Friday, August 29, 2008

Setuju benar buat solat hajat...

Setuju benar Pemuda PAS buat solat hajat ..kalau atas pentas stadium lagi baik..inilah masanya sempena kedatangan Ramadhan yg berkah serta sambutan kemerdekaan..ajak remaja hayati nikmat yg Allah berikan,bukannya hayati lagu yg mengkhayalkan dengan penyanyi yang tidak bermoral..Ayuh..Pemuda PAS..teruskan usaha anda yang baik...tunjukkan kepada BN bagaimanakah caranya orang2 Islam bersyukur ....tidak perlu artis buka baju.
Solat hajat PAS sebelum konsert Avril Abdul Rahim Sabri Aug 29, 08 11:46am Pemuda PAS akan mengadakan solat depan pintu masuk Stadium Merdeka malam ini bersempena konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne.Lebih 500 anggota Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor dijangka menunaikan solat maghrib dan diikuti solat hajat di kawasan lapang dekat pintu masuk utama stadium.Solat itu akan diketuai oleh timbalan ketua Pemuda, Nasrudin Hassan. Setiausaha dewan itu Ahmad Sabki Yusof dijangka turut serta dalam perhimpunan tersebut, selain ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Sani Hamzan.Bagaimanapun, perhimpunan solat itu "bukan untuk menghalang pengunjung" ke konsert tersebut tetapi untuk "menunjukkan syiar sembahyang dalam Islam", kata ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad kepada Malaysiakini hari ini.Mereka juga dijangka akan mengedarkan risalah yang memuatkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama.Kira-kira 50 anggota Unit Amal dewan itu dikerahkan untuk mengawal keadaan.Pemuda PAS paling lantang membantah konsert ini sejak awal Ogos sehingga Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bercadang menangguhkannya ke suatu tarikh lain. Bagaimanapun kementerian berkenaan mengambil sikap meneruskan semula rancangan asal persembahan itu hujung minggu lalu. Penyanyi popular kelahiran Kanada itu dijadual mengadakan persembahan bertenaganya mulai jam 9 malam dalam siri jelajah antarbangsanya di Asia Tenggara.Nasrudin awal minggu ini menyifatkan penyanyi manis itu memaparkan tarian "mengghairahkan". "Avril adalah penyanyi seksi dan penampilannya, saya anggap, sebaris dengan Mariah Carey," katanya kepada Malaysiakini. Konsert itu dibantah dengan alasan ia tidak sesuai diadakan menjelang sambutan bulan Ramadhan yang akan bermula awal September dan juga sambutan hari ulang tahun kemerdekaan.

Mentaliti Kerajaan Barisan Nasional

Aku sebenarnya tidak mahu ambil tahu pun pasal konsert2 nih..buang masa..Apa yang aku paling takut ialah jika datangnya ajal ketika kita sedang dalam perjalanan ke konsert mahupun ketika sedang menonton konsert yang tidak bermoral seperti ini...
Inilah cara lama Penjajah British iaitu memisah dunia daripada akhirat terutamanya kepada umat Islam.Justeru apabila orang2 Islam berkhayal dengan dunia..., maka tiadalah lagi keinginan mahu menegakkan syiar Islam dan seiring dengan itu maka org2 Islam berpusu-pusu terus mencari hiburan serta kenikmatan dunia...lagi dan lagi...sehinggalah malaikat maut menjemput untuk bertemu dengan Allah S.W.T.
Namun, apa yang malangnya bagi kita rakyat Malaysia, cara penjajah ini terus digunapakai sehingga ke hari ini oleh orang2 Islam sendiri yang telah gelap hatinya, buta matanya, pekak telinganya serta bisu mulutnya serta lupa akan peringatan2 dari Allah S.W.T.
Malah lebih2 malang lagi, keadaan ini di sokong pula oleh kerajaan Malaysia yang di pacu oleh Barisan Nasional di atas nama2 perlanconganlah, apa2lah...
Ini menyebabkan remaja2 Melayu terutamanya yang kurang asas didikan agama serta fanatik kepada hiburan merasakan kerajaan BN amat mengambil berat masalah jiwa remaja dan seterusnya remaja2 ini akan menyokong cara pemerintahan BN dan kesannya cara penjajah ini akan terus menular malah akan lebih hebat lagi pada masa akan datang.
Konsert Avril Lavigne yang akan berlangsung di Stadium Merdeka KL, pada 29.8.08 ( Jumaat) akan bermula jam 8mlm. Lihatlah, ramai remaja tidak akan bersolat paling tidak fardhu Asar serta Maghrib disebabkan konsert ini. Percampuran yang melampaui batas pasti berlaku dan hasilnya anak luar nikah. Pengambilan dadah serta arak menjadi ikutan kerana mahu menghayati nikmat dunia.
Apakah BN buta?,mufti pun buta?pegawai2 agama juga buta?.Di mana ustazah serta ustaz yang selalu memberikan ceramah nilai2 murni selama ini?.Kenapa membisu?
Anak2 anda sedang diajar bagaimana mahu telanjang oleh artis ini...
Dimana mufti Wilayah Persekutuan ( Datuk Wan Zahidi Wan Teh)?, tonjolkan diri anda dan tunjukkan rujukan kitab anda supaya remaja2 tahu bahawa ianya tidak dibenarkan oleh Islam.
Kalau rakyat lihat , bagi kerja2 kemungkaran, ianya mendapat sokongan kerajaan manakala sebaliknya bagi kerja2 kebaikan...,maka memang tepat sekali rakyat bertukar kerajaan. Saya juga berharap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak2 berkenaan..saya menentang kemungkaran ini serta tidak mahu bersubahat dengan kejahatan ini.

Wednesday, August 27, 2008

Keluhan TKT Mahathir..

1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.
2. Anwar menang.
3. Barisan Nasional kalah.
4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu. 5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.
6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.
7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.
8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.
11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.
12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.
13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.
14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.
15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.
16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.
17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.
18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

Luahan Rasa dari Blog pro UMNO..

1) Lagi banyak tomahan....lagi banyak majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat(PR).
2) Kini tomahan, fitnah, andaian, sumpah, sogokan, ucapan....semuanya tidak berkesan lagi. Rakyat sudah mula cerdik dan bijak menilai yang mana satu umpan dan yang mana satu kebenaran.
3) Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat bukan sahaja berhadapan dengan Barisan Nasional tetapi beliau berhadapan dengan seluruh jentera Kerajaan.
4) Tetapi itu semua bukan menjadi halangan untuk mencapai kemenangan kerana kebenaran itu terletak di penghujung perjalanan.
5) Pemimpin BN mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tewas di Permatang Pauh kerana di situ merupakan kubu kuat DSAI. Tetapi kenapa PRU 2004, PKR hanya menang dengan majoriti kecil lebih kurang 600 undi sahaja.
6) UMNO khasnya perlu menerima hakikat bahawa selama ini mereka kuat kerana ia mendapat sokongan besar dari kaum-kaum bukan Melayu.
7) Apa yang ada lagi pada BN sekarang?
8) Majoriti kaum Cina tidak lagi bersama MCA dan Gerakan. Begitu juga majoriti kaum India tidak lagi bersama MIC. Manakala majoriti kaum Melayu tidak yakin lagi dengan UMNO.
9) Jika BN itu merupakan sebuah kapal, kini kapal itu tidak tahu lagi arah tujunya. Nak terus belayar tak tahu arahnya. Nak terus berlabuh mungkin akan karam bila-bila masa. Malah yang pasti, penumpang-penumpangnya yang terdiri MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tentunya sedang memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan diri masing-masing.
10) Seluruh rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa sebuah parti yang bergerak atas dasar kaum tidak akan mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia. Kini semua parti politik perlu mengambil kira penyertaan semua kaum jika mereka mahu meneruskan komitmen dalam sistem berparti politik di negara ini.
11) Pada semua orang-orang Melayu yang masih tidak boleh menerima hakikat perubahan iklim politik dinegara ini, saya syorkan kembalilah merujuk kepada kitab 'Al-Quran'. Baca dan fahamilah isi kandunganya. Dalam kitab Al-Quran tidak ada sebut pun nama-nama seperti Melayu, UMNO dan Malaysia.
12) Segala perjanjian, undang-undang, akta malah perlembagaan sekalipun telah dicipta pada masa tertentu untuk keperluan pada masa itu. Jadi bolehkah ia kekal buat selama-lamanya jika keadaan dan hakikat yang sebenarnya telah berubah dari masa ke semasa? Sedangkan segala perintah dan hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran itu...ia kekal dan relaven sepanjang masa dan sepanjang zaman.
13) Masa telah berubah...keadaan telah berubah....zaman telah berubah....adakah kita masih mahu berada di alam 1957 lagi?
14) Jangan kita sentiasa prajudis kepada orang lain kerana nanti orang lain juga akan 'lebih' prajudis terhadap kita.
15) Bukan semua kaum Cina itu menyertai DAP. Bukan semua kaum India itu menyertai MIC. Bukan semua kaum Melayu itu menyertai UMNO. Bukan semua orang Islam itu menyertai PAS. Jadi kenapa kita selalu memandang serong terhadap orang lain?
16) Salahkah jika PKR, PAS dan DAP menjalinkan pakatan untuk memerintah negara ini?
17)Bukankah selama 50 tahun sebelum ini UMNO juga menjalinkan pakatan dengan MCA(Cina), Gerakan(Cina), MIC(India) dan lain-lain parti untuk memerintah negara ini.Buka mata....buka hati....buka minda !

DSAI angkat sumpah MP Khamis 28 Ogos 2008

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pagi ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.Mantan menteri kewangan itu, dipercayai akan terus dilantik sebagai Ketua Pembangkang esok, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009.Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Renungan Kita-Petikan analisis dari satu laman blog

