Friday, August 22, 2008

39 sebab kenapa BN perlu dikuburkan....

20 May 2008 39 SEBAB KENAPA CHE DET KELUAR UMNO Hari ni kecoh satu malaysia, bekas pemimpin BN dan juga pemimpun negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO, Kenapa? Kenapa? Why? Berdasarkan laman web beliau, ada 39 sebab mengapa beliau berbuat demikian.
1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.
2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.
3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.
4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.
5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.
6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.
7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.
8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi “Yes-Men” yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.
9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.
10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.
11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau “giant killers” yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.
12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.
13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.
14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.
15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.
16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?
17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.
18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.
19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.
20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.
21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.
22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.
23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan “mega projeck” yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak “pet” projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain
24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.
25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.
26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.
27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata.
28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?
29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.
30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.
31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.
32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.
33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.
34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.
35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.
36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.
37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.
38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.
39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggungjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.Dipetik dari: www.chedet.comGambar dipetik dari: AFP Yahoo.Com

Dollah yg TIDO...

Bendera-Terbalik dan Tertonggeng “Outgoing Prime Minister” Abdullah Hj Ahmad Nampak marah sangat dengan penulis blog yang mencadangkan Bendera Malaysia yang sewajarnya bernama Sang Saka Persekutuan yang di asaskan dari bendera Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang menunjukkan 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat telah bersetuju dengan pemerintahan dan pentadbiran secara satu Kerajaan Pusat dan satu Kerajaan Negeri yang mengamalkan konsep sistem demokrasi berasaskan satu pilihan raya yang bebas bagi menjadikan semua rakyat satu kuasa yang berdaulat. Sekian lama UMNO dan Barisan Nasional menggunakan tarikh 31hb Ogos, sebagai Hari Kemerdekaan sebaliknya Hari Kemerdekaan sudah lama tidak ditiadakan sebaliknya dipanggil Hari Nasional. Kenapa dipanggil dan diwartakan 31hb Ogos setiap tahun sebagai Hari Nasional selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969? Sebabnya Kerajaan masa itu yang diterajui oleh Tun Razak Hussein meminta supaya setiap rakyat dari berbagai keturunan bangsa, baik Melayu, Cina, India, Punjabi dan etnik dari Sabah dan Serawak menyedari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kemerdekaan Sabah dan Serawak melalui Malaysia, mereka mempunyai saham dalam perjuangkan Kemerdekaan tersebut dan ini adalah satu tarikh Kebangkitan Nasional yang pertama dalam Negara ini. Tetapi hari ini, UMNO masih lagi berusaha untuk melenyapkan fakta-fakta sejarah yang menunjukkan pemimpin Cina dan India, dan begitu juga pemimpin Bajau, Kadazan, Iban, Melanau, di Sabah dan Serawak sama-sama berjuang bagi Kemerdekaan sama ada Malaya, Sabah dan Serawak sebaliknya hanya menonjolkan UMNO sahaja yang berjuang untuk Kemerdekaan. Berbalik kepada cadangan penulis blog yang mencadangkan supaya Bendera Malaysia dipasangkan dalam keadaan terbaliknya atau bahasa betulnya ia itu menonggeng yang di atas menjadi ke bawah, yang memberi erti warna biru yang mengandung bulan dan bintang yang sepatutnya sebelah kiri dan di atas akan bertukar ke bawah dan ke sebelah kanan. Cadangan itu hanya sebagai protes penulis dan meminta sokongan di kalangan orang yang hendak menyokong. Penulis itu mempunyai alasan dia sendiri seperti yang dinyatakan dalam blognya. Soalnya sekarang, bukan sahaja penulis itu tetapi juga kepada mereka-mereka yang ikut sama hendak melakukan pemasangan bendera menonggeng itu, boleh kah di anggap tidak patriot atau bersemangat kasih sayang pada Negara ini atau menghina diri dan rakyat?. Adakah dia seorang yang kurang ajar dan adakah perlu polis hendak mengambil tindakan yang sewajarnya saperti arahan “Out Going” Perdana Menteri itu? Bendera atau dari sudut ketenteraan dipanggil panji-panji, adalah satu yang perlu dihormati dan di jaga. Ini adalah perlambangan buat negara. Itu sebab banyak negara penjajah khasnya dari barat tugas utamanya apabila mendarat di mana-mana negeri yang bukan wilayahnya akan memasang benderanya seperti yang berlaku di Pulau Pinang bila Francis Light mula bertapak di sana dan pendaratan tentera Amerika di Okinawa dalam Perang Dunia Kedua. Bagaimana pun bendera dan panji-panji akan menjadi dihormati dan kuat bukan sahaja ia jaga dan dihormati tetapi pemegang bendera itu atau seorang yang diberi tanggung jawab menjaganya mestilah sanggup mati kerananya. Dalam sejarah peperangan Islam sendiri banyak kisah terdapat bagaimana panji-panji Islam yang berwarna Hitam itu disambut oleh seorang pejuang Islam yang lain jika pemegangnya mati atau cedera dan seterusnya begitulah. Maka di sini di soal, siapakah pemegang bendera atau panji Malaysia itu yang bernama Jalur Gemilang? Sudah pasti orang itu bernama Abdullah Hj Ahmad yang selalu mengatakan “Saya Perdana Menteri” yang bakal menjadi “Outgoing” Perdana Menteri yang mengatakan selepas bulan Jun 2010 “saya sudah tidak ada di sini” Sebagai pemegang panji Jalur Gemilang itu adakah Abdullah Hj Ahmad seperti yang dia kata “Apa yang mereka marah sangat dengan bendera Malaysia”? Mereka minta bendera kita digantung terbalik dan ini adalah perbuatan yang menghina diri kita sebagai rakyat Malaysia. Adakah Abdullah Hj Ahmad tidak menghina diri dia sebagai rakyat Malaysia. Adakah perbuatannya tunduk dengan kehendak Singapura bagi membatalkan Jambatan Bengkok di Selat Tebrau dan menjadikan Wilayah Iskandar Malaysia sebahagian projek penjajah bentuk baru dan kemudian diakui oleh seorang Menterinya sebagai tidak menguntungkan Melayu melayakkan beliau menjadi seorang pahlawan Malaysia? Begitu juga dalam zamannya membenarkan syarikat milik Negara atau government link company dikuasai oleh pelabur asing khasnya Singapura, bagaimana dengan Telekom Malaysia, satu entiti bukan sahaja komunikasi sebaliknya keselamatan negara, bukankah Indonesia dan Thailand sudah belajar akan kesilapan itu bila zaman Soeharto dan Thaksin membenarkan Singapura menguasai syarikat komunikasinya sehingga menyebabkan rakyat bangkit menentangnya.Maka tidak sewajarnya seorang saperti Abdullah Hj Ahmad yang berjawatan Perdana Menteri menjawab persoalan isu itu seperti iklan jinomoto hanya mengikut sesedap rasa, malah sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri dia juga mesti mengetahui bahawa Pemuda UMNO dan menantunya pernah membakar bendera Amerika di KLCC kerana kononya membantah tindakan Amerika di Lebanon menindas orang Islam. Apakah perasaan Amerika? Tetapi peristiwa itu macam siri Drama Minggu Ini yang pernah ditayangkan di RTM tahun 80an itu, Amerika tidak mengambil kisah. Jika Abdullah Hj Ahmad cerdik sedikit, sepatutnya dia berkata bahawa perbuatan itu amat tidak sesuai dilakukan dalam saat kita hendak menyambut Hari Kemerdekaan dan saya merayu jangan lakukan, Tak payahlah nak kata “kurang ajar” atau suruh polis siasat. Kes pembakaran bendera di Kuala Terengganu dekat nak masuk satu tahun, sehingga kini tidak tahu apa kesudahan, sudah dibicarakan kes itu atau si pembakar bendera sudah merengkok dalam penjara. Sebenarnya tidak ada rakyat yang hendak menghina negerinya dan juga tidak ada orang yang siuman hendak meremehkan panji negaranya tetapi kita sendiri ia itu merujuk kepada kerajaan pimpinan Abdullah Hj Ahmad, adakah sudah melakukan yang terbaik dalam menjaga panji-panji itu yang bernama Jalur Gemilang itu? Sang Kelembai: Semasa Sang Kelembai di Jakarta pada 12hb hingga 20hb Ogos 2008, ditanya oleh seorang ahli politik Indonesia, bagaimana korupsi di Malaysia Pak Zaharin? Sang Kelembai menjawab, penyakit korupsi berjemaah di Malaysia sudah mula berjangkit seperti penyakit SARS, yang berbeza koruptor Indonesia melakukan korupsi di waktu siang itu sebab KPK-Komisi Pembenteras Korupsi dapat mencari koruptor dengan mudah termasuk jajaran Menteri dalam kabinet SBY tetapi di Malaysia banyak korupsi berjemaah berlaku di waktu malam, itu sebab BPR-Badan Pencegah Rasuah susah hendak menangkap koruptor kerana hari sudah malam dan sudah gelap dan ditambah pula BPR pun tidak bekerja - Sang Kelembai-

