Tuesday, September 16, 2008

Yang Dipertuan Agung ada kuasa menukar kerajaan ,bukannya Pak Lah..

1.Abdullah Badawi telah menjawab. Dia tidak akan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat. “ Jika dia (Anwar) ada nama-nama itu, dia harus menunjukkan nama-nama tersebut kepada seluruh negara. Semua orang ingin tahu,” kata Abdullah Badawi. Abdullah Badawi hanya akan bertemu dengan Anwar Ibrahim jika ketua Pakatan Rakyat telah mendedahkan nama-nama ahli parlimen Barisan Nasional yang kini menyokong Pakatan Rakyat. Dicatat oleh Tukar Tiub di 7:41:00 PM 2.Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat berkata dalam masa 24 ke 48 jam ini pemimpin Pakatan Rakyat akan pergi ke Istana Negara untuk mengadap Yang DiPertuan Agung. Mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung ini bertujuan untuk memohon pekenan Duli Tuanku agar sebuah kerajaan baru di bawah pentabiran Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan. Tian Chua berkata demikian dalam satu sidang akhbar petang ini. Dalam satu temu bual dengan ajensi berita AFP , Dr Hatta Ramli telah menerangkan jika sekiranya Perdana Menteri Abdullah Badawi enggan bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat maka satu delegasi Pakatan Rakyat akan pergi mengadap Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Agung. Menurut Dr Hatta ‘ perlantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan adalah tanggung jawab Yang DiPertuan Agung’. 3.Dr Hatta juga berkata Pakatan Rakyat kini memiliki lebih dari 116 ahli parlimen. Jumlah semua anggota ahli parlimen Malaysia ialah 222. Perasap : Memang dah agak dah...,mesti Dollah tetap dengan keegoannya dan masih sedang tidur.Kerajaan BN hampir tumbang pun beliau masih cakap perkara kecil. Aku tak paham camner dengan pemikiran begini,Malaysia dapat ditadbir dengan baik.Malaysia memang malang mendapat PM seperti beliau..... Copy&Paste by: Panglima

Teks penuh kenyataan media DSAI

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat. Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini. Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini. Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam. Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu. Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan. Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut : 1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan. 2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu. 3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa. 4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya. Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman. Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan. Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.-Sumber- ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Copy&Paste by: Panglima

Yang di tunggu dah tiba..

PETALING JAYA, 16 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu media, pihaknya mempunyai lebih 31 anggota Parlimen yang sedia menyokongnya untuk membentuk kerajaan baru di negara ini. Nama-nama itu akan diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan yang dipohon oleh beliau sebelum ini dengan Perdana Menteri. Demikian dinyatakan Anwar dalam sidang media di pejabatnya dekat sini hari ini. Menurut Anwar, dia telah menghantar satu surat kepada Abdullah Isnin 15 September meminta untuk bertemu di samping menuntut empat perkara dari Perdana Menteri itu. Empat perkara itu adalah:- 1) Jangan halang mana-mana anggota Parlimen untuk bertindakn berdasarkan kehendaknya, hak perlembagaan, dan kebebasan kehakiman. 2) Jangan gunakan akta ISA untuk menghalang mana-mana anggota Parlimen termasuk anggota Parlimen dari Pakatan. 3) Jangan gunakan undang-undang darurat atau menggantung perlembagaan atau membubarkan Parlimen. 4) Jangan adakan sekatan jalan untuk menghalang anggota Parlimen ke Dewan Rakyat atau mana-mana institusi kerajaan. Copy&Paste by: Panglima