Kemenangan besar Anwar bukan disebabkan kononnya politik perkauman amalan UMNO sebagaimana yang dilaungkan oleh Tian Chua dalam salah satu dari ucapan-ucapan kemenangan di Permatang Pauh. Penafian dan ulasan yang sama juga yang telah diperkatakan oleh Professor Shamsul Akmal dari ATMA, UKM di dalam satu rancangan di saluran Astro Awani malam tadi.Kenyataan Tian Chua itu hanya mendedahkan kecetekan pemahaman politik seorang aktivis NGO yang terlalu mempercayai teori dan asyik dengan idealisma masing-masing.Dari segi realiti amalan politik tempatan, kekalahan teruk UMNO di Permatang Pauh masih sama seperti yang berlau pada PRU12 baru-baru. Telunjuk jari masih menunjuk kepada Khairy dan Pak Lah.Kekalahan di Permatang Pauh tidak boleh dipersalahkan kepada orang lain kerana sebagai Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Permatang Pauh adalah Bahagian bersebelahan dengan Kepala Batas, tanggungjawabnya masih jatuh kepada kepada Pak Lah.Serangan PeribadiSebagaimana yang telah saya sebut semalam dan amaran yang telah saya beri beberapa hari sebelum pemilihan, UMNO tidak seharusnya melakukan serangan peribadi terhadap Anwar di kampung halamannya.Amalan politik Melayu tidak meletakan prinsip dan ideologi sebagai paling utama dalam membuat sebarang pilihan politik. Tetapi ia lebih kepada hubungan peribadi seperti pertalian keluarga, persahabatan, jiran tetangga, dll.Serangan peribadi dan tuduhan bertubi-tubi terhadap Anwar di "kampung halamannya" tidak akan meninggalkan kesan yang dikehendaki tetapi hanya menimbulkan kebencian. Pertalian Permatang Pauh juga yang menyelamatkan Anwar dari tekanan apabila Imam yang menjadi saksi kepada majlis sumpah Saiful tampil memberi sokongan moral.
Ini ditambah dengan hakikat bahawa Permatang Pauh merupakan lubuk untuk keluarga Anwar dan PKR meletakkan tapak politiknya.Gerak kempen UMNO berjalan lancar pada mulanya hingga kehadhiran Khairy pada hari Jumaat lepas. Dengan angkuhnya Khairy menyatakan akan menanam kerjaya politik Anwar dan memulakan tekanan terhadap Anwar untuk melakukan Mubahalah.Dari situ, satu demi satu pertudahan telah dilakukan oleh sekutu terkini Khairy ia-itu Nallakaruppan dan Ezam.BN Tidak Mahu BerubahPandangan Syed Imran, blog Kuda Ranggi dibawah ini begitu releven:
Seperti biasa, BN tidak mempelajari daripada kesilapan dengan menjadikan pembangunan sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Muslihat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diterima oleh rakyat. Walau seluruh Kabinet turun ke Permatang Pauh dengan menaburkan 1001 macam bantuan dan membuat beratus-ratus janji, rakyat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh. Ini adalah taktik lapuk.BN sebenarnya tidak peka dan tidak mengikuti arus perdana berbanding dengan PKR. Kempen yang dijalankan oleh BN tidak berkesan kerana isu yang dibangkitkan lebih mirip kepada serangan peribadi, sogokan pembangunan dan janji-janji manis berbanding dengan isu pokok yang dibawa oleh PKR iaitu kehidupan seharian rakyat.Kehadiran sebegitu ramai orang UMNO yang berkampung sama ada di Permatang Pauh atau di Bukit Mertajam tidak memberi sebarang kesan kerana kebanykan mereka hanya melepak dan membuang masa. Ketua-ketua bahagian UMNO termasuk yang diterbangkan dari Sabah juga tidak membantu sama sekali. Kehadiran mereka hanya membazirkan wang sahaja.Oleh kerana terlalu terdesak untuk menang, BN sanggup menggunakan taktik kurang sihat sedangkan kempen yang dijalankan oleh PKR jauh lebih teratur dan berkesan. Isu liwat dan sumpah laknat sebenarnya telah melaknatkan BN sendiri. Kehadiran tokoh-tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat Melayu seperti Dr Haron Din, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dauk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya dengan mudah mematahkan serangan BN itu.
Kesimpulan AwalKesimpulan awal oleh Dato Abdul Kadir Jasin diterbitkan semula di bawah: 1. Serangan peribadi ke atas Anwar tidak berkesan walaupun BN menggunakan hujah seperti tuduhan liwat dan sumpah laknat si penuduh, Saiful Bukhari Azlan;2. Gula-gula pilihan raya seperti penurunan harga minyak, janji-janji pembangunan dan buah tangan tidak membantu mengubah pendirian majoriti pengundi yang tidak sukakan BN;3. Kehadiran begitu ramai pembesar Umno dan BN dengan jentera rasmi dan peribadi mereka ditolak oleh majoriti pengundi;4. Peranan media massa arus perdana yang terus memberi gambaran yang songsang mengenai keadaan sebenar menyebabkan pemilih jelak dan menolak mesej BN dan pemerintah yang mereka bawa;5. Kekalahan lebih teruk ini akan memburukkan lagi kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN;6. Kewibawaan dan integriti pakatan setia Abdullah-Mohd Najib semakin dicurigai apatah lagi apabila Mohd Najib sendiri menggunakan pilihan raya kecil itu untuk bersumpah dengan nama Allah menafikan keterlibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Mohd Najib bersumpah yang dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu;7. Seruan supaya Abdullah segera meletakkan jawatan mungkin memuncak semula dan mungkin berlaku percubaan baru mencalonkan seseorang untuk mencabar beliau dan Mohd Najib pada pemilihan Umno Disember ini;8. Kemenangan ini memberi mandat yang lebih kuat kepada Anwar untuk memujuk Ahli Dewan Rakyat BN untuk berpaling tadah menjelang Hari Malaysia pada 16 September ini seperti yang diuar-uarkannya;9. Kedudukan Anwar sebagai MP dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bergantung dan tertakluk kepada keputusan perbicaraan kes liwatnya;10. BN tidak lagi boleh menggunakan kuasa kewangan dan pentadbiran untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Pada masa lampau, BN umumnya menang pilihan raya kecil malah berjaya merampas kerusi pembangkang; dan11. Umno akan lebih parah dan mungkin ditolak terus oleh orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika kepemimpinannya terus mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi. Ramai ahli parti dan penyokong BN tidak keluar mengundi.Implikasi PolitikWalaupun saranan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru Pakatan Rakyat pada September 16hb tidak berkemungkinan akan berlaku, kehadhiran Anwar Ibrahim di Parlimen akan menguatkan kedudukan pembangkang di Parlimen dengan kebolehan Anwar berpidato dan berdebat.Kehadhiran Anwar dan keupayaannya menarik perhatian media tempatan dan dunia akan menambahkan tekanan terhadap kerajaan. Kerajaan tidak berupaya melakukan censurship terhadapnya. Lama kelamaan Anwar dengan agenda populist akan dapat mengembangkan lagi pengaruhnya kepada orang ramai dan pengundi-pengundi.Jika UMNO dan BN tidak melakukan perubahan kepada pucuk kepimpinan yang ada kepada satu pasukan yang lebih bersih, berupaya dan bertenaga, kepercayaan rakyat akan terus longgar dan pengaruhnya akan terus terhakis.Beberapa pilihanraya kecil di Sanglang, kemungkinan di Kulim dan tahun hadapan pilihanraya negeri Sarawak dan dihadapi. Sekiranya prestasi BN tidak diperbaiki, pilihanraya umum ke 13 bakal menutup riwayat pentadbiran BN.Lakukan perubahan itu. Tukarkan kepimpinan UMNO! - Kerabu bersuara-

Tuesday, August 26, 2008

Tahniah...!!!, Bermulalah Harapan Baru..

Alhamdulillah dan Tahniah!!! Pertama sekali aku nak ucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W T dimana dengan keizinanNya kemenangan telah berpihak kepada DSAI , Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia seluruhnya. Belajarlah dari pengalaman UMNO dan janganlah jadi 'UMNO' yg kedua kerana yang batil tetap akan hancur akhirnya.

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh-P44 KEADILAN - ANWAR IBRAHIM: 31,195 BN - ARIF: 15,524 AKIM - HANAFI MAMAT: 92 ANWAR MENANG DGN MAJORITI 15,671 UNDI

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Tolonglah berfikir dengan waras...

Saudara-saudara ku sekalian, Sebagaimana yang saudara-saudara semua ketahui, saudara-saudara di Kawasan Parlimen Permatang Pauh akan turun membuat pemilihan wakil rakyat baru pada hari Selasa, 26 Ogos 2008, iaitu esuk hari. Tidak sampai 24 jam lagi, di tangan saudara-saudaralah terletaknya hidup-mati rakyat dan negara ini untuk masa depan yang lebih cemerlang. Saudara-saudara perlu membuat perubahan, menukar gaya politik lapok yang diamalkan oleh UMNO sudah memerintah lebih 51 tahun kepada curak dan gaya politik baru yang berorientasikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Saudara-saudara dipertanggungjawabkan untuk membuat perubahan ini mewakili kami yang berada di seluruh negara. Tanggungjawab saudara-saudara semuanya adalah amat berat, tetapi saudara-saudara masih ada waktu untuk memikirkan baik-buruk dalam membuat pemilihan wakil saudara-saudara ke Parlimen bagi memperjuangkan nasib saudara-sauadara dan nasib seluruh rakyat di negara ini. Kami harap, saudara-saudara jangan menghampakan harapan kami yang ingin melihat fajar baru yang akan muncul nanti. Kami hanya mampu berdoa semoga dengan pertolongan daripada Allah s.w.t jua fajar baru itu akan menyingseng memancarkan sinarnya. Sama ada saudara-saudara hendak memilih Arif Shah Omar Shah atau saudara-saudara hendak membuat kejutan dengan memilih saudara Anwar Ibrahim dengan majoriti tertinggi terpulanglah kepada saudara-saudara sendiri untuk membuat keputusannya. Pisau ditangan saudara-saudara dan mentimun juga ditangan saudara-saudara. Kami sedar saudara-saudara semuanya adalah manusia yang cerdik-cerdik belaka. Umpan dimakan, tetapi tidak terlekat pada mata kail. Pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Tentulah saudara-saudara akan memilih saudara Anwar Ibrahim sebagai wakil-wakil saudara-saudara dan juga wakil kami juga. Jangan mensia-siakan peluang keemasan ini. Gunakan kuasa yang ada pada tangan saudara-saudara untuk menghumban UMNO ke laut China Selatan. Saudara-saudara yang dihormati, Sejarah telah merakamkan bahawa sebahagian besar para pemimpin UMNO berdiri di atas tiket pemimpin untuk merebut kuasa, kedudukan dan kekayaan bagi kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan rakyat jelata. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuk saudara-saudara yang tinggal di kawasan Parlimen ini. Saudara-saudara pasti mendengar, membaca dan menonton wajah-wajah para pemimpin UMNO dan BN yang didakwa terlibat dengan berbagai salahguna kuasa, menggunakan kedudukan untuk mencari faedah peribadi dan keadaan rasuah di Negara kita sekarang ini semakin menjadi-jadi. Yang ditangkap ialah ikan-ikan bilis, ikan jerung terlepas kerana pukat yang digunakan mudah carik dan koyak. BPR menjadi boneka kepada UMNO. BPR adalah sebahagian daripada organisasi UMNO yang mempertahankan kepimpinan UMNO yang kurop. Banyak pemimpin UMNO yang terlepas. Amalan rasuah yang dihina dan dikeji ini telah diangkat sebagai budaya dalam kehidupan politik para pemimpin UMNO. Ia telah menjadi sinonim dalam perjuangan UMNO, termasuk pemilihan jawatan dalam UMNO seperti yang berlaku sekarang ini. Oleh itu, tidak hairanlah apabila mereka berkempen dalam setiap kali pilihanraya kecil atau umum, mereka menggunakan segala-galanya yang ada pada mereka. Rasuah bermaharajalela, penggunaan jentera, Jabatan dan agensi kerajaan digunakan semahu-mahunya tanpa merasa bersalah menggunakan harta rakyat. Hukumnya tetap bersalah melanggar akta pilihanraya dan berdosa dihadapan Allah s.w.t. Laporan demi laporan dibuat mengenai menyalahgunaan kuasa ini, namun agensi-agensi yang terlibat seperti pasukan polis, BPR, SPR dan lain-lainnya tidak mengambil sebarang tindakan. Pilihanraya kita saudara-saudara bergelomang dengan dosa dan noda. Oleh sebab itu mereka menolak politik Islam kerana kejahatan, ketidakadilan dan kezaliman mereka tidak dapat diteruskan ke atas pihak yang lemah yang mereka sendiri lakukan dengan bantuan dan kerjasama agensi-agensi yang disebutkan tadi. Gaya hidup mewah yang melampau yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO adalah lambang kerakusan kuasa, mereka merompak, mencuri dan membahagi-bahagikan [memfaraidkan] khazanah Negara sesama mereka dan meninggalkan rakyat dengan pelbagai masalah yang menghimpit kehidupan rakyat. Kemiskinan masih tinggi di seluruh Negara, termasuk di Machap ini. Kemiskinan tidak mengenal kaum dan bangsa ataupun agama. Saudara-saudara ku sekalian, Saudara-saudara ku, tidak kira sama ada saudara-saudara muslim atau non muslim, semua kita berada dalam kemiskinan yang amat sangat. Kenaikan harga petrol yang melampau pada 4 Jun lalu melonjakkan kadar inflasi kepada 7.7 peratus sangat membebankan kehidupan seluruh rakyat dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak. Kehidupan rakyat bertambah sempit dan menderita. Penurunan harga petrol seperti yang diumumkan pada 23 Ogos lalu sebanyak RM0.15 seliter tidak memberi sebarang makna kerana kenaikannya dulu amat tinggi dalam sejarah sebanyak RM0.78. Penurunan RM0.15 sen tidak memabawa apa-apa kesan kerana harga barangan dan perkhidmatan tidak akan turun, kecuali penurunan harga minyak melepasi RM0.30 seliter. Hal ini boleh dilakukan kalau sekiranya kerajaan tidak memberi rebet sebanyak RM625.00 mengikut setiap liter minyak, ia lebih kurang RM0.40 nilainya setiap liter. Ini menunjukkan satu kebodohan kerajaan sepertimana bodohnya kerajaan mencadangkan pembayaran gaji kakitangan awam dua kali sebulan yang akhirnya terpaksa dibatalkan kerana mendapat bantahan daripada CUEPAC. Kerajaan sendiri mengalakkan kenaikan kos belanja ini dengan menaikkan harga minyak, tol, tariff air dan elektrik. Kenaikan-kenaikan ini menjadikan kos harga barangan dan perkhidmatan meningkat menjadi bertambah mahal di pasaran, manakala pendapatan rakyat tidak banyak berubah. Saudara-saudara sekalian, Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk memberi laluan kepada saudara Anwar Ibrahim menjejak kaki semula ke Parlimen. Di Parlimen nanti saudara Anwar akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Kedudukan ini maha penting bagi kita semua kerana beliau akan merintis jalan ke Putra Jaya sebagai PM ke-6. Keselamatan agama, bangsa dan negara serta keadilan untuk semua kaum akan lebih terbela sekiranya saudara Anwar ditakdirkan oleh Allah s.w.t menjadi PM mengambilalih kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi. Jangan sekali-kali biarkan Najib Tun Razak merasai kerusi PM. Agama, bangsa dan Negara akan hancur lebur di bawah kekuasaan Najib. Semua rakyat tahu latarbelakang Najib, ketua konspirator. Isterinya, Rosmah Mansor lebih teruk lagi jika dibanding dengan Imelda Marcos. Saudara-saudara perlu ingat, kemenangan saudara Anwar akan meranapkan impian para konspirator yang mahu bertindak membunuh kerjaya politiknya di negara ini. Dalam masa yang sama kita dapat membantu saudara Anwar untuk memulihkan kembali imej dan maruahnya di kalangan rakyat di dalam negara ini serta di peringkat antarabangsa. Imejnya pada masa kini amat tercalar, luka parah di sana sini. Saudara Anwar seorang yang paling hebat di abad ini khususnya di negara kita. Belaiu seorang yang teguh pendirian dan sangat konsisten dalam perjuangan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum. Oleh kerana beliau seorang, seluruh jentera-jentera kerajaan [jabatan/agensi] kucar-kacir terkeluar daripada landasannya yang sebenar. Saudara-saudara, Sang pengusaha dan para juak-juaknya sangat takut kehilangan kuasa kerana apabila saudara Anwar ditakdirkan menjadi PM dan memiliki kuasa sepertimana yang mereka miliki sekarang, maka segala kejahatan, kezaliman, penindasan, menyalahgunaan kuasa, rasuah, membaham dan merompak harta rakyat yang mereka lakukan selama ini akan terbongkar menjadikan mereka tidak lena tidur. Pada ketika itu, rakyat semua akan tahu siapakah sebenarnya hantu jembalang yang merasuk rakyat setiap masa. Tali barut UMNO yang digunakan oleh UMNO untuk memusnahkan saudara Anwar seperti pasukan daripada Jabatan Peguam Negara yang dikepalai oleh Abdul Ghani 4tahil, PDRM yang diketuai oleh Musa Hassan, media, SPR dan BPR memudahkan kita memusnahkan mereka tanpa ada sekatan dan halangan. Mengembalikan ke fungsi asal organisasi-organisasi terbabit demi menegakkan keadilan, kebenaran dan menjaga keselamatan rakyat, bukan lagi menjaga keselamatan UMNO dan para pemimpinnya. Disamping itu, kemenangan ini juga boleh menutup mulut yang celupar daripada dulu kawan kini musuh seperti Ezam Mohd Noor, Nallakurapan, Saidatul Badru Said Keruak dan lain-lainnya. Mereka ini sepatutnya ditembak dan mayatnya mereka dicampak untuk dijadikan sajian harimau sarkas. Mereka ini sebenarnya melihat dunia ini hanyalah untuk lakonan mencari kekayaan peribadi. Moral mereka sangat rendah, setaraf babi di hutan. Yang lebih penting disini ialah kejayaan kita membunuh kerjaya politik masa depan anak Jamaludin yang menjadi menantu Abdullah yang sombong, angkoh, berlagak samseng, bermulut celupar dan yang mengawal urusan negara di tingkat 4 di Putra Jaya. Pastinya kita tidak akan berpuas hati sekiranya budak higusan ini masih lagi boleh bertempik ke sana ke mari ikut suka hati dia sahaja, tanpa mempertimbangkan perasaan orang lain. Saudara-saudara ku, Kita perlu sedar bahawa tidak ada maknanya kita keluar beramai-ramai memberi undi kepada UMNO. UMNO sekarang berada dalam keadaan amat nazak menanti kedatangan malaikatul maut untuk merembat nyawanya keluar daripada jasad. Politik dan dasar pembangunan negara tidak ketahuan hala. Bohong sana, bohong sini untuk tipu rakyat, tetapi dalam masa yang sama mereka memperkuatkan kedudukan untuk merebut daki dunia. Malaikatul maut itu ialah kita sebagai organisasi Pakatan Rakyat yang bergerak dalam satu matlamat untuk mereformasikan atau mengislahkan balik sistem pentadbiran negara yang rosak teruk di bawah pemerintahan UMNO selama 51 tahun. Analoginya amat mudah. UMNO sudah lama bermain bola di padang yang sama. UMNO mulai letih, tidak bermaya dan telah banyak kehilangan tenaga. Jadi, sepakannya sudah menjadi tidak menentu. Sebab keletihan itulah membuatkan UMNO membuat kesilapan demi kesilapan dalam mengurus tadbir negara ini. Oleh itu, saya sekali lagi merayu saudara-saudara di Permatang Pauh :. MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA SELAMAT MENGUNDI & MEMILIH DSAI Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/ Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan di blog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/ "SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA” “PROTES SAMPAI TURUN” - Tun Telanai

