyerang dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam. Menurut kerajaan China tindakan kejam mereka itu bertujuan untuk memastikan sukan olympik di Beijing selamat dari serangan pengganas Islam. Tidak beberapa minggu setelah tentera China memburu dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam itu, kita dapati gempa bumi yang amat dahsyat menimpa suatu kawasan di negri China. Ratusan ribu rakyat China terkorban. Sekarang China mengalami pula bala susu yang mengandungi bahan melamin yang mengakibatkan ramai bayi di Cina samada terbunuh atau jatuh sakit. Ini balasannya apabila menipu dalam perniagaan. Tidak berapa lama dulu alat permainan kanak-kanak buatan China didapati tidak selamat, dan dengan penipuan terbaru iaitu penipuan dalam pembuatan susu bayi yang mengandungi melamine ini pula, pengeksportan hampir semua produk China pasti akan terjejas. Yang menentang azan di Malaysia, tengoklah nanti bala yang akan menimpa kamu semua.Kita tunggu dan lihat lain-lain bala yang bakal ditimpakan oleh Allah SWT ke atas Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang memfitnah, mengkhianati dan membunuh umat Islam. Teruslah kita berdoa’ agar Allah SWT akan melindungi kita umat Islam di seluruh dunia dan menimpakan becana malapetaka ke atas musuh-musuh Islam. Seperti yang kita umat Islam sedia maklum, doa’ memohon kepada Allah SWT itu senjata yang amat kuat yang ada pada kita. Maka berdoa’lah dengan penuh keyakinan dan dengan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Yakin, jangan tak yakin. Copy&Paste by: Panglima

Jarum-jarum Israel dari Singapura

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini? Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura. Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura. Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa). Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programm er dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel. Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum. Isu-Isu yang perlu diberi perhatian 1) Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. 2) Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi. 3) Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit. Kesimpulan Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara. Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara. Sumber: http://dajjal. wordpress. com/category/ yahudi-di- malaysia/ Copy&Paste by: Panglima

Monday, October 6, 2008

Hikmah suruhan Nabi

"Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam... Sama2lah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya" Copy&Paste by: Panglima

Tentera Malaysia..Gah di tempat sendiri..

Hmm...aku maleh nak komen..korang baca dan nilaikan sendiri..... Sejurus selepas tengah malam 16 September, 2008, sekumpulan komando tentera laut Perancis digugurkan dengan payung terjun di tengah laut Tenggara Somalia berhampiran dengan CarrĂ© d’As sebuah kapal layar yang telah ditawan lanun sejak 2 September (Gambar - KD Kasturi (No.1 dari kiri) dan KD Inderapura (No.3) Serangan hendap komando tentera tersebut di bawah pengendalian frigat le Courbet dari angkatan laut Perancis yang mengawasi dan membuat pemerhatian secara dekat CarrĂ© d’As selama 10 hari.Selanjutnya... Copy&Paste by: Panglima

Kisah sebenar anggota polis dgn 58 das tembakan......

Satu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu? Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya. Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu.Selanjutnya... Copy&Paste by: Panglima

Tuesday, September 30, 2008

Pak Lah takkan mengalah..