Sunday, September 14, 2008

Kebodohan s/u politik

KOTA BHARU 13 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet jika beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meminta Muhyiddin melepaskan jawatannya. Kenyataan di atas datang dari Setiuasaha Politik Abdullah Hj Ahmad yang menyokong kenyataan dari seorang Menteri yang terkenal dengan penagih arak tegarnya berhubung dengan kenyataan seorang Naib Presiden UMNO tentang isu peralihan kuasa. Ini wajah tingkat pemikiran orang-orang yang berada di sekeliling Abdullah Hj Ahmad yang bila-bila masa akan membuat kenyataan “saya sudah tidak ada disini.” Antara yang menunjukkan kebodohan Setiausaha Politik yang pernah mendapat pelajaran agama di Mekah ini ialah membandingkan soal kenyataan Muhyiddin Yassin itu dengan bersembahyang, ''Contohnya dalam ibadat solat, jika seorang makmum (pengikut) yang merasakan imam tidak betul, dia kena mufaraqah (berpisah daripada imam)," Sia-sia dia belajar di Mekah bila Imam sembahyang disamakan dengan Imam yang mentadbirkan Negara. Kalau begitu orang yang bukan Islam akan bertanya, Oh begitukah orang Islam, maknanya jika seorang itu merasakan imam tidak betul keluar sahaja dari saf atau jemaah tanpa membuat teguran dan jika buat teguran kepada Imam itu, esok dan akan datang tak boleh sembahyang lagi dengan beriman si pulan yang sudah ditegur. Atau orang-orang atau ahli PAS hari ini boleh mendabik dada bahawa perbuatan mereka dulu-dulu yang tidak mahu mengimamkan orang UMNO dalam sembahyang adalah satu tindakan betul kerana mereka berfikiran bahawa Imam UMNO tidak betul. Maka orang-orang Pas buat mufaraqah dan melantik Imam mereka sendiri yang dituduh oleh UMNO sebagai sembahyang dua Imam. Bodoh tak bodohnya Setiausaha Politik ini. Ini mungkin ajaran baru dalam mazhab Islam Hadhari yang telah dibuktikan satu pembaziran dalam kempen melaksanakan yang menelan belanja wang rakyat berjumlah 60 juta ringgit dan kemudian Islam Hadhari dibuang ke longkang sahaja atau buku-bukunya jadi barang kitar semula. Kerana puak-puak yang gila kuasa macam Setiausaha Politik dan Menteri Abdullah Hj Ahmad ini tidak dapat berfikir panjang sehingga tidak dapat membezakan antara dua perkara yang jelas perbezaannya. Muhyiddin Yassin adalah seorang Naib Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO dalam tahun 2004. Dia sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang selalu menang Naib Presiden UMNO kerana diberi sokongan untuk mengimbangi kuasa-kuasa Anwar Ibrahim waktu dia memegang jawatan Naib Presiden atau selepas itu Timbalan Presiden UMNO. Soal Muhyiddin Yasin menjadi Menteri itu soal lain, dia tidak bercakap atas sifatnya sebagai Menteri dalam Kabinet Barisan Nasional. Dalam hukum agama Islam hanya Muhamaad S.A.W yang boleh bercakap dengan autoriti sebagai Nabi, sehingga cakap menjadi hadis dan perbuatan menjadi Sunnah kerana berdasarkan wahyu Allah Maka Abdullah Hj Ahmad boleh menjadi Perdana Menteri kerana dia Presiden UMNO dan Muhyiddin Yassin kerana dia ahli Parlimen dan ditunjukkan sebagai Naib Presiden UMNO oleh Perwakilan UMNO dia setaraf Abdullah Hj Ahmad yang berbeza hanya hierarki sahaja, maka mahu tak mahu terpaksalah diberi jawatan Menteri walau pun kementerian itu bertaraf Menteri Alam Sekitar, Muhyiddin Yassin bukan Menteri yang dilantik secara prerogatif oleh Perdana Menteri seperti Zaid Ibrahim dan Amir Sham. Maka hari ini fikiran ke hadapan Perwakilan UMNO tahun 2004 menyatakan Muhyiddin Yasin