Monday, August 25, 2008

Ketatkan Kawalan Keselamatan DSAI..

Segala Kemungkinan Boleh Berlaku Setelah 4 hari penamaan calon serta kempen pilihan raya berjalan, saya memperolehi satu maklumat yang amat menggemparkan. Nyawa Dato’Seri Anwar Ibrahim berada dalam bahaya. Ia bertitik tolak dari hakikat bahawa parti pemerintah tidak dapat menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh secara pilihan raya yang adil sekaligus berhadapan risiko peralihan teraju kepimpinan negara. Menurut rekod serta sentiment pengundi, Anwar sudah sinonim dengan kawasan Parlimen tersebut. Pada ketika ini beliau ibarat sirih pulang ke gagang. Tidak cukup tapak tangan nyiru kami tadahkan. Biarpun Saifool teruna jalang itu bersumpah setiap hari, kedudukan Anwar tidak terjejas. Yang percaya bermati-matian akan kes ini ialah para konspirator serta kuncu-kuncu mereka. Cui Bono. Kita lihat siapa yang bakal meraih untung besar dalam isu itu, maka itulah dalang yang menggerakkan pemain-pemain yang termakan dengan upah dunia. TS Musa Hasan dan beberapa kerat pegawai tinggi polis telah merancang untuk mengenakan DS Anwar dengan cara ‘plant’ Saifool dalam pejabat parti yang begitu kekurangan kakitangan apabila sebahagian besar mereka memenangi pilihan raya. Lalu maklumat yang dikumpul digunakan sebagai persembahan untuk menawan hati PakLah. Angka 24 orang Ahli parlimen yang diketahui PakLah untuk melompat diberikan oleh TS Musa Hassan melalui Saifool Liwat. Hasilnya maklumat yang ada sebahagiannya telah diketahui oleh PM Abdullah Badawi. Maknanya PakLah dan sebahagian pemimpin kanan UmnoBn tahu yang peralihan kuasa pasti berlaku sebaik Anwar menjejakkan kaki ke Parlimen. Di sinilah satu persimpangan yang amat ditakuti oleh rejim pemerintah. Sumber risikan mengatakan beberapa pemimpin kanan parti dengan jalinan rangkaian tertentu telah mengupah militant Patani Pulo dengan nilai RM1 juta. Diberitakan 7 pembunuh upahan telah memasuki kawasan pilihan raya bagi menyempurnakan misi zalim lagi besar dosanya itu. Adalah dipercayai, mereka ini telah ditanam maklumat songsang tentang Dato’ Seri dan perjuangannya. Fitnah yang dilemparkan ialah beliau kononnya seorang Timbalan pengarah Dana Yahudi, membelakangkan orang Melayu dan Islam serta tidak pernah menyentuh soal Yahudi maupun Amerika. Sebenarnya bagi kita yang sudah celik maklumat, kesemua tuduhan itu palsu sahaja sepertimana jua kisah Liwat Saifool. Kita merasakan ia dicipta oleh pihak Special Branch dengan sekongkolan ahli politik. Hai, banyak dosa TS Musa Hassan. Lantaran itu kawalan keselamatan ke atas DS Anwar Ibrahim semakin diperketatkan. Beberapa lapis pegawai telah ditugaskan menjaga beliau. Beberapa sukarelawan turut menjadi pemantau dari jauh memerhati dan meninjau keganjilan persekitaran dalam kehadiran beliau. Beberapa masjid dan surau telah memulakan sembahyang hajat bagi menolak bala ciptaan manusia yang berhati syaitan ini. Semoga ada yang diangkat doanya demi kesejahteraan semua. -Peninlau Malam-