Arif - calon yg layak bagi BN...????

Calon BN jawab isu pengajian PhD Kuek Ser Kuang Keng & Wong Teck Chi Aug 22, 08 1:53pm Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu.Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya.Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti. Beliau diminta mengulas persoalan yang dibangkitkan di Internet, bagaimana beliau boleh meneruskan pengajian di peringkat PhD sedangkan beliau hanya berkelulusan diploma.Sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan profail pendidikan Arif Shah bahawa beliau lulusan diploma dalam kejuruteraan awam dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di 'Edison Universiti of Technology' (luar kampus).Laporan tersebut telah mencetuskan debat di kalangan bloger yang tidak dapat mengesahkan kelulusan akademiknya itu kerana mereka tidak mengesan nama universitinya melalui Internet.Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebarang Jaya, menjelaskan bahawa nama universiti tersebut ialah 'Edison Universiti of Technology', sebuah universiti yang didaftarkandi British Virgin Islands, yang menawarkan program pengajian jarak jauh.Selepas membuat semakan di Internet dan dengan seorang pakar tempatan, Malaysiakini mendapati universiti tersebut telah dituduh mengeluarkan diploma palsu.

Skandal Khairy ....????

Anda nilaikan sendiri..kenalkah anda kepada lelaki itu....???

Khir Toyo musnahkan dokumen penting kerajaan negeri Selangor selepas kalah PRU12

Archive for March 11th, 2008 Selangor State Officials Destroyed DocumentMarch 11, 2008 Former Selangor Menteri Besar Dato’ Seri Mohamad Khir Toyo have returned to State Government Office to pack but also destroyed some official documents. Newly appointed Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim arrived at Level 19 the building at 2.35pm for a close-door meeting with the former State Secretary and Tresurer. Around 3.15pm, there were 5 to 6 officers at Level 12 started to destroy some documents. Level 12 was believed to be the Admin & Management division. Party members of PKR and DAP immediately rushed over to stop the activity, and insisted that these documents are state property therefore must be retained regardless of the contents. Source: News from Sin Chew Daily 2008-03-10

Bila BN ganas...adakah ianya jadi isu..????

Penyokong BN ganas belasah wartawan Oleh Berita Harian Khamis, 28 Februari 2008 KANGAR: Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, Rashidi Karim, wartawan sambilan di sini cedera di lengan kanan, kepala dan tangan serta pecah bibir manakala wartawan Adha Ghazali ditumbuk di muka ketika cuba meleraikan kejadian itu. Rashidi berkata, ketika kejadian beliau dan tiga yang lain termasuk Ketua Biro Utusan Malaysia, Johari Shawal dan jurugambar sambilan Berita Harian, Shahidi Shahidan, berada di luar rumah kedai yang dijadikan bilik gerakan untuk membuat liputan. "Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba menarik baju saya ke belakang dan terus ditumbuk dan ditendang oleh beberapa yang lain,” katanya. Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas calon BN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Mat Nasir Hussain, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Beliau berkata, polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes berkenaan. Sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Rasuah amalan UMNO .....

CABUL AKTA PILIHANRAYA-PENCALONAN ARIFF SHAH BATAL? August 22, 2008 at 11:20 am Permatang Pauh - Posted by Din 3 Comments, Add Yours \BERITA TERKINI-( YAYASAN AMAN ) Pada jam 10 pagi sebentar tadi telah di adakan sidang akhbar berikutan maklumat terkini mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tian Chua sebentar tadi telah mengumukan akan menghantar memorendum dan bantahan kepada SPR petang ini bersama Mafrel ( NGO ) berikutan kenyataan calon Barisan Nasional Arif Shah sendiri sewaktu sdang akhbar yang mendedahkan beliau ada memberi wang sebanyak RM 50 kepada individu bukan petugas yang merupakan penduduk sekitar untuk mendapatkan maklumat mengenai lawan. Tian Chua menegaskan bahawa tindakan yang di lakukan Ariff Shah salah dan melanggar peraturan pilihan Raya. Petang ini pimpinan PR akan menyerahkan memorendum pada SPR beserta dengan bukti serta rakaman dari media-media yang turut sama sewaktu sidang media terseut diadakan semalam. Jika semuanya berjalan dengan lancar dan SPR ternyata tidak melakukan penyelewengan maka calon Barisan Nasional akan di tahan dari bertanding di Parlimen Permatang Pauh untuk pilihan raya kecil 26 Ogos ini. 3 Responses to “CABUL AKTA PILIHANRAYA-PENCALONAN ARIFF SHAH BATAL?” Arif Shah ni awal2 lagi dah buat kerja kotor, memang tak layak jadi pemimpin. Baik duduk rumah aje beribadat nanti kalau dah jadi pemimpin lagi teruk perangai dia tak dapat nak dibendung lagi. Apa lah sampaikan nak maklumat pihak lawan pun sanggup beri org kampung rasuah. Macamana nak benteras rasuah sedangkan dia yang mulakan dulu. Lu Pikirlah Sendiri.kiah on August 22nd, 2008 at 11:42 am Betul tu kiah, nak ikut jejak kekanda dialah tuu!!!Buruk betul perangai orang orang BN/UMNO. Wahai kawan kawan ku di permatang pauh harap harap jgn tersalah pangkah ye!.Linnn on August 22nd, 2008 at 11:47 am tapi berdasarkan situasi/keadaan sekarang, aku yakin SPR akan buat dono aje perkara ni…malah SPR sendiri akan keluarkan pernyataan pernyataan yang berbaur berat sebelah dan tak de tindakan pon akan diambil mat arip shah ni….semua yang nak jadik atau tindakan yang diorang nak buat asalkan berkait dengan BN je, semua boleh jangka…apistempur on August 22nd, 2008 at 11:53 am