sebagai Naib Presiden menjadi kenyataan. Dalam saat Najib Tun Razak yang sepatut bertindak menjadi suara ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan, dia membisu bila sudah mendapat jaminan akan menjadi Putera Mahkota yang bakal menjadi Sultan seperti warisan jawatan Perdana Menteri itu, walhal terdapat peraturan bahawa ada sekatan dia perlu dahulu di sahkan oleh ahli-ahli UMNO sebagai Putera Mahkota kerana mungkin ada orang lain yang lebih layak ke jawatan itu. Abdullah Hj Ahmad, dia bukan Nabi dia hanya Imam Besar Islam Hadhari satu gagasan rekaan dia, sama seperti dengan apa yang pernah dituduh kepada PAS yang menjual Islam, begitu juga Abdullah Hj Ahmad juga menjual Islam bagi tujuan politiknya tetapi segala pekong penipuan yang dilakukan sudah diterjemahkan oleh rakyat dengan menolak Barisan Nasional dalam PRU ke 12. Muhyiddin Yassian di pilih dengan sokongan undi yang membolehkan menjadi Naib Presiden tetapi Abdullah Hj Ahmad ke jawatan Presiden UMNO tidak ada ukuran kerana Perlembagaan UMNO menyekat pencalonan dan dia sudah berkuasa menjadi Perdana Menteri sebelum di pilih menjadi Presiden UMNO. Kerana Abdullah Hj Ahmad bukan pemimpin “friendly” yang mana kawalan keselamatan lebih hebat dari mana-mana Presiden dan Perdana Menteri di dunia ini maka dia kurang mendapat maklumat dari akar umbi, jika ada pun laporan Cawangan Khas Polis, itu pun kemungkinan laporan yang muluk-muluk atau yang menyedapkan hati sahaja. Dan soalan nya adakah dia baca? Berbalik kepada soal jemaah dengan Imam sembahyang, bagaimana dengan Imam yang kita tahu kena penyakit kencing meleleh dan kemudian pakai “pampers” tetapi nak tunjuk juga boleh jadi Imam? Betullah bahawa jemaah tidak berdosa apa-apa sembahyang tidak batal dan hanya tak dapat pahala sembahyang berjemaah. Apakah hukumannya kepada Imam yang sedemikian? Kesimpulannya Abdullah Hj Ahmad sudah hilang akal, dia berusaha mempertahankan kuasa bagi tujuan bagi membantu perniagaan anaknya, banyak projek-projek yang sudah dibayar tetapi tidak berjalan lagi. Semua orang tahu di sebalik projek jambatan kedua Pulau Pinang, monorel dan sebagainya yang boleh didedahkan setelah Abdullah Hj Ahmad sudah berhenti. Kerana itulah Muhyiddin Yassin kata terlalu lama, bukan sahaja berlaku macam-macam lagi keburukan dalam UMNO yang akan dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad tetapi orang Melayu dan rakyat Malaysia berbagai kaum sudah tidak sabar lagi untuk menunggu akan pendedahan penyelewengan Abdullah Hj Ahmad dalam membantu keluarganya dalam perniagaan dan kemungkinan besar beberapa kes rasuah akan terbongkar. Sang Kelembai: Orang Melayu jangan lagi fikir bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Cuba Baca jawapan pesanan dari Brig. Gen. (B) Datuk Paduka Husainay Hashim, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia , Zaharin - jangan Campur hal UMNO. Jaga diri awak sendiri. Suk UMNO M,sia, setelah Sang Kelembai hantar pesanan ini, Zaid Ibrahim apa hak dia nak suruh Muhyiddin Yassin letak jawatan atau Dollah Bodohwi singkirkan. Dia pun tak ada kepentingan dengan UMNO. PRU 12 lari ke Australia dan seorang penagih arak tegar yang sama dengan penyimpan janda di rumah sebelum dinikahnya itu sebab Umno ni panas - bangunlah Melayu UMNO singkirkan Dollah yang memperkayakan keluarganya secara demokrasi. Drp Zaharin@Sang Kelembai. Para pembaca blog fikir sendirilah cara menjawab orang kuat di Ibu Pejabat UMNO itu. Copy&Paste by: Panglima