DSAI- Seorang Pejuang Tulen -1

Kali pertama saya mendengar berita Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Permatang Pauh, tanpa saya sedari bergelinangan air mata mengalir di pipi. Orang yang melihat memang tidak merasa ganjil dengan apa yang berlaku kerana ketika itu saya sedang terlantar di atas katil di Hospital Kulim. Itulah titisan air mata yang melambangkan kelegaan di hati tua ini. Terus ingatan saya berhijrah jauh kepada seorang sahabat karib yang kini masih mengendalikan Laman M@rhaen. Dialah teman setia saya yang menyiarkan tulisan saya di laman web. Kamilah golongan awal penulis reformasi. Memang tidak ramai yang gigih menulis di laman web ketika itu kerana antaranya yang telah dipujuk untuk berpaling tadah dan menulis untuk lidah Umno. Ada yang mendapat tawaran menerima biasiswa kerajaan untuk belajar di luar negara. Dengan penulisan ini saya salut hormat kepada Webmaster Laman M@rhaen yang masih gigih dengan tugas sukarelanya, walaupun terpaksa berkorban sebahagian gaji bulanan ke arah perjuangan itu. Kini semakin ramai penulis di laman web dan blog sendiri. MEREKA menulis dengan pelbagai cara dan gaya. Majoriti mereka menulis kerana mahu memberi maklumat lanjut kepada para pembaca yang sudah begitu lama ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan maklumat songsang penuh penipuan bahawa hanya BN yang mampu menegakkan kerajaan demokrasi yang stabil dan menjamin kesejahteraan rakyat jelata. Sesungguhnya kerja menyalurkan maklumat songsang kepada rakyat jelata bermula sejak tahun 1969 lagi. Ini merupakan kesinambungan kerja-kerja propaganda yang dilaksanakan oleh penjajah British semasa mereka mengawal ketuanan Raja-raja Melayu. Saya pernah menulis lebih sembilan tahun dahulu bagaimana British menggunakan kumpulan SB (Cawangan Khas polis) khas untuk mengawasi pergerakan orang Melayu di kampung dan orang Cina di perkampungan baru serta di kawasan peladangan. Antara talibarut British di zaman dahulu adalah Benggali penjual roti dan mamak rojak di kampung, penjual susu lembu dan guru-guru daripada India yang mengajar di bandar-bandar. Kebanyakan mereka itu adalah bekas tentera BIA ataupun British India Army. Proses asimilasi pun terjalin di mana pendatang itu mengahwini wanita Melayu dan mendapat tanah percuma daripada British sebagai pampasan kerja-kerja talibarut mereka. Begitulah hebatnya perjalanan hidup kelompok ini ketika itu sehinggakan anak yang lahir tidak sanggup mengaku yang dia adalah anak Melayu. Kerana lebih sedia bergelar Indian Muslim. Itu yang terjadi kepada seorang insan yang kini bergelar TKT Mahathir. Ayah beliau adalah seorang India yang masuk Islam dan mengahwini seorang wanita Melayu. Mahathir membesar di persekitaran Melayu tetapi masih mahu dirinya dikenali sebagai Indian Muslim kelahiran Malaysia. Tentunya kalau pendirian Mahathir itu diambil kira demikian, dia tidak layak menjadi anggota UMNO, tetapi setakat menjadi ahli KIMA. Jika andaian ini diterima pakai, Datuk Arif Shah yang menjadi calon BN menentang Anwar Ibrahim lagi tidak layak menjadi ahli UMNO kerana dia bukannya ada darah Melayu. Tetapi siapa yang peduli? Bagi pelajar di UiTM mereka dipesongkan dengan maklumat songsang oleh BN bahawa UiTM adalah institusi yang hanya patut dikhususkan untuk orang Melayu. Demikianlah perjalanan sejarah Malaysia selepas kekalahan teruk Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga beliau melepaskan jawatannya untuk diambil alih oleh Tun Abdul Razak Hussein. Akan tetapi kejatuhan Tunku Abdul Rahman bukanlah berlaku secara bersahaja yang boleh dikatakan pergolakan evolusi. Sesungguhnya ia satu revolusi kecil yang dijalankan oleh hanya segelintir manusia yang membodek Tun Abdul Razak. Tenaga pemikir kelompok ini adalah di bawah pimpinan seorang radikal Melayu yang bernama Dr. Mahathir. Saya pernah menulis secara imbasan peristiwa ini hasil perbincangan dengan Tan Sri Abdul Samad Ismail, bekas Ketua Pengarang kumpulan NST. Beliau sudah uzur sekarang ini dan tidak lagi dikunjungi oleh sesiapa. Sesiapa yang ada masa eloklah luangkan masa menziarahi beliau dan bersembang dengannya di rumah lama beliau di Seksyen 16 Petaling Jaya. Cara paling mudah menghubungi beliau ialah melalui isterinya, pemilik kedai bunga di Damansara Specialists Hospital. Pak Samad merupakan seorang pengasas parti PAP (People’s Action Party) Singapura dahulu, bersama dengan Menteri Mentor Lee Kuan Yew. Dia akan menceritakan pembabitan segelintir manusia Melayu yang diketuai Mahathir untuk “menguasai” Tun Abdul Razak. Ketika itu, turut berkhidmat ialah seorang anak Melayu Kelantan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang lulus MCE (bersamaan SPM) dengan Gred Tiga. Pembantu peribadi ini kemudiannya naik menjadi timbalan menteri dan membuka blognya di mana dia mewar-warkan dirinya sebagai bekas penasihat kepada Tun Razak sedangkan ketika dia berkhidmat dengan Tun usianya baru 23 tahun dan pembabitan Mahathir membodek Tun Abdul Razak telah disokong padu oleh satu kumpulan Melayu yang digelar “Tiga Abdul”. Sejarah telah menentukan Mahathir naik mencengkam kuasa melalui putar belit dan manipulasi orang lain. Ini semakin menyerlah bila dia mahu singkirkan Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam dan Tun Abdul Ghafar Baba. Mahathir sanggup lakukan apa sahaja untuk menentukan dia tetap terus mencengkam kuasa. Dia tidak peduli apakah tindakannya itu membawa kesan ke atas masa depan negara, khususnya orang Melayu. Dia sanggup berbohong, menipu dan membunuh hanya untuk terus berkuasa. Pernah satu ketika selepas Anwar disumbatnya ke dalam penjara, Mahathir telah merancang pergerakan Al-Maunah semata-mata mahukan Majlis Raja-raja memberi perkenan agar perkataan ISLAM tidak boleh digunakan oleh mana-mana parti politik. Mujur Majlis Raja-raja (MRR) tidak bersetuju.. Beberapa tahun sebelum itu dia disebut-sebut terlibat dengan pembunuhan Hamid Gul di Kelantan dan Ibrahim Libya di Baling (sila baca kisah ini dalam tulisan saya dalam siri RAW). Kemuncak kegilaan Mahathir menggunakan tipu helah dan kekerasan untuk menyingkirkan musuh politiknya berlaku pada 1987 apabila dia mengnyahkan DSAI daripada persada politik negara dan menghumbankannya ke penjara. Anwar telah dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan sekali gus sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya telah melihat proses menghina, mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai satu proses yang sungguh terancang dilakukan oleh TKT Mahathir dengan kerjasama banyak pihak. Terlalu ramai orang yang terlibat sebenarnya sehinggakan rakyat jelata tidak tahu dan tidak mungkin akan tahu siapakah mereka itu sebenarnya. Ada yang sudah pergi menemui Illahi, Akan tetapi untuk faedah sejarah eloklah kita catatan nama-nama besar mereka yang telah terlibat dan kalau pun nama tidak muncul di sini tidak bermakna orang ini tidak terlibat: Mokhtar Abdullah (Bekas Peguam Negara) Abdul Rahim Noor (Bekas Ketua Polis Negara) Dr. Qistina Majid - seorang doktor gigi berstatus janda; Megat Junid – seorang bekas menteri kabinet yang baru sahaja pulang ke Rahmatullah. Semasa hidupnya beliau adalah orang suruhan Mahathir nombor wahid. Beliau juga pernah dikaitkan dengan kisah pembunuhan Mustakizah. Hingga ke hari ini pembunuh kejam wanita itu masih tidak dapat dikesan polis. Aziz Samsuddin - seorang bekas menteri kabinet yang merupakan kekasih Dr Qistina satu ketika dahulu. Sejurus DSAI disumbat ke dalam penjara, Aziz mengalami kemalangan jalan raya pada hari lebaran Syawal yang mengorbankan isterinya. Rentetan kemalangan itu ada sekeping cek bernilai ribuan ringgit yang tercicir dan dikutip oleh dua orang anak Melayu (Mat Rempit mungkin). Cek yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat air suling itu telah ditunaikan oleh dua orang malaun tersebut. Sehingga hari ini tidak ada kisah perbicaraan mahkamah yang sengaja ditunda beberapa kali. Musa Hassan – Kini berjawatan Ketua Polis Negara. Beliaulah Ketua Siasatan Kes Sodomi Pertama terhadap DSAI. Siasatan Musa Hassan mendapati kejadian liwat berlaku di sebuah apartment (Tivoli Apartment) ketika apartment itu belum siap dibina lagi. (Terpaksalah mereka mengubahsuai tarikh kejadian beberapa kali sehingga satu tarikh apartment itu sudah siap). Bahan bukti yang paling besar dikemukakan oleh Musa Hassan ialah sebuah tilam besar yang bertompok air mani (tiga belas tompok kononnya) milik Anwar semasa beliau meliwat bekas pemandu isteri beliau yang bernama Azizan Abu Bakar; Abdul Ghani Patail yang kini menjadi Peguam Negara. Dalam Kes Liwat Pertama dia memainkan peranan Ketua Pasukan Pendakwaraya. Setakat ini si penyamun ini masih kelihatan bersih daripada badi kes liwat 1. Tetapi inilah penyamun yang mengemukakan cadangan hukuman mati ke atas Nallakaruppan, bekas kawan bermain tenis Anwar. Dia kelihatan masih gagah walaupun satu ketika dahulu ada desas-desus dia membunuh seorang peguam wanita yang menjadi kekasihnya yang ditemui mati lemas di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Abdul Khalid Jefri. Beliau adalah bekas wartawan sukan Kumpulan Utusan Melayu dan merupakan orang-orang yang mula-mula mencetuskan kemelut menjatuhkan DSAI. Ini bermula dengan buku “50 Dalil Kenapa DSAI tidak boleh menjadi Perdana Menteri”. Buku ini telah diselitkan dalam beg cenderahati untuk setiap perwakilan yang datang ke Persidangan UMNO. Bagaimana mungkin buku ini mudah terselit dalam beg 2,000 perwakilan? Abdul Khalid Jefri pulang ke Rahmatullah setelah mahkamah menjatuhkan hukum beliau perlu membayar gantirugi malu kepada DSAI.. Abdul Rahim Tamby Cik. Bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Ketua Pemuda UMNO. Orang suka panggil nama dia sebagai Rahim Tamby Tak Kecik. Dia terlibat dengan penerbitan buku “50 Dalil Kenapa DSAI tidak boleh jadi Perdana Menteri”. Walaupun dia menafikannya semasa Persidangan UMNO tetapi kerja politik dia terus terhumban ke jurang aib selepas itu. Lebih-lebih lagi selepas dia dikaitkan dengan meniduri seorang gadis sunti di Melaka sehingga menghasilkan seorang anak. Yang peliknya dia tidak mengaku, sebaliknya tujuh oarng Mat Rempit telah tampil di mahkamah mengaku mereka pernah meniduri Haryati, gadis yang melahirkan anak itu. Kes menjadi pelik kerana polis tidak pula mengambil contoh DNA Rahim untuk diperiksa, dan tidak juga mengambil DNA budak-budak Mat Rempit yang mengaku itu untuk menentukan siapa antara mereka yang menyuntik baka pada Haryati. Kes Haryati yang hamil di luar nikah telah menjadi isu sensasi di Melaka pada satu masa dahulu apabila nenek Haryati mengemukakan pelbagai dakwaan dan tuntutan. Malangnya tuntutan si nenek tidak didengar oleh UMNO walaupun mendapat sokongan daripada seorang wakil rakyat DAP bernama Lim Guan Eng. Hasilnya Lim Guan Eng telah dituduh memfitnah dan meringkuk dalam penjara dan apabila keluar tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya untuk satu tempoh selama empat tahun. Kini Lim guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Ummi Hafilda. Beliau merupakan primadona kes Liwat I. Dia adalah adik kepada YB Azmin Ali seorang Naib Presiden PKR dan kakak kepada Azwan Ali seorang selebriti TV yang perasaan dialah satu-satunya personaliti hiburan tanah air. Ummi gilakan Anwar dan kalau boleh sanggup ditiduri oleh Anwar, tetapi apakan daya walaupun dia mengaku secara bersumpah di mahkamah yang dia masih gadis dara sunti. Pada waktu yang sama Ummi membenci abangnya Azmin yang tidak mahu membantu dia rapat dengan Anwar kerana tujuan Ummi ialah mendapatkan kontrak lumayan untuk diagihkannya kepada subkontraktor Cina. Oleh kerana terlalu ‘frust’ dia buat surat terus kepada TKT Mahathir dengan dakwaan bahawa Anwar telah bersekedudukan dengan isteri Azmin sehingga kakak iparnya melahirkan anak. Tetapi, pemeriksaan DNA mengesahkan bahawa si anak memang anak Azmin Ali Perbuatan terkutuk Ummi Hafilda telah menaikkan amarah ayahnya sehinggakan Pak Ali bertindak tidak mengaku beliau anaknya beberapa bulan sebelum Pak Ali menghembuskan nafas terakhir. Pengakuan beliau sebagai seorang gadis sunti telah dilondehkan di mahkamah oleh seorang bumiputra Sarawak bernama Baginda yang mengaku telah meniduri Ummi di London selama dua minggu. Khabarnya Ummi sanggup beri pampasan kepada Baginda untuk menceraikan isterinya dan berkahwin dengan Ummi. ..bersambung … Dr. Munawar Anees, Tengku Adna, Sabarudin Chik dll… - marhaintua - 23.08.2008