"Abdullah Ahmad Badawi tidak nampak jalan bersara pilihan sendiri, atau jalan dibersarakan awal dari UMNO, atas kehendak beberapa individu di dalam mahupun di luar UMNO. Dari tindak-tanduknya sejak 18 September, 2008, sehingga lewat beberapa hari ini, dan menjelang 9 Oktober, 2008, apa yang jelas ialah dia lebih memilih untuk kekal sebagai Presiden UMNO. Ramai orang tidak faham, betapa keseronokan menjadi Presiden UMNO bukan kepalang. Tambahan pula, buruk dan baik Presiden UMNO yang lalu, masing-masing dikenang meninggalkan legasi. Abdullah Ahmad Badawi mahu itu juga. Satu legasi, di mana semua orang akan ingat, paling tidak...Pak Lah hebat. Sebab itulah Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal sebagai Presiden UMNO lebih lama dari yang dijangkakannya sendiri. Lebih-lebih lagi: 01. Jika dia bersara pada 9 Mac, 2008, dia akan dikenang sebagai penyebab utama kegagalan Barisan Nasional menyerlah dalam PRU 12. 02. Jika dia bersara 27 Ogos, 2008, selepas P 44 Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, dia akan dikenang sebagai Anak Pulau Pinang yang kecundang di tangan Anwar Ibrahim. 03. Jika dia bersara sebelum 9 Oktober, 2008, dia akan dikenang sebagai pemimpin nilai prihatin 15 sen dan 10 sen, setelah tersilap menaikkan harga petrol dan diesel secara serta-merta dan drastik pada 5 Jun, 2008 yang lalu. Jadi, mestilah ada sesuatu yang paling baik, sehingga persaraan Abdullah Ahmad Badawi di atas pilihannya sendiri, maka dia turun secara terhormat, dan itulah kenangan paling manisnya sebagai Presiden UMNO. Sepertimana impian mana-mana Presiden parti politik, apabila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hendak bersara esok, contohnya, seluruh Rakyat Malaysia datang dengan pelbagai cara dan hala, untuk memujuknya supaya kekal dan mahu dia sambung lagi memimpin walaupun sehingga 100 tahun lagi. Ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi, akan bersara juga, walaupun Wanita UMNO menangis teresak-esak, walaupun Pemuda UMNO menghunus keris cucuk ke udara, dan walaupun Majlis Tertinggi UMNO merayu, mendayu, memujuk, memegang lututnya, ya semua itu molek jika terjadi, namun tidak sama dengan legasi yang telah ditinggalkannya. Hal ini berlainan sekali dengan kedudukannya sekarang, bila Abdullah Ahmad Badawi buka mulut sahaja mengumumkan peralihan kuasa walaupun lama tempohnya, yakni pertengahan 2010, para pemimpin UMNO sudah pun memberikannya standing ovation! Apakah maknanya itu? Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu standing ovation yang sebegitu. Tidak sekali-kali. Dengan yang sedemikian itu, apakah ada cara yang boleh Abdullah Ahmad Badawi manfaatkan supaya dia dapat satu tempoh masa, untuk melakukan sesuatu, sehingga jika ada kemudiannya rating yang di buat ke atas kepemimpinannya, paling tidak pun dia dapat pungutan 99 par 100. Kini rating kepemimpinannya amat teruk, sebagai pemimpin dia buruk, apakah ketika ini tarikh dia bersara, dalam keadaan yang amat memalukan ini? Diburukkan lagi dengan rakan politik yang menjadi pencabar pula jawatan Presiden UMNO. Boleh dikatakan hubungan Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah baik. Tetapi, baru-baru ini, Tengku Razaleigh Hamzah ada berkata, bahawa dia dan Mohd Najib Abdul Razak macam budak-budak, bermain permainan "ini aku punya, ini engkau punya" dalam sebuah negara Republik Pisang. Abdullah Ahmad Badawi ada perasaan, pedih itu! Ramai orang tertawakan Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pelawak yang lucu, dan bukan dihormati sebagai pemimpin yang unggul. Tambah buruk lagi ialah, kritikan Mahathir Mohamad, yang semacam tanpa henti. Sejak awal kepemimpinannya lagi, sehinggalah kini berterusan, dan entah bila akan berakhir. Hampir saban hari, dikritik mantan Presiden UMNO itu, dan kepedihan amat terasa. Kita dapat fahami lebih mendalam lagi, dengan informasi ini, satu artikel yang menyengat di TranungKite OnLine: Projek Mahathir Berjaya !!! Pak Lah “Kambing Hitam”, Siapa “Kuda Hitam”? Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 14:53:04 MYT oleh greenboc Oleh ulitmayang Perincian lanjut di sini: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16782 Tambah buruk ialah kritikan berlanjutan Mahathir Mohamad yang ditambah pula dengan kritikan senada Mukhriz Mahathir. Begitu juga, dalam adab susila, tertib dan teratur, apa yang disuarakan oleh umpamanya Muhyiddin Yassin, Rafidah Aziz, Hishammuddin Hussein, dan dua tiga lagi pemimpin UMNO yang lain, turut memedihkan bagi Abdullah Ahmad Badawi. Sebenarnya, sejak awal lagi, tidak tertasdiq di hatinya, dan tidak terlintas di fikiran Abdullah Ahmad Badawi untuk bersara dari jawatan Presiden UMNO. Apa yang telah disebut sebagai pelan peralihan hanyalah peralihan yang perlahan. Perinciannya kepada peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa sekadar lepasan sebutan sahaja yakni pertengahan 2010. Ini, hanyalah untuk meredakan bahang dalam UMNO sahaja. Sekiranya tiada bahang itu, tiadalah apa yang disebutkan sebagai peralihan kuasa itu, dan tiadalah ada sebarang pengumuman Abdullah Ahmad Badawi bersara jawatan Presiden UMNO. Apatah lagi, awal. Dalam menghadapi asakan dan desakan sekiranya dikatakan ada, dari dalam dan luar UMNO, kini Abdullah Ahmad Badawi sudah menjumpai satu rentak yang baik punya, yang membolehkan dia terus kekal sebagai Presiden UMNO, sehingga tercapai suatu kepuasan, meletakkan satu legasi bagi dirinya. Rentak ini telahpun nyata kelihatan pada 26 September, 2008. Di mana, Presiden UMNO berdua-duaan bisik bincang dengan Timbalan Presiden UMNO. Kemudian dikemukakan pula kepada Majlis Teringgi UMNO. Malahan sememangnya ada cara supaya tiada seorang pun yang menentang. Seterusnya, umumkan dalam sidang media, tanpa Ahli Majlis Tertinggi. Kemduain, bakal ada kemungkinan seorang atau dua orang yang akan bising. Selepas itu, apa yang dihajatkannya telahpun menjadi muktamad. Cantik! Apa yang diperlukan sekarang ialah tempoh masa yang lebih lama. Maka, tidak menghairankan jika dalam sedikit masa lagi, Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan sistem kuota, supaya demokrasi kembali dan lebih ramai boleh bertanding. Kemudian, dia memperkenalkan apa yang boleh difahami sebagai Sistem Tundaan Automatik dalam UMNO. Begini kebarangkalian atau kemungkinannya: Auto 1 Pemilihan UMNO Bahagian yang dijadualkan pada 9 Oktober, 2008, secara automatik ditunda kepada 9 Februari, 2009. Manakala, Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Pemimpin, yang dijadualkan pada 16 Disember, 2008, secara automatik ditunda kepada 9 Mac, 2009. Ini diikuti dengan... Auto 2 Pemilihan UMNO Bahagian yang dijadualkan pada 9 Februari, 2009, secara automatik ditunda kepada 9 Oktober, 2009. Manakala, Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Pemimpin, yang dijadualkan pada 9 Mac 2009, secara automatik ditunda kepada 16 Disember, 2009. Kemudian ditunda lagi... Auto 3 Pemilihan UMNO Bahagian yang dijadualkan pada 9 Oktober, 2009, secara automatik ditunda kepada 9 Februari, 2010. Manakala, Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Pemimpin, yang dijadualkan pada 16 Disember 2009, secara automatik ditunda kepada 9 Mac 2010. Seterusnya ditunda lagi, sehinggalah Abdullah Ahmad Badawi dapat tinggalkan satu legasi yang dikaitkan dengan namanya sebagai Presiden UMNO. Paling tidak, Pak Lah hebat! Ura-ura ini sudah mula dihidu di kalangan bloggers yang mudah mendapat akses informasi dari dalam kem Abdullah Ahmad Badawi. InsyaAllah, jika semuanya berlangsung elok, sama-sama kita saksikan nanti, pengumuman rasmi perihal ini, sebelum 9 Oktober, 2008. Copy&Paste by: Panglima