Rakyat Terengganu salah pilih Pesuruhjaya...

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS. 2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”. 3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar. 4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa. 5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main. 6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam. 7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno. 8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno? 9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini. 10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 11 September 2008. Copy&Paste by: Panglima

Saturday, September 13, 2008

Punca aliran sungai di dalam syurga

AsaL 4 Batang SunGai Di SyuRga Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w : “Semasaaku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.stelah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalamsemua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yangbesar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu,ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya darimadu dan ada airnya yg tidak masin. Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalamal-Qur’an : “Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidakmasin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubahrasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya danada sungai dari madu pilihan”. Aku bertanya kepada Jibrail a.s : “Wahai Jibrail a.s, darimanakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?” Jibrail a.s menjawab : ” Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu iamengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak akuketahui.” Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikatdengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, diamunyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabilaaku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok ygbesar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat daripermata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakuthijau dan kunci-kuncinya dari emas. Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya:“Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?” Aku pun bertanya: “Bagaimana dapat aku masuk sedangkanpintunya berkunci? Dimanakah kuncinya” Jawab Malaikat itu: “Kuncinya di dalam tanganmu” Tanyaku : “Dimana?” Jawabnya: “Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanirrahiim”. Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinyadan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkanciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkanairnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar. Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku:“Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini?Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkauperhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itumemancutkan airnya”. Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimahBismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batangtiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.Dari lubang huruf ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu.Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungaiarak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluarair sungai madu. Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga.Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahirrahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini diakhirat kelakCopy&Paste by: Panglima

Kenapa tak tahan Ahmad?????

Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam. Tiga orang itu termasuk pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, yang ditahan tengah hari tadi. Operasi itu disusuli penahanan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang dan penumpang di negara ini, bulan lalu. Lewat malam tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula ditahan. Setiausaha Publisiti DAP itu ditahan kira-kira pukul 11.18 malam ketika dalam perjalanan pulang ke kondominiumnya di sini. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya berkata, Teresa, 44, ditahan oleh seramai 10 anggota polis ketika memasuki kondominiumnya selepas menghadiri sambutan mooncake di kawasan pilihan rayanya. Tan, 33, ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam pukul 8.30 malam tadi. Jurucakap Sin Chew ketika dihubungi mengesahkan Tan ditahan di bawah ISA tetapi enggan mengulas lanjut. Turut mengesahkan penahanan mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Raja Petra, pengendali dan penulis blog yang kontroversi tanah air, ditahan buat kali kedua di bawah ISA dalam tempoh tujuh tahun. Penahanan Raja Petra juga disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah. Kenyataan polis yang dikeluarkan malam ini juga mengesahkan perkara tersebut. Raja Petra ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu dikenakan tahanan maksimum 60 hari. -- Laporan oleh mSTAR Online Copy&Paste by: Panglima

Friday, September 12, 2008

Pak Lah telah terperangkap...