DSAI- Seorang Pejuang Tulen -3

Sejarah membuktikan bahawa DSAI adalah anak emas Mahathir satu ketika dahulu, Beliau diperkenalkan kepada Mahathir oleh Tengku Razaleigh Hamzah setelah Anwar diperkenalkan kepadanya oleh Sanusi Junid. Itu jalan ceritanya. Tetapi nama Anwar naik melonjak dalam peristiwa Kelaparan di Baling, dan peristiwa itu telah digunakan oleh Mahathir dalam surat layangnya untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman Putra. Anwar telah meniti heirarki UMNO dan memainkan peranan besar menonjolkan nama Mahathir di arena antarabangsa melalui pengaruhnya dengan pemimpin negara-negara Islam. Harus diingat bahawa itulah salah satu strategi Mahathir mendekati Anwar kerana kemampuan beliau meyakini pemimpin dunia Arab memberikan biaya kepada perjuangannya dalam ABIM. Sekali gus Mahathir menjadi terkenal dengan dunia Selatan-Selatan dan melonjak naik sebagai suara perjuangan negara yang sedang membangun. Keghairahan Mahathir mendekati pemimpin negara Islam telah membuka ruang kepada beberapa ilmuwan UMNO yang berpendidikan Arab dan Islam. Muncullah, Dr. Yusuf Nor, Hamid Othman, Zainal Abidin, dan ramai lagi. Oleh kerana ruang untuk mereka rapat akrab dengan Mahathir amat sempit dan terhad, maka para ulama UMNO ini telah berlumba-lumba menjuarai diri antara satu sama lain dan ini mereka lakukan melalui pelbagai cadangan dan isu yang membuatkan Mahathir merasakan dia perlu bertindak untuk terus popular. Maka muncul isu pengharaman Al Arqam sedangkan itulah rangkaian yang banyak berjasa dalam pembukaan industri kecil dan sederhana Melayu. Mahathir akur kepada cadangan untuk mengharamkan Al Arqam setelah melihat dan diberitahu bahawa Al Arqam adalah penyokong kuat PAS. Kononnya, kalau Al Arqam dibiarkan terus hidup, masa depan UMNO akan tergugat. Pengharaman Al Arqam ternyata satu tindakan yang besar silapnya, kerana kalau berdasarkan akidah yang songsang, masih terdapat lebih 70 buah tarikat Islamiyah yang dikatakan menyimpang daripada ajaran Sunnah wal Jamaah. Malahan pada hari ini kita boleh persoalkan apakah sebenarnya ajaran Islam Hadhari? Bayangkan berapa ratus juta telah dibazirkan untuk mempromosikan Islam Hadhari sedangkan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk memperbaiki cara hidup umat Islam di negara ini. Pergeseran Anwar-Mahathir bergelegak sebaik sahaja Anwar bertanyakan kedudukan wang orang Melayu dalam simpanan UMNO. Adalah dianggarkan pada tahun 1997, terdapat sekurang-kurangnya RM27 Bilion wang simpanan dalam Khazanah Perbendaharaan UMNO. Semasa TKT Mahathir menjadi Presiden UMNO orang yang mengendalikan wang simpanan dalam UMNO ialah Tun Daim Zainuddin. Hasil pengalaman mereka semasa pembubaran UMNO asal dahulu, Daim telah ‘melarikan’ wang Melayu dalam UMNO ke luar negara untuk dilaburkan kononnya. Hasilnya dia telah membeli beberapa buah bank di Afrika dan memproksikan pengurusan bank itu kepada abang kepada Arif Shah (calon yang bertanding di Permatang Pauh). Banyak lagi pelaburan yang dibuatnya dan diproksikan kepada beberapa korporat Melayu anak didiknya seperti Dato’ Shamsuddin Hassan di Afrika Selatan, Tajuddin Ramli, dan ramai lagi sekadar menyebut namanya sahaja. Ada juga pelaburan yang dibuatnya dengan mewakili beberapa orang wanita kesayangannya. Satu ketika dahulu, keakraban Mahathir bersama Daim adalah laksana kuku dengan isinya. Tidak ada yang silap pada Daim walaupun apa yang dibuatnya ialah membalun wang orang Melayu dan menggunakan nama-nama proksi yang dia sahaja mengetahuinya. Adalah mustahil Mahathir tidak tahu menahu jenis pelaburan yang dibuat itu. Malahan besar kemungkinan Mahathir sengaja buat bodoh kerana dia tahu habuan komisen untuknya yang dijanjikan oleh Daim. Oleh kerana Anwar prihatin dengan harta pusaka orang Melayu tentulah dia mahu tahu apa jadi dengan wang besar yang ada pada UMNO. Untuk mengelak Anwar mendedahkan perkara sebenar kepada persidangan UMNO, dia mesti dihalang dengan apa cara juga. 1997 merupakan tahun celaka kepada Anwar. Kegawatan ekonomi meruncing dan George Soros telah menyerang mata wang setiap negara Asia. Ironisnya kerja-kerja menyerang mata wang ringgit oleh George Soros adalah dengan kerjasama Daim juga. Oleh kerana ekonomi Malaysia ketika itu banyak bergantung pada pelaburan asing, berlaku sahaja kegawatan, orang asing pun mengambil balik wang pelaburan mereka. Tinggallah Malaysia terkapai-kapai mencari arah. Keadaan menjadi parah apabila Bank Dunia mahukan Malaysia mengikut rentak ajarannya. Sekali lagi Anwar dan Mahathir berbalah tentang cara menyelamatkan kewangan negara. Negara Asia lain yang turut berhadapan kegawatan ekonomi, telah menerima pakej penyelamatan Bank Dunia. Cuma Malaysia yang degil dengan alasan Mahathir bahawa cadangan pakej itu akan menjahanamkan Malaysia. Yang sebenarnya Mahathir tidak mahu dengar saranan Bank Dunia agar segala bisnes yang dikendalikan oleh anak-anaknya dikecutkan untuk mengurangkan risiko perbankannya, Pada waktu yang sama hampir semua syarikat perniagaan anak-anak Mahathir sedang tercungap-cungap. Maklumlah, perniagaan yang bukan berasaskan pengetahuan mendalam terhadap sesuatu bidang, tetapi lebih kepada hubungan dan kaitan rapat si pemilik dengan Perdana Menteri. Salah seorang anak lelaki Mahathir telah meminta bantuan Anwar agar diselamatkan syarikatnya dengan memberikan wang Petronas sebanyak dua billion ringgit. Anwar menolak permintaan itu. Bermulalah dendam kesumat Mahathir terhadap Anwar. Cara Mahathir mahu gunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak-anak dan kroni amat difahami oleh Pengerusi Petronas ketika itu. Beliau adalah Almarhum Tan Sri Azizan yang telah menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama selepas Anwar dipenjarakan. Pada satu hari Almarhum telah mendapatkan DSWA dan menyatakan betapa kesalnya beliau dengan kisah penghinaan yang dialami oleh Anwar Ibrahim. Dia telah meminta DSWA bersabar banyak-banyak. Tidak berapa lama kemudian Tan Sri Azizan menghembuskan nafas terakhirnya. Dendam kesumat Mahathir tidak ada batasnya. Beliau telah merancang satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Beliau telah gunakan semua institusi kerajaan untuk kerja-kerja busuk itu. Dia gunakan media dan akhbar, TV dan radio. Apa sahaja yang boleh direncana untuk mengaibkan Anwar telah digunakannya, Kes Anwar telah dibela oleh satu panel peguam bukan-Melayu. Kalau ada segelintir peguam Melayu seperti YB Zulkifli Kulim Bandar-Baru, mereka hanya setakat membawa fail dan pencatat peristiwa sahaja. Peguambela telah bekerja keras di mahkamah mematahkan hujah pihak pendakwaraya dan hanya berjaya ke satu tahap sahaja kerana Mahkamah Malaysia sudah dikuasai oleh fenomena ‘correct, correct, correct’ dan ‘Tidak relevan’ Anwar Ibrahim terpenjara juga walaupun Mahathir sendiri telah mengaku segala tuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi kerana dia mempunyai kuasa. Mudah sungguh cakap Mahathir . Dia seolah-olah mempersenda kerja-kerja tuduhan liwat dan sodomi serta pelbagai lagi kerja kotor itu sebagai satu lakonan. TKT Mahathir tidak terfikir bahawa apa yang dilakukannya ke atas Anwar adalah satu penghinaan besar kepada orang Melayu dan Malaysia. Perbuatan Mahathir tidak boleh dimaafkan secara total. InsyaAllah dia akan terus bernyawa. Dia kena merasa balasannya. Orang barat sendiri hairan bagaimana mungkin kes Anwar boleh laku di muka pengadilan. Mereka juga hairan kenapa orang Melayu secara keseluruhannya sanggup membisu bila melihat Anwar dianiayai sebegitu dahsyat oleh Mahathir. Saya yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Yang jelas Allah telah memilih Anwar sebagai insan pilihan untuk menjalani ujiannya. Ini termasuk nasib beliau dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Khabarnya Paklah telah memberi arahan bahawa Anwar tidak boleh diberikan kemenangan walau apa cara sekali pun. Dia mengugut pihak polis dengan berkata kalau Anwar naik menjadi Perdana Menteri, KPN dan AG beserta pegawai tinggi polis termasuk KP Penang akan dipenjarakannya. Kenapakah Paklah semakin gelabah? Apakah akan terdedah nanti tipu muslihat penjualan saham Augusta dengan harga 1 Euro oleh kroni beliau yang kemudiannya menjual kepada Syarikat Harley Davidson dengan harga 600 juta ? Ataupun Paklah semakin tertekan dengan kisah ‘Oil For Food Program’ yang dibalunnya sendiri sedangkan projek itu sepatutnya diserahkan kepada Dewan Perniagaan di negara ini? - marhaintua - 24.08.2008