Saturday, September 27, 2008

Pak Lah atau Najib?

"Di sana-sini riuh se-Malaya yang Pak Lah tak bermaya, Pak Lah lembik, Pak Lah kuat tidur..!!! Kami mahukan pemimpin baru! Kami mahukan Najib menjadi pemimpin kami!!! "EEEhhhh......???" Aku mula bertanya, "Apa beza Pak Lah dengan Najib???" Selama ini pun setelah jawatan PM bertukar tangan, cuba berikan mana satu keputusan besar negara dibuat oleh Pak Lah??? Aku rasa tak ada pun...Dia cuma 'sign' sahja... Minyak naik 70 sen pun bukan keputusan Pak Lah...pasal itu atas nasihat Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. (aka Mamak Penang), sebab tu next day Tan Sri Nor yang kena jawab media... Minyak turun pun, Dato' Shahrir yang kena buat statement, dan beberapa keputusan lain yang menunjukkan Pak Lah selama ini hanyalah pemimpin 'symbolik' yang sebenarnya jarang buat keputusan sendiri. Sehingga terpaksa menubuh jawatan baru iaitu "PENASIHAT-PENASIHAT" yang bertaraf MENTERI!!! Apa semuanya ini???? Jadi, kalau Najib naik, apakah kita rakyat marhaen mendapat keuntungan???? Apakah Najib akan memikirkan nasib rakyat sebagai agenda utama??? Yang nyata aku pasti tidak....kerana sedang menunggu satu lagi penasihat utama dalam rumah tangganya, iaitu: DATIN ROSMAH!! Itu yang mesti diutamakan dahulu.... Rakyat akan tetap 'nganga' dan akan ada seperti sekarang....dan tak akan berubah....Malah mungkin lagi terukk...Nasib lerrr... Maka, aku fikir, perubahan mesti secara TOTAL....iaitu: "TUMBANGKAN BN/Umno kesemuanya!!!" Kerana mereka tidak akan memikirkan nasib rakyat dan nasib anak-anak kita!! Mereka mementingkan nasib sanak saudara mereka dan segelintir pemimpin umno/kroni sahaja!! " Perasap : Susah pencacai BN nak bagi..... Copy&Paste by: Panglima

Siapakah yang lebih layak...?