Paklah sudah diperangkap oleh orangnya sendiri, perancangan asal untuk membangkitkan perasaan bersatu orang melayu dalam menghadapi 16September kini beralih kepada krisis perkauman dan krisis Umno bersama Parti Komponen. dalam kenyataan Presiden PPP Dr M Kaveyas kepada pemberita selepas mesyuarat tertinggi BN ia berkata " inilah suasana paling luar biasa yang dihadapi BN sepanjang 15tahun pengalamannya". ya! kini bukan Umno sahaja yang mendesak pengunduran Paklah tetapi parti komponen dalam BN juga.masalah dihadapi Paklah makin bertambah apabila Dr mahathir mengumumkan akan menyertai semula Umno sehinggakan Paklah tidak mampu memberikan respon kepada soalan wartawan berkenaan kemasukan Dr Mahathir. Seperti dirancang,Sebenarnya Ahmad Ismail juga terlibat memerangkap Paklah, buktinya pada hari yang sama dia menyerang kaum Cina seperti orang Yahudi di Amerika, Khir Toyo juga menulis dalam Blognya bahawa jika Paklah tidak meletak jawatan peristiwa 13Mei bakal berulang. kenyataan Ahmad Ismail dan Khir toyo pada hari yang sama tentang soal perkauman seperti dirancang. sehari sebelum Ahmad Ismail membuat sidang medianya menyerang kaum Cina, dalam perjumpaan dengan Paklah Ahmad Ismail telah bersetuju untuk membetulkan kenyataanya dengan nada yang lebik baik. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kenyataan Ahmad Ismail lebih racist dari sebelumnya. ia turut mengejutkan Paklah.dan dalam waktu yang sama Paklah diperlihatkan seperti perancang sebenar membangkitkan Api perkauman. seperti dirancang,kesoknnya Muhyidin Yasin mendedahkan Dr Mahathir akan menyertai semula Umno dan Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk bertanding sebagai ketua pemuda. dan dalam sidang media Ahmad Ismail selepas ia dijatuhkan hukuman oleh Majlis Tertinggi Umno disebelahnya adalah setiausaha agung Umno Tengku Adnan iaitu sebahagian perancang untuk memerangkap Paklah. apa perlu setiua usaha agung Umno duduk bersama dalam sidang media kepada orang yang sudah dijatuhkan hukuman? apa yang Paklah terlepas pandang adalah Khir Toyo & tengku Adnan adalah Proksi Mahathir. Tg Adnan juga kini mencari jalan selamat untuk mengelak kes Video Vk Lingam yang akan memerangkap dirinya. Tg Adnan sendiri mahu Dr Mahathir kembali dan Paklah dijatuhkan.agar Tg adnan dan mahathir terlepas dari kes Video Vk Lingam yang sedang dibicarakan. Ingat siapapun mungkin tidak menyangka Mahathir antara watak utama dalam isu Perkauman yang ditimbulkan akhir akhir ini, taktik Dr Mahathir sama dengan taktiknya dahulu menjatuhkan PM pertama Tengku Abdul rahman, ketika dia dipecat Umno dia membuat pelbagai fitnah keatas Tg Abdul Rahman dan akhirnya menimbulkan semangat perkauman untuk survival politiknya. itulah dahulu Dr Mahathir dikenali sebagai Ultra Melayu, kini dia membuat dengan cara yang sama. namun apa yang Dr Mahathir lupa zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu. tindakan kamu akan cepat dihidu.Dr mahathir , Tg Adnan, Khir Toyo bersama Ahmad Ismail memerangkap Umno pulau Pinang dan Paklah kerana mahu mendesak Paklah meletakkan jawatan dengan kadar segera. apa pun caranya termasuk mengapi apikan semangat perkauaman matlamat mereka adalah satu, mereka mahu Paklah meletakkan jawatan dengan segera. Dr Mahathir telah berjaya memaksa parti Komponen BN mendesak Paklah meletak jawatan.itulah sebabnya Paklah tidak mampu menjawab soalan wartawan semalam kerana dia sudah mengetahui isu perkauman ini dirancang dari kem Dr mahathir untuk memerangkap dirinya. Paklah akan serah kuasa pada Anwar? Kini team Dr Mahathir hampir pasti dapat menggulingkan Paklah, Paklah tidak lagi selamat bersama anak dan menantunya. jika orang Mahathir berjaya menggulingkan Paklah, nasib Paklah dan Khairy akan teruk dibuatnya oleh orang Dr mahathir yang selama ini menyimpan dendam kesumat kepada Paklah terutama menantunya Khairy jamaluddin. Paklah sendiri tahu betapa kejamnya dr mahathir andai dia menyimpan dendam, lihat saja apa yang dilakukan Dr Mahathir ketas Anwar, sudah tentu Paklah dan Khairy memahami apa nasib yang bakal diterima mereka andai Paklah kehilangan kuasa. Satu cara paling selamat adalah dengan berunding dengan Anwar! sudah tentu adegan Khairy menyerahkan Pasport kerumah Anwar melalui pintu dapur akan kembali berulang.kini mungkin Khairy akan menyerahkan surat serah kuasa kepada Anwar, dengan syarat Paklah dan menantunya tidak diganggu selepas Pakatan rakyat berkuasa. dengan cara itu sahaja Paklah dan menantunya akan selamat. tidak ada seorangpun dalam Umno boleh memberikan jaminan Politik, kerana tidak pernah diantara mereka berpegang pada janji, lihat sahajalah Muhyidin Yasin yang pada awalnya bersetuju dengan peralihan kuasa 2010 akhirnya mendesak Paklah berundur. yang lebih dahsyatnya kali ini Muhyidin bersama Dr mahathir & gang menyerang hendap Paklah dibulan puasa. Umno pasti bergolak menjelang pemilihan bahagian Oktober ini. Hanya satu pilihan buat Paklah, Berunding dengan Anwar!! kerana hanya Anwar mampu memberikan jaminan Politik kepada Paklah andainya Anwar menjadi Perdana Menteri. bermula minggu hadapan kita akan saksikan drama politik yang lebih menarik, kawan akan menjadi musuh dan musuh akan menjadi kawan. dan kini Anwar hanya menunggu waktu untuk melakukan "Checkmate" dalam percaturan poliknya. Lawan Tetap Lawan Copy&Paste by: Panglima