DSAI- Seorang Pejuang Tulen-2

Dr. Munawar Anees. Beliau adalah penulis ucapan Anwar satu ketika dahulu. Beliau adalah warga Pakistan dan menetap di Amerika. Isterinya seorang warga Algeria yang mendapat kerakyatan Peranchis. Anees telah ditangkap dan dituduh oleh polis membiarkan dirinya diliwat oleh DSAI. Dr. Anees berusia 51 tahun ketika itu. Untuk megadakan bukti, dubur Anees telah dijolok dan digerudi dengan belantan polis sebagai bukti dia telah diliwat. Hasilnya dia mengalami trauma dan hampir maut di hospital. Tekanan dunia luar membolehkan Anees dibebaskan untuk mendapat rawatan di Amerika. Apabila beliau dibebaskan Dr. Anees telah menjelajah bandaraya besar merata dunia dan menulis di makalah tersohor dunia mengenai kes liwat yang telah dituduh ke atasnya. Pertubuhan Islam sedunia di merata tempat telah menyiarkan tulisan Anees yang mengatakan betapa TKT Mahathir telah menggunakan seluruh institusi kerajaan untuk mengaib, menyiksa dan memenjarakan Anwar Ibrahim. Kesan usaha Anees yang gigih itu menjadikan dunia sedar betapa azabnya yang telah ditimpa ke atas DSAI. Yang lebih penting lagi, dunia terkejut beruk mengetahui di sebalik retorik dan cakap celupar terhadap barat, dia sebenarnya adalah seorang diktator di negara sendiri. Hingga ke hari ini Anwar menerima pelbagai tawaran daripada ketua negara luar, sedangkan Mahathir dicemuh dan dibiarkan hidup merempat di negara sendiri laksana seekor anjing kurap sahaja. Kini Mahathir menanti penuh debar hasil Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh. Dia tidak mahu DSAI menang kerana dia tahu kalau DSAI menang, kemungkinan besar kerajaan pusat akan bertukar tangan, dan masa depan TKT Mahathir akan tergugat. Saya fikir perkara pertama yang harus dilakukan DSAI apabila memegang kuasa kerajaan pusat ialah menutup Yayasan Perdana yang kini menjadi sarang propaganda Mahathir di mana semua pegawainya adalah bekas pembodek beliau dalam kerajaan dahulu dan kini menerima gaji lumayan yang berlipat kali ganda. Saya sudah lama mencadangkan ditutup sahaja Yayasan Perdana itu. Kalau Mahathir mahu menulis biarlah dia menulis di rumah kediamannya dan kalau dia mahukan pembantu bolehlah diberikan sedikit gratuiti kepada mereka. tengku Adnan Mansur. Dia ini kini masih menjadi Anggota Parlimen. Satu ketika dahulu dia adalah Setiausaha Kerja UMNO semasa kerja-kerja menyelitkan buku dalil itu dilaksanakan. Pangkat diraja yang digunakannya itu adalah melalui proses mahkamah setelah dia meyakinkan mahkamah bahawa dia dan ayahnya adalah berketurunan Sultan Melaka. Mujur juga TKT Mahathir sudah hilang kuasa. Mana tahu kalau masih berkuasa dia tabalkan Adnan menjadi Sultan Melaka? Kalau Mahathir masih berkuasa mungkin juga seorang anak mamak yang ada Shah pada namanya dan menjadi seorang Naib Canselor sebuah universiti membuat pengakuan mahkamah yang dia juga berketurunan raja Melaka. Tetapi kalau dilihat pada peranannya memesongkan pelajar Melayu di universiti beliau itu, saya fikir dia ini adalah berketurunan Bendahara Mandaliar Melaka. Sabaruddin Chik. Dia menjadi Setiausaha Agung UMNO yang paling lemah kuasanya. Kerana itu Adnan Mansor boleh menunjukkan kukunya. Kini Sabaruddin Chik disebut-sebut selalu berehat di sebelah mesin dialisis di rumahnya. Azizan Abu Bakar. Bekas pemandu DSW Azizah, isteri kepada DSAI. Beliau kononnya telah diliwat oleh DSAI di Tivoli Villa semasa apartment itu belum siap lagi. Yang anehnya doktor yang memeriksa dubur Azizan tidak dapat sebarang kesan dubur itu telah dijolok oleh benda keras. Malahan Azizan sendiri sebanyak tiga kali mengaku dia tidak pernah diliwat oleh DSAI. Hasil kes ini Azizan diberikan jawatan pengarah syarikat dengan kereta mewah sekali. Yang bagusnya dengan Azizan, dia sanggup diheret ke mahkamah dan setiap hari melihat polis mengusung satu tilam tebal yang kononnya digunakan oleh DSAI semasa meliwatnya. Tup-tup dia telah disoal oleh Ketua Peguambela Almarhum Rizal Fernando apakah dia pernah diliwat oleh DSAI? Dia jawab tidak pernah. Soalan itu dikemukakan sebanyak tiga kali dan sebanyak itu juga dia menjawab tidak pernah. Sepatutnya jawapan Azizan itu sudah cukup bukti untuk mahkamah menutup bicara dan mengisytiharkan kes itu sebagai “No Case”. Selain jawapan Azizan yang menafikan dirinya diliwat, terlalu banyak lagi bahan-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dapat disanggah dan diperlekeh oleh pihak peguambela. Augustine Paul. Hakim yang mendengar bicara itu tidak mahu menolak pendakwaan tersebut. Malahan dia tetap dengan kata-kata “Not relevan” setiap kali pihak peguambela mengemukakan hujah. Di manakah Augustine Paul sekarang? Dia yang dikenali sebagai Hakim Hacks khabarnya telah menerima arahan untuk mengadili kes DSAI dan menjatuhkan hukuman sebagai balasan ucap terima kasih kepada kerajaan (polis) yang membebaskan anaknya daripada hukuman tali gantung kerana terlibat dengan pengedaran dadah. Anak itu dibenarkan ke luar negara dan menetap di sana. Kerana itu setiap kali tercetus masalah dalam mahkamah, Hakim Hacks menangguhkan perbicaraan untuk membuat rujukan kepada Perancang Agung Konspirasi itu yang bernama Dr. Mahathir. (Itu sebab saya berikan gelaran TKT pada beliau semasa dia memaksa kerajaan penganugerahan gelaran Tun pada diri dan isterinya. Dia tahu kalau dia sudah tidak berkuasa gelaran itu mungkin terlepas daripada genggamannya) Rafidah Aziz. Dia ini adalah Ketua Wanita UMNO. Dia mungkin tidak terlibat secara langsung dengan usaha menjatuhkan DSAI. Tetapi sebagai Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa satu ketika dahulu, Rafidah banyak menghabiskan masa di luar negara daripada di negara sendiri. Sebagai Ketua Wanita UMNO dia mempunyai pilihan menenangkan pengikutnya agar tidak membuat andaian apabila DSAI ditangkap, dibalun di Bukit Aman sedangkan tangannya digari di bahagian belakang. Dia tahu berita bagaimana Anwar telah ditangkap oleh sepasukan polis gerak khas dan dibawa lari ke Bukit Aman. Di sana Anwar telah dilanyak hingga lumat oleh Rahim Noor sehingga lebam matanya dan dibiarkan berbogel di atas bangku simen sehingga keesokan paginya. Keadaan DSAI adalah laksana nyawa-nyawa ikan sahaja apabila seorang doktor berbangsa India (Dr. Vasantha) diarahkan melihat keadaan beliau. Perbuatan ke atas DSAI ternyata dibuat oleh manusia berhati binatang, kata doktor itu dan dia tetap dengan pendirian itu di mahkamah walaupun ada beberapa pujukan agar dia memberi kenyataan yang menyenangkan pihak kerajaan. Sebagai Ketua Wanita UMNO dan Menteri kabinet yang sentiasa berlegar di luar negara Rafidah punya peluang memberitahu dunia biarlah jangan dikomen kisah DSAI dengan mata lebamnya. Tetapi apakah jawapan beliau apabila ditanya soalan yang sama dahulu? Dia jawab DSAI mungkin melakukan lebam itu secara sengaja dan berkemungkinan membengkamnya dengan gelas. Dia cuba menjadi bijak setakuk lagi daripada ketuanya Mahathir yang berkata mata lebam DSAI “adalah bikinan sendiri dengan menghantuk kepalanya di dinding. Kalau kita dengar kenyataan Dr. Vasantha di mahkamah memang jelas bahawa tujuan sebenar melanyak DSAI sebegitu kejam adalah semacam satu tindakan melepaskan geram kerana DSAI tidak mati terbunuh semasa beliau diserang di rumah kediamannya di Setiabudi oleh sepasukan gerak khas dan penembak tepat. Mengikut siasatan peribadi selama ini saya dapat kumpulkan fakta bahawa pada malam DSAI ditangkap kerana tuduhan liwat itu, beliau sepatutnya menemui ajal. Ada anggota tertentu pasukan gerak khas itu yang diberi arahan apabila berlaku kekecohan dan huru-hara dan lampu dipadam dia mesti melepaskan tembakan ke arah DSAI agar beliau terbunuh. (Kerana itu setiap anggota gerak gempur itu telah dilengkapi dengan ‘night vision goggles’). Mujur Anwar sudah bersedia menerima kedatangan mereka walaupun mereka masuk melalui pintu secara paksa. Keadaan tenang dan membolehkan Anwar naik menukar baju untuk di bawa keluar oleh dua orang inspektor polis bernama X Bin Mohd Nasir dan Inspektor Shukri. Inspektor X bin Mohd Nasir berasal daripada Melaka dan ayahnya Pesara Polis Singapura; Staf Sarjan Mohd Nasir Kuwantung. Dia pernah dibuang daerah (ke Port Dickson) oleh Lee Kuan Yew kerana difitnah mengumpul senjata di Masjid Sultan Singapura untuk menggulingkan kerajaan Lee Kuan Yew. Kini Inspektor X Mohd Nasir bertugas sebagai pengawal khas kepada YDPAgong. Anwar kenal pegawai ini dan dia pernah menjadi pengawal peribadi beliau. Kalaulah tidak waras akalnya, Anwar sudah lama menjadi arwah. Malahan kalau kita ingatkan balik kisah mata lebam itu, pada tahap awalannya Rahim Noor berkata Anwar berada dalam keadaan selamat. Hanya apabila Anwar dikemukakan di mahkamah barulah kita tahu bahawa dia telah dibaham oleh Rahim Noor. Itupun setelah ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Khas Siasatan DiRaja bagi menyiasat kejadian. Barulah kita tahu kalau tidak kerana SAC Ramly Yusof, Rahim Noor sudah melanyak Anwar sehingga mati. Kini SAC Ramly berada dalam tahanan gara-gara tuduhan rasuah, sedangkan beliau satu ketika dahulu adalah Ketua kepada Musa Hassan dan sepatutnya menjadi pegawai yang menggantikan tempat Rahim Noor. Demikianlah busuknya kerja-kerja TKT Mahathir yang semakin terdedah ke hari ini. Kisah mata lebam Anwar yang disusuli dengan dakwaan dia melakukan kerja meliwat ke atas beberapa orang yang rapat dengannya, adalah kemuncak kepada pelbagai usaha musuh Anwar mahu membunuhnya. Mengikut catatan, terdapat lebih enam kali usaha membunuh beliau. Ini melibatkan (antara lainnya) sebuah helikopter tentera yang meletup di udara dalam perjalanan mengambil beliau. Sebuah lagi helikopter milik Pengerusi HICOM, telah meletup di udara pada malam hari ketika Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri beliau terbang pulang ke Terengganu untuk menziarahi ibunya yang baru meninggal. Pesawat itu sepatutnya akan digunakan oleh beliau bersama Anwar pada keesokan harinya. Jelas, bom jangka sudah terpasang siap menunggukan pesawat itu terbang dan meledak di angkasa. Sayangnya ia mengorbankan orang lain. Yang peliknya dalam episod ini Dr. Siti Hasmah yang menjadi isteri Perdana Menteri ketika itu tidak pernah mahu diri dan suaminya diterbangkan dengan helikopter walaupun kerajaan menyediakan sebuah helikopter khas untuk kegunaan mereka. Bekas Ketua Polis Negara A Rahim Noor. Dia merupakan orang kuat Mahathir satu ketika dahulu. Dia amat setia kepada Mahathir sehinggakan ada kalanya lagaknya itu adalah lebih hebat daripada tuannya. Dialah yang melumpuhkan Pertubuhan Al-Arqam, sebuah pertubuhan Islam yang dikatakan terpesong sedikit akidahnya. Tetapi apakah bezanya kepesongan akidah Al-Arqam dengan Islam Hadhari? Semasa disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja terhadap perbuatan aibnya terhadap Anwar, Rahim berkata bahawa dia memukul Anwar sebab Anwar memanggilnya anjing. Anwar menafikan dia pernah berkata demikian. Malahan SAC Ramli pernah berkata kepada kawan-kawannya bahawa Anwar tidak berkata apa-apa. Saya pernah mengenali Rahim Noor secara peribadi satu ketika dahulu dan kalau ditanya anggota polis bawahan mereka memang menyayangi Rahim Noor. Dia prihatin dengan penderitaan anggota polis bawahannya. Tetapi dia banyak berdosa dengan orang Melayu dan Islam. Perbuatannya mengharamkan Al-Arqam bukan sahaja menumpulkan pengaruh Abuya Azahari tetapi sekali gus melumpuhkan seluruh rangkaian pasaran dan eceren Melayu dan Islam. Rahim Noor menjadi mangsa mainan segelintir ulama di sekeliling Mahathir kerana ulama ini berlumba-lumba antara satu dengan lain menonjolkan bahawa merekalah jaguh Islam. Kini Rahim Nor sudah berubah. Dia lumpuh di sebelah tangannya. Itulah tangan yang membaham Anwar Ibrahim. Dia kerap memberitahu pegawai polis yang muda-muda apa yang ditanggungnya adalah kerana mencampur-adukkan tugasnya dengan politik. Sehebat Rahim Nor dia tidak mampu menumpaskan pujuk rayu dan ugutan TKT Mahathir. TKT Mahathir. Inilah bapak segala Konspirator di Malaysia di zaman dia mencengkam kuasa. Sesiapa pun tidak berani melanggar cakap dia. Mereka yang berani berbuat demikian telah menghadapi kesukaran dalam hidup. Contohnya, Tun Salleh Abas yang telah dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara. Tetapi, Salleh Abas akhirnya menjadi Exco Kerajaan PAS Terengganu. Baru-baru ini kerajaan Paklah telah meminta maaf dan membayar balik segala pampasan yang patut diterimanya. TKT Mahathir melihat segala proses pemulihan itu dengan terkulat-kulat sahaja. Orang putih kata TKT Mahathir “is a pathological liar”. Maknanya dia adalah seorang pembohong besar semulajadi. Membohong adalah satu perbuatan yang amat mudah dilakukannya. Itulah yang dilakukannya satu ketika dahulu dengan surat layang yang disebarkan merata negara untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. Almarhum Tunku pernah memberitahu saya dalam pertemuan peribadi di Alor Star pada tahun 1970 bahawa negara ini akan jahanam “kalau Mahathir dapat menjadi Perdana Menteri.” Ternyata ramalan Tunku itu tidak lari daripada tajuknya. Sepanjang beliau mencengkam kuasa, TKT Mahathir telah memperibadikan semua institusi kerajaan. Malahan dia cuba memanipulasi Majlis Raja-raja dengan meminta izin majlis itu mengharamkan perkataan ISLAM dalam pertubuhan parti politik. Mujur Majlis Raja-raja enggan akur dengan kehendaknya. TKT Mahathir naik mencengkam kuasa gara-gara sistem politik di negara ini. Sebagai seorang Presiden parti UMNO dia naik secara automatis menjadi Perdana Menteri. Untuk menjadi seorang Presiden UMNO dia menunggu pilihan majoriti antara 2,000 ahli perwakilan yang datang berkumpul di PWTC. Dia menang tanpa bertanding kerana sistem tipu muslihat yang direncana semasa pencalonan di pihak bahagian lagi. Untuk menjamin cengkaman kuasanya tetap di tangan dia telah memanipulasi sistem kehakiman dan pengadilan. Yang anehnya putar-belit kehakiman adalah mengikut acuan seorang peguam bernama Dato’ VK Lingam. Ini adalah seorang penyamun besar yang merupakan peguam kepada Tan Sri Vincent Tan. Dialah yang mengatur percutian ke luar negara Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin. Saya pernah menulis agar kerajaan menggugurkan gelaran itu daripadanya kerana dia telah menipu dengan berkata di tahap awalan yang dia terjumpa Lingam secara terserempak di tempat menaiki pesawat ke New Zealand. Siasatan yang dibuat oleh pasukan risikan bebas bagi pihak Mendiang M.G.G. Pillai mendedahkan bahawa tiket yang dibelinya adalah sama siri dengan tiket yang dibeli oleh Lingam. Kira-kira enam bulan yang lalu, nama Lingam kecoh lagi apabila pita rakaman video dia sedang berbual di telefon dengan seorang Ketua Hakim Negara mengenai nama-nama hakim yang perlu dinaikkan pangkat di Malaysia didedahkan kepada umum. Dalam perbualan telefon yang dirakamkan itu, Lingam telah menyebut dengan jelas pembabitan tengku Adnan Mansur yang boleh mengatur temujanji antara Ketua Hakim Negara dengan Perdana Menteri. Pada mulanya Lingam tidak mengaku yang dia sedang bercakap dengan Ketua Hakim Negara ketika dirakam perbualan itu. Apabila dilakukan siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja, barulah sah identiti sebenarnya. Memang benar dia sedang berbual dengan Ketua Hakim Negara untuk mencadangkan siapa yang patut dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Namun Lingam berkata: “Orang dalam video itu memang seiras wajah saya tetapi bukan saya,” Walaupun suara orang yang menyebut ‘correct, correct, correct’ jelas menyerupai suaranya, Lingam masih mengelak dengan mengatakan "Suara macam saya...". Jelas Lingam pandai bermuslihat kerana dia sudah lama belajar daripada sifunya TKT Mahathir. Oleh kerana kerakusan, TKT Mahathir telah berbuat apa yang dia suka dengan wang perolehan Petronas. Petronas yang sepatutnya bernaung di bawah Parlimen telah dimilik-peribadikannya dan segala pembaziran telah dibuat untuk membina Menara Berkembar Petronas. Dia juga telah membina litar lumba Sepang dengan belanja lebih lima ratus juta Ringgit. Saya pernah menentang pembaziran ini kerana tanah tapak Menara Berkembar itu dahulunya adalah milik kerajaan yang dijual kepada rakan karibnya Ananda Krishnan. Beberapa bulan kemudian Ananda Krishnan telah menjualkan semula tapak itu kepada kerajaan Malaysia dengan harga berlipat kali ganda, sekali gus mendapat faedah yang amat besar. Orang yang rapat dengan Mahathir pernah memberitahu saya, tidak ada satu projek mega di Malaysia ini dapat dibina tanpa Mahathir menerima habuannya. Berapakah habuannya? Dua persen? Lima persen ataupun Sepuluh persen? Kawan saya berkata Mahathir tidak main dengan sepuluh persen. Khabarnya Mahathir ambil komisen dan peratusan saham dalam syarikat yang diberikan kontrak projek mega. Kalau kita ambil kira masa yang begitu lama Mahathir menjadi Perdana Menteri tentu dia mampu mengumpulkan harta menjadi Melayu yang terkaya di dunia! Kawan saya kata tidak begitu. Mahathir adalah Melayu yang kedua terkaya di dunia. Yang paling kaya ialah Tun Daim Zainuddin kerana dia telah gunakan duit UMNO dan melaburkannya di luar negara. Mahathir dan Daim renggang persahabatan apabila Daim enggan membawa pulang duit UMNO di seberang laut. Ini bermakna kalau Daim mati esok ataupun lusa semua duit orang Melayu yang disimpan oleh UMNO akan lenyap begitu sahaja. . ..bersambung … Punca Retaknya Hubungan Mahathir dengan Anwar - marhaintua - 24.08.2008

Sunday, August 24, 2008

Hikayat Pemusnah Negara...

Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 1 (The Khairy Chronicles) Laporan Khas Malaysia Today - Laman M@RHAEN Wartawan politik Yahaya Ismail pernah menulis sebuah buku yang terbaru berjudul 'Khairy Jamaluddin – Bakal PM?' Buku itu mengandungi pelbagai fakta dan ramalan akan masa depan Khairy, tetapi judulnya ternyata satu kesilapan juga. Khairy Jamaludin bukannya seorang bakal Perdana Menteri. Sebenarnya dia sudah menjadi seorang Perdana Menteri bersifat de facto (sebenar). Secara hakikatnya Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, apabila naik memegang mercu kepimpinan negara pada November 2003. Namun, sebelum memulakan tugas baru itu, Abdullah Badawi bukannya bersendirian – kerana segala bentuk pemikiran, tindakan dan baik budinya banyak dipengaruhi, kalau bukan pun diarah oleh anak menantunya yang baru berusia 28 tahun yang bernama Khairy Jamaluddin, dan beberapa orang kawan-kawannya. Ada sesetengah pihak yang menyebut akronim Tiga ‘K’ sebagai kuasa di sebalik Paklah – Khairy, Kalimullah (Ketua Pengarang kumpulan The New Straits Times) dan Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak, isteri Perdana Menteri). Memang tidak syak lagi K yang pertama sekali itulah yang paling berpengaruh, kerana beliau yang melantik K yang kedua di jawatannya itu dan mengahwini pula anak perempuan ‘K’ yang ketiga. Perkahwinannya itu berlangsung ketika K ketiga sedang bertarung menghadapi serangan barah payudara. Inilah penyakit yang mengorbankan kakak kembar beliau. Ramai yang berkata bahawa keadaan sedemikian bukannya perkara luar biasa. Satu ketika dahulu Presiden Nixon memiliki pembantunya bernama Kissinger dan Maharaja (Tsar) Russia memiliki Rasputin. Terdapat beberapa persamaan antara tokoh-tokoh ini dengan Khairy. Yang pertama, nampak sangat semuanya berlagak laksana dalang mainan patung, main tarik-tali akan benang-benang yang mengikat watak-watak kayu patung mereka yang merupakan pemimpin negara. Mereka semuanya muncul daripada latar belakang yang tidak menentu dan menjelma secara mendadak dan naik mencanak. Malahan mereka semuanya mempunyai kelemahan tidak sedar diri kerana taksub dengan kebanggaan yang mereka terlalu perkasa, tahu akan segala-galanya dan seolah-olah bersifat halimunan, kononnya. Akhirnya mereka semua menjadi mangsa kepada kerakusan kuasa. Apakah perkara semacam ini akan berlaku kepada Khairy juga? Memang semakin jelas wujudnya rasa tidak puas hati. Orang yang mungkin paling tidak seronok dengan Khairy ialah mantan Perdana Menteri Tun Kepala Taik Mahathir Mohamad. Walaupun pada mulanya Mahathir memang ghairah menerima kehadiran Khairy dan kawan-kawannya, sehingga sanggup melantik kawan baik Khairy daripada Oxford, Dr. Vincent Lim Kian Teck sebagai Setiausaha Politik Cina yang kedua, lambat laun Mahathir mendapati bahawa kewujudan Khairy sudah semakin membayangi Abdullah Ahmad Badawi. Nasi sudah menjadi bubur ketika Mahathir sedar akan fenomena itu. Mahathir sudah pun mengumumkan persaraannya dan Abdullah sudah dianggap pewaris yang menggantikan tempatnya. Apa juga bahana yang telah dilakukan oleh Mahathir, dia sedar bahawa dia tidak lagi mampu merobah pemikirannya terhadap si pewaris yang menggantikan tempatnya itu selepas kehampaan beliau dalam menyingkirkan Anwar Ibrahim. Khairy terus dikekalkan di jabatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun Mahathir sudah tidak berapa selesa dengan kehadirannya. Pernah berlaku satu peristiwa dalam majlis anjuran Pemuda UMNO bila mana Mahathir menjadi merah-muka semasa Khairy Jamaluddin bertanya apakah beliau serius mahu meletakkan jawatannya. Mahathir menganggap tindakan dan cadangan Khairy sebagai tidak kena pada tempatnya semasa beliau meminta Mahathir menghantar Abdullah keluar negara untuk berjumpa Presiden Amerika Syarikat. Mahathir menganggap idea itu sebagai kurang matang dan tidak perlu. Mahathir juga naik angin apabila Mathias Chang (Setiausaha Politik bahagian Cina - penterjemah) melaporkan perihal kata-kata Khairy di depan pelajar Malaysia yang berkumpul secara tidak formal di London. Mathias mengadu betapa Khairy ada menyebut bahawa Mahathir dan Daim sepatutnya disumbat dalam penjara sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa. Akan tetapi, TKT Mahathir adalah serupa dengan semua musuh Khairy. Beliau telah tersilap tafsir ‘budak mentah' itu. TKT Mahathir beranggapan bahawa sebagai pemimpin unggulan negara selama 22 tahun, dan merupakan orang yang paling perkasa di negara itu, dia mudah menolak ke tepi Khairy bila-bila masa dia suka walaupun ketika dia tidak berkuasa lagi. Mahathir sudah menjadi terlalu yakin bahawa kuasa kuku besi yang mencengkam UMNO selama ini dapat digunakan sekali lagi dari sebalik tabir untuk melentukkan Khairy mengikut kehendak nafsu-nafsinya. Tetapi, tidak semudah itu, rupanya. Anak lelaki beliau sendiri, Mukhriz telah menanggung malu apabila beliau cuba mencabar Khairy bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Di sebalik sokongan wang Mahathir yang banyak, serta beberapa majlis kumpulan yang melibatkan ANSARA (persatuan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang diketuai dan dibiayai oleh Mukhriz). Mukhriz dapati betapa anak menantu Perdana Menteri yang baru ternyata lebih berpengaruh berbanding anak seorang bekas Perdana Menteri. Mukhriz telah diaibkan di kawasan Parlimen bapanya sendiri apabila tewas jawatan Ketua Pemuda UMNO dan dapat hanya segelintir sokongan dalam usaha merangkul jawatan di peringkat pusat. Pada November 2003, ketika Mahathir turun takhta barulah beliau sedar betapa jawatan orang yang paling berpengaruh dan perkasa di negara ini yang dimilikinya selama itu dapat diwarisi dan diambil-alih oleh seorang anak muda yang baru berusia 28 tahun sahaja. Kini dan untuk masa yang terdekat, Khairy ternyata merupakan orang yang paling perkasa di negara ini. Malahan lebih berpengaruh daripada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak ataupun sesiapa sahaja yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO yang merupakan anak-anak katak (berudu) dalam kolam besar milik Khairy. Beginilah caranya beliau mempengaruhi keadaan yang turut menghenyak kita semua. Pertama, Khairy adalah laksana tukang jaga pintu di pejabat Abdullah Badawi. Setiap surat, faks, dokumen, rayuan, komunikasi, surat-menyurat ataupun apa juga bentuk hidangan yang sampai ke meja Abdullah, mestilah ditapis terlebih dahulu oleh pembantunya Datuk Wan Farid dan Zaki Zahid. Wan Farid dan Zaki Zahid adalah mata dan telinga Khairy. Setiap cadangan yang mereka terima perlu dibuat penduanya untuk Khairy Jamaluddin. Semua salinan ini dianggap perlu kerana Khairy tidak lagi secara rasminya bertugas di pejabat Paklah. Namun demikian beliau masih menjadi tukang jaga pintu dan perlu sentiasa diberitahu apa juga yang keluar masuk pejabat itu. Wan Farid dan Zaki Zahid sentiasa bersekongkol dengan Khairy untuk menentukan siapa yang boleh bertemu dengan Paklah. Walaupun wujud jawatan Ketua Setiausaha Peribadi yang dipegang oleh Dato Thajuddeen Abd Wahab (sahabat lama Paklah dan pegawai kerajaan), segala pemilihan yang dibuat oleh pejabat Dato Thajuddeen perlu disalinkan kepada Khairy untuk mendapat persetujuannya. Kita tidak perlu syak dalam hal ini. Walaupun Dato Thajudeen terasa ralat dengan aturcara kerja yang sungguh pelik begini, disebabkan persahabatan beliau yang begitu lama dan akrab dengan Paklah, Thajudeen sudah tidak punya kuasa dan ambil kisah sangat untuk menafikan karenah anak menantu ketuanya. Bukannya mudah dan murah untuk mendapat peluang bertemu dengan Paklah. Tukang jaga pintu juga berlagak sebagai tukang kutip tol. Inilah yang membuatkan UMNO begitu kelam-kabut mencongak harga tol yang dikenakan. Ada pihak menyebut harganya sehingga mencecah RM50,000 yang diminta oleh orang-orang Paklah hanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Cukai pintu semacam ini memang sudah lama wujud sepanjang pemerintahan lima orang Perdana Menteri di Malaysia, tetapi harga dan kaedahnya tidaklah begitu tinggi seperti sekarang ini. Soalnya sekarang, bayaran RM50,000 bukan lagi mencukupi untuk mendapatkan peluang memenuhi temu janji. Masih ada syarat lain yang melibatkan syarikat milik Khairy seandainya projek yang mahu dibincangkan dengan Perdana Menteri menemui kejayaan. Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa fenomena begini muncul di sebalik imej Paklah sebagai Mr. Clean? Tetapi imej itu hanya satu persepsi semata-mata. Kalau dibanding dengan Menteri-menteri yang lain, Abdullah bolehlah dianggap sebagai bersih, tetapi ini bukanlah kerana memang itu sifatnya. Abdullah telah diberi tugas mengendalikan kementerian yang tidak banyak ‘habuan’ untuk mengutip ‘ufti’ seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Negara. Lagi pun beliau tidak menduduki kerusi kerajaan untuk satu tempoh yang lama. Kedudukan politik beliau sebagai penyokong Tengku Razaleigh-Musa Hitam memang sentiasa mengancam dan Abdullah Badawi sememangnya terlalu pengecut untuk menogok minuman yang dicampuri racun berbisa rasuah itu. Keadaan sudah berubah sekarang ini. Abdullah Badawi memang ternyata lemah selaku seorang Perdana Menteri yang perkasa dan terpaksa menyandarkan harapan ke atas Khairy untuk memperkasakan kedudukannya. Khairy Jamaluddin pula sedar betapa masanya akan sampai apabila Paklah akan dicabar oleh Najib ataupun sesiapa sahaja yang disokong oleh TKT Mahathir. Kerana itu dia mesti membalun harta karun selagi ada masa keemasannya. Kaedah kedua bagaimana Abdullah dikuasai oleh Khairy ialah melalui pelantikan jawatan penting daripada calon-calon pilihan Khairy, baik di pejabat Perdana Menteri mahupun di beberapa kementerian utama yang lain-lain. Tidak kurang daripada sepuluh sahabat Khairy yang sama menuntut dengan beliau dahulu dan berusia dalam lingkungan dua puluhan ataupun awal tiga puluhan, kini memegang jawatan penting seperti Ketua Eksekutif di beberapa kementerian (kita akan ceritakan perkara ini dalam laporan lain). Abdullah Badawi tidak boleh bergerak kalau tokoh-tokoh ini tidak berfungsi. Dengan lain perkataan beliau ternyata terlalu bergantung kepada mereka semua untuk bertindak. Sebagai contohnya, eloklah kita ambil kisah pemergian Abdullah ke Venezuela untuk satu misi perdagangan. Orang yang menyediakan jadual lawatan (itinerary) ialah orang pilihan Khairy (sama-sama belajar dengannya di UK dahulu). Beliau menyerahkan cadangannya kepada Pengarah Pelaburan Khazanah (orang pilihan Khairy juga) untuk dibincangkan. Jadual itu dibincangkan dengan orang-orang Ethos Consulting (syarikat milik Khairy). Barulah kertas itu diluluskan oleh satu mesyuarat yang melibatkan pegawai Kementerian Luar Negara. Selalunya mesyuarat itu dihadiri juga oleh Khairy walaupun dia tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebaik sahaja Abdullah pulang daripada Venezuela, butiran perbincangan beliau dengan Presiden Hugo Chaves dibincangkan dengan pejabat peribadi Perdana Menteri (yang diketuai dan dianggotai oleh orang pilihan Khairy). Segala keputusan akan dibuat oleh Abdullah selepas berbincang secara intim dengan anak menantunya di rumah kediaman mereka. Apakah yang hendak dihairankan kalau Khairy memang dapat menguasai pergerakan Abdullah – dan inilah caranya yang sebenar bagaimana lawatan Abdullah Badawi ke Venezuela dijalin dan mencetuskan kesannya. Yang ketiga, Khairy Jamaludin mempengaruhi Abdullah Badawi dengan cara menekankan peranannya secara tidak rasmi sebagai penasihat Perdana Menteri yang paling akrab. Pernah berlaku satu peristiwa yang menjelaskan fenomena ini. Ia terjadi apabila Menteri Luar, Syed Hamid Albar meminta diadakan satu mesyuarat tertutup yang dianggap khusus untuk orang atasan sebagai majlis memberi penerangan kepada Perdana Menteri. Yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan Timbalan-timbalannya – dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu tidak memegang sebarang jawatan dalam Jabatan Perdana Menteri ataupun apa juga bentuk jawatan kerajaan. Syed Hamid mahu pertemuan itu tidak dihadiri oleh Khairy. Abdullah menjadi gelabah kerana memikirkan kalau Khairy tidak hadir beliau mungkin ketandusan nasihat. Jadi, Khairy pun tumpang sekaki. Keadaan begini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Khairy, tetapi inilah bukti betapa lemahnya Abdullah dalam menjalankan tugasnya. Di sinilah letaknya bahaya si Khairy Jamaluddin. Dia bukannya seorang pegawai kerajaan yang dilantik. Namun, pengaruhnya lebih mengatasi pengaruh keseluruhan kabinet, termasuk juga pengaruh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Selagi Abdullah mencengkam kuasa dan Khairy masih beristerikan anak perempuannya (Nori), Khairy Jamaluddin akan terus menjadi pemerintah nombor satu negara ini. Sama ada disedari ataupun tidak, di Malaysia ini, demokrasi sudah mengecut beberapa takuk sejak munculnya Khairy Jamaluddin sehinggakan tidak lagi wujud sistem periksa dan imbang di kalangan kerajaan. Sudah tentu rakyat Malaysia semakin sedar akan kewujudan pengaruh Khairy Jamaluddin kerana cara hidup mereka banyak bergantung kepada insan ini. ‘Malaysia Today’ akan menerbitkan kemunculan Khairy dan bagaimana dia mempengaruhi UMNO dan kerajaan, sambil menyebut nama sekutu dan musuhnya dan bagaimana beliau berinteraksi dengan mereka. Yang lebih penting, Malaysia Today akan cuba mendedahkan misteri yang menyelimuti Khairy dan bagaimana dia gunakan pengaruhnya untuk menjangkau kuasa yang luas.