Demi Mengembalikan Kedaulatan Negara..

Isu Liwat: Suruhanjaya Siasatan Di Raja Perlu Ditubuhkan Segera !!Dilulus terbit pada Friday, August 22 @ 09:05:00 MYT oleh SongkokPutih Oleh: cucumatkilau Susulan daripada kes "liwat Saiful" yang semakin mengarut mutakhir ini. Penuh bercelaru dengan berbagai adengan yang sungguh tidak masuk akal. Ditambah lagi dengan akuan sumpah yang ternyata "palsu dan dusta", maka kini apa yang perlu rakyat lakukan ialah merayu Yang Di Pertuan Agong mendesak kerajaan menubuhkah Suruhanjaya Siasatan Di Raja dengan segera. Ini kerana melihat senario yang berlaku sekarang, segalanya memungkinkan untuk Anwar ditahan biapun beliau menang besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini. Jika ini tidak berlaku kita khuatir semua ini akan berlaku dalam masa terdekat.Jelas sekali dapat dilihat pengaruh dan kekuatan Anwar di Permatang pauh sukar untuk digugat oleh pihak kerajaan. Mereka memungggah jutaan ringgit untuk ditaburkan kepada rakyat. Namun, mereka juga tahu yang perangkap mereka itu bakal "memakan diri sendiri". Ini telah terbukti di Kelantan, bairpun jutaan ringgit dihantar serta disuap kepada warga Kelantan di kota untuk balik mengundi BN, namun sebaliknya berlaku. Sudah tradisi rakyat Kelantan, beri duit sapu tapi undi tetap untuk bulan. Mungkin juga fenomena yang sama akan melanda Permatang Pauh, BN beri duit mereka ambil tetapi bab memangkah sudah pasti tetap untuk Anwar. Inilah yang amat digusarkan oleh puak-puak UMNO dan BN sekarang. Sambutan terhadap ceramah mereka kini terlalu hambar, tetapi sebaliknya ceramah Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dihadiri oleh ribuan rakyat. Sokonga jelas dapat dilihat dimerata ceruk kampung. Malahan ada sesetengah tempat ada satu markas BN tetapu tiga markas PKR. Inilah yang mencemarkan kem mereka sekarang. Mereka juga gusar, jika Anwar menang. Kenyataan Naib Presiden PKR, Jeffrey Kitingan semalam bahawa lebih 13 orang Ahli Parlimen BN bersedia untuk melompat serta Pakatan Rakyat sudah pun kedengaran. Jika "kuota" 30 orang Ahli Parlimen BN melompat serta Pakatan Rakyat, maka segala yang dirancang pasti akan menjadi kenyataan. Langkah Anwar ke Putrajaya semakin hampir kini. Fobia dengan keadaan inilah menyebabkan mereka pasti menangkap dan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar. Suara jelas kelihatan disana sini perkara ini bakal berlaku sedikit masa lagi. Kemungkinan besar sebelum 16 September iaitu tarikh keramat untuk pembentukan kerajaan baru seperti yang dinyatakan Anwar selama ini. Seorang demi seorang pemimpin UMNO BN kini tidak boleh tidur lena. Mahathir aal-awal lagi sudah menyatakan akan lari keluar negara jika Anwar jadi Perdana Menteri. Bagaimana pula dengan Pak Lah dan menteri-menterinya?. Begitu juga Ezam serta lain-lain "petualang rakyat" yang terlalu bodoh, kerana sanggup menumpang kapal UMNO yang hampir karam itu?. Lantaran itulah sekarang, untuk memastikan Anwar gagal dalam usahanya menakluki kerajaan dan menjadi orang nombor satu sesuatu perlu dilakukan. Mereka terpaksa membuat kes dan mereka segala bukti. Walau bagaimanapun segala bukti-bukti tersebut nampaknya semakin ampuh dan kebobrokan semakin nyata kini. Orang kanan Pak Lah terutamanya Najib, Khairy, Muhyiddin serta ramai lagi kini sudah mula "mahu terkencing" dibuatnya. Mereka tahu yang Anwar bakal memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti. Kemudia Anwar akan masuk ke parlimen, dimana dalam masa terdekat itu juga Pak Lah akan membentangkan "Bajet 2009". Ini bermakna mereka akan berhadapan dengan mantan TPM itu kembali di parlimen. Inilah yang amat menggusarkan mereka sebenarnya. Oleh itu sudah pasti usaha untuk menahan dan mensabitkan Anwar dengan kes "liwat Saiful" ini sahajalah jalan terakhir buat puak-puak UMNO ini. Jika Anwar disabitkan dengan kesalahan itu, maka selamatlah mereka. Namun jika Anwar gagal disabitkan, nahas akan menimpa. Mahu tidak mahu, rekaan bukti terpaksa dibuat. Semuanya juga amat mengecewakan kini pabila rahsia akhirnya terbongkar, terutamanya dalam soal "sumpah laknat" yang dibuat oleh Saiful. Ternyata skrip dan adengan tersebut tidak diterima rakyat, bahkan mereka tahu siapa Saiful dan Imam UMNO yang diupah oleh puak-puak durjana ini. Kini, UMNO dan BN semakin ditolak di Permatang Pauh. Hasrat untuk menjatuhkan Anwar menerusi pilihanraya kecil ini tampak "pincang". Strategi lain perlu digunakan sekarang !! Jika tidak, harapan mereka pasti hancur berkecai. Mahu disabitkan Anwar dengan jenayah Saiful, agak sukar kerana laporan dan kenyataan berbelit-belit si Saiful yang ternyata tidak mengikut "skrip" yang telah dirancang secara tergesa-gesa itu. Akhirnya, lain yang disuruh lain pula yang dibuat. Maklumlah, belajar kat Uniten pun kena tendang. Belajar tak habis, tapi Najib Razak bermurah hati nak bagi biasiswa. Maka itulah budak Saiful ini bukannya belajar tapi menghafal skrip. Agaknya beliau teringin menjadi macam "Mawi AF" yang auranya segar hingga ke hari ini. Akhirnya terpaksalah Saiful menandatangi "kontrak jutaan ringgit" dengan puak-puak durjana ini untuk satu babak lakonan ngeri "kononnya beliau diliwat". Mahu atau tidak, budak "bangang" macam Saiful ini pasti sanggup melakukan apa sahaja. Maka itulah tawaran diterima, skrip-skrip disediakan oleh beberapa orang pengarah terkenal seperti "KJ the Sons In Law" dan "Ezam The Giant Killer". Sebab itu kita tidak hairan, perjalanan ceritanya hampir sama dengan "Filem Liwat 2008" dulu. Apa tidaknya, sutradara yang sama terlibat. Dulu Ezam mempertahankan Anwar dan sudah pasti dia tahu kelemahan mantan TPM itu. Inilah yang digunakan untuk tujuan tersebut. Namun, Saiful didapati gagal membawa watak dengan baik. Lafaz "sumpah laknat" pun, raut wajah dan air muka tidak langsung "sedih dan sayu". Asyik ceria sepanjang masa, termasuklah ketika mengatakan "Anwar memasukkan zakar ke dalam duburnya". Bodoh, punya Saiful. Nak belakon tapi tak reti !!. Mungkin kalau dia buat-buat muka sedih dan pilu macam mangsa rogol, ada juga orang boleh simpati dan percaya. Justeru itu, jika kes liwat ini gagal dibuktikan secara akuan sumpah itu maka apakah lagi yang boleh mereka lakukan selain mengarahkan Hamid Albar meminda akta DNA. Laporan akhbar hari ini yang merujuk kepada kenyataan PM Usah politik Akta DNA Telah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Parlimen ternyata satu kenyataan yang "simbolik". Ini kerana, biarpun akta itu baru digubal dan ingin dibentangkan di parlimen untuk perbahasan, Pak Lah seolah-olah yakin yang akta itu akal diluluskan segera. Biarpun beliau berkata ia secara kebetulan dengan kes Awar sekarang dan tidak harus dipolitikkan, namun Pak Lah tidak harus mengganggap rakyat "bodoh" dan "bangang" macam puak-puak UMNO Karat. Sememangnya akta itu dipinda untuk sabitkan Anwar. Caranya begitu mudah sekali, mereka sudah mengatakan yang kerajaan sudah bercadang sejak tahun 2001 lagi untuk meminda akta tersebut. Punyalah lama sampai 7 tahun, barulah nak dipinda. Mengapa tidak dibawa sahaja ke tahun 2020 nanti?. Ini kerana DNA lah Pak Lah dikatakan "tidak relevan" kerana mengeluarkan kenyataan DNA Anwar sudah tidak boleh digunakan lagi kerana diambil pada tahun 1998. Walhal, budak darjah satu pun tahu DNA boleh digunakan sampai bila-bila atau sepanjang zaman. Disini jelas terbukti "tahun 2001" bermaksud, jika akta itu dipinda sekarang maka mereka boleh mengeluarkan "bukti bertulis" yang sememangnya telah disediakan pada tahun 2001. Dengan ini, Anwar boleh ditangkap sekali lagi oeh pihak polis bagi tujuan mendapatkan sampel DNA untuk siasatan kes liwat Saiful ini. Biarpun Anwar menang dalam pilihraya kecil Permatang Pauh ini, mereka tetap akan menjalankan "skrip terakhir" ini bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Bila sudah dapat DNA, maka kita tidak perlu cakap banyak lagi kerana memang semua sudah tau apakah skrip seterusnya?. Sudah pasti DNA itu akan digunakan untuk dijadikan bukti Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media bahawa laporan kes liwat Saiful sudah lengkap dan mereka mendapati DNA Anwar sama dengan kesan DNA penjenayah yang meliwat Saiful itu. Biarpun kita tahun mereka yang meletakkan bahan yang diambil pada tubuh Anwar seperti darah, air liur, rambut dan sebagainya sebagai bukti. Inilah skrip yang sudah semestinya "terjadi" mengikut firasat Cucu, menerusi ilham dari nenek moyang cucu dulu. Maka, awas! jika ini berlaku Anwar sekali lagi akan ditahan dan dihantar ke penjara Sg.Buloh. Bermulalah kembali episod perbicaraa demi perbicaraan seperti dulu. Natijahnya ialah untuk menggagalkan rancangan "16 September" ini. Jika ini berlaku, rakyat akan sekali lagi menangung derita dan merana. Oleh itu langkah terbaik sekarang ialah kita merayu Sultan Mizan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja dengan segera. Ingatlah dengan adanya badan bebas inilah baru rakyat ketahui Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara sendiri yang membelasah Anwar tanpa belas kasihan. Maka itu, dengan badan bebas ini sahajalah yang bakal menyaksikan kebenaran tertegak di bumi tercinta ini. Sila klik http://www.cucumatkilau.blogdrive.com/ untuk banyak lagi berita panas dan sensasi. [Pastikan kemenangan bakal tercipta di Permatang Pauh demi menyelamatkan nyawa seorang insan yang terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Salam perjuangan buat semua sahabat di seluruh dunia. Doa dan sokongan anda diperlukan untuk memastikan kejayaan tercipta jua akhirnya]