RPK ditahan ISA...

Raja Petra ditahan ISA, tepat jam 1.10 petang tadi 10 orang anggota Polis telah mengepung rumah Raja Petra dan menahannya di bawah ISA. sila klik. Nampaknya Bn telah panik, mereka yang memainkan sentimen perkauman dan kini sedang mencari mangsa untuk ditahan. 3 akhbar pula dilaporkan menerima surat tunjuk sebab dari KDN. Tepat jam 2.00 petang pula rombongan 4 orang pimpinan kanan keADILan bertolak ke Taiwan untuk menemui beberapa ahli Parlimen BN di sana. Jam 5.00 petang, cheGuBard akan bertolak ke Sarawak atas urusan parti. Copy&Paste by: Panglima

Pembentukan Kerajaan Baru akan berlaku kerana BN telah gagal...

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat. Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan. Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit. Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini. Api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah. Melihat kepada perkembangan semasa inilah ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami. Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan. Kami yakin terdapat segelintir elit pemerintah BN yang diketuai UMNO bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan. Kami menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk penyokong UMNO untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman. Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua. Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal. Dato’ Salehuddin Hashim Setiausaha Agung PKR YB Loke Siew Fook, Pengarah Pendidikan Politik DAP YB Dato’ Kamarudin Jaffar Setiausaha Agung PAS Perasap : Sememangnya BN telah gagal...PR harus bijak menyusun strategi ke arah pembentukan Kerajaan Baru Copy&Paste by: Panglima

Penubuhan Kerajaan baru mungkin lewat..

Tarikh sebenar penubuhan kerajaan baru mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September, sebagaimana rancangan awal, akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan, kata Pakatan Rakyat hari ini. Bagaimanapun, katanya, kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan agenda reformasi sedang berjalan lancar. Lagi.... Perasap : Biar Lewat asalkan tidak Gagal Copy&Paste by: Panglima

Thursday, September 11, 2008

Cerita MP dari Taiwan..