Meneliti perkembangan terkini,semakin banyak kelemahan kelemahan pemimpin PR ditonjolkan kepada kita.bermula dengan serang peribadi terhadap DSAI,kini Tian Chua juga tidak terlepas dari serangan pembohongan ekoran berita pertemuan wakil PM dengan PR.Sebelum ini Teresa Koh dijadikan mangsa bagi menunjukkan kelemahan PR yang pula diibaratkan sebagai Pakatan Rapuh.Satu ketika dulu TGHH juga tidak ketinggalan dilebelkan sebagai "gila kuasa",Begitu juga beberapa pemimpin PAS yang dikatakan taksub dengan DSAI dari kelompok Erdogan dan berbagai bagai lagi berita kelemahan kepimpinan PR.Persoalannya apakah semua kelemahan yang cuba di tonjolkan ini merupakan satu bonus bagi mengizinkan BN/UMNO terus berkuasa? Rakyat dewasa ini bijak menilai.Mana satu intan dan mana satu kaca,mana satu pemimpin yang sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat dan mana satu pemimpin yang bijak mengaturkan kata kata untuk membesarkan tembolok mereka. Begitu juga rakyat tahu siapa yang bercakap dengan ikhlas untuk menyokong perjuangan dan melakukan "anjakan paradigma" dan siapa yang mengada ngada semata mata habuan yang mereka terima. Hakikat penurunan harga minyak sebanyak RM0-10 menunjukkan lagi kegagalan kerajaan BN/UMNO untuk membantu rakyat.Rakyat yang semakin tersepit sudah hilang tempat mengadu.Kini harapan rakyat hanyalah kepada PR yang mana janji janji mereka sukar untuk dilepaskan. Tetapi dalam suasana rakyat menyandarkan harapan kepada PR untuk mengambil alih dengan langkah yang berhemah dan selamat,timbul pula berbagai bagai cerita kerapuhan pakatan dan keperibadian pemimpin mereka yang cuba ditonjolkan sebagai tidak bermaruah.Oleh itu, sekiranya rakyat "membeli" cerita cerita begini maka sahihlah tiada pertukaran kerajaan atau dengan kata kata lain BN/UMNO akan terus bersenang lenang di atas sana mencekik rakyat yang sememangnya sudah kelemasan. Jadi apa tindakan dan keputusan rakyat?tiada pilihan kecuali memberi laluan dan peluang kepada PR membuktikan kemampuan mereka.Segala kelemahan yang ditonjolkan itu boleh diselesaikan kemudian ia itu sesudah kerajaan diambilalih.Nampaknya itulah keputusan terbaik untuk diambil rakyat dalam situasi semasa kini.Kita kena pilih yang kurang mudharat dan dalam teori ekonomi kebajikan ianya disebut teorem second best,di mana dalam ketiadaan suasana ideal maka kita kena pilih suasana kedua terbaik.Dalam situasi negara sekarang ini,keadaan kedua terbaik nampaknya apa yang dijanjikan oleh PR kerana BN/UMNO yang bermenifestokan "Selamat,Aman,Makmur"ternyata sudah gagal. Dengan kegagalan BN/UMNO ini,segala keburukan dan kelemahan kepimpinan PR yang cuba ditonjolkan tidak seharusnya menjadi bonus kepada BN/UMNO sebaliknya mereka mesti berundur atau diundurkan untuk rakyat Malaysia. " Copy&Paste by: Panglima

Kisah Negara Pisang...

Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang. Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair. Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru. Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan? Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti? OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO? Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu? Dalam seminggu ni pasti orang-orang Abdullah akan mencongak dan mengira. Kalau Abdullah akan terus tanding kerusi Presiden UMNO, berapa banyak ongkos yang diperlukan? Ongkos tu dari mana akan diperolehinya? Lembu mana yang akan disembelih untuk keluar ongkos itu? Untuk beli sokongan bahagian-bahagian, macam mana ongkos itu nak dibahagi-bahagikan? Sekaligus, orang-orang Abdullah juga akan mencongak dan mengira. Sapa yang boleh dibeli dengan pangkat dan jawatan? Sapa yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Sapa yang boleh berikan sokongan kepada Abdullah setelah diugut dan diancam? Lantas, dalam seminggu ni tentu orang-orang Abdullah sibuk menghimpun ongkos dan sibuk menggali fail. Mereka juga akan sibuk mengenalpasti mana lagi kementerian atau agensi yang boleh melantik jawatan penasihat untuk diberikan kepada pihak yang nak dibeli sokongannya. Bayangkan betapa kotor jadinya politik bila Abdullah bertindak hanya atas nasihat, desakan dan ugutan pihak-pihak di sekelilingnya. Betapa rumit jadinya politik tanahair bila tindakan Abdullah ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga? Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan. Rakyat Malaysia pasti tidak reda dengan status Banana Republic ini. Makanya, lebih cepat Abdullah berundur, lebih eloklah untuk kita semua. Lebih cepat Abdullah berundur, lebih mudahlah kita semua bergabung tenaga dan bergabung minda untuk memperkasakan semula negara tercinta ini! Perasap : Serah aje jawatan tu pd DSAI.. Copy&Paste by: Panglima