Sumpah si Puteri....

Kah..kah...kah...ini orang tak perlukan jawatan untuk perintah Malaysia..

Gagal tetapi janji 16 September Anwar perlu berundur - Khairy23-08-2008 03:41:14 AM Oleh G. MANIMARAN PERMATANG PAUH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertaruhkan jawatannya itu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru sebagaimana dijanjikan 16 September ini.Sebaliknya, kata Khairy, jika Anwar gagal untuk mengotakan apa yang telah diperkatakan sejak tiga bulan yang lalu, beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat."Saya akan meletakkan jawatan, saya pertaruh jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda."Saya akan meletakkan jawatan pada 16 September.... tapi balasannya, kalau dia (Anwar) tidak bentuk kerajaan, dia perlu letak jawatan," kata beliau ketika berucap di Bilik Gerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pasir dekat sini malam tadi."Saya minta Anwar letak jawatan... Ini perjanjian gentelmen," katanya lagi.Turut berucap pada sesi kempen itu ialah dua bekas orang kuat Anwar iaitu Ezam Mohd Noor dan Datuk S. Nallakaruppan.Dalam pada itu ketika bercakap kepada wartawan selepas kempen itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau mencabar Anwar supaya bersumpah bagi membersihkan namanya seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak malam tadi.Kata beliau, kesediaan Najib bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu malam tadi untuk menafikan beliau kenal dan mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuat untuk mencari kebenaran berikutan diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar."Soalnya sekarang ini kita semua hendak mencari kebenaran dan Datuk Seri Najib diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar. "Oleh itu dia rasa terpanggil untuk membersihkan namanya secara Islam," kata Khairy yang telah berulang kali mencabar Anwar supaya bersumpah. Banyak pihak telah mencabar Anwar supaya turut bersumpah sebagaimana dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu.Khairy berkata, Anwar patut melakukan perkara yang sama menurut cara Islam."Bagi orang Melayu, jika timbul sebarang keraguan mengenai sesuatu perkara, bersumpah di masjid, itu menandakan satu pendekatan yang serius untuk membela diri," katanya.

Friday, August 22, 2008

Turun 0.15sen aje? Kenapa tak turunkan RM2?

Kerana Anwar, minyak turun. Pakatan terus komited turun 70senJumaat, 22 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh KUALA LUMPUR, 22 OGOS (SK)- PAKATAN Rakyat terus komited dengan janji untuk menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan kelak, kata Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin. Mengulas mengenai penurunan minyak hanya 15 sen kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, jumlah 15sen itu tidak langsung memberi kesan kepada pengguna petrol kerana telah menanggung kerugian besar akibat kenaikan lalu. “Kami percaya kerana hujah yang dikemukan Anwar sebelum ini telah mendesak agar minyak diturunkan jesturu mereka terpaksa akur dan terdesak untuk turunkan harga minyak sebelum hari pengundian,” katanya. Shamsul turut berkata, penurunan minyak ini sama seperti sumpah yang dilakukan Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum penamaan calon yang mendakwa dirinya diliwat. “Bagi kami, ini adalah gimik politik Barisan Nasional untuk menghadapi pengundi Permatang Pauh. Sekiranya hanya 15 sen, ini tidak memadai langsung,” katanya.

Kalau dah jenis makan tahi...itulah UMNO

Umno pujuk kakitangan Putrajaya jadi pengundi hantu Jumaat, 22 Ogos 2008 • Kategori: Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh KUALA LUMPUR: PERANCANGAN jahat Umno untuk membawa undi hantu ke Permatang Puah terdedah apabila kakitangan kerajaan di Putrajaya disogok RM1,000 seorang untuk mengundi pada 26 Ogos.Sumber yang merupakan seorang kakitangan yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya memberitahu Suara Keadilan, komplot undi hantu ini di percayai di dalangi oleh Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Adnan Mansor atau dahulunya di kenali sebagai Adinan a/l Manzoor sebelum beliau menukar nama dalam tahun 70an.Menurut kakitangan tersebut tawaran itu di buat terutamanya kepada kakitangan berjawatan rendah seperti pemandu, kerani, pembantu tadbir dan sebagainya.“Mereka ditawarkan RM1,000 seorang dan diminta memandu kereta sendiri ke Permatang Pauh,” kata sumber.Ini bagi mengelakkan pengundi-pengundi hantu dari Putrajaya tersebut di sekat oleh penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh sekiranya mereka menaiki bas.Walaupun tidak diketahui berapa ramai kakitangan kerajaan Putrajaya di tawarkan namun kebanyakan mereka menolak kerana tidak mahu bersepakat dengan Umno untuk melakukan jenayah.Sumber juga diberitahu selain daripada imbuhan semua perbelanjaan kakitangan tersebut ke Permatang Pauh juga di tanggung beres oleh Umno.

Rakyat Malaysia..Jangan Lupa Sejarah....Pemimpin Sekarang Hancurkan Negara...

Kes Pulau Batu Putih telah diputuskan semalam. (KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS)Satu lagi kenyataan(yang amat pedih), kita telah kecundang dan Pulau Batu Putih yang strategik telah menjadi milik Singapura selama-lamanya. Kita hanya mendapat sebahagian kecil batu-batu dan terumbu karang sahaja.Jangkaan selepas ini, Singapura akan lebih berani dan mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur.Dalam keadaan Singapura sentiasa bersedia dengan pelbagai agenda 'Singapore Win', kita pula mudah lalai dan leka. Kesemua ini adalah kesinambungan daripada sikap sambil lewa pemimpin kita (dulu dan kini, atau mungkin selama-lamanya sekiranya pemimpin ini yang sentiasa dipilih) yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat ke atas generasi di bawah pimpinan nya yang telah sudi memberi mandat walaupun agak ragu-ragu.Apabila 1 sempadan kita telah dikorbankan, mungkin sempadan lain (Pulai Pisang, WPI, etc) akan turut di tuntut. Perkara ini bukan mustahil.Dalam konteks membangunkan WPI pula, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama.Hikayat Munshi Abdullah mencatitkan, format seakan Jawatankuasa Bersama ini pernah ditubuhkan oleh Raffles. Rakyat Melayu diurus oleh Temenggong Husin, rakyat bukan Melayu diurus oleh Orang Putih.Pelbagai konsekuen politik akan muncul kemudian. Pada waktu itu, kita sudah terlambat. Sama seperti isu penguasaan Singapura ke atas bekalan air yang membelit kita sekarang.Mengapa tidak Pak Lah belajar dari Tun M yang telah melaksanakan program strategik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)?Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah ancaman kepada Singapura. Ia bertujuan mengecilkan peranan Singapura dan negara kita mengambilalih sebahagian peranan dan kekuatan yang selama ini menjadi monopoli SIngapura selama beberapa abad.Ia berjaya. Tanpa kerjasama Singapura.PTP telah menerima kapal pertama pada 10 Oktober 1999 untuk operasi percubaan selama tiga bulan, ia telah memecah rekod menjadi pelabuhan yang paling pantas berkembang. Ia menguruskan 1 juta TEUs (Twenty-Foot Equivalent Units) kontena selama 571 hari operasi.Dari hanya 20,696 TEUs pada akhir 1999, telah berkembang kepada 2.05 juta TEUs pada 2001, 2.66 juta tahun 2002, 3.87 juta TEUs pada 2003 untuk mengatasi kedudukan Pelabuhan Kelang. Port Tanjung Pelepas dengan itu menjadi pelabuhan terbesar negara kita.Pada tahun 2004, ia meningkat 15.2 % lagi, menjadikannya pelabuhan yang ke 16 tersibuk di dunia. Pada 2006, ia menguruskan 4.7 juta TEUs.Ia meletakkan dirinya sebagai pilihan kepada Pelabuhan Singapura.Maersk Sealand, operator kapal kontena terbesar dunia, memindahkan semua operasi perkapalannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada tahun 2000. Singapura menyaksikan kejatuhan 10% perniagaan pelabuhannya kerana tindakan itu.Pada 2002, Evergreen Marine Corporation, pada waktu itu, syarikat perkapalan kedua besar dunia pula, memindahkan operasinya dari Singapura.Sekilas fakta ini, membuktikan bahawa, pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku.Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan Singapura untuk WPI?Apakah kita tidak mempunyai keupayaan merancang sendiri, seperti telah kita buktikan dalam kes Tanjung Pelepas?Apa lagi jika bentuknya hanya untuk menjual tanah kepada Singapura?