Berita dari Taipei 11 September 2008 197 views 4 Comments Hello Brader MSK, Lepas hang baca ni, make sure hang delete mail ni. Kalau depa dapat tau aku hantaq kat hang, naya aku. Dah dua hari kami kat sini. Leceh betui. Ingat kata semua naik kapalterbang sama-sama, rupa-rupanya depa asingkan kami bila sampai Singapore. Ramai SB dari YB. Sampai Taipei, semua depa halau masuk hotel.Lagi satu leceh, nak call out pun tak boleh. Passport dengan handphone SB pegang. Semalam baru lega sikit. Kami pi Shangri-La Leisure farm. Bukan besaq sangat, kandang kambing Maniam kat Sauk tu lagi besaq. Tapi kambing dia lain macam…nak kata Jamnapari, tak dak janggut. Nak kata Boer, aku pun tak kenai. Tak patut betui Pak Lah…dia syok kat kambing, dia suruh kami mai belajaq. Yang syok…masa permanian beradas. Hang tau Bung Mokhtar buat apa?.. dia pi inject sperm dalam lubang pungkok kambing tu..kah.kah.kah.. Dia ingat kambing beranak ikut pungkok kot? Lepas tu, kami jumpa Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua. Yang ni lagi satu lawak. Dia tanya…Anwar tak mai sama ka? Pagi tadi, kami pi ke, Kaosiung..naik bullet train. Kami pi melawat pusat bioteknologi. Fuh! bessst! Hang pernah tengok ayam tak dak bulu ka? Memng tak dak! tapi kulit dia tebai, macam itik dah kena salai. Pusat bioteknologi Taiwan ni dah cipta ayam tak dak bulu, sebab setiap tahun, kerajaan taiwan menghadapi masalah nak buang bulu. Tu pasai depa cipta ayam tak dak bulu. Tapi, tadi aku tengok ayam kaki empat. Aku tanya kat depa…pasai apa ayam kaki empat. Depa jawab…KFC cuma mau drumstick. Jadi kena increase drumstick production la.. Esok kami akan ke Pingtung University of Science and Technology. Jadual lusa dan seterusnya kami pun tak tau. Gila sungguh depa. Tadi aku email kat Raja Petra. Kami semua dapat RM50,000 duit poket. Tapi nak belanja kat mana. Masuk jamban pun SB ikut. Pulak tu. Pulak tu, satu-satunya tempat lepak yang ada benda tu…semalam jugak depa tutup. Tapi hang tok sah risau, MSK. balik nanti aku belanja hang kat Big Sister. OK..MSK. Depa dah panggil dah. Buat roll call. Copy&Paste by: Panglima

Tarikh 16Sept. wajar dimartabatkan..

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun sememangnya telah sinonim untuk di raikan sebagai usaha memperingati kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negara di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Editor, Mat Zahari Ali menemubual Pakar Sejarah Universiti Malaya, Prof Khoo Kay Kim untuk meneliti kewajaran tarikh 16 September untuk di nukilkan sebagai hari kebesaran negara.Berita Penuh.. Copy&Paste by: Panglima

Samak perlu letak jawatan..

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej dan seluruh Kabinetnya perlu meletak jawatan, semalam, selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan beliau melanggar Perlembagaan dengan menjadi hos rancangan masakan di televisyen. Bagaimanapun, penyokong beliau berikrar untuk mengembalikan kuasa kepada Samak, yang menunjukkan Thailand masih belum tenang daripada krisis politiknya yang melumpuhkan kerajaan, menjejaskan pasaran kewangan dan menjauhkan pelancong.Lagi... Perasap : Malaysia bila lagi....? Copy&Paste by: Panglima

Reformasi, UMNO bakal tenggelam

Tarikh keramat 2 September lalu disambut oleh gerakan Reformasi dengan tertabalnya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar sekali gus dipersetujui oleh PAS dan DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Penasihat PKR boleh dikatakan antara ahli politik yang paling beruntung di Malaysia.Lagi.... Perasap : DSAI beruntung?, Memang betul dan sepatutnya begitu.Itu semua di atas Keredhaan Allah selepas beliau mengalami segala macam rintangan dan penderitaan serta kezaliman UMNO. Ingat, doa org teraniaya tiada hijjab..Cuba lihat sejarah politik Malaysia, berapa ramai org yang mampu bangun setelah dijatuhkan secara paksaan? Copy&Paste by: Panglima

Ramai remaja suka seks bebas...