Kalau zaman Hang Tuah..budak ni lama dah kene penggal kepala...

Ezam gesa pengundi tolak Anwar
Muda Mohd Noor Aug 21, 08 8:36pm Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor berkata, adalah amat bahaya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan menjadi perdana menteri.Ezam yang kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini berkata, penasihat PKR itu, yang menjadi calon PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, sedang memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi."Anwar telah memusnahkan asas bangsa yang dibina oleh negarawan-negarawan, semata-mata untuk agendanya menjadi perdana menteri."Oleh kerana itu, saya mengajak pengundi di Permatang Pauh menolaknya," katanya ketika berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah di Semilang Bandar di Seberang Jaya di Permatang Pauh hari ini.Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu, beliau setiap hari berkempen membantu Arif Shah.Katanya, adalah menjadi kewajibannya menerangkan kepada pengundi mengenai politik Anwar."Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi agenda peribadinya dan kerana itu orang tidak boleh percaya kepada kenyatan-kenyataannya."PKR ditubuhkan dengan Melayu menjadi asasnya tetapi apabila Anwar bebas, prinsip itu sudah hilang kerana Anwar mahu undi kaum Cina dan India," katanya.Ezam berkata, Anwar juga pernah meminta beliau mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menarik sokongan pemngundi kaum bukan Melayu.Katanya, untuk itu beliau terpaksa `menyerang' Anwar bagai memastikan penasihat PKR itu tidak menang di kerusi Permatang Pauh.

Pesanan dari Tuan Guru Nik Aziz

Dengarlah Pesan Ulama... Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUHKepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.Tuan/Puan,Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.Saudara/Saudari Sekalian,Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.Wassalam.DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PAS

Thursday, August 21, 2008

Kerajaan BN cipta undang2 bagi tujuan politik.