Friday, September 26, 2008

Utusan Malaysia tidak telus

Penggunaan Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) terkutuk terhadap wartawan wanita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mencetuskan bantahan dan gerakan anti-ISA terbesar yang pernah berlaku di negara kita. Selain badan-badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam, parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri juga tidak dapat bersetuju dengan tangkapan sewenang-wenang itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menteri perundangan de facto, Datuk Zaid Ibrahim malah meletakkan jawatannya sebagai pengakuan kegagalan reformasi perundangan yang merupakan tanggungjawabnya. Sungguhpun Hoon Cheng telah dibebaskan 18 jam selepas ditahan sejak 12 September dan Teresa Kok turut dibebaskan selepas seminggu ditahan, namun alasan-alasan yang diberi berkaitan asas penahanan mereka tidak masuk akal dan mengelirukan. Hoon Cheng kononnya ditahan agar diberi "perlindungan keselamatan", dan Teresa, menurut beliau sendiri, cuma disiasat berasaskan suatu rencana kolum yang ditulis oleh Zaini Hassan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September lalu bertajuk: “Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…” . Hoon Cheng yang mula-mula melaporkan kenyataan ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang melemparkan kenyataan perkauman bahawa masyarakat Cina "kaum penumpang" yang mustahil mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera. Atas tekanan parti-parti komponen Barisan Nasional, Umno terpaksa menggantung hak keahlian Ahmad selama tiga tahun kerana enggan meminta maaf secara terbuka berkaitan kenyataannya. Yang menakjubkan, Hoon Cheng yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan sebaliknya telah ditahan bawah ISA, kononnya untuk melindungi keselamatannya – suatu dalih yang amat melucukan! Menurut rencana Zaini, ahli parlimen Seputeh tiba-tiba menjadi “dalang” di sebalik isu-isu azan, tulisan jawi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan babi seperti disenaraikan dalam tajuk rencana kolum terbabit. Selepas membaca artikel tersebut, Mohamad Asri Shafii, biro badan bertindak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak telah mencapai kesimpulan seperti tajuk suratnya kepada akhbar yang sama (11 September 2008) “Terhakisnya ketuanan Melayu”! Mohamad Asri selanjutnya merumus: “Adalah menjadi mimpi ngeri bagi orang Melayu sebagai tuan di bumi bertuah ini mendapat menteribesar yang bukan Melayu. "Hakikatnya telah berlaku, meskipun kita melihat dua buah negeri Perak dan Selangor diperintah oleh ketua negeri berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi hakikatnya daripada artikel ini adalah sebaliknya." Nampaknya niat Zaini untuk merasiskan imej Teresa, dan melaluinya “memomokkan” kerajaan Pakatan Rakyat dari perspektif ketuanan Melayu telah tercapai, dan nyata sekali Teresa telah menjadi mangsa artikel terbabit! Biarlah kita meneliti dakwaan-dakwaan artikel Zaini secara lebih objektif. Terlebih dahulu, dibangkitnya tuduhan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bahawa ada usaha pihak tertentu yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan. Padahal menurut Steven Ee, yang bertanggungjawab menghantar petisyen kepada masjid Bandar Kinrara seperti yang dilaporkan Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 taman perumahan itu tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan. Mereka hanya meminta agar direndah atau diperlahankan suaranya apabila kaset/CD berkaitan ceramah, kuliah agama serta bacaan al-Quran dipasang sebelum sembahyang subuh di masjid tersebut. Kini, menteri besar baru Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa masjid boleh terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti bagi menyebarkan syiar Islam kerana pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan atau persatuan penduduk. Mungkin masih ada dua masalah masih belum terjawab. Yang pertama, adakah petisyen bukan Islam Bandar Kinrara terbabit boleh dianggap sebagai tidak sensitif, malah menghina agama Islam seperti tuduhan terbabit? Yang kedua, permintaan agar suara pembesar masjid direndahkan atau diperlahankan juga tiada tolak ansurnya, seperti ditegaskan JAIS? Jika petisyen agar bunyi suara pembesar aktiviti agama direndah atau diperlahankan juga tidak dapat ditoleransi dan ditolak ansur, seperti mesej-mesej yang dibawa dalam Utusan Malaysia, maka semangat toleransi yang diuar-uarkan selama ini hanyalah jalan sehala saja di sisi ketuanan Melayu dan ketuanan Islam! Teresa yang mendapat salinan petisyen terbabit telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Zaini, dan melalui mulut seorang YB dalam Pakatan Rakyat kononnya dihubunginya melalui telefon, Teresa dikritik sebagai "kurang ajar", dan dikatakan sedang "memaksa" DBKL menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur, supaya dinaikkan papan tanda tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi. Namun, siapakah Teresa Kok yang mampu "memaksa" DBKL menurun dan menaikkan papan jalan mengikut suka hatinya? Bagi mereka yang berfikiran liberal, di samping tulisan rumi, jika kaum Melayu inginkan tulisan jawi ditambah atau dikekalkan, sama juga dengan permintaan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil ditambahkan di papan jalan, apa salahnya jika kaum Melayu tidak terlalu obsesi dengan ketuanan Melayu? Sekalipun tidak bersetuju, habislah cerita, buat apa digembar-gemburkan seolah-olah tibalah hari kiamat jika bahasa Cina dan bahasa Tamil ditambah di papan tanda jalan! Menurut imaginasi Zaini, Teresa tiba-tiba menjadi manusia yang begitu "berpengaruh" sekali, sehingga sanggup "menyuapkan" Khalid mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan JAIS untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain, serta "memegang tali" untuk menyuruh menteri besar itu membuat kenyataan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu. Jika kita percaya kepada kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan bersetuju bahawa agama-agama bukan Islam di Selangor juga berhak menerima bantuan daripada Selangor seperti JAIS, maka sudah barang tentu JAIS tidak dapat memonopoli seratus peratus peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebagai bantuan kepada institusi-institusi semua agama. Jangan lupa, penganut bukan Islam di negara kita juga wajib membayar cukai. Sebelum kenyataan Khalid, jika tidak silap penulis, kabinet telah mengambil keputusan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu, masa itu, tiada kontroversi dicetuskan seperti kali ini. Selain itu, projek pemeliharaan berpusat babi di Sepang juga projek lama Barisan Nasional Selangor, ia juga tidak digembar-gemburkan seperti kali ini. Pembaca Utusan Malaysia tentu sedar bahawa azan, jawi, JAIS, UiTM, dan babi antara isu-isu yang diperbesar-besar dan diapi-apikan oleh Utusan Malaysia daripada perspektif ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, demi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jika wujud sebarang ketegangan kaum seperti dakwaan pihak polis, maka antara lain, Utusan Malaysia sudah barang tentu telah memainkan peranannya, dan oleh itu, patut disiasat dan diberi amaran, bukan mereka yang menjadi sasaran agenda perkauman, seperti Hoon Cheng, Teresa dan Raja Petra. Copy&Paste by: Panglima