KOTA BHARU 10 Sept. - Fenomena hubungan seks bebas bagi membuktikan cinta sehingga melahirkan anak luar nikah kini cukup membimbangkan kerana jumlahnya kian meningkat. Penyelaras Unit Pembangunan Kesihatan Wanita Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zaharah Sulaiman berkata, gejala itu berlaku kerana ada kaitannya dengan kekeliruan golongan remaja tentang cinta daripada pandangan Islam dan kejahilan terhadap aspek reproduksi.Lagi Perasap : Yeah....Islam Had Hari2 memang kena begitu...eleh..iman had hari boleh pegang2 tgn pompuan apasal, budak2 x boleh? Copy&Paste by: Panglima

Kembalikan kuasa Raja Melayu

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.Lagi Perasap : UMNO menerusi Che Det yang telah menghapuskan imuniti kuasa raja-raja Melayu,hasilnya raja2 tiada kuasa menegur kerajaan serta lebih tertumpu kepada acara keagamaan sahaja. Copy&Paste by: Panglima

Wednesday, September 10, 2008

Pendakwa nak bawa kes Anwar ke Mahkamah Tinggi

10 .30 PAGI]KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER (SK)-Mahkamah ditangguhkan kepada 24 September ini bagi memberi masa kepada barisan beguam Anwar Ibrahim untuk menyediakan hujah-hujah bagi membantah permohonan pihak pendakwa bagi memindahkan kes dakwaan liwat terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi.Lagi Perasap : Iskh2..kenapalah depa tak buat camtu kat kes yang lebih berprofil tinggi..hmm, lepas habis pilihanraya kecil P44, hilang citer sumpah,sesumpah,liwat...owh..kebetulan.. Copy&Paste by: Panglima

Panjatkan doa kita kepada Allah S.W.T.

DSAI menegaskan beliau sudah mendapat surat pengakuan ahli yang akan melompat parti. Antara lain DSAI bagi hint siapa ahli parlimen itu dengan mimic perkataan mp tu "Kami tatap dengan janji kami! Kami bangsa yang tatap mengotakan janji". Jadi tarikh mungkin teranjak sikit dari 16 sept but paling lewat 17 oct kerana parlimen bersidang semula.(ini yang tak best nih...ptuih..!) Kedutaan asing sudah mula beratur berjumpa DSAI kerana yakin akan berlaku perubahan kerajaan. Bgaimanapun DSAI mengingatkan bahawa pejuang harus terus berdoa kepadd Allah agar tiada halangan besar lagi. Kerana, sebagai orang Islam, doa2 rakyatlah yang beliau harapkan dapat membantu kemenangan rakyat. Ramai yang terharu semalam dengan doa imam di rumah DSAI dan tersentuh apabila DSAI dengan penuh rendah diri menyatakan doa rakyat, ulama di seluruh dunia terutamanya Tok Guru Haji Saleh yang kini 24 jam bergilir dengan ustaz2 berdoa didepan kaabah makkah tanpa henti memohon bantuan Allah memberi kemenangan kpd kerajaan pakatan rakyat! Perasap :InsyaAllah..yang batil tetap jatuh. Copy&Paste by: Panglima

Tuesday, September 9, 2008

Seorang lagi BN letak jawatan

TAIWAN, 9 Sept: Salah seorang anggota rombongan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Barisan Nasional ke Taiwan, Huan Cheng Guan menghantar notis melalui SMS meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda BN Pulau Pinang jam 12.30 tengahari tadi. Lagi..Copy&Paste by: Panglima