KOTA BHARU, 20 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini terpaksa bergantung kepada parlimen bagi memerangkap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan membentang Rang Undang-Undang DNA kelmarin.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, semua orang nampak rang undang-undang itu dibawa secara tergesa-gesa dengan mengambil kira dakwaan liwat membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri.

“Kenapa setelah tujuh tahun baru nak dibentangkan. Kenapa tak dibentangkan tahun hadapan biar pun akta tersebut sudah dirancang sejak 2001.

“Ini menjelaskan kerajaan yang ada ini begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan parlimen untuk mengenakan musuh politik mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Dua hari lalu Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar membentang Rang Undang-Undang DNA bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menganggap pembentangan Rang Undang-Undang tersebut secara kebetulan dan meminta orang ramai tidak mempolitikkan akta terbabit.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, pada asasnya memang diakui DNA mustahak khususnya bagi menyelesaikan masalah jenayah untuk dijadikan bahan bukti.

Namun menurutnya mengapa ia dibentangkan dalam keadaan serta-merta.

“Oleh itu rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan baru bagi memastikan undang-undang negara tidak dipermainkan bagi kepentingan politik,” ujarnya.

Beliau juga berkata, isu bersumpah bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan memperlihatkan undang-undang di negara ini menjadi semakin kalut.

Menurutnya selepas kes itu disebut di mahkamah sivil, pengadu pula mahu membawa kes tersebut ke mahkamah syariah.

Katanya, tidak sepadan dengan tindakan tersebut pengadu pula bersumpah sehingga ia mempamerkan wajah buruk negara pada pandangan umum.

“Masyarakat cukup keliru dengan tindakan itu. Ini secara tidak langsung menggambarkan terdapat tiga mahkamah bagi menyelesaikan kes liwat iaitu mahkamah sivil, mahkamah syariah dan mahkamah sumpah.

“Keadaan ini cukup bercelaru kerana kes itu sudah disebut di mahkamah sivil dan sekarang mahu diheretkan pula ke mahkamah syariah. Di mahkamah syariah penuduh dan yang kena tuduh boleh bersumpah jika sekiranya tiada bahan bukti atau saksi,” katanya.

Katanya, apabila penuduh sudah bersumpah dia dengan sendirinya boleh dikenakan qazaf.

“Yang menjadi persoalannya adakah Saiful sanggup menerima hukuman tersebut. Untuk itu saya berharap kerajaan perlu memperhalusinya dengan baik dan jangan mempermainkan syariat Islam bagi tujuan politik,” ujarnya.

Kata beliau sekiranya perkara itu tidak dipedulikan ia akan mengakibatkan kesan yang buruk, di samping imej Islam menjadi rosak.

Beliau juga menyifatkan tindakan bersumpah yang dilakukan Saiful lebih bercirikan kemelayuan dan tidak berlandaskan Islam.

Menurutnya prosiding sumpah tidak boleh dilakukan di tepi jalan, di rumah atau di mana sahaja kerana kes berkenaan masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Kata beliau, dalam Islam tidak ada butiran di mana penuduh bersumpah, apa lagi ia dilakukan di luar mahkamah. - mj _ Salmah Mat Husain

Lihatlah..apabila Allah S.W.T. mahu tunjukkan kebatilan itu..

Nama Allah disebut S.A.W ?
Semasa si saifol bersumpah di hadapan 'Imam Masjid Wilayah Persekutuan', Allah telah tunjukkan tanda2 kebatilan itu. Antaranya ialah :
1. Permulaan sumpah yg tidak lancar " Wallahi...-terpaksa di ulang.
2. Tarikh kejadian yg tidak betul-26/8/2008
3. DSAI memasukkan zakar ke dalam lubang dubur saifol- padahal semasa mendapatkan rawatan di Pusrawi, doktor mengesahkan benda plastik yang menjolok lubang dubur dia.
4. Hari angkat sumpah dibuat sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh

Wednesday, August 20, 2008

Senjata Ampuh Menamatkan Riwayat UMNO Di Permatang Pauh

Oleh Batu-bata"Pada dasarnya Orang Melayu pada zaman dahulu terkenal sebagai suatu bangsa yang sangat bersopan santun macam orang Jepun dan Korea. Malangnya, setelah UMNO-BN memerintah lebih dari 50 tahun, kesopanan dan kesusilaan tersebut telah terhakis disebabkan dasar-dasar pendidikan yang disuap kepada anak bangsa. Lihat sahaja kebanyakan anak-anak remaja sekarang. Tak perlulah saya huraikan lagi masalah sosial yang terjadi. Sebagaimana yang Ana katakan ia berpunca dari dasar pendidikan kerjaan UMNO-BN. Sebenarnya, kita tak perlu lagi berpidato berapi-rapi memperkatakan tentang keruntuhan kesopanan dan kesusialan remaja kini. Yang perlu kita renungkan ketika ini adalah keruntuhan kesopanan ahli-ahli Wanita dan Puteri UMNO seperti gambar-gambar mereka yang menjijikkan yang tersebar semasa hari penamaan calun Pilihanraya kecil Permatang Pauh. INIKAH PENDIDIKAN YANG DIBAWA OLEH ISLAM HADHARI??????? Meminjam kata-kata arwah P.Ramli dalam filem Musang Berjanggut. MEREKA ITU BUKAN PEREMPUAN TETAPI BETINA!!!!Memandangkan kebanyakan orang melayu dan bangsa lain di Permatang Pauh masih lagi menghargai apa itu kesopanan dan kesusilaan, maka Ana mencadangkan supaya GAMBAR-GAMBAR MEREKA YANG TIDAK SOPAN INI DICETAK BESAR-BESAR, KALAU BOLEH SEBESAR BENDERA MALAYSIA YANG MEMECAH REKOD DUNIA. KALAU BOLEH KITA CIPTA SATU REKOD BARU GAMBAR TERBESAR DIDUNIA MEMAPARKAN AKSI-AKSI MEREKA YANG TIDAK SOPAN INI. Kita paparkan disetiap lokasi berhampiran tempat mengundi. Ana tegaskan disini bahawa ini adalah senjata paling ampuh untuk menamatkan riwayat UMNO di Permatang Pauh. Malah ditambah lagi dengan gambar-gambar Pak Lah meraba betina, Gambar MB Pahang menunjuk isyarat lucah.... sudah cukup untuk membuatkan imej UMNO hancur. UMNO bukan pembela orang Melayu tetapi pengkhianat bangsa Melayu...Ayuh kita sanggah orang-orang UMNO ini dengan gambar-gambar mereka yang menunjukkan sifat mereka yang sebenar, yang sudah tiada ciri-ciri Melayu yang memelihara kesopanan dan kesusilaan. Hancurkan UMNO...Kuburkan UMNO... Hidupkan PAS... Hidupkan perjuangan Rasulullah menegakkan Islam..Takbir! " -Tranungkite

Monday, August 18, 2008

Wang Untuk Permatang Pauh????