Keputusan MT ada muslihat.................

Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat." Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010. Zahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh. "Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu. "Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut. Sementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat. Beliau berkata, ahli Umno tidak boleh duduk diam tetapi harus bekerja kuat untuk parti. Katanya, penangguhan tersebut tidak memberi kesan kerana jika sesuatu bahagian tidak mencalonkan seseorang pemimpin tertentu, sudah tentu pemimpin itu tidak boleh bertanding. "Ahli parti tidak bising apa-apa, hanya orang luar (pembangkang) yang sibuk buat bising," katanya. Suka berdolak-dalik Mengulas keputusan presiden Umno untuk mengumumkan keputusan penting menjelang mesyuarat bahagian 9 Oktober ini, Zahidi berkata Abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac depan. "Beliau (Abdullah) tidak berani, suka berdolak-dalik. "Beliau takut menghadapi kenyataan kerana tak tunai janji," tambahnya. Beliau juga menjelaskan Umno akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya sistem kuota pencalonan pemimpin atasan parti, termasuk di peringkat bahagian, dihapuskan dan tidak perlu menangguh pemilihan pimpinan tertinggi. "Ikhlas, untuk hapuskan sistem kuota, tak payah tunda-tunda (mesyuarat agung)," tambahnya. Penghapusan sistem itu, katanya, boleh mewujudkan persaingan yang adil dan akan menguatkan Umno. Di Kedah, setiausaha Pemuda Jerlun, Amran Ali bagaimanapun menyifatkan penangguhan mesyuarat agung Umno satu tindakan yang bagus. "Sekiranya niat untuk menangguh mesyuarat agung semata-mata untuk mengukuhkan parti, itu satu langkah yang bagus. "Tapi kalau nak lari daripada kenyataan (politik), (tindakan) itu tidak betul," kata Amran ketika dihubungi petang tadi. Minta ahli bersabar Katanya lagi, jarak antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh, hampir lima bulan, menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan ahli-ahli Umno. "Kalau andaian dari sudut positif, maka positif akhirnya. Jika suka kepada negatif, maka negatif akhirnya," kata Amran. Ekoran itu, pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya ekoran penangguhan mesyuarat dan pemilihan pucuk pimpinan daripada Disember ini kepada tahun depan. Di Terengganu, naib ketua Besut, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman meminta ahli-ahli Umno khusus di bahagian tersebut bersabar sepanjang penangguhan tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak dapat membuat andaian sama ada Abdullah ingin mempertahankan jawatan presiden Umno atau tidak apabila mengumumkan perkara itu, bulan depan. Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Ir Jamlus Aziz berkata, keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno boleh mendatangkan kebaikan kepada ahli. "MT membuat satu tindakan untuk mengutamakan ahli dan parti dan oleh kerana itu ia perlu diterima oleh ahli Umno di semua peringkat. "Pemuda Umno Negeri Sembilan menerima baik keputusan tersebut kerana ia memberi kelegaan kepada parti,” katanya. Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus pula berkata, penangguhan tersebut membolehkan perwakilan mempunyai masa yang cukup untuk memilih pemimpin parti. Manakala pemimpin, pula katanya, boleh melakukan kompromi untuk menarik diri daripada bertanding. Bagaimanapun, peralihan kuasa ini juga perlu berlaku di peringkat bahagian untuk menguatkan parti di semua peringkat. Perasap : Cakap org politik ni banyak berhelah..,sesuatu keputusan itu akan di buat sekiranya ada keuntungan baginya...sebab mereka berjuang untuk nafsu..bukan untuk agama... Copy&Paste by: Panglima

Thursday, September 25, 2008

Mesyuarat Tergempar MT esok.