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman? Posted by Super Admin Monday, 18 August 2008 13:20 Oleh: 'Deep Throat' SabahPenangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma. Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta. "CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya," ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong 'Khung Long' (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi 'Taiko' dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.Michael turut dibantu oleh Chong 'Khung Long' atau yang digelar 'Dinosour' kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura."Satu sport rim keretanya sama nilainya dengan sebuah proton wira," ujar William, seorang mekanik yang menyelenggara keretanya sejak tujuh tahun lalu.Dalam pada itu, hubungan antara Daud Tampokong dan Michael Chia terlalu rapat kerana mereka sering dilihat bersama di Shang Hai, Shang Zen, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Quang Zhou untuk menguruskan 'ang pau' untuk Musa Khan yang kebanyakannya dimasukkan ke dalam akaun Hajjah Rosmawati Haji Lasuki (Gundik Musa Aman) yang juga Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Yayasan Sabah.-Malaysia Today

Awas Orang2 Permatang Pauh..

AWAS !!! JENTERA PUTERI UMNO DAN WANITA UMNO SUDAH DIGERAKKAN MESYUARAT JENTERA WANITA DAN PUTERI UMNO JAM 9.00 MLM 17.08.2008 TELAH MEMUTUSKAN KEPADA SEMUA PERAYU UNDI WANITA DAN PUTERI UMNO TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN LAMBANG PARTI BARISAN NASIONAL DISEBABKAN PENGUNDI-PENGUNDI PERMATANG PAUH TIDAK MAHU MENERIMA KEDATANGAN PERAYU - PERAYU UNDI BARISAN NASIONAL. MESYUARAT TERSEBUT TELAH DIADAKAN DI MARKAS PUTERI UMNO PARLIMEN PMTG PAUH SG SEMAMBU . MESYUARAT DIPENGERUSIKAN OLEH DATO' SHAHRIZAT DAN DATO NORAINI AHMAD SEBARKAN SEBARKAN .. KATAKAN TIDAK PADA BARISAN NASIONAL

AMANAT

AMANAT TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG DI KG BANGGOL PERADA MARANG TAHUN 1982 "Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menetang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."

Berita Bohong 18 August 2008 56 views One Comment Pagi semalam, awai buta matcomot SMS aku bagi tau tentang berita kat Mingguan Malaysia dan Straits Times. MM kata kehadiran kat Hari Penamaan calon 10,000 orang, NST kata 30,000 orang. Sama ada depa ni pembohong, atau tak reti congak. Aku tak beli Utusan. Last sekali aku beli masa musim buah tahun 1998. Masa tu nak cari kertas balut cempedak, jadi aku beli suratkhabar lama Utusan sebab kertas dia besar. tapi kalau nak beli pasai nak baca, memang aku tak buat pasai cerita dalamnya…hampas. Lepas matcomot bagi tau, aku pi kat Institut Prguruan Tuanku Bainun lagi sekali. Orang lain tangkap gambar masa Penamaan calon, aku ambil gambar lepas Penamaan calon. Nak tengok gambar-gambar masa Penamaan Calon, hangpa tengok kat blog Wartawan Rasmi Laman Reformasi. Pada wartawan Utusan, aku nak ajar macam Ilmu Hisab Tahun 3. Cuba tengok gambar atas. Dari Highay BKE, sampai padang IPTB ada lebih kurang 1.5 kilometer. Lebar jalan, 50 kaki. Kalau sorang mengambil kawasan seluas 1.5 kaki persegi, berapa orang semuanya? Kemudian tengok gambar padang IPTB. Kalau aku tanam cabai, boleh bubuh 30,000 pokok..sebab aku tanam 3 kaki x 3 kaki sepokok. Kalau manusia berdiri dan mengambil keluasan 2 kaki persegi bagi setiap orang, berapa orang boleh berdiri? Kalau tak boleh jawab, hangpa pi balik ambil UPSR sekali lagi. Cerita pasai reporter kena pukui, hangpa toksah nak cong kat aku. Aku ada kat bawah Highway tu, tak larat nak jalan pasai sakit lutut. Lebih kurang jam 11.00, 4WD yang dikatakan bawa reporter tu dah ada kat bawah Highway. Sorang pegawai polis bagi tau kat sorang lelaki yang duduk kat belakang 4WD tu suruh standby dan boleh jalan bila dia bagi tau. Aku pun heran, pasai apa 4WD ni nak masuk, ketika orang lain semua nak keluaq? Bayangkan, bila orang semua bersesak nak keluaq, masa tu la pegawai polis tiga paku ni suruh 4WD ni masuk. Nak cari mati ka? Hujan pulak dah mula turun, masing-masing nak cari takut basah, dan masa tu jugak 4WD ni sebok-sebok nak bergerak masuk keIPTB. Bukan kerja gila ka? Ini semua provokasi BN nak bagi orang marah. Lepas tu salahkan PKR. Bila hujan turun dengan lebat, masing-masing nak cari tempat teduh. Geng-geng reformasi dah tak kisah dengan air hujan. Air asid pun dah mangli. Hangpa pi tengok Berita harian semalam, sapa yang nak merempuh masuk kedalam kawasan Sekolah? Semua geng pakai smart dari MIC yang takut hujan. Lepas tu salahkan orang PKR. Aku tengok Hishamudin Rais, Haris Ibrahim, Zorro…jalan dalam hujan macam tak ada apa-apa pun! Yang sibuk nak rempuh pagar sekolah sebab nak lari dari hujan ni orang BN! tapi yang disalahkan orang PKR…ptuih! Bila semua dah bersesak nak keluar dalam hujan, biasa la tolak menolak. Yang Puteri umno pi masuk dalam geng orang jantan pasai apa? Nak gatai pun pi la tempat lain. Bila tersentuh sikit, mula menjerit kata orang raba pungkok. Hang pi masuk sarang tebuan, lepas tu kena sengat sikit pun dah meraung pasai apa? Yang pelik tu, ada saja reporter kat tempat-tempat kejadian ni. Orang lain nak berjalan pun susah, tapi reporter NST, Utusan ada saja kat mana perkara ini berlaku. Macam depa tau saja apa yang akan berlaku! Hari ni dah mula dah. Suratkhabar dah mula pukui canang…tentang keganasan. Tahun 99, depa pasang billboard mengaitkan Keadilan dengan keganasan. Kali ni depa buat skrip yang sama. Liwat dan keganasan-Perak Express
Inilah waris2 UMNO
Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah."Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya."Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat."Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka," katanya lagi.Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat mengalahkannya.Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang sehingga Abu Dardar memeluk Islam."Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada Anwar."Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan Rakyat nanti," ujarnya.Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di Permatang Pauh.

Saturday, August 16, 2008

satu lagi halangan dilepasi DSAIDilulus terbit pada Saturday, August 16 @ 17:37:07 MYT oleh greenboc Oleh notan"Assalamu 'alaikum,,..Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..Pengesahan penerimaan pencalonan DSAI di PRK PP pagi ini melegakan penyokong PR.DSAI yang diiringi lebih kurang 50 ribu penyokong berbanding lebih kurang 5 ribu penyokong calon BN menjelaskan kekaburan berikutan percubaan menyekat beliau dari bertanding.Maka sahlah sekarang DSAI melepasi satu lagi halangan menuju destinasinya, Putra Jaya. Kini harapan penyokong PR dipikul oleh DSAI dan harapan DSAI dipikul bersama penyokong PR.Mesej semakin jelas kedengaran dan semakin diterima rakyat bahawa perjuangan ini bukan untuk DSAI tetapi kerana DSAI.Perjuangan ini ialah perjuangan PR,bukannya perjuangan peribadi DSAI.Di ambang PRK PP ini juga,rakyat disajikan dengan sumpah mubahalah si penuduh dan dimainkan saban hari oleh media perdana.Lagu lama dan taktik lama masih dialunkan oleh BN tetapi kali ini rakyat tak mudah lupa seperti orang UMNO mudah lupa.DSAI secara resmi dinamakan sebagai calon PR di PRK PP.Satu lagi ketakutan diatasi sekaligus membuka jalan yang lebih luas di hadapan.Seiring dengan PRK PP ini ialah kenyataan Tok Guru presiden PAS yang menegaskan sokongan tidak berbelah bagi kepada DSAI.Satu suntikan dan satu penjelasan kepada kesamaran yang cuba dimainkan oleh BN menerusi media perdana.BN kalah lagi,itulah mesej jelas dari kenyataan Tok Guru ini,terlebih lagi diucapan dasarnya Tok Guru juga menjelaskan perkara yang cuba diputarbelit selama 2/3 mnggu ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang sakit.Tok Guru juga tegas menyatakan keyakinannya bahawa DSAI tidak bersalah dan mubahalah sipenuduh bermotif politik,sekaligus mengesahkan kenyataan yang sama oleh DSAI yang dibuat sebelum ini.Rakyat sudah tahu dan faham kenapa mubahalah itu tidak perlu dan tidak menjejaskan sedikitpun sokongan kepada DSAI malah diyakini bakal menambah sokongan.Nampaknya BN semakin terdesak.semua percubaan menyekat DSAI gagal tetapi BN masih ada SPR untuk terus mencuba menyekat DSAI.Dari itu kepada penyokong PR teruskan usaha sambil teruskan berdoa agar PR diberi pertolongan ALLAH.Kepada petugas PRK PP dari PR,selamat bertugas kepada kalian dan sambutlah salam perjuangan dari ana yang jauh ini." petikan dari tranugkite online.

Renungan kita bersama-Doa orang teraniaya tiada hijjab

Telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.Lihat senarai mereka yang telah di adili.Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.Aziz Shamsuddin------>ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar.Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin,tetapi Aziz menolak.Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah.Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?Hamzah diperintah bayar RM11.206 jutaPada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.“Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.”“Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,” katanya lagi.Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.“Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.”“Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,” katanya.Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.“Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.”“Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak dirumah,” katanya.renung2kanlahp/s------>yang di bold kan tu adalah nama mereka-mereka yang terlibat dan balasan Allah ke atas mereka.Allah bagi balasan bukan sahaja cash di dunia tapi sampai akhirat jua.-

Komen Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap sumpah Saypol

Harakahdaily.netIntan Abdullah & Mohd Nor YahyaSat Aug 16, 08 12:39:28 pm MYT IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan. Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. “Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini. Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina. Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.

Komen Dato' Dr. Haron Din terhadap sumpah Saypol

IPOH: 16 Ogos (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din mempersoalkan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam yang dibuat di hadapan seorang imam kerana sebagai orang yang mendakwa ianya diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saiful sepatutnya mengemukakan empat orang saksi bagi mensabitkan perbuatan itu, bukannya bersumpah di dalam masjid. “Kemukakan empat orang saksi di Mahkamah Syariah, jika tidak dapat mengemukakan empat saksi, dakwaannya itu tidak benar dan ia wajar dihukum 80 kali rotan, bukannya bersumpah di dalam masjid.” “Saya dengar lafaz sumpahnya tadi apabila menonton televisyen berita jam 8.00 malam, akhir sumpah itu disebut ” Watangallahhu’, mana ada `watangallahu’, inilah Islam Hadhari” jelasnya

Pertembungan 3 penjuru sudah bermula...

Tepat Jam 11.45 pagi tadi Pengurus Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, Roslan Yahya telah mengumumkan tiga calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini. Calon KeADILan/Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim Calon Umno/BN - Datuk Arif Shah Omar Shah Calon AKIM - Hanafi Mamat Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri. Suasana di Institut Perguruan Tuanku Bainun meriah seawal jam 7.00 pagi, dengan dianggarkan lebih 50000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan padang berbanding BN yang dianggarkan sekitar 5000 sahaja. Kawasan berhampiran dilaporkan sesak hampir 3.5 kilometer dengan kehadiran memberangsangkan penyokong Pakatan Rakyat. Laungan reformasi dan bacaan selawat terus dilaungkan penyokong Pakatan Rakyat sepanjang menunggu pengumuman rasmi daripada SPR. Gelombang rakyat kini secara rasminya telah bermula!
Roslan Yahya- Pengurus Pilihanraya Kecil permatang Pauh P044 telah mengumumkan pertandingan 3 penjuru iaitu : 1).BN- Arif Shah Omar Shah 2). Akim- Hanafi Mamat 3). PKR- Dato' Seri Anwar Ibrahin