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan. Ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengesahkan pertemuan tersebut kepada Malaysiakini hari ini. Beliau bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan. Mesyuarat di bangunan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga dijangka membahaskan saranan untuk menyegerakan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya setahun lebih awal. Pada asalnya, Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak merancang pelan peralihan kuasa itu akan berlangsung pada pertengahan 2010. Menurut laporan media, ahli-ahli MT Umno dihubungi pagi ini untuk menghadiri mesyuarat mengejut itu selepas pertemuan dua tokoh tertinggi negara hari ini. Najib juga mengesahkan mesyuarat MT akan diadakan esok tetapi enggan menjawab sebarang soalan mengenai perkembangan politik. Bercakap kepada pemberita di Kementerian Kewangan petang ini, beliau berkata, semua soalan politik akan dijawab esok. Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di PBB, New York, Ahad ini. Copy&Paste by: Panglima

Cepat2lah karam UMNO...pening aku kerenah korang..

Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Shafie Apdal turut menyokong saranan ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Rais Yatim supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dibenar dipertandingkan. "Saya menyokongnya kerana ia terdapat dalam perlembagaan dan ianya dinyatakan dengan jelas," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini. Shafie yang juga menteri perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan berkata, ia merupakan hak setiap ahli dalam perlembagaan untuk bertanding. Semalam, Rais yang juga menteri luar berkata di Washington bahawa dua jawatan tertinggi itu harus dibenar dipertandingkan untuk mengukuhkan proses demokrasi dalam parti. Rais dilaporkan berkata, Umno amat memerlukan proses demokrasi yang mantap dan "saya berada dalam kumpulan di mana (jawatan) presiden dan timbalan presiden sepatutnya dicabar," katanya. Shafie yang juga ketua Umno Semporna, turut bersetuju ia diserahkan kepada akar umbi untuk menentukan sama ada kedua-dua jawatan tersebut harus dipertandingkan atau tidak. Katanya, pemilihan dalam parti merupakan satu proses demokrasi yang sudah termaktub dalam perlembagaan Umno dan setiap tiga tahun pasti akan dilakukan. Beliau juga yakin bahawa ia dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan mendapat sokongan sepenuhnya ahli bagi memperkukuhkan parti. Shafie menegaskan bahawa suara akar umbi memainkan peranan utama untuk melaksanakan proses demokrasi sedia ada. "Ini adalah satu langkah baik dan ahli Umno boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan hala tuju parti," katanya. Perasap : Presiden ckp lain..anak buah ckp lain..camner keje nak menjadi... Aku pun heran...kenapa Ketua itu masih disokong lagi??????????? Owh...mungkin ade ganjaran di hadapan.....????? Copy&Paste by: Panglima

Produk Tenusu Beracun..

Kita dikejutkan oleh berita produk tenusu dari China yang mengandungi Milamen ( bahan kimia yang diharamkan penggunaanya dalam makanan ). Bahan terlarang ini telah menyebabkan beribu2 orang sakit serta lebih 23 orang mati. Sila perhatikan produk yang anda gunakan , adakah ianya selamat ataupun tidak. For your information, the following items have been recalled due to China's milk scandal: 1. M&M 2. Snickers 3. Mento's Yoghurt Bottle 4. Dove Chocolate 5. Oreo Wafer Sticks 6. Dutchlady Sterilised Milk 7. Wall's all natural mango 8. Mini Poppers Ice Cream 9. Magnum Ice Cream 10. Moo Sandwich Ice Cream 11. Mini Cornetto 12. Youcan Ice Cream Stores have been asked by AVA Singapore to remove them. Copy&Paste by: Panglima

Wednesday, September 24, 2008

Politik Wang @ Rasuah dah jadi darah daging UMNO

MUAR 24 Sept. - Lembaga Disiplin Umno perlu diperkukuhkan bagi membolehkannya bertindak tegas menangani gejala politik wang menjelang pemilihan parti di peringkat bahagian bulan depan dan Majlis Tertinggi pada Disember ini, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya beliau telah menyarankan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini setelah dimaklumkan terdapat arah aliran peningkatan amalan politik wang dalam mesyuarat-mesyuarat pemilihan cawangan yang berakhir bulan lepas. “Saya agak bimbang kerana sudah nampak petanda amalan politik wang agak meluas pada mesyuarat-mesyuarat cawangan kali ini berbanding mesyuarat sebelum ini. “Saya bimbang kalau trend sebegini berlarutan atau menular di mesyuarat-mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung parti, ia akan menimbulkan masalah besar kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama pemimpin dan anggota Umno Bahagian Pagoh di sini. Selain menambah bilangan anggota Lembaga disiplin dan jawatankuasa siasatan, beliau mencadangkan agar anggota Umno secara sukarela mengawasi perilaku mereka yang tidak mematuhi peraturan dan perlembagaan parti itu. “Pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat perlu sanggup menjadi mata dan telinga Umno kerana tenaga kerja di Lembaga Disiplin amat terbatas,” katanya. Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak memberikan laporan palsu kepada Lembaga Disiplin. – BERNAMA Copy&Paste by: Panglima

Dana Singapura digunakan untuk melobi Abdullah...?