Keadaan pada hari penamaan calon di Permatang Pauh

3 BANGSA UTAMA BERSATU HATI DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DI BUMI BERTUAH.
Indian Malaysian PKR supporters dance in the middle of a sea of humanity 0955: A PKR supporter, seeing me on the laptop, walks up to me and asks me for my estimate of the crowd size. I tell him I have been getting reports that it is around 30,000 to 50,000, some saying even 100,000 and over. “Impossible,” he responds, “it is much bigger than that. My friend is still stuck 3.5km away in traffic trying to get here.” I ask him for his estimate of the crowd size. “That’s not for me to say. I just want you to be fair and give a realistic figure.” I press him again for his estimate. “250,000,” he responds. Earlier, a Pas supporter next to me put the figure at 50,000. Who can tell for sure? I wish I was in one of those helicopters above. Blog reader Frankie sends us this report: Early this morning, at 7.00 am, I can see the police helicopter flying throughout the area of Permatang Pauh and I can already sense this is going to be a different peaceful morning that Permatang Pauh is used to. Come 7.50 am, I drove out heading to the Seberang Jaya roundabout, I can see PKR and Pas supporters heading to the BKE expressway. I did see a bus ferrying PAS supporters stopping over at Subbaidah nasi kandar for breakfast before proceeding and I can see all the traffic lights surrounding area have standby traffic cops. Hold on to your seat, it is showtime. 0905: Now let’s talk about the crowd sizes. An academic researcher who has positioned himself at the BN side of the area tell me that the supporters there do not exceed 5,000. “There’s still a lot of space in the field here,” he tells me. “I can even run the 100 metres here!” He adds that the slogan chanting, led by Puteri Umno, has become rather personal. “Liwat tetap liwat!” they chant and “Anwar kati buntut!” Over at the Pakatan side, the researcher tells me the crowd is probably in the range of 30,000, though some PKR supporters are estimating 100,000 to 150,000. The truth is no one can say for sure, as the area is chocker-block with people. 0855: A sea of people with Pakatan flags and banners continue to overwhelm the crowd of a few thousand BN supporters. I bump into bloggers Haris Ibrahim and Zorro and they are in high spirits. I ask Haris for his estimate of the crowd. “”It’s unbelievable,” says Haris. “I dare not even estimate the size of the crowd.” In fact, the crowds is flowing in from all directions. Two police helicopters are now circling overhead surveying the crowds below - so that tells you something. Earlier, Pakatan bystanders were teasing the BN crowd walking in and mocking them. As a group of BN women walked by under a BN banner with pictures of Abdullah and Najib, someone from the roadside greeted them: “Selamat pagi, datin-datin hadhari.” Another taunts them, “How much did they pay you to attend this?” 0815: Greetings from the Nomination Day centre here in Institut Maktab Perguruan Tengku Bainun in Penanti, where there’s a huge crowd of PKR supporters along the Penanti exit of the Butterworth-Kulim expressway. It’s a festive atmosphere, notwithstanding half a dozen FRU trucks on standby and a police chopper clattering overhead. Indian PKR supporters are dancing on the road leading to the nomination accompanied by drummers. Other PKR supporters have removed a banner from a flyover, purportedly put up by Pas supporters urging Pas to boycott the by-election. “These are dirty tricks,” a PKR supporter muttered as he took down the banner. About a dozen Indian women clad in beige saris, donning BN caps, make their way among the throng of PKR supporters. DAP supporters are also making their presence felt with Rocket flags in evidence here and there. I spot PKR’s Gobalakrishnan wearing an Anwar mask. The Anwar masks are selling like hot cakes. BN supporters are conspicuous through their absence. Where exactly are they? Let me go and look for them! Anwar, Parliamentary Opposition Leader from 27 Aug? Massive 60,000-strong rally in Penang raises Opposition hopes Pakatan agrees on unprecedented joint campaign Pro-Opposition sentiment rising in Penang Anwar released on personal bond; mention on 10 Sept

Boikot Utusan

MANA SATU BETUL, PAKSA ATAU SUKA SAMA SUKA ~ Ref Malaysiakini http://hanief.blogspot.com/ Semalam Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar kononnya bersumpah di Masjid Wilayah. Mana satu betul ini? Mengikut tuduhan liwat di mahkamah, Anwar meliwat Saiful secara sukarela, tetapi di dalam 'sumpah'nya Saiful berkata dipaksa pula. Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi. Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah. "Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat." 'Sumpah'nya dilakukan sehari sebelum hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Asyik kebetulannya.
Ini cara yg betul untuk bersumpah dalam Islam,
Saiful sumpah cara orang Melayu dulu kala, bukan cara Islam sebenar. Saya rasa dia tidak baca Al Quran. Dia ingat cara sebegini adalah langkah terbaik untuk membuktikan dia tidak bersalah. Jika cara ini digunakan oleh penjenayah, mereka akan bebas macam tu saja.---Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata Bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam. “Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, “Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya.” Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian. “Dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi - Saya tidak melakukannya,” kata Dr Asri. Menurut beliau, “Kedua-dua mereka, baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah. Inilah cara yang pernah Nabi buat dulu,” jelasnya Dr Asri lagi.---Mahkamah Syariah adalah tempat yang sesuai, bukan bersumpah cara ini. Saya berharap Saifool bertaubatlah, bulan puasa dah nak dekat. Kalau tak bertaubat, jadi bersedialah dengan ketibaan malaikat untuk mencabut nyawa anda dengan cara yang paling perit sekali.

Pelajar2 UiTM memang dungu2...

Tranungkite .....Salam. Tiada apa yang nak saya tulis, baca saja laporan ini dan nilai sendiri betapa bodohnya kerja2 demonstrasi yang korang semua buat terhadap MB Selangor dan betapa dangkalnya pemikiran kamu warga UITM yang kononnya bergelar mahasiswa.Saya cuma tolong highlightkan sebab budak2 UITM ni semuanya dungu2 belaka...ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLESKUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini.Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya...read more.

Friday, August 15, 2008

UMNO sanggup buat apa sahaja....

UMNO nazak dan terpaksa potong kaki Kalau kencing manis, UMNO terpaksa dibuang kaki, kerana ulat dan nanah yang berlendir tidak akan sembuh sembuh lagi. Dan lalat yang tugas nya menghirup lendiran putih kesusuan itu pun dah tak sanggup menyedut setiap titik lendir yang keluar dari kaki UMNO. Kalau lalat itu nanti membuang najis nya yang berketul ketul di makanan dan minuman manusia, boleh membawa kemudaratan. Begitu lah keadaan UMNO yang nazaknya sanggup menyusahkan media dan pelajar untuk tujuan menipu orang orang Islam dan melayu di permatang pauh.Media arus perdana sebelum ini menyatakan bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat dengan tujuan di percayai oleh pengundi di sana dan meninggalkan PAS atau PKR untuk sertai UMNO.Kalau pelajar Uitm boleh di bodohkan, UMNO beranggapan dengan media juga mereka turut mampu memperbudakkan orang orang tua dan dewasa di Permatang pauh.AKhirnya .... kenyataan dari TG Haji Hadi .... Saya tak sebut nak tinggalkan Pakatan membuktikan semua propaganda media tidak benar sama sekali.

Kita Terlalu Hampir di Era Imam Mahadi & Dajjal

Kita Terlalu Hampir di Era Imam Mahadi & Dajjal
Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan? Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai�at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir. Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir."

Thursday, August 14, 2008

Undilah Dato' Seri Anwar Ibrahim demi anjakan paradigma Agama serta Politik negara.

Tuesday, August 12, 2008

Bersolatlah..

Peringatan tentang solat Untuk Diriku dan juga sahabat-sahabat ku semua ! "…. dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku."[surah Thahaa:14]"…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."[Surah An-Nisa'}Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Mu'adz:"Maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan solat lima kali sehari semalam."[H.R. Al Bukhari dan Muslim]"…. Dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya…."[Surah Al-Baqarah:44-46]Dari Ammar bin Yasir, dia berkata,:"Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang menyelesaikan solatnya, tetapi tidak ditulis baginya kecuali sepersepuluh solat, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperduanya."[H.R. Abu Daud]"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah maka jaganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya selain menyembah Allah."[Surah Al-Jin:18]