Blogger Ketua Perusuh telah membuat satu posting dengan tajuk Inilah Masanya. Saya pinjam dan sunting posting tersebut dan memfokuskannya kepada kisah pelobi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menggunakan dana Singapura untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kuasanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Adakah ini benar? – http://politica-net.blogspot.com/ Posting Ketua Perusuh mengenai perkara berkenaan adalah seperti berikut: Ramai dikalangan akar umbi mungkin tidak mengetahui bahawa gerakan untuk memastikan Abdullah menang besar dan kekal di tampuk kuasa telah pun digerakkan seawal bulan Februari 2008. Khabarnya, kini gerakan itu sedang memasuki fasa ketiga di mana imbuhan-imbuhan sedang diagih-agihkan kepada cawangan dan bahagian yang terlibat. Nilai imbuhan yang diberikan kali ini agak besar - menjangkau lebih lima angka bagi setiap penerima. Imbuhan kali ini nampaknya tidak mampu dikesan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana ianya beredar di akaun luar negara. Bagi para pelobi, nilai imbuhan ini adalah kecil berbanding dengan jika Abdullah dapat terus mengekalkan kuasa memerintah. Secara tepat, peralihan kuasa ini mungkin tidak akan terjadi kerana ramai pelobi telah mengeluarkan dana yang besar untuk memastikan Abdullah kekal. Bagi para pelobi Abdullah, bantuan kewangan untuk memastikan imbuhan boleh terus disediakan dan tidak perlu digusarkan kerana ianya telah dan akan disalurkan melalui beberapa entiti yang telah ditugaskan. Dalang di sebalik penyediaan dana ini adalah dari Singapura. Hasil maklumat di pihak akar umbi, peratusan ahli UMNO yang menolak Abdullah Ahmad Badawi kini mencecah 60 peratus. Namun peratusan ini boleh berubah sebelum Persidangan UMNO yang akan datang. Mengikut kajian para pelobi, Abdullah akan berjaya menurunkan peratusan ini kepada sekitar 40 peratus – 45 peratus dengan kemampuan dana yang sedia ada. Namun dengan tambahan dana imbuhan untuk kegunaan lobi, kemungkinan peratusan ini akan kekal di bawah 30 peratus adalah lebih tinggi. Jadi jika Abdullah ingin terus membuktikan bahawa beliau masih realistik dalam memimpin UMNO, beliau perlulah mengambil tindakan proaktif dalam usaha lobi disegenap peringkat. Masanya semakin singkat dan masih perlu menyekat Najib Razak, Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin dari merentap tampuk kekuasaan beliau. Jika Abdullah tidak dapat mengekalkan kuasa, bagaimana pula Singapura ingin mendapat laba? Najib dan Razaleigh bukan proksi Singapura. - Ketua Perusuh, Bekas Felo Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/09/23/inilah-masanya/ Perasap : Bab lobi-melobi ni dah jadi amalan UMNO.Org besar cara besar,org kecil cara kecil.Pokoknya wang digunakan ( rasuah ) untuk membeli undi dan Tun Mahathir telahpun mengesahkan kewujudan amalan ini.Tetapi..., Singapura bagi dana saja2 aje?,tanpa imbalan balik?.Pikir2kanlah....... Copy&Paste by: Panglima

Malam Lailatul-Qadar

Sedar tak sedar kita telah masuk fasa ketiga dalam bulan Ramadhan dan fasa ini amat berharga iaitu 'dijauhkan dari api neraka. Insyaallah. Dan pada fasa ketiga iaitu 10 malam terakhir Ramadhan ini, Allah SWT telah mengurniakan 1 malam yang amat istimewa buat hamba-hambanya iaitu malam Lailatul Qadar. Dengan fasa terakhir Ramadhan ini jugalah, apa yang perlu disemat dalam memori, ialah kenangan manis yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka. Inilah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunanNya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepadaNya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka. Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta. Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadar - atau diterjemahkan sebagai malam takdir. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5) Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) . Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga. Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain; Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka. Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w. Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan. Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam. Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah) Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar. Hikmah dirahsiakan kehadirannya Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu. Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan. Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam. Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan. Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27." Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu. Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27. Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27. Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan." Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan. Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri. Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair. Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh. Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak. Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud. Ada yang berkata doa permohonannya makbul. Fokus umat pada malam tersebut Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut: Menghayati malam tersebut dengan ibadah Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya. Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr. Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr! Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan. Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa. Fadilat Lailatul Qadr Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)? Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) : "Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318]. Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya : "Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail. Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341). Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi : "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)." Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. Sumber Asal: Ustaz Zainudin Hashim, Harakahdaily.net Sumber Gambar: www.eramuslim.com Copy&Paste by: Panglima

Monday, September 22, 2008

Pakatan Hantar surat kepada Agong

Dipetik dari : Malaysiakini.com Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi. Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan. Mujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan. Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu. Mengikut perlembagaan Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar. Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar. Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan. Para pemimpin BN, termasuk perdana menteri, telah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan. Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil. Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya. Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen. Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen. Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya. Sebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan. Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut. Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut. Copy&Paste by: Panglima